2014-08-10_peraturan balapan dan padang piala menteri pendidikan 2014.pdf balapan dan padang piala...

7
KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BAHAGIAN SUKAN, KPM BALAPAN DAN PADANG

Upload: sepet8561

Post on 07-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf

TRANSCRIPT

Page 1: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

1

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN

2014

BAHAGIAN SUKAN, KPM

BALAPAN DAN PADANG

Page 2: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

2

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN

TAHUN 2014

1. NAMA PROGRAM

Kejohanan Balapan dan Padang Piala Menteri Pendidikan1Murid 1Sukan.

2. PENGANJUR Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. PENGELOLA

Jabatan Pendidikan Negeri yang dilantik oleh Bahagian Sukan, KPM.

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan Peraturan Am Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia

5. PERATURAN TAMBAHAN

5.1 Selain daripada peraturan umum di atas, kejohanan ini adalah berasaskan

sekolah (school based) yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan untuk memberi peluang lebih ramai murid menyertai pertandingan sukan balapan dan padang di bawah Program 1Murid 1Sukan.

5.2 Sebarang keraguan boleh dibuat dan diputuskan semasa taklimat

dengan pengurus pasukan.

5.3 Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan

peraturan tambahan, selaras dengan konsep dan matlamat penganjuran Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan.

Page 3: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

3

6. KELAYAKAN PESERTA

6.1 Peserta adalah terdiri daripada murid yang tidak pernah mewakili sekolah

dalam sebarang pertandingan balapan dan padang di peringkat, daerah, negeri atau negara.

6.2 Murid yang berada di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

6.3 Murid yang didaftarkan di bawah program Pusat Latihan Daerah

(PLD/SPTS) juga tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. 7. JENIS PERTANDINGAN

7.1. Individu 7.2. Berpasukan

8. PENDAFTARAN PENYERTAAN

8.1 Penyertaan peserta bagi Kejohanan ini boleh terdiri daripada murid Kelas

Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sahaja

8.2 Setiap pasukan negeri hendaklah mendaftarkan peserta seperti berikut:

KATEGORI BILANGAN PENYERTAAN JUMLAH

Lelaki 6 6

Perempuan 6 6

JUMLAH 12

9. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

9.1 Setiap peserta akan mengambil bahagian dalam 4 acara individu dan 1

acara berpasukan.

BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN

1 100 meter X X

2 Lompat Jauh X X

3 Lontar Peluru X (4kg) X (4kg)

4 800 meter X X

5 Medley Relay X X

JUMLAH 5 5

Page 4: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

4

10. ACARA LARI BERGANTI-GANTI CAMPURAN (MEDLEY RELAY)

10.1 Setiap pasukan boleh mendaftarkan 6 pelari 10.2 Susunan pelari adalah seperti berikut :

BIL SUSUNAN

PELARI ACARA KATEGORI

1 Pelari Pertama 100 meter Lelaki Perempuan

2 Pelari Kedua 100 meter Lelaki Perempuan

3 Pelari Ketiga 200 meter Lelaki Perempuan

4 Pelari Keempat 400 meter Lelaki Perempuan

5 Pelari Kelima 800 meter Lelaki Perempuan

10.3 Pelari pertama akan bermula di permulaan 4 x 100M (1 stagger) dan

berlari mengikut lorong masing-masing.

10.4 Pelari kedua akan menerima baton di dalam petak pertukaran baton

pertama acara 4 x 100M dan berlari mengikut lorong masing-masing.

10.5 Pelari ketiga akan menerima baton dalam petak pertukaran baton kedua

acara 4 x 100 dan berlari mengikut lorong masing-masing.

10.6 Pelari keempat akan menunggu di garisan penerimaan baton pelari ketiga

acara 4 x 400M dan terus memotong masuk ke lorong pertama.

10.7 Pelari kelima akan berlari mengikut kedudukan pelari di lorong pertama

10.8 Setiap pasukan akan berlari hanya sekali sahaja. Jika terdapat lebih daripada 8 pasukan, ianya akan dibahagikan kepada beberapa saringan dan pasukan yang mencatatkan masa terbaik akan menjadi pemenang.

11 HADIAH-HADIAH

11.1 Piala 11.2 Pingat

Page 5: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

5

12. SISTEM PEMARKAHAN

12.1 Sistem pemarkahan perdasarkam skema Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Sila rujuk lampiran A.

13 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

13.1 Penentuan Peserta Terbaik Mengikut Acara.

13.1.1 Peserta yang mendapat skor tertinggi dalam setiap acara individu akan diistiharkan sebagai pemenang.

13.2 Penentuan Peserta Terbaik Keseluruhan.

13.2.1 Skor peserta akan dicampur dalam semua acara individu dan peserta yang berjaya mengumpul jumlah skor tertinggi akan diistiharkan sebagai peserta terbaik.

13.3 Johan Keseluruhan Mengikut Kategori

13.3.1 Skor pasukan tertinggi akan diistiharkan sebagai johan.

13.4 Johan Keseluruhan

13.4.1 Negeri yang mengumpul skor tertinggi daripada jumlah kategori

lelaki dan kategori perempuan akan diistiharkan sebagai Johan dan diikuti tempat kedua hingga kelima belas.

Page 6: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

6

14. PENGENALAN PASUKAN TAG 14.1 Huruf / Nombor Peserta / Warna dan nombor berikut akan digunakan : 14.2 Warna nombor hitam atas kain putih.

BIL NEGERI HURUF LELAKI PEREMPUAN

1. PERAK A A001 – A006 A007 – A012

2. SELANGOR B B013 – B018 B019 – B024

3. PAHANG C C025 – C030 C031 – C036

4. KELANTAN D D037 – D042 D043 – D048

5. SABAH E E049 – E054 E055 – E060

6. JOHOR J J061 – J066 J067 – J072

7. KEDAH K K073– K078 K079 –K084

8 MELAKA M M085 – M090 M091 – M096

9. NEGERI SEMBILAN

N N097 – N102 N103 – N108

10. PULAU PINANG P P109– P115 P116 – P121

11. PERLIS R R122 – R127 R128 – R133

12. SARAWAK S S134 – S139 S140 – S145

13. TERENGGANU T T146 – T151 T152 – T157

14. KUALA LUMPUR W W158 – W163

W164 – W169

15. W.P. LABUAN L L170 – L175 L176– L181

15. BANTAHAN

15.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOM, Peraturan Am MSSM kecuali perkara-perkara berikut :

15.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta

hendaklah diselesaikan semasa taklimat Pengurus Pasukan.

Page 7: 2014-08-10_PERATURAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2014.pdf Balapan Dan Padang Piala Menteri Pendidikan 2014

7

15.3 Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum

pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian dalam bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada penganjur kelak.

15.4 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan

hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :

15.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat awal.

15.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

15.5 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan

wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

16. HAL-HAL LAIN

16.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat tersebut.

16.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-

peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

16.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau kecederaan lain berlaku :

i. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan kestadium. ii. Semasa kejohanan dijalankan. iii. Di dalam dan luar kawasan stadium. iv. Di tempat-tempat penginapan.

16.4 Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk

mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia