201403250103_t2a2

Upload: nazib-kasim

Post on 03-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Faedah Yang Diperolehi Oleh Guru-Guru Dalam Program Pensiswazahan Guru Peningkatan Ilmu dan Kemahiran

TRANSCRIPT

TUGASAN 2 AKTIVITI 2Faedah Yang Diperolehi Oleh Guru-Guru Dalam Program Pensiswazahan Guru Peningkatan Ilmu dan KemahiranDalam Program Pensiswazahan Guru, guru-guru dapat meningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sangat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini. Seterusnya, menjadi seorang guru profesional yang mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu menjadi seorang mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Hal ini, akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.Kemahiran-kemahiran yang sedia ada dapat ditingkatkan dan ditambahbaik melalui Program Pensiswazahan Guru. Hal ini melalui penglibatan guru-guru dalam kursus-kursus yang ditawarkan dalam program tersebut seperti dalam subjek Bahawa Melayu, Matematik, Sains dan sebagainya. Disamping itu juga guru-guru dapat menigkatkan pelajaran dari diploma/sijil perguruan kepada Ijazah sarjana muda perguruan, hal ini sesuai dengan saranan

Peningkatan PendapatanSelain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, guru juga akan dapat untuk meningkatkan pendapatan mereka. Nilai gaji bagi guru adalah berbeza mengikut gred masing-masing. Guru yang mempunyaigred yang lebih tinggi akan mempunyai pendapatan iaitu gaji yang lebih tinggiberbanding guru yang mempunyai gred yang rendah. Sekiranya semua guru diaNegara ini mempunyai pendapatan yang tinggi, Negara ini akan diiktiraf sebagaisebuah Negara yang maju. Hal ini kerana salah satu ciri-ciri Negara yang maju ialahrakyat yang mempunyai pendapatan yang tinggi.Guru yang menyambung pelajaran di peringkat Program Pensiswazahan Gurujuga tidak terikat kepada nilai purata gred seperti mahasiswa dan mahasiswi di unversitilain. Hal ini membolehkan mereka tidak perlu risau untuk mendapatkan nilai purata gredyang tinggi atau aggregat yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Kementerian Pelajaran Malaysia percaya bahawa untuk seseorang itu mencapai kejayaan, terdapat pelbagai laluan yang mereka boleh pilih. Program Pensiswazahan Guru juga menggunakansystem belajar secara online. Hal ini akan memudahkan para guru kerana mereka tidakperlu meninggalkan keluarga untuk menyambung pelajaran. Ini juga memberikan jalanyang mudah kepada guru-guru untuk BerjayaSumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru.Setelah guru berjaya mendapatkan ijazah dalam Program Pensiswazahan Guru, guru haruslah memberi sumbangan kepada masyarakat dan sekolah. Status sebagai guru dapat dipandangan sebagai yang tinggi atau rendah, tergantung di mana iaberada. Sedangkan peranannya yang berkedudukan sebagai pendidik seharusnya menunjukkan kelakuan yang layak sesuai harapan masyarakat, dan guru diharapkan berperan sebagai teladan dan rujukan dalam masyarakat dan khususnya anak didik yang dia ajar. Guru tidak hanya memiliki satu peran saja, ia bisa berperan sebagai orang yang dewasa, sebagai seorang pengajar dan sebagai seorang pendidik, sebagai pemberi contoh dan sebagainya. Guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat.Atas bimbinganguru, lahirlahgolongan profesional seperti doktor,jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnyaseorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiapbidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkanpembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.Nilai bersyukurBerterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda perguruan. Sebagai tanda berterima kasih guru menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing dipersana antarabangsa. Sebagai aset untuk membangungkan keluarga, bangsa, dan negara setanding dengan negara-negara maju kelak.Menjadi Penyampai Maklumat Berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya.

RumusanProgram Pensiswazahan Guru atau PPG ialah merupakan perluasan dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya oleh KPM. Kertas dasar program ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil. 9/2009 pada 10 September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dan dibangkitkan semula pada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil.16/2010 pada 29 September 2010 telah bersetuju dengan cadangan PPG. Matlamat Program Pensiswazahan Guru ialah meningkatkantahap kelayakan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan sekolah.Sememangnya amat wajar sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting. Pendidikanguru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guruberkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akanmemberi nafasbaru kepadadunia pendidikan.Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.