2013 2611-3 qp crc_psv

20
TERHAD [Lihat halaman sebelah 2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan. Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Upload: mohd-ikhmal-kamarzaman

Post on 05-Dec-2014

77 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PSV

TRANSCRIPT

Page 1: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 1 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Page 2: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 2 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulanFebruari hingga bulan Julai.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendirioleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertasberukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihantugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkangred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijilpencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatdi dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Page 3: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 3 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 1

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MODEL JET PEJUANG

SITUASI

Sebuah syarikat aeroangkasa ingin mereka bentuk model baru jet pejuanguntuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi(LIMA).

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yangbersifat futuristik.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang.

2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih.

3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan.

4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan.

6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

Page 4: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 4 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, model jet pejuang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bahan yang bersesuaian

Ukuran minimum : Panjang 30 cm

Lebar 20 cm

Bilangan warna : Bebas

Tema : Futuristik

Teknik : Bebas

Contoh:

-

-

Nota:Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.

20 cm

30 cm

Page 5: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 5 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 2

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA MOBAIL

SITUASI

Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengansebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukansahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untukrestoran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail.

2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.

3. Lukisan atau catan realistik hidupan laut yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan.

5. Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta catatan.

7. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 6: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 6 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- Mengikut kesesuaian- Mengikut kesesuaian- 40 cm

40 cm

Page 7: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 7 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 3

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : LANDSKAP

PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

SITUASI

Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagitujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungaiyang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham.

3. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham.

4. Lakaran pelan tapak mengikut skala.

5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian.

6. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan.

7. Lukisan perincian landskap yang dipilih.

8. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 8: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 8 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, landskap persekitaran anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : PanjangLebar

Teknik : Bebas

Contoh:

Nota:Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- 45 cm- 25 cm

45 cm

25 cm

Page 9: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 9 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : SARUNG BANTAL

SITUASI

Sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untukdipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yangmenggunakan gabungan teknik lukis serta ikat dan celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.

2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham.

3. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan.

4. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan.

5. Lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan.

6. Kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan.

7. Lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 10: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 10 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk sarung bantal anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Kain

Ukuran : PanjangLebar

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Gabungan antara teknik lukis serta ikatdan celup

Contoh:

Nota:Hasil karya hendaklah dijahit dan dikemaskan.

- 72 cm- 46 cm

72 cm

46 cm

Page 11: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 11 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 5

BIDANG : KRAF

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Pengusaha sebuah syarikat pelancongan ingin menghias dinding pejabatnya dengan hiasandinding jenis ukiran kayu.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yangbertemakan flora.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.

2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

4. Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan.

5. Reka letak olahan idea serta catatan.

6. Lukisan olahan idea yang dipilih.

7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 12: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 12 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu

Ukuran : TinggiLebar

Motif : Flora

Teknik : Ukiran

Contoh:

Nota:Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

- 45 cm- 30 cm

30 cm

45 cm

Page 13: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 13 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 6

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI

SITUASI

Sebuah syarikat penerbitan ingin menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanakprasekolah.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi buku cerita kanak-kanaktiga dimensi untuk prasekolah bertemakan haiwan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak.

3. Lakaran muka taip untuk kapsyen.

4. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih.

5. Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan.

6. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham.

7. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan.

8. Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan.

9. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 14: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 14 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi buku cerita kanak-kanak prasekolah anda hendaklahmengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : LebarPanjang

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas

Tema : Haiwan

Bilangan muka surat : Minimum 6 termasuk kulit buku

Contoh:

Nota:Hasil karya perlulah dijilid dan dikemaskan mengikut kreativiti.

- 26 cm- 33 cm

26 cm

33 cm

Page 15: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 15 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : PENGIKLANAN

PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

SITUASI

Syarikat Emalin Bersaudara Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman jus buah-buahaningin membuat promosi produk jus terbaharu keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk papan peraga yangbertemakan jus buah-buahan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham.

2. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.

3. Koleksi gambar buah-buahan.

4. Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan.

5. Lakaran muka taip serta catatan.

6. Lukisan atau catan realisitik buah-buahan.

7. Lakaran olahan idea buah- buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan.

8. Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan.

9. Kajian warna papan peraga yang dipilih.

10. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.

11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 16: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 16 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk papan peraga anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : LebarTinggi

Teknik : Bebas

Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri

Contoh:

Nota:Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.

- 30 cm- 45 cm

45 cm

30 cm

Page 17: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 17 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 8

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : IKLAN

PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

SITUASI

Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk kalendar kepadasetiap pesertanya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga dimensi yangberkaitan dengan aktiviti berbasikal.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.

2. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan.

3. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.

4. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal.

5. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.

6. Lakaran muka taip serta catatan.

7. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan.

8. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan.

9. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan.

10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik.

11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 18: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 18 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : TinggiLebar

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Ilustrasi

Contoh:

Nota:Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember.

- 30 cm- 28 cm

- Catan- Muka taip bulan boleh

menggunakan cetakankomputer

30 cm

28 cm

JAMBORI B

ERBASIKAL

Page 19: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 19 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 9

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN TIMBULAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Dinding ruang rehat sebuah resort ingin dihias dengan gambar cetakan permainantradisional.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan kayu yang bertemakan alatanpermainan tradisional.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.

2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional.

4. Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan.

5. Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan.

6. Kajian warna pada cetakan yang dipilih.

7. Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan.

12. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.

Page 20: 2013 2611-3 QP CRC_PSV

TERHAD 20 2611/3

2611/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu atau bahan lain yang bersesuaian

Ukuran : PanjangLebar

Warna : Minimum 3 warna

Teknik : Cetakan timbulan

Contoh:

Nota:Hasil karya hendaklah dibingkaikan.

TUGASAN TAMAT

- 30 cm- 30 cm

3/5 Permainan Tradisional Lia2013

30 cm

30 cm