15 tips kemanusiaan - cenderamata di lapangan
TRANSCRIPT
15 T
IPS H
UM
AN
ITA
RIA
N
MOHD SHAHRULAZILAN SAIDPengarah Eksekutif MRA
CadanganCenderahati/Hadiah
di Lapangan
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain
Dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan dilapangan, kita kerapkali bertemu dengan pihakberkuasa, orang tengah, agen, pemerintah, orangpolitik, “ketua bahagian” dan sebagainya. Apapunmereka ini dihormati dan berkuasa di dalamlingkungan mereka masing-masing.
Adatnya ialah kami tidak akan membuat sebarangserahan saguhati dalam bentuk wang, ini amatmerbahaya dan berisiko tinggi. Kebiasaannyaialah kami memberikan cenderamata atau hadiahistimewa dari Malaysia.
0
1 Pen berlogo organisasi anda
Pen yang sedikit canggih, kalau boleh terteralogo organisasi anda atau kalau ada ejaanMalaysia itu juga baik untuk dihadiahkan kepadaorang yang banyak membantu kita.
2T-Shirt Organisasi
Pastikan anda memberikan T-Shirt yang masihdalam sampul/berplastik lagi. Ini lebihmengujakan kerana masih ada bau kedai lagi.Sebutkan ini merupakan koleksi edisi terhad,hanya orang tertentu sahaja yang memilikinya.
3Buku Coffee Table
Momento ini kebiasaannya kami berikan apabilakita berurusan secara rasmi dengan pemimpinsetempat, organisasi lain yang membantu dilapangan. Nak bawa dahlah berat, jadi janganberikan tak tentu hala pada semua orang yangkita jumpa.
4Majallah Organisasi
Sekiranya anda ada majallah organisasi, terutamaedisi terbaru bukan edisi sebelum merdeka atauzaman dinasour, ianya juga amat membantu.
Ini bakal memberikan gambaran positif mengenaiorganisasi anda dan aktiviti yang dilakukan, kalauianya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris itu jugacukup membantu.
5Gambar berbingkai
Anda boleh juga memberikan gambar yang siapdibingkaikan, ini lebih sesuai sekiranya andamelakukan kunjungan balas ke sebuah organisasiyang telah melawat anda ataupun yang andatemui di lapangan. Gambar bersama merekayang dibingkaikan itu pastinya cukupsentimental dan mengukuhkan perhubungan.
6Snek Makanan Tempatan
Dalam sesetengah persidangan atau konferen,anda boleh sahaja letakkan kerepek ubi ataukerepek pisang diatas meja pendaftaran untukdikongsi dengan peserta lain. Begitu juga bilakita beroperasi di lapangan, bilik gerakan kitaada stok makanan dari Malaysia yang enak danlazat, tapi hati-hati, tidak semua orang sukalempok durian.
7Gula-gulaSaya sentiasa membawa gula-gula dalam poket seluarsaya. Lagi banyak perisa lagi baik. Ini kita bolehberikan kepada anak-anak di jalanan yang kita temui,sambil berbual dan menegur mereka kita bolehselitkan gula-gula didalam kocek mereka, tapi janganbuat macam Ali Baba tabur duit di pasar. Anda akandiserbu oleh budak-budak nanti.
8Jam MejaPastikan jam meja ini tertera logo organisasianda serta ianya unik, tidak ada dijual ditepijalan. Juga jangan lupa sertakan bateri spareuntuk jam ini sekali, ini amat membantu mereka.
9Mug / Gelas
Ini merupakan antara bahan biasa yangdiberikan sebagai cenderamata, tapi pastikanmug ini mempunyai ciri-ciri Malaysia danorganisasi anda, nanti bila mereka minum pastiteringat kepada kita.
10 Kain Pelikat / Kain Batik
Anda kena mengenal budaya dan resmi merekayang berada disesuatu kawasan terlebih dahulu.Ada negara yang amat menghargai kain pelikatdari Malaysia dan menganggapnya sebagaihadiah cukup istimewa.
11Vest Organisasi
Kami dah jarang bagi Vest yang mahal tu, kamibiasa berikan vest kuning lutsinar yang biasasaja, kosnya rendah, boleh kena air dan senangkering. Vest yang banyak poket tu kadangkalatidak praktikal untuk banjir dan beberapabencana lain.
12 Topi Organisasi
Sekiranya organisasi anda mempunyai topi,ianya juga boleh dijadikan sebagai bahancenderamata, lebih unik topi tu lebih baik.
13Rantai Kunci / Key Chain
Ini merupakan antara cenderamata yang mudah.Carilah yang ada gambar KLCC atau BenderaMalaysia, berciri-ciri budaya kita dan seumpamanya.
14Duit Kertas & Syilling
Ini memang dikira cenderamata paling sempoisekali. Jadi bawalah kepingan syiling dankepingan RM1 tu banyak sikit. Tapi terpulanglahkalau nak bagi RM10 atau RM50 sebagai hadiah.
15 Belanja Keperluan Dapur
Ini lebih baik, di kawasan bencana kita perlubersedia untuk segala kemungkinan, kalau kenasolat di tepi jalan, bawah jambatan, atas mejadan sebagainya.
Cenderahati/Hadiah di Lapangan15 Tips Humanitarian