2/2020 • jun - julai 2020€¦ · pelancaran sambutan ulang tahun . ke-50 rukun negara norma...

16
2/2020 Jun - Julai 2020

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

2/2020 • Jun - Julai 2020

Page 2: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

2 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

FOKUS

04 PENJANA Pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara 05 PKPP Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

06 LAKSANA Lawatan Kerja Rasmi Ke Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional

08 ASEAN Jana Semula Ekonomi Serantau

Jadi Keutamaan Pasca Covid-19

10 Rukun Negara Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara

NORMA BAHARU

12 Solat Jumaat Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Buat Pertama Kali Sejak PKP 13 Pembukaan Semula Sekolah Tinjauan Ke SMK Datok Lokman

RANGKUMAN AKTIVITI

14 Perhimpunan Bulanan JPM Menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM Buat Pertama Kali

15 Hari Banci Pelancaran Hari Banci Malaysia 2020 15 Hari Peneroka Felda Pelancaran Hari Peneroka Felda 2020

15 Felo Perdana Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada Semua Ahli Jemaah Menteri Bagi Tahun 2020

15 Majlis Sains Negara Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) Siri Kedua 2020

14..

4..

10.. 15..

15..

Page 3: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 3

Ketua EditorMarhaini Kamaruddin EditorIsmail Amsyar Mohd SaidMohd Yusof SaariShahruddin Mohamad Nor

TimMohamad Ruzainie ReezmanMohamad Aisham ManapWirawati Dewi AhmadAzhar OsmanLiyana Safra ZaabarNorazlinawati Walid

TAHNIAH FRONTLINERS!TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!Alhamdulillah, buat pertama kali semalam (1 Julai 2020), negara kita

mencatatkan kes harian COVID-19 terendah iaitu 1 kes import dan

tiada kes jangkitan tempatan dalam kalangan warganegara dan bukan

warganegara.

Syabas dan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’ yang sehingga

kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19

di dalam negara. Pada masa yang sama, saya juga berbangga dengan

seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam

mematuhi SOP yang ditetapkan.

Trend penurunan jumlah kes harian tempatan sehingga merekodkan

angka satu digit sejak akhir-akhir ini menunjukkan tahap kesedaran dan

pengetahuan masyarakat tentang wabak COVID-19 serta pematuhan

kepada SOP semakin tinggi. Tahniah saya ucapkan kepada rakyat

Malaysia.

Ya, perkembangan positif ini sememangnya membuatkan kita sangat

teruja dan bangga. Namun, jangan pula merasa terlalu selesa sehingga

kita alpa dan lalai dalam usaha kita mengawal jangkitan COVID-19 ini.

Ingin saya ingatkan dan tegaskan di sini. Rakyat perlu terus berwaspada,

mengambil langkah pencegahan dan mematuhi SOP yang ditetapkan

pada setiap masa walau di mana pun anda berada. Dalam tempoh

PKPP ini, kita semua adalah ‘frontliners’.

Kita semua memikul tanggungjawab yang sangat berat untuk

melindungi keluarga, komuniti & Negara daripada wabak COVID-19.

Insya-Allah saya yakin, dengan kerjasama dan komitmen seluruh rakyat

Malaysia, kita akhirnya pasti akan berjaya memerangi COVID-19.

Saya berbangga dengan anda semua.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia

Page 4: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

PADA 5 Jun 2020, Kerajaan telah memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”. Di bawah PENJANA,

Kerajaan telah mengenal pasti 3 teras utama iaitu:

• Pertama: Memperkasakan Rakyat (Empower People);

• Kedua: Melonjakkan Perniagaan (Propel Businesses); dan

• Ketiga: Merangsang Ekonomi (Stimulate the Economy) Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. Daripada jumlah ini, sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan.

PENGUMUMANPENJANA

4 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

Page 5: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Pada 7 Jun 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memasuki fasa pemulihan COVID-19. Fasa pemulihan ini adalah sebahagian daripada exit strategy atau strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak 4 Mei 2020.

PKPB yang berakhir pada 9 Jun 2020, akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

7 Strategi PKPP

• Pengukuhan Kesihatan Awam• Perundangan dan

Penguatkuasaan• Pengukuhan Kawalan

Sempadan• Pembukaan Sepenuhnya

Sektor Ekonomi• Pembudayaan Kebiasaan

Baharu• Pemerkasaan Tanggungjawab

Komuniti• Perlindungan Golongan

Berisiko

PERUTUSAN KHAS PKPP

PERINTAHKAWALAN

PERGERAKANPEMULIHAN

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 5

Page 6: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

LAWATAN KERJA KE

LAKSANA

6 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

AB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Unit Pelaksanaan

dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan langkah-langkah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang keseluruhannya bernilai RM295 bilion.

Antara agenda utama lawatan ini

adalah untuk melancarkan Papan Pemuka Digital (Digital Dashboard) yang telah dibangunkan oleh LAKSANA untuk memastikan proses pemantauan dan pelaksanaan Pakej PRIHATIN dan PENJANA dibuat dengan telus, cepat dan tepat.

Menerusi sesi taklimat yang diberikan, difahamkan Papan Pemuka Digital ini berupaya menghubungkan data daripada 53 Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan dan PENJANA.

Pendekatan ini membolehkan Kerajaan bertindak secara dinamik dan segera berdasarkan data raya dalam membuat keputusan, memastikan keberkesanan penyampaian bantuan dan perkhidmatan, serta membuat penelitian yang perlu bagi memastikan bantuan Kerajaan benar-benar diterima oleh kumpulan yang disasarkan.

Pada sesi taklimat selama 30 minit itu, YB Menteri Kewangan telah membentangkan laporan mingguan pencapaian Pakej PRIHATIN dan PENJANA. Laporan seperti ini

Y

STIMULUS EKONOMI

PELAKSANAAN DAN

KOORDINASI

Pelancaran Papan Pemuka Digital (Digital Dashboard)

ANTARA AGENSI

NASIONAL

Page 7: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 7

penting bagi memastikan ketelusan dalam penyampaian pakej-pakej rangsangan ini kepada Rakyat dan syarikat-syarikat yang memerlukan.

YAB Perdana Menteri menekankan bahawa usaha LAKSANA dalam memantapkan jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta sangat penting kerana ia merupakan tunjang utama dalam menjayakan pelan pemulihan ekonomi negara.

Pada lawatan ini juga, YAB Perdana Menteri telah berpeluang berinteraksi bersama lima (5) orang penerima bantuan di bawah Pakej PRIHATIN melalui sesi sidang video.

Mereka adalah Encik Michael Lo Vun Leong dari Tamparuli Sabah; Encik Pajan Singh A/L Kirpal Singh, yang merupakan pemilik hotel bajet di Kuantan Pahang; Puan S. Pavithra dan suami, Encik M. Sugu, yang terkenal dengan video masakan ayam varuval dari Sungai Siput, Perak; seorang pemandu teksi di Lembah Klang, Encik Ahmad Rusdi bin Mat Daud, dan Encik Rosnizam Bin Ishak dari

Bertam, Pulau Pinang yang telah memulakan perniagaan kambing perap.

Selain itu, YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa beramah mesra dengan dua orang suri rumah yang juga penerima BPN iaitu Puan Azizah Abdullah Aziz dan Puan Normawati Ismail, kedua-duanya dari Lembah Klang. Mereka merupakan peniaga makanan secara kecil-kecilan dan dengan bantuan PRIHATIN, mereka kini mampu mengembangkan perniagaan makanan mereka.

Pada pertemuan itu, YAB Perdana Menteri turut menerima pek makanan yang disediakan oleh Puan Azizah dan Puan Normawati. YAB Perdana Menteri sangat berbangga dengan pencapaian penerima-penerima BPN dan berpuas hati dengan prestasi pakej PRIHATIN setakat ini. Insya-Allah harapan YAB Perdana Menteri agar pemberian pakej-pakej rangsangan ini dapat memanfaatkan semua penerima, sekaligus menambah baik kualiti hidup mereka.

Pendekatan ini membolehkan Kerajaan bertindak secara dinamik dan segera berdasarkan data raya dalam membuat keputusan...

Page 8: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

ASEAN:JANA SEMULA

EKONOMI

8 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

ADA 26 Jun 2020 bertempat di Pejabat YAB Perdana Menteri, YAB Perdana Menteri berpeluang menghadiri sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang diadakan menerusi sidang video bersama rakan-rakan

sejawat beliau dengan tema “Cohesive and Responsive ASEAN”. Turut hadir pada sidang video tersebut ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali, dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sidang Kemuncak yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam itu antara lain membincangkan respon oleh rantau Asia Tenggara terhadap COVID-19, impak sosial dan ekonomi akibat wabak itu, seterusnya merumuskan Rancangan Pemulihan Ekonomi Serantau yang dicadangkan oleh Malaysia pada bulan April lalu.

Pada sesi intervensi, YAB Perdana Menteri mengajak semua pemimpin ASEAN agar mengambil sikap lebih proaktif dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19 di rantau ini bagi mendorong pemulihan ekonomi.Krisis kesihatan awam telah meninggalkan kesan yang

sangat mendalam terhadap ekonomi. Justeru, menjana semula ekonomi serantau seharusnya menjadi keutamaan ASEAN bagi mengurangkan gangguan perdagangan dan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan di rantau ini.

Kerajaan negara anggota ASEAN juga mesti merangka pelan yang mantap dan berkesan seberapa segera bagi membolehkan pelaksanaan “travel bubbles” iaitu

perjalanan di antara negara yang telah d i k a teg o r i k a n ‘hijau’ COVID-19, bertujuan m e r a n c a k k a n pelaburan dan m e n y e d i a k a n p e l u a n g pekerjaan untuk rakyat.

YAB Perdana M e n t e r i menjangkakan dalam waktu

terdekat, negara-negara anggota ASEAN boleh membuka pintu masuk antarabangsa masing-masing yang secara tidak langsung akan merancakkan semula aktiviti pelancongan dan memberikan suntikan kewangan yang sangat diperlukan kepada ekonomi negara masing-masing.

Melihat kepada situasi semasa wabak COVID-19, Malaysia

PJADI KEUTAMAAN SEMASA

PASCA COVID-19

Malaysia dan rakan-rakan negara

anggota ASEAN akan bekerjasama rapat

untuk mencapai persetujuan ke arah

memeterai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun

ini.

Page 9: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 9

sedar bahawa negara anggota ASEAN mesti bertindak pantas dan tegas dalam mengkoordinasikan tindak balas di peringkat serantau bagi menjana semula ekonomi. Tindak balas yang dikoordinasi dengan baik akan memastikan ASEAN seluruhnya bangkit dari krisis ini dengan lebih kuat, sebagaimana krisis-krisis sebelumnya.

Malaysia dan rakan-rakan negara anggota ASEAN akan bekerjasama rapat untuk mencapai persetujuan ke arah memeterai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun ini. Malaysia bersedia untuk mengadakan libat urus dengan India atas penyertaan berterusan mereka dalam RCEP, yang akan menyumbang kepada kemakmuran serantau.

Mengenai isu Rohingya, YAB Perdana Menteri menekankan pentingnya ASEAN menangani kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara serius. Kita perlu

mengambil pendekatan menyeluruh untuk menghentikan kegiatan ini yang boleh menggugat kestabilan rantau ini.

YAB Perdana Menteri turut menyentuh isu pertikaian di Laut China Selatan dan menegaskan pendirian Malaysia bahawa penyelesaian damai perlu dicapai bagi mengekalkan perairan itu sebagai “a sea of peace and trade”.

YAB Perdana Menteri juga mengambil kesempatan menyentuh isu Palestin dengan mengulangi pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Israel.

YAB Perdana Menteri turut menyeru masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar mengutuk dan menolak pencerobohan wilayah Palestin oleh rejim tersebut.

Page 10: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

ULANG TAHUN KE-50

RUKUN NEGARA

10 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

ADA 9 Julai 2020, YAB Perdana Menteri melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, iaitu satu prinsip yang menjadi

asas identiti diri dan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.

YAB Perdana Menteri ingin mengingatkan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum yang dikecapi ketika ini perlu terus dipertahankan. Negara telah melalui pelbagai cabaran yang mencabar untuk

sampai ke tahap ini.

Pembinaan negara bangsa yang bersatu padu, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia bukan mudah sekiranya lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara tidak dihayati dan dijunjung seluruh masyarakat.

Persefahaman dan perpaduan yang dikecapi ketika ini merupakan pencapaian yang harus dibanggakan dan dikekalkan

Keharmonian dan perpaduan kaum yang dikecapi ketika ini perlu terus dipertahankan. Negara telah melalui pelbagai cabaran yang mencabar untuk sampai ke tahap ini.

IDENTITI DIRI . PENYATUAN RAKYAT . KEHARMONIAN . NEGARA MAJU

P

Page 11: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 11

seluruh lapisan masyarakat.

YAB Perdana Menteri yakin sebarang perbuatan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dan menggugat keharmonian serta perpaduan boleh dielakkan sekiranya kita semua mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.Beliau ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting lebih-lebih lagi ketika negara masih berhadapan dengan krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri amat terharu dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat. Perpaduan rakyat banyak membantu kerajaan mengurus wabak itu dengan berkesan.

YAB Perdana Menteri yakin, negara akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu diperkukuh dan diteruskan pada masa akan datang.

“Pembinaan negara bangsa yang bersatu padu, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara

majmuk seperti Malaysia bukan mudah sekiranya lima prinsip yang terkandung

dalam Rukun Negara tidak dihayati dan dijunjung seluruh masyarakat.”

Page 12: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

12 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

SOLAT JUMAAT

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 12 Jun 2020 setelah masjid dan surau Jumaat dibuka semula.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, masjid dan surau Jumaat tidak dibuka untuk aktiviti solat berjemaah sebaliknya umat Islam disaran menggantikan solat Jumaat dengan sembahyang Zohor di rumah.

Daripada pemerhatian, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi. Lebih membanggakan, para jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

Jemaah dilihat memberikan kerjasama yang baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid. Jemaah juga membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk dalam jarak 1 meter antara jemaah di dalam saf.

YAB Perdana Menteri berdoa agar situasi COVID-19 di negara kita yang semakin reda akan pulih sepenuhnya bagi membolehkan seluruh umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau seperti sebelum wabak ini melanda negara kita. Insya-Allah

YAB PERDANA MENTERI BERPELUANG MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

PERTAMA KALI SEJAK PKP DI MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Page 13: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 13

Pada 24 Jun 2020, YAB Perdana Menteri telah singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan mulai hari ini.

Kerajaan membuat keputusan pada 10 Jun lalu untuk membuka semula sekolah secara berperingkat bermula hari ini, dengan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sejurus tiba, YAB Perdana Menteri telah melalui proses saringan suhu badan di pintu masuk sekolah sebelum diiring oleh Guru Besar, Puan Latifah Mohd Yusof melewati laluan khas bertanda memasuki kawasan sekolah, seterusnya ke dewan utama bagi sesi taklimat.

YAB Perdana Menteri amat berterima kasih kepada para guru, pejabat pendidikan negeri dan daerah

PEMBUKAAN SEMULA

LAWATAN KE SMK DATOK LOKMAN, KUALA LUMPUR

serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah melakukan persediaan rapi bagi memastikan garis panduan serta penyediaan SOP dapat dipenuhi sebelum sesi persekolahan bermula.

YAB Perdana Menteri doakan anak-anak yang kembali bersekolah dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan dalam mengharungi kebiasaan baharu persekolahan.

SEKOLAH

Page 14: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

14 • Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020

Pada 6 Julai, YAB Perdana Menteri telah berkesempatan hadir Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau menzahirkan rasa syukur

kerana akhirnya dapat bertemu muka bersama warga JPM dalam perhimpunan bulanan sejak menerajui pentadbiran kerajaan pada 1 Mac lepas. Seiring dengan langkah kerajaan membuka semula ekonomi, penjawat awam diingatkan bahawa mereka masih mempunyai tugas besar yang perlu dilaksanakan, iaitu membantu mempermudahkan pemain dan pengusaha industri meneruskan dan mengukuhkan semula sektor perniagaan yang terjejas teruk sebelum ini.

RANGKUMAN AKTIVITIAntara acara rasmi yang dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada bulan Julai 2020

2.1.

YAB PM di Majlis Penyerahan Felo Perdana bagi Tahun 2020

YAB PM melancarkan Hari Banci Malaysia 2020 atau Banci 2020

YAB PM berucap di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)4..

Pada pagi 7 Julai, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Hari Banci Malaysia 2020 atau Banci 2020, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Banci 2020 adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengumpul data dan statistik penduduk dan perumahan semasa negara, yang

dilaksanakan setiap 10 tahun sekali sebagai sumber rujukan penting dalam perancangan pembangunan negara pada masa hadapan.Selaras dengan kebiasaan baharu, YAB Perdana Menteri mengalu-alukan kaedah pembancian e-Census yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara dalam talian.

1..

2..

Page 15: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

YAB PM berucap di Majlis Pelancaran Hari Peneroka Felda 2020

Buletin Perdana 2/2020 • Jun - Julai 2020 • 15

Pada petang 7 Julai, YAB Perdana Menteri telah mendengar luahan rasa para peneroka Felda dengan pelbagai kekangan yang dihadapi di Majlis Pelancaran Hari Peneroka Felda 2020 di MRSM Felda, Felda Trolak, Sungkai,

Perak. YAB Perdana Menteri memberi jaminan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan beliau akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan. YAB Perdana Menteri menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan Felda yang mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh kepada negara lain. Bagaimanapun, seperti yang selalu diingatkan, kejayaan yang dicapai tidak seharusnya membuatkan kita alpa dan cepat berpuas hati. Felda perlu terus meneroka bidang-bidang baharu yang boleh menjamin kehidupan yang lebih baik buat semua warganya. Apatah lagi dalam keadaan harga komoditi yang tidak menentu. Selain menjadi pengeluar komoditi utama negara, YAB Perdana Menteri ingin melihat Felda muncul sebagai peneraju industri makanan berskala besar, yang berupaya menggerakkan aktiviti perladangan berteraskan pertanian pintar dan aktiviti hiliran yang inovatif.

Pada 8 Julai, YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah kepada semua 82 orang Felo yang terpilih, dan selamat datang kepada empat orang Felo yang akan ditempatkan di Pejabat Perdana

Menteri di Majlis Penyerahan Felo Perdana bagi Tahun 2020. Peranan generasi muda dalam pembangunan negara adalah sangat penting, termasuklah yang berkaitan dengan pembangunan modal insan. Mereka inilah yang akan menentukan kelangsungan pembangunan masa

kini dan perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar. Belia mesti memiliki ciri kepemimpinan yang baik, sekurang-kurangnya mampu memimpin diri sendiri agar tidak terjerumus dalam kegiatan tidak sihat. YAB Perdana Menteri menyatakan impian beliau untuk melihat mereka menjadi rakyat yang patriotik dan mampu berkhidmat kepada masyarakat. Diharapksn semua Felo dapat bekerjasama secara erat bersama dengan Menteri Mentor masing-masing dan kepada Jemaah Menteri, diharap dapat melatih Felo dengan sebaiknya seperti anak sendiri; tunjukkan tauladan mulia dan berikan pengalaman yang tidak ternilai kepada mereka.

Pada 14 Julai, YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) Siri kedua 2020, antara lain bagi membincangkan Agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara,

khususnya selepas pandemik COVID-19. Beliau telah membangkitkan tentang peranan penting yang boleh disumbangkan bidang sains, teknologi dan inovasi dalam proses pemulihan negara yang sedang berjalan. Kesan pandemik itu dapat dirasai dari segi penjagaan kesihatan, pekerjaan, anjakan sosial dan ekonomi, walaupun secara umumnya negara telah berjaya mengawal wabak itu. Justeru, negara memerlukan idea yang inovatif seiring dengan norma baharu bagi mencari jalan penyelesaian menangani cabaran tersebut. Pembangunan bakat dan STI secara bijak amat dituntut bagi menjamin negara mempunyai kapasiti dan kepakaran tempatan yang tepat dan sesuai. YAB Perdana Menteri juga menekankan tentang kepentingan mengimbangkan bidang sains dan teknologi dengan nilai-nilai sosial dan kemanusiaan dalam agenda pembangunan negara. Pendekatan yang holistik perlu bagi memastikan bidang sains, teknologi dan inovasi mampu berintegrasi dengan aspek sosial dan kemanusiaan demi menjamin pembangunan Malaysia yang seimbang dan mapan.

3.

5.

4.

YAB PM mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) Siri kedua 2020

3..

4..

Page 16: 2/2020 • Jun - Julai 2020€¦ · Pelancaran Sambutan Ulang Tahun . Ke-50 Rukun Negara NORMA BAHARU 12 olat Jumaat S Menunaikan Solat Jumaat di Masjid . Buat Pertama Kali Sejak

Pejabat Perdana Menteri,

Blok Utama,

Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Malaysia

6 0 3 - 8 8 8 8 8 0 0 0 | w w w . p m o . g o v . m y | b p @ p m o . g o v . m y

BULETIN PERDANA