14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura

5
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga) 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ 9. Bercelak fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca

Upload: isah-japisah-safitri

Post on 23-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga) 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.2. Memuliakan fakir miskinfadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.3. Menahan marahfadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.4. Menunjukkan orang sesatfadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.6. Bersedekahfadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.7. Memelihara kehormatan dirifadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.8. Mandi Sunatfadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’9. Bercelakfadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.12. Membaca‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.14. PuasaNiat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Page 2: 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah:i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT.Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1.     @و<م@ ص>و<م>وا اء ي ور@ Jف>وا ، ع@اش> ال @ه>ود@ و@خ@ @و<مQا ص>وم>وا ، الي @ه> ي <ل و< ق@ب@ @و<مQا أ @ع<د@ه> ي ب  - Berpuasalah kamu

pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2.  @وم@ ص>وم>وا ع@ الي Jاس] ر@ الت Jف>وا والع@اشJ ال @ه>ود@ و@خ@ الي  - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

Page 3: 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

3.  Jنaى @سJب> إ @ح<ت @ن< اللهJ ع@ل@ى أ @فaر@ أ >ك @ة@ ي aئ ي @ة@ الس[ ن [تJي الس[ @ه@ا ال <ل ق@ب  - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ;  Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 

5. Doa pada Hari Asyura :

@ا نm ي Jئ> ج@ــاء@ك@ ق@د< م>ح<س> ي Jت@ و@ق@د< ، الم>س م@ر<@ @ا أ نm ي Jم>ح<س Jــاو>ز [ج@ Jالت <ئJ ع@نJ ب ي Jت@ ، الم>س> @ن ن> و@أ Jــا الم>ح<س ـ@ @ن  و@أ

<ئ> ي Jــاو@ز< ، الم>س @ج@ <حJ ع@ن< ف@ت Jي <دJي م@ا ق@ب <لJ عJن @ج@مJي <د@ك@ م@ا ب ن Jت@ ، ع> @ن و<فJ ف@أ Jالم@ع<ر> JنJي ، م@و<ص>و<فm ب <ت @ئ و<ف@ك@ أ  م@ع<ر>JنJي ، @غ<ن ـهJ و@أ Jـ و<فJ ع@ن< ب و@اك@ مJن< م@ع<ر> Jك@ ، سJ ح<م@ت Jر@ @ا ب ح@م@ ي ر<

@ <ن@ أ احJمJي الر[   - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Page 4: 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/niat-puasa-sunat-asyura-10-muharram.html#ixzz2kX0FnGSY