23105827topik8penciptaan

Upload: sukriskbd

Post on 14-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    1/13

    X PENGENALAN

    Topik ini berfokus kepada aspek penciptaan dan gubahan ensembel rekodersoprano dan alat perkusi. Kemahiran yang diperolehi dalam aspek permainanrekoder dan alat perkusi, serta pengetahuan tentang aspek bahasa muzik sepertinot-not hiasan, frasa, kaden dan triad dalam topik-topik yang lepas akandiaplikasikan secara kreatif dalam menghasilkan ciptaan dan gubahan untukpermainan rekoder soprano dan alat-alat perkusi. Kemahiran anda dalam aspekciptaan dan gubahan akan membantu anda menjadi seorang guru muzik yanglebih berkesan di bilik darjah.

    MENGGUBAH BAHAGIAN DESKAN 4-8BAR UNTUK REKODER SOPRANO

    Dalam bahagian ini, anda didedahkan kepada cara-cara mencipta bahagiandeskan untuk rekoder soprano sebagai asas kepada gubahan ensembel rekoder.Anda akan mengetahui beberapa cara mudah untuk menulis bahagian untukdimainkan oleh rekoder soprano kedua. Rekoder soprano satu memainkanmelodi lagu.

    8.1

    TTooppiikk88

    XPenciptaanHASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mencipta bahagian rekoder deskan untuk sesebuah frasa 4 hingga 8 bar;

    2. Mengaplikasikan not-not hiasan dalam ciptaan bahagian deskan; dan

    3. Menggubah skor ensembel 8 bar untuk rekoder soprano dan perkusi.

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    2/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 123

    8.1.1 Menggunakan 1 atau 2 Not di dalam Setiap Bar

    Anda boleh mencipta bahagian deskan untuk dimainkan oleh rekoder soprano 2dengan menggunakan satu atau dua not dalam setiap bar seperti yangditunjukkan oleh petikan skor dalam contoh 1 berikut.

    Contoh 1Petikan dari lagu Siti Payung

    Perhatikan rekoder soprano 1 berperanan memainkan melodi lagu. Rekoder 2pula berperanan memainkan bahagian kaunter kepada melodi denganmenggunakan satu atau dua not di dalam kord (chord tones) pada setiap bar.Contohnya, kord pada bar 1 ialah G7 yang terdiri daripada not G, B, D dan F.Oleh itu, not yang digunakan untuk bahagian soprano 2 ialah not G dan not D.

    Begitu juga kord pada bar ketiga ialah F major yang terdiri daripada not F, A danC. Oleh itu, not yang digunakan untuk bahagian soprano 2 ialah not F dan C.Nilai not yang dipakai adalah minim.

    Berikut adalah satu lagi contoh petikan skor untuk bahagian soprano 2. Contohini menunjukkan penggunaan not-not dalam kord (chord tones)dengan 1 atau 2not dalam satu bar. Contohnya, nilai semibrif digunakan dalam bar 1, 2 dan 4.Manakala dalam bar 3, 5, 6 dan 7, not minim digunakan. Akhir sekali, not minimbertitik digunakan dalam bar terakhir.

    Contoh 2Petikan dari lagu Pesta Muda Mudi

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    3/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN124

    8.1.2 Menggunakan Jeda ke 3 dan ke 6 dalam Setiap

    BarAnda boleh menulis bahagian untuk rekoder soprano 2 dengan menggunakanjeda ke 3 dan jeda ke 6 dari not-not dalam baris melodi yang dimainkan olehrekoder soprano 1 seperti yang ditunjukkan oleh petikan skor dalam contoh 1berikut:

    Contoh 1Petikan dari lagu Siti Payung

    Perhatikan bagaimana jeda ke 6 digunakan dalam bar 1, 2, 5 dan 6. Contohnya,dalam bar 1, not D yang dipilih untuk bahagian soprano 2 berjarak jeda ke 6 darinot B pada baris melodi (soprano 1). Begitu juga, beberapa not dalam himpunannot-not yang ditandakan di bahagian soprano 2 dalam bar 2 , bar 5 dan 6 , adalahberjarak jeda ke 6 daripada not-not di baris melodi (soprano 1).

    Dalam contoh 2 berikut, jeda ke 3 digunakan untuk mencipta bahagian untukrekoder soprano kedua:

    Contoh 2Petikan dari lagu Pesta Muda Mudi

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    4/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 125

    8.1.3 Menggunakan Not-not Hiasan

    Penggunaan not-not hiasan (seperti yang telah anda pelajari dalam Topik 1), akanmenghasilkan ciptaan yang lebih menarik untuk bahagian soprano 2. Not-not hiasanatau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai nonharmonic tones (non-chordtones) adalah not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not sesuatu kord.

    Contoh berikut menunjukkan not-not hiasan digunakan dalam bahagian soprano 2untuk gubahan lagu Siti Payung:

    ContohPetikan dari lagu Siti Payung

    Dalam contoh di atas, not hiasan jenis passing tone telah digunakan bagimenambah cantikkan lagi pergerakan not-not dalam melodi untuk bahagiansoprano 2. Sebagai contoh, dalam bar ke 2 not D (not hiasan) telah digunakan

    antara not C dan E (chord tones) supaya mencantikkan pergerakan melodibahagian soprano 2.

    Sebagai latihan, cuba cipta bahagian soprano 2 bagi melodi dalam skorberikut.

    AKTIVITI 8.1

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    5/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN126

    MENCIPTA SKOR ENSEMBEL 8 BAR UNTUK

    REKODER SOPRANO DAN PERKUSISekarang, anda telah diberikan pendedahan dan panduan tentang pelbagaiaspek bahasa muzik. Di samping itu, anda juga telah didedahkan kepadapengetahuan dan kemahiran tentang permainan rekoder dan perkusi melaluimodul-modul yang lepas dan juga dalam modul ini. Oleh itu, anda sepatutnyasudah bersedia untuk membuat ciptaan dan gubahan mudah untuk ensembelrekoder soprano dan perkusi.

    Bahagian ini mengaplikasikan aspek bahasa muzik yang telah anda pelajariberkaitan dengan elemen melodi, irama, tekstur dan harmoni di dalammenghasilkan ciptaan dan gubahan mudah untuk ensembel rekoder dan alat

    perkusi.

    8.2.1 Mencipta Melodi 8 Bar untuk Rekoder Soprano

    Dalam mencipta sebuah melodi pendek sepanjang 8 bar, cuba aplikasikanpengetahuan sedia ada anda tentang motif, frasa, kaden, tonaliti, triad, kord,meter dan nilai not. Berikut adalah panduan umum beberapa perkara yang perluanda tentukan dalam membuat ciptaan anda:

    (a) Tentukan nada bagi melodi yang akan anda cipta. Dalam contoh berikut,nada yang telah dipilih ialah D Major.

    Contoh:

    (b) Tentukan meter bagi melodi yang akan anda cipta. Dalam petikan berikut,meter yang dipilih ialah meter empatan.

    Contoh:

    8.2

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    6/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 127

    (c) Tentukan bilangan frasa bagi melodi yang akan anda cipta. Biasanyamelodi 8 bar mengandungi 2 frasa seperti contoh berikut:

    Contoh:

    (d) Tentukan pergerakan kord untuk melodi anda. Anda perlu tentukan jenis

    kaden dihujung kedua-dua frasa (rujuk perbincangan tentang kaden dalamTopik 10). Dalam contoh berikut, kaden imperfek di hujung frasa pertamadan kaden perfek di hujung frasa kedua.

    Contoh:

    (e) Tentukan motif. Motif adalah unit muzikal terkecil dalam sesebuah melodiyang dikatakan sebagai idea awal untuk membina sebuah melodi. Motifterdiri daripada segugusan not.

    Contoh:

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    7/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN128

    (f) Kembangkan motif menjadi frasa pertama (frasa antecedent) mengikutpergerakan kord yang telah ditentukan (rujuk perbincangan tentang frasa

    dan kaden dalam Topik 10). Gunakan not-not hiasan di mana yang sesuaibagi menambah cantikkan pergerakan not.

    Contoh:

    (g) Kembangkan motif menjadi frasa kedua (frasa antecedent) mengikutpergerakan kord yang telah ditentukan (rujuk perbincangan tentang frasa

    dan kaden dalam Topik 10).Contoh:

    (h) Anda telah menghasilkan melodi mudah 8 bar. Sekarang tentukan tempo,dinamik dan ekspresi bagi melodi yang dicipta.

    Contoh:

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    8/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 129

    8.2.2 Mencipta Deskan untuk Melodi di Atas

    Anda telah berjaya mencipta sebuah melodi mudah 8 bar untuk dimainkan olehrekoder soprano. Sekarang anda boleh membuat gubahan kepada melodi tersebut.

    Dalam bahagian 8.1, anda telah diberi panduan bagaimana menulis bahagian untukdimainkan oleh rekoder soprano 2. Oleh itu, aplikasikan kefahaman anda tentangpenggunaan jeda ke 3 dan jeda ke 6 serta penggunaan not-not hiasan untuk menciptabahagian rekoder soprano 2 bagi melodi yang telah anda cipta.

    Berikut adalah contoh ciptaan bahagian soprano 2 bagi melodi yang telah diciptadalam bahagian 8.1.3:

    8.2.3 Mencipta Skor Perkusi Mengiringi BahagianRekoder Soprano

    Setelah berjaya mencipta melodi untuk rekoder soprano 1 dan bahagian untuksoprano 2, anda boleh kembangkan gubahan anda untuk digabungkan denganalat-alat perkusi. Di dalam bilik darjah, aktiviti ensembel rekoder akan menjadibertambah menarik lagi sekiranya digabungkan dengan aktiviti permainan alatperkusi. Oleh itu, anda boleh menggubah bahagian alat-alat perkusi untuktujuan mengiringi bahagian rekoder soprano 1 dan 2 yang telah anda cipta.

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    9/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN130

    Untuk tujuan ini, anda harus mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiranyang telah anda perolehi melalui topik-topik yang berkaitan dengan alat perkusi

    seperti yang terdapat dalam modul-modul yang lepas dan juga dalam modul ini.Topik yang berkaitan dengan rentak tradisional juga dapat membantu anda darisegi mendapatkan idea untuk mencipta gubahan perkusi.

    Tidak ada peraturan secara khusus untuk membuat ciptaan ensembel perkusi.Namun demikian, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu anda beriperhatian dalam menghasilkan sesebuah ciptaan ensembel perkusi yang baik,khususnya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaranpendidikan muzik di sekolah. Sila rujuk Topik 2 dalam modul ini sebagaipanduan tentang aspek yang harus diberi pertimbangan dalam menghasilkansesuatu skor gubahan ensembel perkusi.

    Berikut adalah contoh gubahan alat-alat perkusi untuk mengiringi melodi danbahagian rekoder soprano yang telah dicipta dalam bahagian 8.2.1 dan 8.2.2:

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    10/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 131

    1. Cipta sebuah melodi sepanjang 8 bar untuk dimainkan olehrekoder soprano.

    2. Cipta bahagian soprano 2 untuk melodi yang anda cipta.

    3. Cipta gubahan perkusi yang terdiri daripada 3 alat perkusi yangberbeza bagi mengiringi bahagian rekoder yang telah anda cipta.

    Gunakan baluk kosong berikut untuk menulis skor gubahan anda.

    AKTIVITI 8.2

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    11/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN132

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    12/13

    TOPIK 8 PENCIPTAAN W 133

    Kemahiran anda dalam aspek ciptaan dan gubahan akan membantu andamenjadi seorang guru muzik yang lebih berkesan di bilik darjah.

    Kemahiran yang diperolehi daripada aspek permainan rekoder dan alatperkusi, serta pengetahuan tentang aspek bahasa muzik seperti not-nothiasan, frasa, kaden dan triad berguna untuk diaplikasikan secara kreatifdalam menghasilkan ciptaan dan gubahan untuk permainan rekoder sopranodan alat-alat perkusi.

    Motif adalah unit terkecil dalam melodi.

    Motif adalah idea awal yang dikembangkan menjadi frasa bagi membentuksebuah melodi.

    Bahagian Rekoder Soprano 1

    Bahagian Rekoder Soprano 2

    Ciptaan

    Frasa

    Gubahan

    Kaden

    Kord

    Mencipta

    Menggubah

    Motif

    Pergerakan kord

    Pergerakan melodi

    Baines, A. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: DoverPublication Inc.

    Blades, J. (1992). Percussion instruments and their history. Westport,Connecticut: The Bold Strummer Ltd.

    Cook, D. G. (1988). Teaching percussion. New York: Schirmer Books.

    Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey:Prentice-Hall, Inc.

  • 7/29/2019 23105827Topik8Penciptaan

    13/13

    X TOPIK 8 PENCIPTAAN134

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulumbersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat

    perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulumbersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusatperkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik menengah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik menengah atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

    Priestley, E. & Fowler, F. (1995). The school recorder book (Revised ed.). NewYork: Music Sales Limited.

    Taylor. E., (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: AssociatedBoard.