2.3 koordinasi saraf
DESCRIPTION
sains tingkatan 4TRANSCRIPT
2.3 KOORDINASI SARAF
-Reseptor dan efektor-Tindakan refleks
Koordinasi saraf merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap rangsangan yang menghasilkan tindakbalas melalui penghantaran impuls.
Rangsangan (stimuli) pula adalah sebarang perubahan yang berlaku di dalam atau di luar badan seseorang yang menghasilkan tindakbalas.
Reseptor adalah sel di dalam organ deria yang boleh mengesan rangsangan dan menukarkannya kepada isyarat elektrik (impuls)
Contoh reseptor: reseptor sakit pada kulit dan reseptor cahaya pada retina mata.
Efektor ialah organ yang bergerakbalas terhadap rangsangan. Contoh efektor adalah seperti otot dan kelenjar.
Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf oleh neuron.
Reseptor dan Efektor
Rangsangan Organ deria Tindakbalas
Cahaya daripada objek
Fotoreseptor di dalam retina mata
Dapat melihat objek
Bahan kimia Chemoreceptor's pada tunas rasa
Merasa bahan
Bahan kimia Chemoreceptor di dalam hidung
Menghidu bau bahan
Bunyi Reseptor di dalam telinga
Mendengar bunyi
Tercucuk paku Reseptor sakit pada kulit
Merasa kesakitan
Tindakan Refleks dan Arka reflek Tindakan refleks adalah gerakbalas
yang pantas dan automatik terhadap sesuatu rangsangan luar tanpa berfikir.
Ia merupakan satu tindakan di luar kawalan. Ia berlaku di dalam saraf tunjang.
Tindakan ini melindungi kita daripada kecederaan atau bahaya.
Contoh tindakan reflek adalah sentakan lutut.
Contoh koordinasi saraf
Rangsangan
ReseptorSistem saraf pusat
Efektor Tindakbalas
Bau makanan Chemoreceptor di dalam hidung
Otak Kelenjar air liur
Air liur terhasil
Rasa sakit terpijak paku
Saraf berakhir di kulit
Otak/saraf
tunjang
Otot pada kaki
Kaki dialihkan daripada paku
The pathway of impulse in the nervous system
sinap
Rangsangan
Reseptor Neuron deriaNeuron
perantara
Neuron motor
Efektor
Sinap
Tindakbalas
Lintasan tindakan reflek dipanggil arka refleks.
Reseptor
Saraf tunjang Efektor
Impuls Impuls
2.4 PROPRIOSEPTOR
Reseptor regang (DERIA KINETESIS) Reseptor yang peka terhadap
pergerakan, tekanan, atau ketegangan dalam badan.
Reseptor ini terdapat dalam otot, sendi, ligamen dan tendon. Reseptor ini dikenali sebagai reseptor regang.
Reseptor regang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan keseimbangan badan untuk postur badan dan mengkoordinasi aktiviti otot.
Ketegangan otot, sendi, ligamen atau tendon akan merangsang reseptor regang untuk mencetuskan impuls dan menghantarnya melalui saraf ke otak.
Setelah ditafsir, impuls dari otak akan dihantar ke bahagian-bahagian badan untuk mengkoordinasi gerakbalas yang sewajarnya.
Contoh aktiviti yang melibatkan proprioseptor adalah:Bermain pianoMemakai pakaian Menepuk tanganMenaiki tanggaMengikat tali kasut tanpa melihatMenyikat rambut tanpa melihat cermin
Aliran impuls melibatkan proprioseptor
Otot diregang (rangsangan)
Reseptor regang
(hasilkan impuls)
Neuron deria (pindahkan
impuls)
Otak (tafsir maklumat)
Neuron motor (pindahkan
impuls)
Efektor (hasilkan
pergerakan)