1342342656 refleksipjm3112

Upload: asveene-loganathan

Post on 03-Jun-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    1/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 1

    REFLEKSI INDIVIDU

    olehNor Sharnida bint i Daud

    Chelladurai ( 1994 ) menyatakan bahawa pengurusan sukan berkaitan dengan

    mengkoordinasi sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta

    situasi luar jangkaan bagi menghasilkan pekhidmatan sukan yang berkesan.

    Menurut Leith ( 1990 ) pula, pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan

    yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenaga untuk mencapai

    matlamat yang ditetapkan. Proses ini melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan

    dan kawalan ke atas sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan

    atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu.

    Oleh sebab itu, dalam Semester Lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    ini, kami sebagai guru pelatih telah mendapat tugasan untuk mengelolakan sebuah

    Karnival Permainan Tradisional. Perancangan tugasan ini bermula seawal bulan April

    manakala Karnival Permainan Tradisional tersebut dijangka diadakan selepas semua

    pelajar menamatkan praktikum di sekolah masing-masing iaitu pada 13 April 2012.

    Dengan dibimbing oleh pensyarah masing-masing iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin

    Amat, Tn. Hj. Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat, kami

    telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 20 orang iaitu mengikut

    opsyen masing-masing. Kelas saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi 2 telah

    dibimbing oleh Tn. Hj. A. Rahman bin Amat iaitu Ketua Unit Pendidikan Jasmani,

    pensyarah yang penuh berwibawa dan berdedikasi.

    Tugasan ini menuntut sikap kerjasama dan teamwork yang sangat tinggi

    daripada setiap ahli RBT 2. Dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, kami

    dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja pengelolaan pertandingan yang

    lengkap, menjalankan mesyuarat pengelolaan dan melaksanakan satupertandingan

    permainan tradisional.

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    2/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 2

    Sebelum Karnival Permainan Tradisional..

    Setelah melalui sesi perbincangan bersama kelas lain, kami telah mecapai kata sepakat

    untuk memilih permainan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam sebagai permainan

    tradisional yang akan dipertandingkan dan dikelolakan oleh kelas kami.

    Pada pandangan saya, pertandingan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam ini

    bertujuan memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi

    moden. Di samping itu, program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan

    antara guru-guru pelatih serta mengintegrasikan perpaduan kaum.

    Selain itu, pertandingan ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk

    bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan perkara-perkara

    lain yang berkaitan. Seterusnya, ia memberi ruang seluasnya kepada pelajar untuk

    menyertai pertandingan dan mendapat manfaat dari segi kesihatan serta pengetahuan

    tentang pengurusan sesuatu pertandingan. Program ini juga diharap dapat memberi

    pengetahuan dan pengalaman dari pelbagai aspek bagi kepentingan bersama.

    Sebelum tarikh Karnival Permainan Tradisional ini tiba, beberapa mesyuarat

    bersama Jawatankuasa Induk iaitu dari semua opsyen dan Jawatankuasa Kerja yang

    terdiri dari ahli RBT 2 telah dijalankan. Mesyuarat pertama diadakan pada hari Khamisbertarikh 5 April 2012 pada pukul 4 petang di BALSIS. Mesyuarat pada kali ini bertujuan

    membentuk Jawatankuasa Induk yang telah dipengerusikan oleh Abd. Rahim dari

    Opsyen Pendidikan Jasmani.

    Mesyuarat kedua pula telah diadakan secara tertutup di BALSIS di mana ia

    hanya melibatkan 20 orang ahli RBT 2. Pengerusi yang dilantik sebulat suara bagi kelas

    kami ialah Mohd Amir Wardee bin Mohamad Kamis. Agenda mesyuarat pada hari itu

    ialah ucapan pengerusi, pembentangan cadangan peraturan permainan,pembentangan cadangan perbelanjaan dan pembentangan cadangan peralatan secara

    ringkas.

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    3/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 3

    Semasa Karnival Permainan Tradisional..

    Karnival Permainan Tradisional Semester 5bagi sesi 2012 telah berlangsung pada

    hari Ahad bertarikh 22 April 2012. Penyertaan ini terbuka untuk guru pelatih daripada

    semua opsyen Semester 5 iaitu RBT 1,RBT 2, RBT 3, RBT 4, PJ, PK, BC dan SN

    seramai 154 orang. Tiada yuran-penyertaan dikenakan kepada peserta - peserta.

    Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 2.00

    petang. Sepanjang pemerhatian saya, sikap yang ditonjolkan oleh guru-guru pelatih

    Semester 5 ini yang patut diberikan pujian ialah sebahagian besar daripada mereka

    turun ke tempat acara seawal jam 7.15 dan 7.30 pagi.

    Setiap kelas telah mempunyai kawasan permainan yang ditetapkan dari awal.

    Jadi, pelajar yang tiba awal terus ke tempat acara masing-masing dan menyusun

    peralatan pertandingan seperti khemah, meja hakim, kerusi, scoreboard dan

    menyiapkan senarai nama peserta bagi acara yang dipertandingkan.

    Oleh kerana tidak terlibat sebagai Jawatankuasa Kerja dalam kelas saya, saya

    telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim bersama Nur Afifah Hazirah dan Nur

    Aisyah Adnan dalam pertandingan Lompat Getah. Permainan ini tidak menjadi masalah

    kepada saya kerana ia selalu dimainkan semasa saya dibangku sekolah rendah suatuketika dahulu.

    Permainan Lompat Getah ini dijalankan serentak bersama 7 acara lain pada

    sesi pagi iaitu sebelum waktu rehat ( 8.0010.00 pagi ). Antara acara lain termasuklah

    tuju getah, kunda-kundi, galah panjang, tuju guli dan batu seremban. Sistem permainan

    Lompat Getah ini ialah ahli kumpulan yang terdiri daripada 4 orang memilih seorang

    ibu bagi menyelamatkan anak-anak jika mereka tidak dapat melompat getah

    tersebut pada paras tertentu. Paras yang perlu dilompat oleh setiap ahli ialah paraskaki, buku lali, lutut, paha, pinggang, dada, bawah telinga dan atas kepala. Ibu hanya

    boleh membantu anak-anak melompat semasa percubaan di paras dada, bawah

    telinga dan atas kepala sahaja.

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    4/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 4

    Bagi pemberian mata, sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati, oleh itu

    pasukan yang menang akan meneruskan pertandingan ke peringkat seterusnya. Mata

    kemenangan diberi berdasarkan bilangan peserta atau anak yang dapat melepasi

    paras tertinggi iaitu atas kepala. Jika kesemua 4 orang peserta dapat sampai hingga

    tahap terakhir, maka kumpulan itulah yang menjadi juara.

    Dari segi kepegawaian, di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh tiga ( 3 )

    orang pengadil atau hakim. Dalam permainan Lompat Getah ini, seorang ( 1 ) hakim

    dilantik untuk memberi mata dan dua ( 2 ) orang hakim dilantik untuk mengadili

    pertandingan.

    Satu lagi permainan yang dikelolakan oleh kelas kami ialah Sepak Bulu Ayam.

    Permainan ini dikendalikan oleh pelajar lelaki RBT 2 kerana pelajar perempuan terlibat

    dengan acara-acara lain pada waktu itu. Pertandingan bagi sesi kedua bermula pada

    jam 11.00 pagi - 12.30 tengah hari iaitu selepas rehat bersama 7 acara lain seperti

    layang-layang, tarik upih, dam, mahjung dan congkak.

    Sistem permainan bagi acara ini ialah lapan ( 8 ) orang peserta daripada setiap

    opsyen akan menimang bulu ayam dan memberi kepada peserta di sebelah. Jika

    peserta di sebelahnya tidak dapat menyambut dan menimang bulu ayam tersebut, dia

    akan mendapat satu ( 1 ) tanda X . Peserta akan tersingkir setelah tiga ( 3 ) kali

    mendapat tanda X . Peserta terakhir yang tersingkir dikira pemenang bagi

    perlawanan sesi pertama dan mendapat markah penuh iaitu 5 markah.

    Bagi perlawanan sesi kedua, pemenang ditentukan dengan mengira timangan

    bulu ayam yang dilakukan. Pemenang yang paling banyak melakukan timangan dikira

    sebagai pemenang. Dari segi kepegawaian, ia turut diadili oleh tiga ( 3 ) orang pengadil

    atau hakim, sama seperti acara Lompat Getah. Dalam permainan Sepak Bulu Ayam ini,

    seorang ( 1 ) hakim dilantik untuk mengadili pertandingan dan dua ( 2 ) orang hakim

    dilantik untuk menilai permainan dan memberikan mata kepada peserta.

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    5/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 5

    Dalam kedua-dua acara, jika berlaku gangguan luar jangka sama ada binatang,

    manusia atau alat-alat maka tindakan bagi situasi itu adalah pengadil akan

    membunyikan wisel panjang untuk menamatkan permainan. Tiada satu jangka masa

    ditetapkan untuk pasukan menamatkan pertandingan kerana kedua-dua acara tidak

    menggunakan sistem masa. Pengadil akan membunyikan wisel 2 kali untuk memberi

    kemenangan kepada pasukan.

    Jika berlaku sesuatu perkara yang luar biasa dan fasal mengenainya tidak

    dinyatakan di dalam Undang-Undang ini semasa berjalannya permainan atau

    perlawanan, maka Ketua Pengadil bersama pengadil - pengadil bertugas boleh

    menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan. Segala keputusan pengadil

    adalah muktamad sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

    Aktiviti pertandingan yang berlansung pada hari itu berjalan dengan lancar.

    Cuaca berada dalam keadaan yang baik pada awalnya tetapi bertukar panas terik

    apabila menginjak tengah hari. Namun demikian, setiap ahli jawatankuasa dan juga

    peserta-peserta pertandingan tetap meneruskan aktiviti sehingga tamat.

    Karnival Permainan Tradisional tersebut berakhir hampir jam 1.00 tengah hari.

    Upacara penyampaian hadiah berlangsung di Gimnasium IPGKTHO. Terdapat

    pemenang individu yang mewakili kelas dan ada juga pemenang berpasukan mewakili

    pasukan campuran masing-masing. Hadiah berupa hamper makaan tersebut telah

    disampaikan oleh ketiga-tiga pensyarah yang mengajar subjek Pengurusan dan

    Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin Amat, Encik

    Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat.

  • 8/12/2019 1342342656 refleksiPJm3112

    6/6

    PJM 3112|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 6

    Selepas Karnival Permainan Tradisional..

    Semua peserta seperti pelajar Cina menunjukkan minat dan semangat yang tinggi

    kerana mereka sangat teruja dengan permainan tradisional masyarakat Melayu ini

    seperti sepak bulu ayam, lompat getah, kuda-kundi dan layang-layang yang tidak

    pernah mereka kenali dan mainkan sebelum ini. Pelajar-pelajar Melayu pula bermain

    dengan begitu bersungguh-sungguh kerana semua permainan ini pernah dimainkan

    sewaktu kecil dan ia pastinya membangkitkan nostalgia di zaman kanak-kanak. Pelajar

    ini juga begitu teruja bermain mahjung iaitu sejenis permainan masyarakat Cina.

    Mereka berjuang sedaya upaya bagi memastikan kumpulan masing-masing

    memperoleh kemenangan. Namun, adat pertandingan sudah pasti ada yang kalah dan

    ada yang menang. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa objektif karnival ini iaitu

    untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi

    moden di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru pelatih serta

    mengintegrasikan perpaduan kaum telah tercapai.

    Kekuatan yang dapat dinilai daripada pengelolaan karnival ini ialah penganjur

    tidak memerlukan persediaan yang rumit dari segi tenaga, sumber kewangan, bahan

    dan peralatan serta lain-lain kelengkapan. Aktiviti yang dilangsungkan ketika

    pertandingan juga tidak memakan masa yang lama. Kelemahanyang terdapat dalam

    pertandingan ini ialah mutu dan kaedah pengadilan yang mungkin kurang sesuai dalam

    sesebuah permainan. Contohnya, terdapat kumpulan yang menang by pada pusingan

    pertama. Ini menunjukkan ketidakadilan berlaku dalam menentukan kumpulan-

    kumpulan yang bertanding di peringkat separuh akhir.

    Secara keseluruhannya, penganjuran karnival ini telah memberi peluang kepada

    saya untuk menimba pengalaman dengan lebih mendalam tentang cara mengurus dan

    mentadbir sesuatu pertandingan sukan di peringkat sekolah. Tugasan ini juga

    membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi

    semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal

    insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

    InsyaALLAH