15 tips kemanusiaan - makan & minum di lapangan

17
15 TIPS HUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA MAKAN & MINUM di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

Upload: shahrul-peshawar

Post on 16-Jul-2015

259 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

15 T

IPS H

UM

AN

ITA

RIA

N

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA

MAKAN & MINUM di Lapangan

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

1 Bawa stok makanan kering sedia makan dari Malaysia

Di ground zero, kita mesti menjangkakan yang terburuk. Dan yang terburuk itu ialah tiada makanan yang sedia dimakan oleh kita, samada tiada stok makanan atau tiada makanan halal.

2 Sediakan bekalan makanan tenaga tambahan

Di ground zero kita perlukan makanan yang tidak kompleks untuk disediakan, kena tumis, kena pecah minyak, mesti ada santan dan sebagainya. Kita perlu ada stok makanan yang sedia dimakan.

3 Bawa juga stok makanan kunyah-kunyah

Ada masanya di ground zero, kita perlu berjaga sepanjang malam (mengikut giliran), jadi kita perlu ada sedikit bekalan kunyah-kunyah seperti kacang, kerepek, kuaci dan sewaktunya. Gula-gula dan biskut juga boleh dibawa.

4 Minum Air Mineral sepanjang misi

Di Ground Zero, idealnya ialah untuk minum air mineral dari botol yang belum dibuka. Kadang kala sukar untuk mendapatkan bekalan, tapi kalau terpaksa, minumlah air yang di masak bukan air panas dari paip shower.

5 Kalau kehabisan stok, makan makanan tempatan yang panas dan segar Kalau stok yang dibawa kehabisan, jangan buntu. Cubalah makanan tempatan, dapatkan makanan yang panas dan segar-segar. Jangan samakan anda dengan orang tempatan. Kita perlu pastikan kita tidak sakit perut dan lemah.

6 Elakkan meminum minuman ditepi-tepi jalan

Di ground zero dimana air adalah bahan asasi yang penting, anda tetap tidak boleh kompromi dengan air bersih walaupun dahaga yang amat sangat. Anda lihatlah kebersihan sekitar kawasan tersebut terlebih dahulu. Air dalam botol, tin dan kotak tiada masalah tapi jangan campurkan dengan ais.

7 Elakkan makan buah potong ditepi jalan

Buah potong akan dibasahkan dengan air bagi menyegarkannya, kita tidak tahu berapa lama buah itu telah dipotong dan air mana yang digunakan untuk membasahkan buah tersebut, kalau nak juga belilah buah yang belum dipotong.

8 Pastikan Peralatan seperti pinggan, piring, cawan, sudu dan garfu dalam keadaan bersih dan dicuci.

Sekiranya anda tidak menggunakan peralatan pakai buang, sila pastikan peralatan anda semuanya dalam keadaan bersih dan dicuci. Jika tiada air untuk cuci, carilah peralatan yang boleh dibuang selepas guna atau boleh di refill (tambah semula).

9 Elak minum air dari sumber primer di Ground Zero

Seboleh mungkin, elakkan dari meminum air dari sumber primer, contohnya terus dari telaga, dari sumur, dari sungai, dari kepalan salji atau dari lopak-lopak air. Anda tidak tahu apakah benda yang bercampur dengan air tersebut.

10 Elakkan short-cut dengan menggunakan air panas dari paip

Jangan cari penyakit dengan membuat air atau memasak mee segera menggunakan air paip yang panas.

11 Pastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan hygiene

Antara punca sakit perut yang paling mudah ialah air yang tercemar. Justeru, anda kena sentiasa pastikan tandas dalam keadaan bersih dan ceria. Jangan biarkan atau benarkan tandas anda kotor dan terbiar.

12 Sentiasa Cuci Tangan

Jadikan amalan untuk mencuci tangan setiap kali sebelum anda menjamah apa-apa makanan. Cucilah tangan, paling tidak gunakan tisu basah untuk pastikan tangan anda bebas dari kuman

13 Elakkan makanan yang diperam dan dijeruk

Makanan ini elok dan ada khasiatnya yang tersendiri, namun bagi orang yang baru tiba di kawasan tersebut, cuba rasa dulu dan ambillah sekadarnya. Perut anda belum tentu boleh menerimanya, nanti meragam.

14 Biasakan rasa sikit dahulu Kalau ok baru tambah

Jangan ikutkan nafsu dan tertipu dengan rupa bentuk sesuatu makanan tersebut. Anda perlu rasa dahulu dan kemudian tambah bila perlu.

15 Elakkan makanan pedas dan berempah

Mungkin anda memang seorang yang biasa memakan pedas dan berempah, tetapi bila berada di kawasan yang anda tidak biasa, ianya mungkin menjadi sebaliknya.

Makan dan Minum di Lapangan 15 Tips Humanitarian