document24

8
P ada setiap tahun manusia yang beragama Islam menyambut hari raya AidilFitri di seluruh dunia pada 1 Syawal, Allah memberi ganjaran kepada umatnya yang telah mengharungi Ramadhan dengan sepenuh jiwa ada juga yang leka dengan dunia. Sedar ataupun tidak Ramadhan telah meninggalkan kita, sedih bagi mereka yang tidak mengambil manfaat dan bergembira bagi mereka yang mengutip bekalan dan mutiara yang ada di dalamnya. Moga –moga Allah menerima setiap amalan yang dilakukan. Para sahabat radhiallahu anhum apabila mereka bertemu sesama mereka di hari raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka, ―Taqabbalallahu minna wa minkum.‖ (Moga Allah menerima—ibadat yang dikerjakan—dari kami dan dari anda) Ramai di kalangan kita lupa apakah maksud kemenangan yang dijanjikan Allah kepada hambanya di hari raya. Ia seolah-olah merdeka dari belenggu sekatan makanan, akan tetapi pada hakikatnya ia adalah melawan hawa nafsu dan kehendak diri. Sejarah memperlihatkan kepada kita

Upload: isma-mesir

Post on 24-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Document24

P ada setiap tahun manusia

yang beragama Islam

menyambut hari raya AidilFitri

di seluruh dunia pada 1 Syawal,

Allah memberi ganjaran

kepada umatnya yang telah

mengharungi Ramadhan

dengan sepenuh jiwa ada juga

yang leka dengan dunia. Sedar

ataupun tidak Ramadhan telah

meninggalkan kita, sedih bagi

mereka yang tidak mengambil

manfaat dan bergembira bagi

mereka yang mengutip bekalan

dan mutiara yang ada di

dalamnya. Moga –moga Allah

menerima setiap amalan yang

dilakukan.

Para sahabat radhiallahu

anhum apabila mereka

bertemu sesama mereka di hari

raya, mereka akan

mengucapkan sesama mereka,

―Taqabbalallahu minna wa

minkum.‖ (Moga Allah

menerima—ibadat yang

dikerjakan—dari kami dan dari

anda)

Ramai di kalangan kita lupa

apakah maksud kemenangan

yang dijanjikan Allah kepada

hambanya di hari raya. Ia

seolah-olah merdeka dari

belenggu sekatan makanan,

akan tetapi pada hakikatnya ia

adalah melawan hawa nafsu

dan kehendak diri. Sejarah

memperlihatkan kepada kita

Page 2: Document24

الحود هلل الذى بنعوته تتن

الصالحات و الصالة و

السالم على هحود و على آله

و أصحابه اجوعين.

Rakan-rakan mahasiswa dan

mahasiswi di Perlembahan

Nil,

Saya mewakili ahli-ahli ISMA

-Mesir mengucapkan

‗Selamat hari raya AidilFitri‘

kepada semua pelajar dan

rakyat Malaysia yang berada

di bumi Mesir. Maaf zahir

batin.

Sekali lagi AidilFitri datang

membawa saat gembira dan

suka bagi umat Islam.

Datangnya sebagai lambang

kejayaan bagi umat Islam

kerana berjaya mengharungi

sebulan Ramadhan dengan

berlapar dahaga di siang

hari dan beribadah sebanyak

mungkin pada malamnya.

Sabda Rasulullah SAW,

―Rugilah bagi sesiapa yang

telah merugikan

(Ramadhan), dan untunglah

bagi sesiapa yang berjaya

(memanfaatkan Ramadhan).‖

Ibadah berpuasa juga

secara tidak langsung

membawa mesej kepada

dunia; umat Islam akhir

zaman masih lagi berpegang

teguh dengan perintah Allah

banyak peperangan berlaku pada

bulan Ramadhan, ini

membuktikan kaitan sahabat

pada zaman dahulu berperang

melawan musuh dan Allah

memberi kemenangan pada

mereka. Jika diri kita tidak mampu

melawan hawa nafsu bagaimana

untuk berperang di jalan Allah?

Ketahuilah kemenangan hakiki

adalah dengan menegakkan

daulah di muka bumi ini.

Firman Allah SWT, ―Dan orang-

orang kafir sebahagian mereka

saling membantu sebahagian

yang lain. Sekiranya kamu tidak

melakukan seperti itu (saling

bantu membantu) nescaya akan

berlaku huru-hara di muka bumi

dan kerosakan yang besar.‖

(Al-Anfal:73)

Pernahkah kita terfikir amalan

yang kita lakukan di bulan

Ramadhan sebenarnya

merupakan titik tolak dalam

menyediakan diri untuk menjadi

pemimpin pada masa hadapan?

Hari raya menjadi tanda sama ada

amalan yang dilakukan di bulan

Ramadhan berterusan atau

berhenti pada 1 Syawal sahaja dan

menjadi bukti sama ada kita

mampu menjadi pemimpin atau

tidak. Hal ini saya lontarkan

khusus buat mereka yang berada

di Perlembahan Nil. Kita dikelilingi

ilmu sejak berkurun lamanya,

wajib atas kita untuk

mempelajarinya tanpa erti jemu.

Seorang pemimpin perlu memiliki

ilmu yang bermanfaat buat

dirinya dan masyarakat. Juga

perlu memiliki bekalan amal

ibadah yang benar-benar mantap

dengan mendekati Tuhan yang

Maha Esa untuk menghadapi

masyarakat yang penuh kejahilan.

Firman Allah SWT, ―Allah berjanji

kepada orang-orang yang

beriman dan beramal saleh, Dia

akan menjadikan mereka

pemimpin di dunia ini seperti Dia

telah menjadikan orang-orang

sebelum mereka pemimpin.‖

(An-Nur: 55)

Ramadhan mengajar kita bersatu

dalam setiap perkara. Semua

manusia berjihad melawan hawa

nafsu di siang hari menahan

kelaparan dan di malam hari solat

tarawih bersama-sama. Islam

mengajar kita hidup bersatu

untuk meraih kejayaan, begitu

juga pada hari raya, umat islam

bertakbir bersama-sama

melaungkannya dengan penuh

semangat dan solat sunat

AidilFitri bersama-sama. Ini

membuktikan bahawa Allah

menjanjikan kemenangan kepada

umat Islam jika mereka bersatu di

dalam landasan aqidah. Dengan

penyatuan umat maka tertegaklah

daulah di muka bumi ini.

Firman Allah SWT, ―Dan

berpegang teguhlah kamu

dengan tali Allah, dan jangan

kamu berpecah belah. Kamu

ingatlah nikmat Allah ke atas

kamu ketika kamu bermusuhan

lalu Allah mentautkan hati-hati

kamu, lalu dengan nikmatNya

kamu menjadi bersaudara.‖

(Ali Imran: 103)

Page 3: Document24

SWT dengan kemampuan

mereka melaksanakannya

dalam suasana Islam

ditindas di seluruh pelosok

alam. Masih wujud

kelompok (thoifah) yang

memenangkan kebenaran

dan mereka akan selamanya

muncul sehingga Hari

Kiamat. Sinar Islam pasti

kembali suatu hari nanti.

Hadis: ―Akan senantiasa ada

di antara umatku suatu

kelompok yang tampil

membela kebenaran, tidak

membahayakan mereka

orang yang menghina (tidak

menolong) mereka sehingga

datang ketetapan Allah,

sedang mereka tetap dalam

keadaan demikian.‖

(HR Muslim)

Hari raya juga merupakan

hari umat Islam

mempamerkan kekuatan

persaudaraan Islam yang

terjalin erat dengan

simpulan aqidah. Ibadah

solat sunat AidilFitri

disunatkan untuk didirikan

di tanah lapang supaya

semangat kebersamaan itu

lebih dirasai. Umpama satu

perarakan ketenteraan yang

perkasa dan tersusun.

Laungan takbir beramai-

ramai dengan suara yang

nyaring merupakan simbolik

seolah-olah kita sedang

meraikan kemenangan yang

agung dan suci. Marilah kita

hayati erti takbir dan maani

yang terkandung di

dalamnya. Kita

membenarkan dengan iman

yang mendalam bahawa

Allah Maha Besar. Allah

adalah matlamat akhir setiap

Muslim. Kita juga

menyaksikan risalah Tauhid

adalah misi besar setiap

Muslim dalam

kehidupannya. Kita mahu

menuju ‗ubudiyyah total

kepada Allah SWT dalam

segenap aspek meliputi

‗aqidah, ibadah, akhlak dan

agenda perjuangan.

Keikhlasan dan tajarrud

sebagai dua syarat utama

yang seharusnya kita semua

penuhi jika ingin

mendaulatkan Islam sebagai

tunjang perjuangan.

―Dan sesungguhnya Kami

telah mengutus dalam

kalangan tiap-tiap umat

seorang Rasul (dengan

memerintahkannya menyeru

mereka): Hendaklah kamu

menyembah Allah dan

jauhilah taghut.‖

(An-Nahl: 36)

Kita yakin dan mengimani

Allah SWT akan

membenarkan

janjinya kepada para

hambaNya yang

soleh dan beriman

serta berjuang.

Sejarah Perang Ahzab

akan berulang

semula. Tentera

muslimin yang

diketuai oleh Rasulullah

SAW menghadapi gabungan

raksasa tentera dunia;

hampir-hampir mustahil

untuk menang. Namun,

akhirnya kemenangan

daripada Allah SWT datang

selepas para muslimin

bersatu di atas dasar aqidah

dan diperkukuhkan dengan

benteng ukhuwwah

Islamiah. Mereka memahami

wala‘ hanya untuk Allah,

RasulNya dan semua

muslimin. Tiada tentera atas

muka bumi yang mampu

mengalahkan pasukan

pejuang yang menjadikan

Rasulullah sebagai Ketua

dan Qudwah.

―Demi sesungguhnya, adalah

bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik, iaitu bagi orang

yang sentiasa

mengharapkan (keredaan)

Allah dan (balasan baik) hari

akhirat, serta dia pula

Page 4: Document24

Dari Meja Suri-Ramadhan dan Perubahan

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia Dari Meja Suri. Taqabbalallah minna wa minkum.

Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Pejam celik, pejam celik, sebulan Ramadhan telah berlalu. Kalau kecil-kecil dulu, menghitung hari tak sabar-sabar nak beraya.

Tapi sekarang, tak sempat nak mengira hari. Sedar-sedar dah habis puasa. Pantas betul masa berlalu. Zaman dah berubah. Kita

bukan kanak-kanak yang hanya ingat nak beraya. Dah dewasa dan semakin faham. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang

sangat banyak sebagai seorang pelajar.

Bercakap tentang berubah, bagaimana dengan perubahan diri selepas menyambut hari raya? Tentang prestasi amalan, adakah

masih maintain dengan amalan-amalan hebat yang dilakukan di bulan Ramadhan?

Kalau dalam Ramadhan boleh habis satu juzuk sehari, adakah masih boleh diteruskan hingga hari ini? Kalau dulu boleh bangun

awal untuk bersahur dan bertahajjud hari-hari, adakah masih boleh meneruskan bangun awal dan bertahajjud selepas Rama-

dhan? Kalau 30 hari boleh berpuasa penuh, adakah mampu untuk berpuasa sunat hanya 6 hari di bulan Syawal?

Renung-renungkanlah dan muhasabahlah diri kita..

Ini juga peringatan untuk Suri sendiri. Takut-takutlah kita hanya semangat melakukan amalan di bulan Ramadhan. Bila masuk

Syawal, terus berubah ke perangai asal yang kurang elok. Janganlah begitu ya. Kita bukan hamba Ramadhan tapi kita hamba

Allah yang sebenar-benarnya. Bukankah tuhan yang kita sembah dalam Ramadhan dan di bulan-bulan yang lain adalah tuhan

yang sama juga?

Suri pernah terbaca, ada pakar psikologi yang membuat kajian menyatakan: "complete abstinence of a habit for 21 to 30 days

will be enough to break it". Maksudnya 21 hingga 30 hari adalah sejumlah hari yang mencukupi untuk mengubah sesuatu tabi-

at. Kalau begitu, Ramadhan pasti dapat mengubah sesuatu kebiasaan dan tabiat diri kita. Contohnya jika seseorang itu mero-

kok, beliau pastinya boleh meninggalkan tabiat ini secara total kerana telah terbiasa untuk tidak merokok di siang hari selama

30 hari Ramadhan.

Begitu juga jika kita mampu meninggalkan maksiat selama sebulan di bulan Ramadhan, kita juga mampu untuk meninggalkan

terus maksiat setelah berlalunya Ramadhan. Jika kita telah terbiasa dengan qiamullail sepanjang Ramadhan, kita pasti mudah

untuk meneruskan ibadah ini selepas Ramadhan. Begitulah Ramadhan mengubah diri kita. Tapi semuanya memerlukan muja-

hadah dan keazaman dari diri kita sendiri.

Sama-sama kita melihat diri kita dan apa perubahan selepas berlalunya Ramadhan. Bukan perubahan fizikal seperti

penurunan berat badan kerana berpuasa 30 hari lamanya tapi peningkatan amalan dan syakhsiah diri. Amalan tidak terhenti di

takuk lama. Syakhsiah diri semakin hebat dan meningkat.

menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam

masa susah dan senang).‖

(Al-Ahzab: 21)

Semua maani-maani yang

hebat ini diulang-ulang oleh

semua umat Islam mulai

malam raya hingga saat

Imam mengetuai solat sunat

AidilFitri. Persoalan yang

perlu dijawab: Adakah kita

menghayatinya dan beramal

atas laungan takbir tersebut?

Sesungguhnya lafaz tersebut

menggerunkan hati musuh

Islam dan menggegarkan

setiap satu kuasa taghut

yang masih berdiri di atas

bumi Allah.

Kenapa kandungan takbir

raya seperti ini? Jawapannya,

ingin mengingatkan semua

umat Islam bahawa kejayaan

berjihad melawan hawa

nafsu hanya sebagai salah

satu tangga-tangga dalam

‗Kamus Jihad‘ yang luas. Ia

sebagai pemula yang

seharusnya dikekalkan dan

disusuli dengan jihad-jihad

yang lain. Ini juga

memberikan satu kefahaman

yang jelas bahawa

kemenangan hakiki adalah

pada harinya kita meraikan

detik Islam menguasai dan

memegang tampuk

pemerintahan dunia. Itulah

hari raya yang kita tunggu

saat kedatangannya dengan

amal dan usaha yang

berterusan dan kesabaran

para ulul ‗azmi dari kalangan

Rasul-Rasul.

Ini dia agenda kita bersama.

Tapi, bagaimana semuanya

bermula? Ia bermula dengan

kita mengembalikan jati diri

Islam yang semakin hilang

dalam peribadi bangsa

Melayu beragama Islam di

tanah air kita. Jati diri

Muslim sejati yang sejahtera

aqidah dan kuat ibadah. Kita

mahukan muslim yang

bertubuh kuat dan mampu

melawan hawa nafsunya.

Juga seorang yang menjaga

waktu, menyusun urusan

kehidupan harian dengan

sistematik. Kita juga mahu

membina kehendak kendiri

yang kuat serta mampu

berdikari dan mereka akan

memberi manfaat kepada

bangsa, negara dan Islam.

Ayuh, mahasiswa dan

mahasiswi di Mesir! Kita

menyediakan persiapan

yang lengkap untuk kembali

berkhidmat di Malaysia

nanti.

Selamat Hari Raya AidilFitri,

Maaf Zahir Batin.

Melayu Sepakat, Islam

Berdaulat

Ustaz Shuhaib Ar-Rumy

Selamat

Pengerusi ISMA-Mesir

Usamah Zaid

Selamat hari raya saya ucapkan kepada family dan

kawan-kawan di Malaysia. Maaf zahir dan batin.

Doakan anakandamu di sini najah tiap-tiap tahun dan

cepat balik ke Malaysia. Tulus ikhlas dari anakandamu

Usamah Zaid Abdul Rahim di Universiti Al-Azhar,

Tanta, Egypt.

Ferdaus Tahar

Selamat Hari Raya Aidifitri dari kami warga ISMA

Eropah!

Semoga Madrasah Ramadhan memberikan impak

besar pada jiwa-jiwa kita. Terima kasih juga buat

jalinan ukhuwwah yang diingati dari Mesir.

تقبَّل هللا هنا وهنكن

“Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.‖

Ferdaus Tahar, ISMA Eropah.

Faiz Far East

Salam AidilFitri kepada semua umat Islam seluruh

dunia. Jadikan hari raya ini hari kemenangan untuk

umat Islam. Dari kami ikhwah-khwah dari Melaka.

Khairul Anuar Zulkarnain

Minal aidin wal faizin. Maaf zahir dan batin.

Ali Hussen

Eid mubarak 'alaina wa 'alaykum. Semoga setiap

tahun antum lebih dekat kepada Allah SWT, diterima

amal-amal soleh kita di bulan Ramadhan dan menjadi

hambaNya yang lebih bertaqwa..

Syed Anas

Salam lebaran buat semua umat Islam khususnya di

Mesir dan Malaysia.

Moga kita direzekikan lagi untuk bertemu Ramadhan

akan datang dan terus istiqamah untuk meneruskan

amalan Ramadhan dalam bulan-bulan seterusnya.

Kullu 'am wa antum ilallahi atqa'

-- Wakil ikhwah medic kawasan Madinah Nasr,

Kaherah

* Ucapan dipetik dari facebook.com/

ismamesir. Terima kasih kepada semua

yang mengambil bahagian.

Page 5: Document24

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia

Dari Meja Suri. Taqabbalallah minna wa minkum.

Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Pejam celik, pejam celik, sebulan Ramadhan telah

berlalu. Kalau kecil-kecil dulu, menghitung hari tak

sabar-sabar nak beraya. Tapi sekarang, tak sempat

nak mengira hari. Sedar-sedar dah habis puasa.

Pantas betul masa berlalu. Zaman dah berubah. Kita

bukan kanak-kanak yang hanya ingat nak beraya. Dah

dewasa dan semakin faham. Ditambah lagi dengan

tanggungjawab yang sangat banyak sebagai seorang

pelajar.

Bercakap tentang berubah, bagaimana dengan

perubahan diri selepas menyambut hari raya?

Tentang prestasi amalan, adakah masih maintain

dengan amalan-amalan hebat yang dilakukan di

bulan Ramadhan?

Kalau dalam Ramadhan boleh habis satu juz sehari,

adakah masih boleh diteruskan hingga hari ini? Kalau

dulu boleh bangun awal untuk bersahur dan

bertahajjud hari-hari, adakah masih boleh

meneruskan bangun awal dan bertahajjud selepas

Ramadhan? Kalau 30 hari boleh berpuasa penuh,

adakah mampu untuk berpuasa sunat hanya enam

hari di bulan Syawal?

Renung-renungkanlah dan muhasabahlah diri kita.

Ini juga peringatan untuk Suri sendiri. Takut-takutlah

kita hanya semangat melakukan amalan di bulan

Ramadhan. Bila masuk Syawal, terus berubah ke

perangai asal yang kurang elok. Janganlah begitu, ya!

Kita bukan hamba Ramadhan tapi kita hamba Allah

yang sebenar-benarnya. Bukankah Tuhan yang kita

sembah dalam Ramadhan dan di bulan-bulan yang

lain adalah Tuhan yang sama juga?

Suri pernah terbaca, ada pakar psikologi yang

membuat kajian menyatakan, ―Complete abstinence

of a habit for 21 to 30 days will be enough to break

it." Maksudnya 21 hingga 30 hari adalah sejumlah hari

yang mencukupi untuk mengubah sesuatu tabiat.

Kalau begitu, Ramadhan pasti dapat mengubah

sesuatu kebiasaan dan tabiat diri kita. Contohnya jika

seseorang itu merokok, beliau pastinya boleh

meninggalkan tabiat ini secara total kerana telah

terbiasa untuk tidak merokok di siang hari selama 30

hari Ramadhan.

Begitu juga jika kita mampu meninggalkan maksiat

selama sebulan di bulan Ramadhan, kita juga mampu

untuk meninggalkan terus maksiat setelah berlalunya

Ramadhan. Jika kita telah terbiasa dengan qiamullail

sepanjang Ramadhan, kita pasti mudah untuk

meneruskan ibadah ini selepas Ramadhan. Begitulah

Ramadhan mengubah diri kita. Tapi semuanya

memerlukan mujahadah dan keazaman dari diri kita

sendiri.

Sama-sama kita melihat diri kita dan apa perubahan

selepas berlalunya Ramadhan. Bukan perubahan

fizikal seperti penurunan berat badan kerana

berpuasa 30 hari lamanya tapi peningkatan amalan

dan syakhsiah diri. Amalan tidak terhenti di takuk

lama. Syakhsiah diri semakin hebat dan meningkat.

Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu kali ini

mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, ―Rugilah

bagi mereka yang berlalunya Ramadhan dan tidak

diampunkan dosanya.‖ Baginda juga bersabda,

―Berapa ramaikah manusia yang berpuasa tiada

baginya ganjaran puasa tersebut melainkan lapar dan

dahaga?‖

Rugilah jika ada di antara kita yang tidak mendapat

apa-apa dari Ramadhannya. Suri berharap madrasah

taqwa Ramadhan kali ini telah melahirkan peribadi-

peribadi yang mantap dan dapat meneruskan

perjuangan untuk ummah.

Wallahua'lam.

Sampai jumpa lagi.

Selamat menyambut hari kemenangan AidilFitri.

Page 6: Document24

PERSATUAN IKATAN MUSLIMIN

MALAYSIA (ISMA-MESIR)

PENGENALAN AM

Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia

(ISMA-Mesir) ditubuhkan pada tahun

2008 dan merupakan sebuah persatuan

pelajar yang berdaftar dengan Jabatan

Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di

bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

(KBMK) di Republik Arab Mesir. Ia

merupakan salah sebuah persatuan

kebajikan dan akademik mahasiswa dan

mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir.

ISMA-Mesir bukan sebuah parti politik

dan tidak terlibat dengan sebarang

kegiatan politik kepartian dan sentiasa

bersikap non-partisan dalam setiap gerak

kerja persatuan. Dalam masa yang sama,

ISMA-Mesir turut mengamalkan dasar

terbuka dan bekerjasama dengan mana-

mana persatuan lain selagi mana

bertepatan dengan visi dan objektif

persatuan.

ISMA-Mesir sentiasa komited dalam

memikul amanah sebagai sebuah

organisasi yang memberikan kebaikan

kepada seluruh masyarakat pelajar

Malaysia di Mesir sama ada daripada

aspek kecemerlangan akademik,

kebajikan sosial, pembangunan

syakhsiah, keusahawanan, pembangunan

remaja dan belia serta wanita.

VISI

Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi

Malaysia di Mesir yang cemerlang

daripada aspek keperibadian, akademik

dan akhlaq berkonsepkan Islam sebagai

cara hidup.

OBJEKTIF

1. Menyatupadukan rakyat Malaysia di

Mesir daripada kalangan pelajar

dengan tujuan untuk mendokong

cita-cita agama, bangsa dan Negara.

2. Menjaga dan meningkatkan

akademik dan kebajikan pelajar-

pelajar Malaysia di Mesir di kalangan

ahli persatuan khasnya dan kesemua

pelajar Malaysia amnya.

3. Mewujudkan hubungan dan

kerjasama dengan mana-mana

persatuan lain sesuai dengan konsep

kebaikan bersama.

4. Menjaga hubungan baik di antara

pelajar dengan Kedutaan

Besar Malaysia- Kaherah dan

Republik Arab Mesir.

5. Menjaga imej Negara dan

memperkenalkannya di peringkat

antarabangsa.

BIRO-BIRO

1. Biro Pembangunan Insan

2. Biro Wanita

3. Biro Sukan & Kebudayaan

4. Biro Ekonomi & Keusahawanan

5. Biro Media

6. Biro Dakwah

7. Biro Akademik

8. Biro Kebajikan

9. Biro Hal Ehwal Muhafazah

AKTIVITI TAHUNAN

1. PMPI | PERKHEMAHAN MUSIM

PANAS ISMA-MESIR

Perkhemahan tahunan ISMA-Mesir

yang menjadi aktivti utama ISMA-

Mesir setiap kali musim panas

menjelang. Menghimpunkan para

peserta dari pelbagai kawasan dan

jurusan pengajian dari seluruh

pelusuk Mesir berkampung di

tempat-tempat menarik di Mesir.

Antara tempat yang biasa menjadi

destinasi PMPI termasuklah Matrouh

Siwa, Jamasoh, Ra‘su Sidr dan Arish,

kawasan persempadanan antara

Mesir dan Palestin.

2. HK2 | HARI KESENIAN DAN

KEBUDAYAAN

Program yang menghimpunkan

mahasiswa Malaysia di Mesir

Page 7: Document24

bertujuan mencungkil dan

mengasah bakat-bakat terpendam

dalam pelbagai acara kesenian dan

kebudayaan termasuklah Deklamasi

Sajak, Pentomen, Nasyid, Berbalas

Pantun, Pertandingan Montaj Video,

Public Speaking dan banyak lagi.

Tema yang berlainan dipilih setiap

tahun bagi memberi kelainan bagi

setiap tahun.

3. KSI | KARNIVAL SUKAN ISMA-MESIR

Karnival selama sehari memberi

ruang kepada mahasiswa dan

mahasiswi Malaysia di Mesir beraksi

dalam pelbagai acara sukan berat

dan sukaneka, menjuruskan objektik

utamanya ke arah melahirkan

generasi yang cergas dan sihat

tubuh badan selain mempertautkan

ikatan persaudaraan yang lebih

kukuh antara para peserta.

4. EXSIS | EKSPEDISI SAINAA‘

Ekspedisi pendakian Jabal Sinai,

destinasi yang menjadi tumpuan

pelancong dari seluruh dunia serta

merupakan salah satu destinasi

pelancongan utama di Mesir.

Menarik mengenai Jabal Sinai, selain

dikatakan menjadi tempat Nabi Allah

Musa AS bermunajat kepada Allah,

gunung ini dikatakan turut menjadi

saksi catitan sejarah 2 agama lain,

Yahudi dan Kristian Ortodoks.

Pemandangan matahari terbit dari

puncak Jabal Sinai yang cukup

mempersona pasti menghilangkan

kepenatan 4 jam pendakian.

5. HARWANIS | HARI WANITA ISMA-

MESIR

HARWANIS menghimpunkan

mahasiswi Malaysia di bumi Mesir,

memberi pendedahan kepada

peserta mengenai pengurusan diri

dan keluarga selain turut

membincangkan mengenai pelbagai

isu-isu semasa berkenaan wanita

dan keluarga. Antara aspek utama

yang ditekankan termasuklah

pengurusan kewangan dan

kemahiran kendiri.

6. PROGRAM SEMPENA HARI-HARI

KEBESARAN ISLAM

Pelbagai program disusun

bersempena hari-hari kebesaran

Islam termasuklah Awal Muharam,

Israk Mikraj, Maulid Ar-Rasul,

Persediaan Ramadhan dan banyak

lagi. Program-program di bawah

kelolaan Biro Dakwah ISMA-Mesir ini

bertujuan memperingati hari-hari

kebesaran yang menjadi syiar Islam

dan memberikan input-input terkini

mengenai dunia Islam.

7. KELAS-KELAS TAFAQUH

SEPANJANG RAMADHAN

Bagi merancakkan kemeriahan

ibadah di Bulan Ramadhan, ISMA-

Mesir menerusi Biro Akademik

dengan kerjasama Biro Dakwah pada

setiap tahun menganjurkan siri kelas

tafaquh Islami. Antara tajuk-tajuk

yang telah dikupas, Siri Kelas Ulum

Syarak yang membincangkan

kemahiran asas ulum syarak seperti

Tarikh Tasyri‘ serta siri kelas Tarikh

Islami, yang menyingkap pengajaran

dan hikmah di sebalik peristiwa

dalam sejarah dunia Islam seperti

Pembukaan Kota Constantinopel..

8. KEM UTAQA | 10 AKHIR

RAMADHAN

Perkampungan 10 akhir Ramadhan

yang bertujuan menyediakan

suasana dan tempat yang dapat

membantu para peserta

merancakkan lagi amal ibadah di 10

hari terakhir Ramadhan. Sebahagian

besar waktu para peserta dipenuhi

dengan beriktikaf di masjid termasuk

untuk Qiamullail seawal jam 1.00

pagi.

9. SAFI | SAMBUTAN AIDILFITRI ISMA-

MESIR

Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir

diadakan bagi setiap tahun bagi

menghimpunkan mahasiswa-

mahasiswi yang beraya AidilFitri di

Mesir. SAFI disambut dalam suasana

kemesraan, muhibbah dan kasih

sayang sesama muslimin dizahirkan

bagi menyambut hari kemenangan.

10. SAMBUTAN AIDILADHA

Selain SAFI, ISMA-Mesir turut

mengadakan Sambutan AidilAdha

pada setiap tahun. Sambutan yang

diadakan di Kaherah ini biasanya

bermula selepas Program Qurban

dan Aqiqah ISMA-Mesir yang juga

diadakan setiap tahun.

AKTIVITI MINGGUAN

1. KELAS TAFAQUH ILMU

Siri kelas tafaquh mingguan yang

dianjurkan oleh Biro Akademik,

mengupas tajuk-tajuk menarik

seputar input dunia dan sejarah

Islam.

2. RIADHAH | BOLA SEPAK MINGGUAN

SUQ SAYYARAT

Aktiviti Riadhah yang begitu sinonim

dengan ISMA-Mesir,

menghimpunkan mahasiswa setiap

minggu di Suq Sayyarat untuk sama-

sama beraksi dalam sukan bola

sepak.

3. HELWA | HAL EHWAL WANITA

Aktiviti mingguan yang memberi

peluang kepada mahasiwi meneroka

ilmu baru dalam aspek kemahiran

kendiri seperti jahitan dan masakan.

AKTIVITI BULANAN

MABIT | MALAM BINA IMAN DAN

TAQWA

Aktiviti Qiamullail yang diadakan

dengan pelbagai aktiviti yang

memfokuskan pembinaan iman dan

rohani.

LAMAN WEB

ismamesir.com

facebook.com/ismamesir

Page 8: Document24