1860 perkhidmatan jenazah jasa budi susulan … · versiti di sini atau luar negara. kaplan akan...

1
BELIAU telah membantu mem- biayai pengajian seorang wanita di institut pendidikan swasta Kaplan Singapura apabila wanita itu tidak mampu membayar yuran kursus tersebut. Berikutan langkahnya itu, Kaplan telah memberi ganjaran kepadanya dengan menaja pengajian tinggi anak perempuannya pula. Itulah ganjaran yang dinikmati En- cik John Shu, 50 tahun. Beberapa bulan selepas perte- muan beliau dengan wanita itu, Cik Jaycie Tay, 32 tahun, di perhentian bas pada akhir 2013, Encik Shu, se- orang juruteknik, memberi kira-kira $6,000 kepada Cik Tay, seorang ibu tunggal empat anak. Ketika itu Cik Tay bergelut de- ngan masalah perceraian dan wang untuk meraih diplomanya. Pada 2014, Cik Tay menamatkan pengajian diplomanya dalam bidang pengurusan pemasaran daripada Institut Pengajian Tinggi Kaplan. Kira-kira seminggu selepas Ka- plan mendapat tahu tentang kebai- kan Encik Shu dalam laporan akhbar The Sunday Times, sekolah swasta itu memutuskan membalas jasanya dengan membayarkan hampir $20,000 untuk pendidikan tinggi anak perempuan Encik Shu, Cik Shermin Shu, 22 tahun. Kaplan kemudian mengundang Encik Shu dan keluarganya ke Ka- plan City Campus@Wilkie Edge di Wilkie Road semalam di mana beliau telah dikejutkan dengan berita pena- jaan tersebut. Cik Shu kini bercuti di Thailand dan tidak dapat menghadiri majlis itu, maka bapanya menerima tajaan itu bagi pihaknya daripada Presiden Kaplan, Encik Leon Choong. Encik Shu juga menerima doku- men daripada Kaplan yang mengikti- raf kemurahan hatinya itu. Bercakap dari Thailand, Cik Shu berkata keluarganya sangat gembira dan menjelaskan bahawa Kaplan te- lah menelefonnya pagi semalam un- tukf mengkhabarkan berita itu. “Saya tidak tahu buat seketika apa hendak dikatakan. Saya fikir saya telah bermimpi kerana siapa sangka perbuatan mudah yang di- lakukan ayah saya menghasilkan gan- jaran yang baik pada akhirnya,” ka- ta Cik Shu. “Salah satu cabaran bagi ibu bapa saya adalah membayar yuran penga- jian universiti saya... Dengan wang pemberian daripada Kaplan ini ia menjadi pendorong bagi saya agar bekerja lebih keras untuk pengajian universiti saya, dan yang paling pen- ting, ia mengurangkan tekanan yang dirasai ibu bapa saya,” tambahnya. Cik Shu baru selesai mengikuti kursus diploma tiga tahun dalam bidang komunikasi visual di Po- liteknik Nanyang (NYP) dan meran- cang meneruskan minatnya dalam se- ni dan reka bentuk di peringkat uni- versiti di sini atau luar negara. Kaplan akan membayar balik kos keseluruhan pendidikan politeknik- nya bernilai kira-kira $8,000 hingga $9,000. Ia juga akan membantu menyumbang $10,000 bagi ijazah universitinya dalam kursus pilihan- nya. Encik Choong menjelaskan baha- wa beliau terharu dengan kisah En- cik Shu dan Cik Tay selepas mem- bacanya di akhbar dan mengadakan mesyuarat lembaga bagi memikirkan bagaimana sekolah itu boleh mem- bantu Cik Tay. Setelah mengetahui Cik Tay me- nerima bantuan dermasiswa daripa- da Dana Reben Kuning, mereka bera- lih kepada Encik Shu pula. “John (Encik Shu) telah memula- kan langkah kebaikan dan kami tidak mahu ia berakhir di situ,” kata Encik Choong. Menurut beliau, Kaplan menge- tepikan $250,000 setiap tahun dalam bentuk biasiswa dan penajaan dan ia biasanya untuk pelajar di Ka- plan, “tetapi dalam kes ini... kami lakukan di luar kebiasaan. Itulah sebabnya kami terpaksa mengada- kan mesyuarat lembaga”. Cik Tay pula berkata bahawa se- belum ini, beliau berasa sangat ber- salah kerana tidak dapat membayar balik Encik Shu, tetapi beliau kini bersyukur. Bercakap dalam bahasa Manda- rin, Encik Shu berkata beliau tidak mempunyai sebarang keperluan dan sangat gembira anak perempuannya mempunyai wang untuk melanjut- kan pelajaran. Beliau juga amat berterima kasih kepada Encik Choong. “Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mem- beri peluang kepada anak perem- puan saya ke universiti,” katanya. SEORANG pemandu kereta sports berusia 21 tahun yang tidak memiliki lesen memandu didakwa memandu di arah bertentangan dengan lalu lintas untuk mengelak daripada seka- tan polis kelmarin. Kejadian itu berlaku pada seki- tar 11.20 malam kelmarin ber- hampiran Joo Chiat Place, lapor akhbar Shin Min Daily News se- malam. Lelaki itu memandu kereta McLaren berwarna kuning yang dipercayai merupakan model MP4-12C Spider yang telah di- hentikan penghasilannya. Menurut akhbar itu, lelaki yang tidak dikenali itu sedang me- mandu di Lorong 101 Changi apa- bila dia menyedari terdapat seka- tan jalan raya di hadapan. Apabila dilihat oleh pihak po- lis, dia terus mengundurkan kere- tanya sejauh 40 meter dan belok ke kiri ke arah Joo Chiat Terrace. Dia kemudian belok ke kanan ke arah Tembeling Road dan me- mandu di arah bertentangan de- ngan lalu lintas, lalu belok ke ka- nan sekali lagi di Joo Chiat Place. Dia akhirnya ditangkap di per- simpangan Joo Chiat Place dan Joo Chiat Road selepas dikejar polis selama lima minit. Menurut polis semalam, pi- haknya telah mengadakan seka- tan jalan di sekitar Lorong 101 Changi pada Isnin malam. Pemandu berusia 21 tahun itu kemudian ditahan. Difahamkan pemandu itu di- tahan kerana memandu tanpa le- sen dan cuba melarikan diri sele- pas diarahkan berhenti di sekatan jalan itu. Siasatan polis masih diterus- kan. MEMBELI-BELAH oleh pelancong di Si- ngapura menyumbang kepada pendapatan tertinggi di sini bagi enam bulan pertama tahun ini. Pendapatan hasil beli-belah meningkat 44 peratus mencapai $2.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tem- poh yang sama tahun lalu, menurut perang- kaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Jumlah pelancong juga bertambah 13 per- atus kepada 8.2 juta bagi enam bulan perta- ma, didorong oleh pertambahan pelawat asing dari China. Menurut laporan HSBC Holdings, pe- ningkatan perbelanjaan membeli-belah itu mungkin disebabkan pertambahan bilangan pelawat dari China yang melancong ke Si- ngapura buat pertama kali. Di kalangan pelawat, China, Indonesia dan India merupakan tiga kumpulan pelan- cong utama yang paling banyak berbelanja bagi suku kedua tahun ini, menyumbang se- hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelancongan. Pelancong China membelanjakan $1.15 bilion untuk membeli-belah di Singapura tahun lalu, berbanding $175 juta bagi pelan- cong dari India dan $112 juta bagi pelancong Jepun. Satu ciri pelancong China ialah mereka tidak banyak berbelanja untuk menjamu se- lera dan menginap di hotel. Didapati juga bahawa semakin ramai pe- lancong China datang ke Singapura meng- gunakan jalan darat dari Malaysia. Ketua Bersama Kajian bagi Pengguna dan Runcit HSBC, Encik Erwan Rambourg, ber- kata bahawa memperuntukkan sebahagian besar wang mereka bagi perbelanjaan be- li-belah merupakan sesuatu yang sering di- lakukan pelawat asing ke Singapura buat kali pertama. Selain membeli-belah, perangkaan STB menunjukkan jumlah perbelanjaan bagi ma- kanan dan minuman (F&B) naik 28 peratus kepada $1.37 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Perbelanjaan untuk bersiar-siar, hiburan dan permainan pula susut 17 peratus kepada $2.16 bilion. JAKARTA: Bilangan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia, pada minggu lalu meningkat kepada hampir 84,000 orang. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata bahawa kebanyakan mangsa atau 82,122 orang merupakan penduduk di kawasan yang terjejas teruk di Pi- die Jaya dan selebihnya di Bireuen. “Bilangan mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat. 83,838 orang dari 124 kawasan,” tambahnya. Beliau berkata lagi angka ke- matian akibat gempa bumi pada Rabu minggu lalu itu kekal tidak berubah, 101 orang, dan bilan- gan yang cedera 666 orang. Hampir 12,000 bangunan ter- masuk masjid, kedai dan sekolah musnah dalam bencana itu. Sementara itu, gempa bumi kuat yang melanda beberapa ka- wasan di Pidie Jaya di sini tidak menghalang masyarakatnya me- ngadakan majlis sambutan Mauli- dur Rasul secara sederhana kelmarin. Mereka termasuk ratusan pela- jar pusat pengajian Islam Mahadal Ulum Diniyah Islamiah di Sama- langkab, Bireuen, yang mengada- kan pelbagai program keagamaan diselangi selawat ke atas Nabi Mu- hammad saw. Pusat pengajian pondok moden itu sebelum ini turut terke- san apabila bangunan utamanya setinggi empat tingkat runtuh dalam gempa yang berlaku. Tragedi itu menyebabkan em- pat penuntut dan tiga tenaga pe- ngajar cedera dan masih dirawat di Hospital Pidiejaya sehingga ki- ni. Majlis sambutan Maulidur Ra- sul yang diadakan itu turut diser- tai penduduk sekitar yang me- nyumbang derma bagi memban- gunkan semula pusat pengajian Is- lam terkenal itu. Sementara itu, beberapa rela- wan yang membantu mangsa gem- pa bumi di Aceh berkata bahawa masih ramai mangsa terpaksa ti- dur di masjid dan khemah selepas rumah mereka ranap. Ini kerana sehingga kini bebe- rapa gegaran susulan masih ber- laku di kawasan Pidie Jaya, menyebabkan ramai penduduk tidak berani pulang ke rumah. – Agensi berita. Juruteknik dapat ganjaran istimewa sebagai balasan membantu ibu tunggal empat anak raih diploma Lelaki berkereta ‘sports’ ditahan cuba elak sekatan polis dekat Joo Chiat Beli-belah pelancong di S’pura bawa pendapatan tertinggi Jumlah mangsa hilang tempat tinggal naik kepada 84,000 TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA: Mangsa gempa yang berlaku di Aceh pada Rabu lalu di sebuah khemah di Pidie Jaya. Gempa sekuat 6.5 pada skala Richter itu telah memusnahkan ratusan bangunan, termasuk masjid, dan meragut nyawa 101 orang dan mencederakan 666 yang lain. – Foto AFP BUDI DIBALAS: Encik John Shu (kanan) membayarkan yuran $6,000 untuk Cik Jaycie Tay (kiri) agar Cik Tay dapat mengikuti kursus diplomanya di institut pendidikan swasta Kaplan. Kebaikan Encik Shu kemudian dibalas Kaplan yang menaja pengajian anak perempuan Encik Shu. Encik Shu dan Cik Tay mula bertemu di perhentian bas. – Foto THE STRAITS TIMES LANGGAR ARAHAN: Kereta ‘sports’ yang dipandu lelaki berusia 21 tahun yang ditahan polis. Lelaki itu didapati memandu tanpa lesen dan cuba melarikan diri selepas diarah berhenti oleh polis di sekatan jalan raya. – Foto FACEBOOK SUSULAN GEMPA DI ACEH 1860 PENGARAH/ PERKHIDMATAN JENAZAH 1860 PENGARAH/ PERKHIDMATAN JENAZAH To buy, find and sell the latest range of products and services, check out Classified in The Straits Times. TEMPAH IKLAN KEMATIAN SECARA ONLINE Untuk pertanyaan, si l a hubungi 6319 5192 untuk bercakap dengan waki l kami . www.sphobit.com.sg 2. Buat Pemilihan. 3. Tulis. 4. Serahkan Dokumen. 5. Bayar. 1. Daftar. Siarkan iklan Kematian, Takziah, Pemberitahuan dan Dalam Kenangan dalam The Straits Times dan Berita Harian pada bila-bila masa sahaja dengan 5 langkah mudah. Yang TULEN Sejak 1973 CEKAP, TEPAT & PROFESSIONAL 64407259 (24 jam) HJ AZIZ KAJAI HP: 96232464 ISKANDAR HP: 96347145 FADHIL HP: 96232454 PENGESAHAN DOCTOR (verification) DGN SIJIL KEMATIAN Khidmat Sebelum Kematian Non-Emergency Ambulance Services Membership Kelas Fardhu Ain/ Kifayah Khidmat Sewaktu Kematian Pengurusan Jenazah Khidmat Sesudah Kematian Badal Haji Qurban Fidyah Tahlil Pengurusan Jenazah Sinaran Baharu Pte Ltd. KHIDMAT | TULUS | AMANAH +65 6871 8799 Hj Mohd Roslan Bin Hj Sambri 9677 0673 537 Bedok North Street 3 #01-557 S(460537) Email: [email protected] www.pjsb.sg JASA BUDI Muslim Casket Since 1999 KHIDMAT JENAZAH YANG PROFESSIONAL LENGKAP & CEMERLANG 24 JAM (Kami juga mengurus jenazah luar negeri) HJ SALLEH 96574198 Hjh Jameela 96935885 14 Berita Harian | Rabu, 14 Disember 2016 Berita

Upload: vuongnhu

Post on 29-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1860 PERKHIDMATAN JENAZAH JASA BUDI SUSULAN … · versiti di sini atau luar negara. Kaplan akan membayar balik kos keseluruhan pendidikan politeknik- nya bernilai kira-kira $8,000

BELIAU telah membantu mem-biayai pengajian seorang wanita di institut pendidikan swasta Kaplan Singapura apabila wanita itu tidak mampu membayar yuran kursus tersebut.

Berikutan langkahnya itu, Kaplan telah memberi ganjaran kepadanya dengan menaja pengajian tinggi anak perempuannya pula.

Itulah ganjaran yang dinikmati En-cik John Shu, 50 tahun.

Beberapa bulan selepas perte-muan beliau dengan wanita itu, Cik Jaycie Tay, 32 tahun, di perhentian bas pada akhir 2013, Encik Shu, se-orang juruteknik, memberi kira-kira $6,000 kepada Cik Tay, seorang ibu tunggal empat anak.

Ketika itu Cik Tay bergelut de-ngan masalah perceraian dan wang untuk meraih diplomanya.

Pada 2014, Cik Tay menamatkan pengajian diplomanya dalam bidang pengurusan pemasaran daripada Institut Pengajian Tinggi Kaplan.

Kira-kira seminggu selepas Ka-plan mendapat tahu tentang kebai-kan Encik Shu dalam laporan akhbar The Sunday Times, sekolah swasta itu memutuskan membalas jasanya dengan membayarkan hampir $20,000 untuk pendidikan tinggi anak perempuan Encik Shu, Cik Shermin Shu, 22 tahun.

Kaplan kemudian mengundang Encik Shu dan keluarganya ke Ka-plan City Campus@Wilkie Edge di Wilkie Road semalam di mana beliau telah dikejutkan dengan berita pena-jaan tersebut.

Cik Shu kini bercuti di Thailand dan tidak dapat menghadiri majlis itu, maka bapanya menerima tajaan itu bagi pihaknya daripada Presiden Kaplan, Encik Leon Choong.

Encik Shu juga menerima doku-men daripada Kaplan yang mengikti-raf kemurahan hatinya itu.

Bercakap dari Thailand, Cik Shu berkata keluarganya sangat gembira dan menjelaskan bahawa Kaplan te-lah menelefonnya pagi semalam un-tukf mengkhabarkan berita itu.

“Saya tidak tahu buat seketika apa hendak dikatakan. Saya fikir saya telah bermimpi kerana siapa sangka perbuatan mudah yang di-lakukan ayah saya menghasilkan gan-jaran yang baik pada akhirnya,” ka-ta Cik Shu.

“Salah satu cabaran bagi ibu bapa saya adalah membayar yuran penga-jian universiti saya... Dengan wang pemberian daripada Kaplan ini ia menjadi pendorong bagi saya agar bekerja lebih keras untuk pengajian universiti saya, dan yang paling pen-ting, ia mengurangkan tekanan yang dirasai ibu bapa saya,” tambahnya.

Cik Shu baru selesai mengikuti kursus diploma tiga tahun dalam bidang komunikasi visual di Po-liteknik Nanyang (NYP) dan meran-cang meneruskan minatnya dalam se-ni dan reka bentuk di peringkat uni-versiti di sini atau luar negara.

Kaplan akan membayar balik kos keseluruhan pendidikan politeknik-nya bernilai kira-kira $8,000 hingga $9,000. Ia juga akan membantu menyumbang $10,000 bagi ijazah

universitinya dalam kursus pilihan-nya.

Encik Choong menjelaskan baha-wa beliau terharu dengan kisah En-cik Shu dan Cik Tay selepas mem-bacanya di akhbar dan mengadakan mesyuarat lembaga bagi memikirkan bagaimana sekolah itu boleh mem-bantu Cik Tay.

Setelah mengetahui Cik Tay me-nerima bantuan dermasiswa daripa-da Dana Reben Kuning, mereka bera-lih kepada Encik Shu pula.

“John (Encik Shu) telah memula-kan langkah kebaikan dan kami tidak mahu ia berakhir di situ,” kata Encik Choong.

Menurut beliau, Kaplan menge- tepikan $250,000 setiap tahun dalam bentuk biasiswa dan penajaan dan ia biasanya untuk pelajar di Ka-plan, “tetapi dalam kes ini... kami lakukan di luar kebiasaan. Itulah sebabnya kami terpaksa mengada-kan mesyuarat lembaga”.

Cik Tay pula berkata bahawa se-belum ini, beliau berasa sangat ber-salah kerana tidak dapat membayar balik Encik Shu, tetapi beliau kini bersyukur.

Bercakap dalam bahasa Manda-rin, Encik Shu berkata beliau tidak mempunyai sebarang keperluan dan sangat gembira anak perempuannya mempunyai wang untuk melanjut-kan pelajaran.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Encik Choong.

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mem-beri peluang kepada anak perem-puan saya ke universiti,” katanya.

SEORANG pemandu kereta sports berusia 21 tahun yang tidak memiliki lesen memandu didakwa memandu di arah bertentangan dengan lalu lintas untuk mengelak daripada seka-tan polis kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada seki-tar 11.20 malam kelmarin ber-hampiran Joo Chiat Place, lapor akhbar Shin Min Daily News se-malam.

Lelaki itu memandu kereta McLaren berwarna kuning yang dipercayai merupakan model MP4-12C Spider yang telah di-hentikan penghasilannya.

Menurut akhbar itu, lelaki yang tidak dikenali itu sedang me-mandu di Lorong 101 Changi apa-bila dia menyedari terdapat seka-tan jalan raya di hadapan.

Apabila dilihat oleh pihak po-lis, dia terus mengundurkan kere-tanya sejauh 40 meter dan belok ke kiri ke arah Joo Chiat Terrace.

Dia kemudian belok ke kanan ke arah Tembeling Road dan me-mandu di arah bertentangan de-ngan lalu lintas, lalu belok ke ka-nan sekali lagi di Joo Chiat Place.

Dia akhirnya ditangkap di per-

simpangan Joo Chiat Place dan Joo Chiat Road selepas dikejar polis selama lima minit.

Menurut polis semalam, pi-haknya telah mengadakan seka-tan jalan di sekitar Lorong 101 Changi pada Isnin malam.

Pemandu berusia 21 tahun itu kemudian ditahan.

Difahamkan pemandu itu di-tahan kerana memandu tanpa le-sen dan cuba melarikan diri sele-pas diarahkan berhenti di sekatan jalan itu.

Siasatan polis masih diterus-kan.

MEMBELI-BELAH oleh pelancong di Si-ngapura menyumbang kepada pendapatan tertinggi di sini bagi enam bulan pertama tahun ini.

Pendapatan hasil beli-belah meningkat 44 peratus mencapai $2.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tem-poh yang sama tahun lalu, menurut perang-kaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Jumlah pelancong juga bertambah 13 per-atus kepada 8.2 juta bagi enam bulan perta-ma, didorong oleh pertambahan pelawat asing dari China.

Menurut laporan HSBC Holdings, pe-ningkatan perbelanjaan membeli-belah itu mungkin disebabkan pertambahan bilangan pelawat dari China yang melancong ke Si-ngapura buat pertama kali.

Di kalangan pelawat, China, Indonesia dan India merupakan tiga kumpulan pelan-cong utama yang paling banyak berbelanja bagi suku kedua tahun ini, menyumbang se-hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelancongan.

Pelancong China membelanjakan $1.15 bilion untuk membeli-belah di Singapura tahun lalu, berbanding $175 juta bagi pelan-cong dari India dan $112 juta bagi pelancong Jepun.

Satu ciri pelancong China ialah mereka tidak banyak berbelanja untuk menjamu se-lera dan menginap di hotel.

Didapati juga bahawa semakin ramai pe-lancong China datang ke Singapura meng-gunakan jalan darat dari Malaysia.

Ketua Bersama Kajian bagi Pengguna dan Runcit HSBC, Encik Erwan Rambourg, ber-kata bahawa memperuntukkan sebahagian besar wang mereka bagi perbelanjaan be-li-belah merupakan sesuatu yang sering di-lakukan pelawat asing ke Singapura buat kali pertama.

Selain membeli-belah, perangkaan STB menunjukkan jumlah perbelanjaan bagi ma-kanan dan minuman (F&B) naik 28 peratus kepada $1.37 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Perbelanjaan untuk bersiar-siar, hiburan dan permainan pula susut 17 peratus kepada $2.16 bilion.

JAKARTA: Bilangan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia, pada minggu lalu meningkat kepada hampir 84,000 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata bahawa kebanyakan mangsa atau 82,122 orang merupakan penduduk di kawasan yang terjejas teruk di Pi-die Jaya dan selebihnya di Bireuen.

“Bilangan mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat. 83,838 orang dari 124 kawasan,” tambahnya.

Beliau berkata lagi angka ke-matian akibat gempa bumi pada Rabu minggu lalu itu kekal tidak berubah, 101 orang, dan bilan-gan yang cedera 666 orang.

Hampir 12,000 bangunan ter-masuk masjid, kedai dan sekolah musnah dalam bencana itu.

Sementara itu, gempa bumi kuat yang melanda beberapa ka-wasan di Pidie Jaya di sini tidak menghalang masyarakatnya me-ngadakan majlis sambutan Mauli-dur Rasul secara sederhana kelmarin.

Mereka termasuk ratusan pela-jar pusat pengajian Islam Mahadal Ulum Diniyah Islamiah di Sama-langkab, Bireuen, yang mengada-kan pelbagai program keagamaan diselangi selawat ke atas Nabi Mu-hammad saw.

Pusat pengajian pondok moden itu sebelum ini turut terke-san apabila bangunan utamanya setinggi empat tingkat runtuh dalam gempa yang berlaku.

Tragedi itu menyebabkan em-pat penuntut dan tiga tenaga pe-ngajar cedera dan masih dirawat di Hospital Pidiejaya sehingga ki-ni.

Majlis sambutan Maulidur Ra-sul yang diadakan itu turut diser-tai penduduk sekitar yang me-nyumbang derma bagi memban-gunkan semula pusat pengajian Is-lam terkenal itu.

Sementara itu, beberapa rela-wan yang membantu mangsa gem-pa bumi di Aceh berkata bahawa masih ramai mangsa terpaksa ti-dur di masjid dan khemah selepas rumah mereka ranap.

Ini kerana sehingga kini bebe-rapa gegaran susulan masih ber-laku di kawasan Pidie Jaya, menyebabkan ramai penduduk tidak berani pulang ke rumah. – Agensi berita.

Juruteknik dapat ganjaran istimewasebagai balasan membantu ibu tunggal

empat anak raih diploma

Lelaki berkereta ‘sports’ ditahan cuba elak sekatan polis dekat Joo Chiat

Beli-belah pelancong

di S’pura bawa pendapatan

tertinggi

Jumlah mangsa hilang tempat tinggal naik kepada 84,000

TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA: Mangsa gempa yang berlaku di Aceh pada Rabu lalu di sebuah khemah di Pidie Jaya. Gempa sekuat 6.5 pada skala Richter itu telah memusnahkan ratusan bangunan, termasuk masjid, dan meragut nyawa 101 orang dan mencederakan 666 yang lain. – Foto AFP

BUDI DIBALAS: Encik John Shu (kanan) membayarkan yuran $6,000 untuk Cik Jaycie Tay (kiri) agar Cik Tay dapat mengikuti kursus diplomanya di institut pendidikan swasta Kaplan. Kebaikan Encik Shu kemudian dibalas Kaplan yang menaja pengajian anak perempuan Encik Shu. Encik Shu dan Cik Tay mula bertemu di perhentian bas. – Foto THE STRAITS TIMES

LANGGAR ARAHAN: Kereta ‘sports’ yang dipandu lelaki berusia 21 tahun yang ditahan polis. Lelaki itu didapati memandu tanpa lesen dan cuba melarikan diri selepas diarah berhenti oleh polis di sekatan jalan raya. – Foto FACEBOOK

SUSULAN GEMPA DI ACEH

1860 PENGARAH/PERKHIDMATANJENAZAH

1860 PENGARAH/PERKHIDMATANJENAZAH

To buy, findand sell the latestrange of products

and services,check out

Classified inThe Straits Times.

TEMPAHIKLAN KEMATIANSECARA ONLINE

Untuk pertanyaan,sila hubungi 6319 5192 untukbercakap dengan wakil kami.

www.sphobit.com.sg

2. Buat Pemilihan.

3. Tulis.

4. Serahkan Dokumen.

5. Bayar.

1. Daftar.

Siarkan iklan Kematian, Takziah, Pemberitahuan

dan Dalam Kenangan dalam The Straits Times

dan Berita Harian pada bila-bila masa sahaja

dengan 5 langkah mudah.

Yang TULEN Sejak 1973

CEKAP, TEPAT & PROFESSIONAL

64407259 (24 jam)

HJ AZIZ KAJAI HP: 96232464ISKANDAR HP: 96347145

FADHIL HP: 96232454

PENGESAHAN DOCTOR(verification) DGN SIJIL KEMATIAN

Khidmat Sebelum KematianNon-Emergency Ambulance ServicesMembershipKelas Fardhu Ain/ KifayahKhidmat Sewaktu KematianPengurusan JenazahKhidmat Sesudah KematianBadal Haji QurbanFidyah Tahlil

Pengurusan JenazahSinaran Baharu Pte Ltd.

KHIDMAT | TULUS | AMANAH

+65 6871 8799Hj Mohd Roslan

Bin Hj Sambri9677 0673

537 Bedok North Street 3 #01-557 S(460537)Email: [email protected] www.pjsb.sg

JASA BUDIMuslim Casket

Since 1999

KHIDMAT JENAZAHYANG PROFESSIONALLENGKAP & CEMERLANG 24 JAM(Kami juga mengurus jenazah luar negeri)

HJ SALLEH 96574198Hjh Jameela 96935885

14 Berita Harian | Rabu, 14 Disember 2016

Berita