19724128-vol1-set-1-k1

7
MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 1 2008 Edisi Pelajar VOL. 1 –

Upload: kari-mcconnell

Post on 28-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 19724128-Vol1-Set-1-K1

MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 1

2008

Edisi Pelajar

Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

VOL. 1 – SET 1

Page 2: 19724128-Vol1-Set-1-K1

Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)

VOL. 1 – SET 1

1. Yang manakah golongan berikut tertakluk kepada sekatan kebebasan bergerak menurut Perlembagaan Pesekutuan?

I Seseorang yang ditangkap atas kesalahan rasuahII Seseorang yang mengidap penyakit selsema burung

III Seseorang yang dibebaskan atas jaminan pihak polisIV Seseorang yang ditahan kerana mengancam keselamatan negara

A I dan II C II dan IVB II dan III D III dan IV

2. K. Letchumy telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia pada tahun 2004. Apakah syarat yang diperlukan bagi membolehkannya mendapat taraf kerakyatan melalui cara pendaftaran?

I Ia telah menunjukkan kelakuan yang baikII Berniat hendak mempunyai dua kerakyatan

III Tinggal di Persekutuan selama dua tahun dari tarikh permohonanIV Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memadai

A I dan II C II dan IIIB I dan III D II dan IV

3. Penyataan manakah yang benar berkaitan dengan pelucutan kewarganegaraan ke atas seseorang perempuan yang menjadi warganegara secara pendaftaran?A Menyembunyikan kenyataan sebenar semasa membuat permohonanB Telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 oleh Mahkamah SesyenC Tinggal di negara asal 3 tahun dari 5 tahun dari tarikh perakuan kewarganegaraanD Perkahwinan tersebut telah dibubarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perakuan

4.

Yang manakah berikut menerangkan tentang penyataan di atas?A Sultan menjadi Ketua Agama Islam bagi negerinya sendiriB Perlembagaan Persekutuan akan menentukan hak mewarisi takhtaC Pertikaian hak mewarisi takhta akan diputuskan oleh Mahkamah KhasD Ketua Negeri boleh mengampuni anaknya yang telah dijatuhkan hukuman

5. Konsep sesebuah negara merujuk kepadaA sekumpulan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan tertentuB sesuatu kawasan yang ditadbir oleh sesuatu kerajaan bagi tempoh tertentuC sekelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan tertentu dan berkerajaan sendiri D sebuah wilayah yang bersempadanan, berpenduduk, dan diiktiraf negara lain

1

Page 3: 19724128-Vol1-Set-1-K1

VOL. 1 – SET 1

6. Undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri boleh dibatalkan Perlembagaan Negeri perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan

Penyataan di atas merujuk kepadaA Kerajaan Kesatuan C Kerajaan PersekutuanB Kerajaan Demokrasi D Kerajaan Konfederasi

7.“Raja menjalankan kuasanya berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu manakala badan Kehakiman tidak sesuka hati semasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah jenayah”

Penyataan di atas merujuk kepada A Kerajaan Persekutuan C Raja BerperlembagaanB Doktrin Pengasingan Kuasa D Konsep Ketertinggian Perlembagaan

8. Manakah antara berikut berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

I Jawatan dalam perkhidmatan awamII Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar

III Peruntukan kewangan kepada Kerajaan NegeriIV Kuota pelajar menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

A I dan II C II dan IIIB I dan III D II dan IV

9. Berdasarkan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, manakah tindakan yang boleh diambil ke atas seseorang warganegara yang berada di luar negara yang secara sedar telah menghina negara dan Yang di-Pertuan Agong?

I Dibuang NegeriII Dilucutkan kerakyatan

III Dilarang masuk ke dalam PersekutuanIV Ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan

A I dan II C II dan IIIB I dan III D II dan IV

10. Menghalang sesuatu komponen Kerajaan mempunyai terlalu banyak kuasa Memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan dengan lancar tanpa gangguan

Penyataan di atas merupakan tujuan utama kewujudanA Doktrin Pengasingan Kuasa C Sistem Demokrasi BerparlimenB Amalan Parlimen Dwidewan D Konsep Ketertinggian Perlembagaan

11. Encik X telah ditahan pihak polis melebihi tempoh tertentu dan tidak dilepaskan. Apakah cara yang membolehkan beliau membebaskan diri daripada tahanan tersebut berdasarkan Perkara 5 Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan?A Memohon ‘habeas corpus’ ke Mahkamah TinggiB Membayar wang jaminan yang ditentukan oleh mahkamahC Menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamahD Membuat saman malu melalui peguam ke Mahkaman Majistret

2

Page 4: 19724128-Vol1-Set-1-K1

VOL. 1 – SET 1

12. Manakah situasi berikut yang membolehkan pihak polis bertindak tanpa memerlukan waran tangkap dan tidak menyalahi peruntukan Kebebasan Asasi, Perkara 10 Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan?

I Menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negaraII Menahan beberapa orang yang menyertai perhimpunan tanpa permit

III Menangkap seseorang yang bersenjata ketika menyertai perhimpunan secara amanIV Menyerbu sesebuah rumah dan menahan mereka yang terlibat dengan pengedaran

dadahA I dan II C II dan IIIB I dan III D II dan IV

13. Ujian MasaKertas 1 1jam 15 minitRehat 20 minitKertas 2 1jam 30 minit

Jadual di atas menunjukkan masa yang diperuntukan untuk satu ujian. Jika semua calon dikehendaki berada di dewan peperiksaan 10 minit lebih awal sebelum Kertas 1 bermula dan Kertas 2 berakhir pada pukul 11.05 pagi. Pukul berapakah calon mesti berada di dewan sebelum bermulanya Kertas 1?A 7.35 pagi C 8.00 pagiB 7.50 pagi D 8.10 pagi

14. Terdapat 3 bekas yang masing-masing berlabel P, Q dan R. Bekas P mempunyai X biji telur. Q kurang 7 biji telur berbanding P manakala R lebih 15 biji telur berbanding Q. Berapakah nilai X jika jumlah telur untuk ketiga-tiga bekas ialah 34 biji ?A 8 C 22B 11 D 23

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.Jadual 1 :Perdagangan Malaysia Dengan Korea Selatan

Tahun 2003 2004 2005 2006Eksport (RM juta) 13192 16839 18742 19657Import (RM juta) 17930 19868 20321 21657

(Sumber : Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia)15. Yang manakah benar tentang Jadual 1 di atas ?

I Imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.II Jumlah eksport Korea Selatan semakin meningkat dari tahun 2003 hingga 2006.

III Imbangan perdagangan Malaysia pada tahun 2005 mengalami defisit sebanyak RM 1579 juta.

IV Jumlah eksport Malaysia pada tahun 2006 meningkat sebanyak 14.3% berbanding tahun 2004.

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

3