2 a apple

Upload: wangyan

Post on 07-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

unknown

TRANSCRIPT

3.2.1 TEORI TEOLOGIKALPerkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai betul atau salah bergantung kepada kesansesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.Bagaimanapun, ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan.Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme

Diasaskan oleh Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (18061873), utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral iniberkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskantujuan memaksimumkan kebahagiaanataukeseronokankepada majoriti.Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral.Contoh:Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia.Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan.b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi.Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.Kelemahan Teori Utilitarianisme

1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapaikeseronokan.2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.3.Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.4.Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.5.Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang.6.Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.7.Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.

3.2.1.2 Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan ituadalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu ituburuk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi kepadaegoisme psikologi dan egoisme etika.Egoisme PsikologikalMengikut teori ini,manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian; danterdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.Egoisme EtikaEgoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:Egoisme etika individuSetiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.Egoisme etika personalMenentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.Egoisme universalSetiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.

Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKALDeontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik,tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia.1.Teori Deontologi Tindakanmenegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Contoh:Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak ituTindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.2.Teori Deontologi Peraturanpula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan olehImmanuel Kant(1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang menegaskan duty for the sake of duty dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik(goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul.Prinsip Perintah Mutlakbermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima FacieSir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.Prima facie = (at first glance atau on the surface of things)Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipanprima facie:Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebasKewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan materialKewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita.Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan.Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme

Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawanilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafahPerancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlaluabstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak adasatu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral.Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIALKemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.Ciri-ciri kemoralan Sosial1.Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.2.Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika.3. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah :a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing.b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah.c)Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka

f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA(VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna.Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan.Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:Keperibadian mulia intelektual; danKeperibadian mulia moral.Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.Ciri-ciri Keperibadian MuliaSeseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan;Berpegang kepada prinsip;Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; danSedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues AristotleBidang lakuan atau perasaanBerlebihanJalan TengahTerlalu kurang

kegentaran atau ketakutan dan keyakinanKegopohanKeberanianPerasaan atau perlakuan pengcut atau penakut

Perasaan maluTerlalu maluSopanMuka tebal

Perasaan marahPanas hatiSabarKurang semangat

Ucapan diriCakap besar / sombongKetulusan / KebenaranKata-kata rendah diri

Perbuatan kasarKelakarBijakCanggung

Kelakuan sosialHampakan diriRamah tamahSuka gaduh

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain.Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

TEORI DEONTOLOGIKAL (EKSISTENSIALISME DAN PRINSIP KEWAJIPAN)

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori Teleologikal kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya dengan akibat. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori ini, nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau kebaikan yang akan didapati kerana kesudahan sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan tersebut dibuat tetapi bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia merupakan seorang ahli falsafah yang sering dikaitkan dengan Teori Deontologikal ini. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita tetapi motif atau niat tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.Teori Deontologikal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu deontologikal tindakan (eksistensialisme) dan deontologikal peraturan (prinsip kewajipan). Eksistensialisme bermaksud kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu merangkumi aspek kebebasan; kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral. Eksistensialisme berasal daripada perkataanexistentyang bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas buat pilihan atau keputusan moral dan tidak membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice)iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan individualistik. Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru, tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih dalam konteks rasional membuat pemilihan.Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab yang diakui. Erti kata lain, prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan kewajipan. Sebagi contoh, menunaikan janji yang telah dikotakan. Seorang ayah yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada anaknya sekiranya berjaya di dalam peperiksaan, perlu menunaikan janjinya. Jika tidak si anak akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk meneruskan kejayaannya kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan. Bagi mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut:Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan Maxim) =Tindakan Bermoral.Tekad baik dapat diterangkan lebih jelas dengan tindakan manusia dalam melakukan tugas dan tanggungjawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman yang dipanggilgood willatau tekad baik dan bukan disebabkan oleh motif-motif lain seperti ganjaran, hukuman atau tekanan. Jika seseorang melakukan tugas dan tanggungjawabnya disebabkan keseronokan, simpati atau kasihan tetapi bukan disebabkan good will, maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai moral walaupun mendapat sanjungan dan pujian.Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitucategorikal imperative(perintah mutlak) danpractical imperative.Categorical imperativeatau perintah mutlak menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.Practical imperative(Praktikal Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Malah, kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengancategorical imperativeatau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan.Hasil daripada pembacaan dan pemahaman saya berkaitan Teori Deontologikal ini, dapat saya ulaskan bahawa setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan motif, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya. Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti menderma, menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan untuk menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai yang buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

TEORI TELEOLOGIKAL

Teleologikal berasal daripada perkataan telos yang bererti matlamat. Teori Teleologikal mengatakan nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ertinya jika perbuatan itu member lebih banyak kebaikkan maka ia perlu dilakukan. Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan(konsekuensialisme). Bagi ahli teologi,nilai moral adalah tindakan seseorang bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan mereka. Oleh itu teori ini menetapkan apa yang baik atau yang wajib secara bukan moral. Maka untuk mengentahui sama ada apa yang dilakukan itu baik,betul atau wajib secara bukan moral(Frankena,1973). Teleologis juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang baik secara bukan moral. Ada yang berfikir seperti hedonis(mengenal pasti apa yang baik dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan) dan ada yang berfikir bukan seperti hedonis(mengenal pasti yang baik dengan kuasa,ilmu,kesedaran diri,ketepatan dan lain-lain). Teleologis juga berbeza pendapat tentang siapa yang menerima kebaikan atau keburukan. Oleh yang demikian pelbagai teori teleology telah wujud. Antaranya ialah Utilitarianisme dan Egoisme.