109262294-kesihatan-pencemaran

26
ISI KANDUNGAN 1.0 Pendidikan Kesihatan 2 1.1 Pameran Kesihatan 3 1.2 Perkhidmatan Sokongan 4 1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan 5 1.4 Pertandingan 3K 6 1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan 7 1.6 Rumusan 8 2.0 Pencemaran 9 2.1 Pencemaran Udara 10 2.2 Pencemaran Air 12 2.3 Pencemaran Kimia 14 2.4 Pencemaran Radiasi 16 2.5 Pencemaran Bunyi 17 2.6 Rumusan 19 3.0 Lampiran 21 4.0 Bibliografi 26

Upload: maszenah-alan

Post on 15-Feb-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pencemaran alam

TRANSCRIPT

Page 1: 109262294-Kesihatan-pencemaran

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendidikan Kesihatan 2

1.1 Pameran Kesihatan 3

1.2 Perkhidmatan Sokongan 4

1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan 5

1.4 Pertandingan 3K 6

1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan 7

1.6 Rumusan 8

2.0 Pencemaran 9

2.1 Pencemaran Udara 10

2.2 Pencemaran Air 12

2.3 Pencemaran Kimia 14

2.4 Pencemaran Radiasi 16

2.5 Pencemaran Bunyi 17

2.6 Rumusan 19

3.0 Lampiran 21

4.0 Bibliografi 26

Page 2: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Soalan 1

Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu

dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan

mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan

medium boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat

berkaitan dengan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan.

Berdasarkan kenyataan ini, bincangkan aktiviti dan medium yang boleh

digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada

masyarakat. Nyatakan juga contoh-contoh yang sesuai.

1.0 PENDIDIKAN KESIHATAN

Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan boleh didefinisikan

sebagai suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan

semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja. Manakala menurut Anspaugh dan

Enzell pada tahun 1995, mereka mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai proses untuk

mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara

untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Pendidikan

kesihatan dalam bukan sahaja tertumpu kepada murid dan pelajar di sekolah sahaja, malah

masyarakat juga perlu melibatkan diri. Ia bertujuan untuk membantu individu dalam

masyarakat mengaplikasikan prinsip kesihatan yang betul dan seterusnya mengamalkannya

di dalam aspek kehidupan seharian. Pendidikan kesihatan dalam masyarakat dijalankan

melalui aktiviti kementerian kesihatan, agensi kesihatan sukarela, sekolah, organisasi

remaja dan kumpulan masyarakat yang lain.

Objektif utama pendidikan kesihatan adalah untuk menumpukan kepada

perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat

menerusi usaha-usaha sendiri dan melalui penanaman minat dikalangan masyarakat

2

Page 3: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka. Ia

juga untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah-langkah

promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan. Selain itu, ia juga untuk

menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk

meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan.

Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk

menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat berkaitan dengan

kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh

dijalankan ialah pameran kesihatan, perkhidmatan sokongan, ceramah kesihatan,

pertandingan 3K, kempen kesihatan dan juga lawatan ke pusat-pusat kesihatan.

1.1 Pameran Kesihatan

Aktiviti pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan pameran

kesihatan. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan

dengan kepentingan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Pameran ini boleh dilakukan

di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam, hospital dan

sebagainya. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu kesihatan, sebab-sebab berlakunya

sesuatu penyakit, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan

penularan penyakit merbahaya dikalangan manusia.

Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tentang pameran kesihatan

ini adalah dengan menggunakan media massa seperti siaran iklan di saluran televisyen dan

menggunakan khidmat stesen radio untuk menghebahkan tentang pameran kesihatan ini.

Selain itu, surat khabar atau majalah juga boleh dijadikan medium untuk penyebaran

maklumat dengan mencetak iklan yang berkaitan dengan pameran kesihatan yang akan

dilaksanakan. Penggunaan perkhidmatan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia juga

mampu menyebarkan maklumat kepada orang awam.

3

Page 4: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pameran bahan-bahan menarik seperti

carta, poster dan keratan surat khabar yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Brosur

dan poster boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipamerkan.

Contoh brosur yang boleh dipamerkan adalah seperti brosur mengenai “Kesan Akibat

Merokok”, poster yang bertajuk “Langkah Mencapai Berat Badan Unggul” dan sebagainya.

Selain itu, pita video dan slaid yang berkenaan dengan penjagaan kesihatan juga boleh

ditayangkan. Kebanyakan vcd dan dvd ini dihasilkan oleh hospital, klinik dan agensi-

agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan. Ini akan membantu masyarakat untuk

lebih memahami tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Pameran sebegini boleh

meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat bukan sahaja untuk mengambil berat

tentang kesihatan diri mereka malah juga kesihatan masyarakat sekeliling mereka.

1.2 Perkhidmatan Sokongan

Aktiviti kedua yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan perkhidmatan

sokongan di tempat-tempat kerja. Perkhidmatan sokongan menyediakan pelbagai

perkhidmatan seperti penilaian kesihatan, penyaringan kesihatan, rujukan kesihatan,

perkhidmatan rawatan dan pemulihan dan juga perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan

sokongan ini memberikan banyak manfaat kepada semua pekerja sekiranya ia dilaksanakan

dengan konsisten dan berkala. Setiap ketua jabatan perlu memainkan peranan untuk

memastikan perkhidmatan sokongan ini mendapat sambutan.

Medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan sokongan ini

adalah dengan pihak atasan sesebuah syarikat mengeluarkan surat pemberitahuan kepada

setiap kakitangannya. Mesyuarat khas dan taklimat ringkas juga boleh dibuat untuk

menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan ini. Bukan itu sahaja, pengedaran

buku dan buletin kepada kakitangan syarikat juga boleh dilaksanakan. Ia berperanan

memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada masyarakat secara amnya.

Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan

mahu pun badan-badan bukan kerajaan.

4

Page 5: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan penilaian

kesihatan kepada setiap kakitangan tidak kira dari peringkat bawahan mahupun dari

peringkat atasan. Setiap masalah kesihatan yang dialami oleh setiap kakitangan perlulah

dirujuk kepada doktor panel yang dilantik oleh syarikat untuk dibuat rujukan kesihatan.

Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan kaunseling juga merupakan salah satu daripada

perkhidmatan sokongan. Ia boleh dibuat secara kaunseling kelompok atau kaunseling

individu. Perkhidmatan kaunseling ini akan dapat membantu kakitangan yang bermasalah

untuk menangani masalah yang dihadapi dengan lebih efisyen. Perkhidmatan sokongan

yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan

kesihatan di dalam diri mereka.

1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan

Aktiviti ketiga yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan ceramah khas

tentang kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pekerja awam mahupun swasta. Pihak

sekolah atau pihak sektor-sektor awam atau swasta boleh menjemput doktor-doktor pakar

untuk memberikan ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan kepada pelajar dan

kakitangan mereka. Ceramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan premis dan

kawasan mereka sendiri atau menggunakan dewan majlis perbandaran.

Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah

ini ialah dengan mengedarkan pamplet atau brocur. Pengumuman melalui radio sekolah

juga boleh dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah tersebut. Manakala pihak

penyiaran televisyen seperti RTM, NTV7, TV3, Astro dan sebagainya juga boleh

membantu menyebarkan maklumat tentang ceramah yang akan diadakan ini melalui

penyiaran iklan di rangkaian mereka. Kain rentang atau banner juga boleh digantung untuk

memberitahu kepada masyarakat tentang ceramah yang akan diadakan. Penyebaran

maklumat menggunakan internet seperti blog, facebook dan twitter juga boleh dibuat.

5

Page 6: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Antara contoh laman web yang menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan

ialah seperti mysenam.com.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah ceramah berkaitan kesihatan.

Pengisian ceramah itu perlulah berkaitan dengan kepentingan penjagaan kesihatan, punca

terjadinya penyakit dan langkah mengatasinya. Selain ceramah, demonstrasi tentang

penjagaan kesihatan, kesan pengabaian terhadap kesihatan dan punca sesuatau penyakit

juga boleh dibuat. Secara tidak langsung, demonstrasi yang dibuat akan memberikan

gambaran kepada peserta ceramah tentang akibat daripada pengabaian kesihatan.

Disamping memberikan ceramah, pameran mini tentang penyakit berbahaya juga boleh

dibuat. Ini akan membantu memberikan maklumat tambahan kepada peserta ceramah

tersebut. Kuiz kesihatan juga boleh dibuat oleh pihak penganjur untuk membantu

menambahkan kefahaman peserta tentang penjagaan kesihatan.

1.4 Pertandingan 3K

Aktiviti keempat yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan

pertandingan 3K. Pertandingan 3K bermaksud pertandingan tentang kebersihan,

keselamatan dan kesihatan. Pertandingan ini sesuai diadakan di dalam kawasan sekolah

dengan penglibatan bukan sahaja oleh guru dan pelajar malah penglibatan ibu bapa.

Pengisian pertandingan ini adalah dengan mengadakan pertandingan keceriaan kelas,

pertandingan kebersihan kawasan dan pertandingan kesihatan diri.

Medium yang boleh digunakan ialah pengumuman sewaktu perhimpunan oleh

guru kepada murid-murid. Selain itu, bagi sekolah yang mempunyai radio sekolah,

pengumuman bolehlah dibuat tentang pertandingan 3K yang akan dijalankan. Bukan itu

sahaja, penggunaan poster yang ditampal di sekitar kawasan sekolah juga boleh dibuat

untuk mempromosikan pertandingan ini. Surat makluman juga boleh diedarkan kepada ibu

bapa untuk menggalakkan mereka bersama-sama membantu menjayakan program ini. Apa

6

Page 7: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

yang penting ialah, kesedaran dapat dipupuk di kalangan murid-murid tentang pentingnya

penjagaan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan keceriaan kelas. Bagi

pertandingan ini, bukan sahaja kelas dihias untuk menang pertandingan, malah secara tidak

langsung guru kelas perlu memupuk sikap pentingkan kebersihan dikalangan murid-

muridnya. Selain itu, pertandingan kawasan tercantik juga boleh diadakan. Setiap tahap

diberi kawasan untuk diusahakan. Penglibatan guru, murid dan ibu bapa penting untuk

memastikan objektif pertandingan ini berjaya dicapai. Setiap kawasan yang diberi perlu

diperindahkan dengan penanaman pokok-pokok herba, pokok bunga dan sebagainya. Apa

yang penting ialah murid ditanam sikap sukakan kebersihatan dan mementingkan

kesihatan. Selain itu, pertandingan gigi terbersih juga boleh dibuat dengan memberikan

ganjaran kepada gigi murid yang paling bersih dan cantik. Secara tidak langsung, ia akan

menggalakkan sikap mementingkan penjagaan kebersihan gigi dikalangan murid-murid

sekolah.

1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan

Aktiviti kelima yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan lawatan ke

pusat-pusat kesihatan seperti klinik dan hospital. Contohnya lawatan ke Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia untuk melihat dan mengalami sendiri suasana disesebuah pusat

kesihatan. Kerjasama dan penglibatan penuh oleh pihak pentadbiran hospital, guru dan

murid amatlah penting dalam menjayakan aktiviti ini.

Medium yang boleh digunakan ialah dengan mengadakan mesyuarat dan taklimat

oleh pihak pentabir kepada guru tentang aktiviti yang akan dijalankan. Pengumuman

kepada murid juga sewaktu perhimpunan akan dapat menyampaikan maklumat tentang

aktiviti ini. Surat makluman dan maklumat aktiviti juga boleh ditampal di papan buletin

sekolah untuk memberi informasi kepada murid. Surat makluman kepada ibu bapa juga

7

Page 8: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

perlu diberikan supaya mereka boleh memahami pengisian aktiviti lawatan ini dan

kebaikan yang akan diperolehi oleh anak-anak mereka.

Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan lawatan ke

wad-wad pesakit dan bilik pameran yang diterdapat di hospital atau klinik tersebut. Guru

dan murid akan dibawa untuk melihat sendiri apa yang akan berlaku kepada seseorang

yang mengabaikan kesihatannya. Bukan itu sahaja, tayangan televisyen kabel juga boleh

memainkan peranan di dalam menanamkan sikap mementingkan penjagaan kesihatan

dikalangan murid. Sebagai contoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai

televisyen kabel mereka sendiri yang dinamakan MediTV. Selain daripada itu, pengisian

yang boleh dibuat ialah sesi penerangan oleh pihak pentadbiran pusat kesihatan. Terdapat

banyak progam kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti

Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda yang akan dapat membantu menambah

pemahaman murid terhadap penjagaan kesihatan diri mereka.

1.6 Rumusan

Pendidikan kesihatan yang diterapkan dalam masyarakat bertujuan untuk

membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang

betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Ia juga untuk

menolong masyarakat untuk mencapai tahap kesihatan yang diingini dengan tingkah laku

dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembangunan tanggungjawab kendiri untuk

pembangunan yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti. Di peringkat sekolah

pula, pendidikan kesihatan adalah untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan

kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang

sihat. Semua ini boleh dilakukan dengan penglibatan dan penyertaan diri yang aktif di

dalam aktiviti kesihatan yang dianjurkan sama ada daripada pihak kerajaan atau pun

daripada pihak swasta. Apa yang paling penting ialah, masyarakat perlu mengambil

pendekatan yang bijaksana bagi memastikan mereka bertanggungjawab terhadap kesihatan

bukan sahaja kepada diri mereka malah kepada masyarakat sekeliling juga.

8

Page 9: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Soalan 2

Keselamatan kesihatan persekitaran amat berkait rapat dengan sejauh mana kita

berupaya mengawal kadar pencemaran alam sekitar. Oleh yang demikian kita

perlu terlebih dahulu memahami dan dapat mengenal pasti apakah dia

pencemaran.

Bincang dan kenal pasti punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta

memudaratkan persekitaran.

2.0 PENCEMARAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pencemaran adalah suatu

perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -pengotoran alam-perbuatan mencemarkan

kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Manakala menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974, ia menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras

radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh

faktor semulajadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran-

pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku

dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda

ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Manakala pencemaran-pencemaran yang

disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia adalah

seperti pencemaran udara, air, kimia, radiasi dan bunyi.

9

Page 10: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau

zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan

kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua iaitu

pencemaran udara dalaman dan pencemaran udara luaran. Pencemaran udara dalaman

bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada

pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus

terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Manakala

pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang

bergabung dengan wap-wap air di udara. Jenis-jenis pencemaran udara yang utama dan

merbahaya ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, partikel, plumbum,

hidrokarbon, jerebu, ozon dan hujan asid.

Punca pencemaran udara ialah daripada asap aktiviti perindustrian dan

pembangunan. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi

pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak

mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam

pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan mengeluarkan sulfur dioksida dan

habuk toksik. Manakala sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah

merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan dan boleh mengakibatkan perubahan

iklim seluruh dunia. Selain itu, kenderaan motor juga adalah salah satu penyumbang utama

kepada pencemaran udara. Ini kerana, asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang

mengandungi karbon monoksida boleh membahayakan kesihatan. Punca pencemaran yang

lain ialah daripada debu yang berpunca daripada kilang papan dan kawasan pembinaan.

Debu yang berterbangan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Punca pencemaran udara

yang seterusnya ialah daripada pembakaran sampah secara terbuka. Tidak terkecuali juga

asap yang dikeluarkan apabila seseorang menghisap rokok juga boleh menyebabkan

pencemaran udara.

10

Page 11: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kesan pencemaran udara boleh memberi impak yang sangat buruk terhadap

manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan

tiga cara iaitu Nekrosis (keguguran daun), Klorosis (pertukaran warna), dan perubahan

pertumbuhan. Ia juga boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem pernafasan manusia.

Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut

manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara

gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu

berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan

edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan

kerengsaan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan

mata dan juga menjejaskan mata manusia. Bukan itu sahaja, bahan-bahan cemar di udara

juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga

benda lain. Ia disebut sebagai kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi

hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Apa yang paling membahayakan ialah,

pencemaran udara juga boleh menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi dan seterusnya

boleh menyebabkan hujan asid yang boleh membahayakan alam sekitar.

Langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah dengan penguatkuasaan oleh

Kementerian Sains dan Alam Sekitar dengan kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS)

untuk menguatkuasakan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 dan Bahagian IV Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984. Bagi memastikan

akta ini sentiasa dipatuhi, JAS perlu sentiasa mengadakan lawatan penguatkuasaan ke

kilang-kilang. Jabatan Alam Sekitar juga telah melaksanakan operasi asap hitam terhadap

pengguna-pengguna kenderaan di jalanraya. JAS juga dari masa ke semasa mengadakan

rondaan darat dan udara untuk menyiasat dan mengesan aktiviti pecemaran udara.

Pengawasan kualiti udara secara berterusan selama 24jam bagi mengesan sebarang

perubahan kepada kandungan kimia udara ambien yang boleh membahayakan kesihatan

manusia juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap kilang-kilang di Malaysia.

Bukan itu sahaja, JAS menganjurkan beberapa siri program kempen kesedaran berkaitan

11

Page 12: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

lapisan ozon kepada orang awam dan sektor industri, menjalankan kajian kerjasama dengan

pihak berkaitan bagi mengawal pencemaran udara.

Selain itu, dengan penggunaa teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan

dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian untuk

mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu

hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum

dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak

kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan

pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera

dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

2.2 Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,

keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia

apabila digunakan. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di laut

dan pantai. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan

pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti gas, cecair dan pepejal. Secara

saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran

mikrobiologikal, kimia, pengurangan kandungan oksigen, nutrien dan penyingkiran jirim.

Punca pencemaran air terjadi apabila pencemaran mikrobiologikal berlaku

apabila sumber air dicemari oleh pathogen, parasit, bakteria dan virus. Ini akan

menyebabkan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit. Manakala

pengurangan kandungan oksigen yang disebabkan oleh kandungan biodegradasi yang

terlalu banyak di dalam air akan menyebabkan hidupan di dalam air akan mati. Manakala

fosfat dan nitrogen yang terlalu banyak akan menyebabkan percambahan rumpai dan

lumut di dalam air dan seterusnya akan menyebabkan air menjadi kurang enak untuk

diminum. Manakala penyingkiran jirim ialah bahan buangan yang tidak larut. Ia boleh

menjejaskan kualiti kandungan oksigen dan seterusnya menyebabkan hidupan air mati.

12

Page 13: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Selain daripada itu, aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai

dan tasik juga boleh menyebabkan pencemaran. Antara contoh yang dapat dilihat ialah

pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, kilang getah, kilang plastik dan

sebagainya. Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam sungai dan

parit juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bukan itu sahaja, penerokaan hutan yang

berleluasa tanpa kawalan juga boleh menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya

menyebabkan pencemaran sungai. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan

pelantar minyak juga menyebabkan pencemaran air seperti yang berlaku di laut. Baja dan

racun perosak kimia yang digunakan oleh petani yang dibawa oleh air hujan ke dalam

sungai dan anak sungai juga boleh menyebabkan pencemaran air.

Kesan pencemaran air ini ialah ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti

kegatalan kulit dan penyakit taun sekiranya manusia terdedah kepada air yang tercemar.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan

mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung,

ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik

juga akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap

kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan

mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain

itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini.

Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya

mengalirkan air ke sungai. Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk

bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas

digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke

laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan

mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya

yang tinggi dan meningkat secara mendadak. Seterusnya, pencemaran air juga

menyebabkan keindahan pantai dan laut terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan

sampah sarap tidak indah untuk dipandang.

13

Page 14: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan teknologi

moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai

contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan

minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama,

majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu

dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak

sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang

berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk

menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, kempen kesedaran perlu dilakukan bagi

memberi lebih banyak pengetahuan kepada orang ramai atas kepentingan air dan tidak

mencemarkan air. Contohnya, kempen kesedaran dan iklan di televisyen mahupun radio

mampu memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak berkuasa jugs tidak harus lepas

tangan dan seharusnya mengetatkan penguasaan undang-undang bagi menjamin supaya

tidak lagi berlaku pencemaran air.

2.3 Pencemaran Kimia

Pencemaran kimia merupakan suatu bentuk pencemaran baru yang memberi

ancaman kepada manusia dan persekitaran. Pencemaran kimia ini terjadi akibat daripada

penggunaan bahan kimia yang meluas di dalam program pertanian, pembangunan industri

dan penggunaan racun perosak. Antara penyebab pencemaran kimia ialah daripada racun

makhluk perosak, raksa, arsenik dan florida.

Punca pencemaran kimia terjadi disebabkan oleh udara yang tercemar akan

menurunkan hujan yang mengandung bahan pencemar dan seterusnya mengakibatkan

tanah tercemar juga. Air yang mengandung bahan pencemar akan mengubah susunan kimia

tanah sehingga mengganggu hidupan yang hidup di dalam atau di permukaan tanah.

Pencemaran kimia juga boleh berlaku apabila racun makhluk perosak yang digunakan oleh

para petani untuk mengawal serangan makhluk perosak mengandungi bahan kimi. Jika ia

14

Page 15: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

tidak digunakan secara betul, maka bahan kimia ini akan mencemarkan sumber air bawah

tanah, sungai, tumbuhan dan makanan. Punca pencemaran yang seterusnya ialah daripada

raksa. Raksa adalah sejenis logam toksik yang berbentuk seperti cecair atau gas. Ia wujud

di air, tanah, udara dan makanan dalam jumlah yang amat kecil. Manakala arsenik dan

florida adalah adalah bahan kimia yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Jika

manusia terdedah kepada bahan kimia ini walaupun dalam jumlah yang sedikit, ia mampu

memudaratkan kesihatan manusia.

Kesan pencemaran kimia ialah ia mampu membunuh haiwan di bawah tanah

ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan

berkumpul ke dalam tanah dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada itu,

spencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit

kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan

kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Contoh kesan daripada keracunan raksa ialah

kejadian yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, dimana burung-burung yang sedang

terbang di udara tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing pula berjalan terhoyong-hayang

dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak tentu arah lalu mati. Jika manusia

terdedah kepada racun ini, ia boleh merosakkan keupayaan mereka untuk belajar, berfikir

dan sebagainya. Raksa juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin bayi.

Manakala kesan pencemaran arsenik pula ialah ia boleh menyebabkan penyakit hati, ginjal,

barah kulit, gangrene dan paru-paru kepada manusia. Manakala pencemaran florida pula

boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada tulang rangka manusia seperti tulang belakang

dan sendi.

Langkah untuk mengatasi pencemaran kimia ini adalah dengan menggunakan

bahan kimia yang mesra alam. Contohnya ialah baja organik. Ia tidak akan meninggalkan

kesan sampingan seperti mana yang dilakukan oleh baja kimia dan baja buatan. Bahan

organik yang terdapat dalam baja tersebut akan dapat memulihkan struktur tanah.

Penggunaan racun serangga yang mesra alam dan tidak mengandungi klorofluorokarbon

juga dapat mengatasi masalah pencemaran kimia. Ia akan dapat membantu mengurangkan

15

Page 16: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

tahap pencemaran kimia akibat daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi CFC.

Selain itu, penggunaan penyembur rambut yang tidak mengandungi bahan CFC juga boleh

membantu untuk mengatasi maslah pencemaran kimia akibat daripada bahan ini. Apa yang

penting ialah kita perlulah menggunakan kebijaksaan kita untuk memilih dan membeli

barangan yang tidak meggunakan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar kita.

2.4 Pencemaran Radiasi

Radiasi merupakan suatu bentuk pencemaran yang boleh mendatangkan

kemudaratan dari segi kesihatan kepada mereka yang terdedah kepadanya. Pengertian

radiasi adalah radiasi pengion, iaitu suatu radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnetik dan

partikel bermuatan yang apabila tenaganya menembusi bahan atau jaringan biologi (tubuh

manusia) dapat menyebabkan terjadinya proses ionisasi pada bahan atau jaringan tersebut. Ia

mencakupi sinar-X dan sinar-γ, partikel elektron berenergi tinggi (β- dan β+), partikel α,

neutron, dan ion berat lain termasuk sinar kosmik.

Punca pencemaran radiasi ialah daripada sisa radioaktif daripada tenaga nuklear.

Sebagai contoh kemalangan radiasi yang berlaku di Rusia menyebabkan banyak kemusnahan

dan kecacatan kepada alam dan manusia. Bukan itu sahaja, gelombang elektromagnet daripada

ketuhar gelombang mikro dan radio juga boleh menghasilkan radiasi sekiranya manusia

terdedah terlalu lama terhadap barang-barang tersebut. Bukan itu sahaja, radiasi yang

dihasilkan oleh telefon bimbit juga boleh membahayakan kesihatan. Cara biasa telefon bimbit

digunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan

otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA,

menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak.

Kesan daripada pencemaran radiasi kepada manusia ialah, ia boleh menyebabkan

kecelaruan tingkah laku, kecacatan otak, barah, kecacatan anggota badan, masalah psikologi

dan masalah kesihatan yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan lelaki dan

wanita yang lebih tua menjadi mandul dan boleh menyebabkan kematian. Pembuangan sisa

toksik dan sisa nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Ia juga boleh

16

Page 17: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

merosakkan tanah dan kualitinya. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-

tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak boleh dimakan kerana ia beracun. Selain

daripada itu, menurut World Health Organization (WHO), sekiranya manusia terdedah kepada

gelombang elektromagnet pada kadar antara 1MHz hingga 10GHz ia akan menyebabkan

masalah kesihatan kepada manusia.

Langkah untuk mengatasi pencemaran radiasi ialah dengan mengetatkan

undang-undang yang menghadkan penggunaan radiasi oleh kilang-kilang dan

perindustrian. Pendidikan tentang bahaya pendedahan radiasi kepada manusia juga perlu

didedahkan kepada masyarakat supaya mereka boleh mengambil langkah yang betul

sekiranya berlaku kemalangan radiasi. Selain itu, Kementerian Komunikasi dan

Multimedia negara kita ini juga perlu mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar

radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara

ini. Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang

ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

2.5 Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai

kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan

sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara

mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi

80dB mengganggu keselesaan. Kenyaringan udara disukat dalam unit decibel (dB).

Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah kurang daripada 55 dB. Jenis bunyi

bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan

yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di pasar, dan trafik. Seterusnya Steady Narrow

Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput,

gergaji rantai, dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek

seperti letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang

berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti

pengangkutan udara dan lalulintas.

17

Page 18: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Punca-punca pencemaran bunyi ini ialah daripada bunyi kenderaan bermotor.

Sering kita mendengar bunyi kenderaan yang kuat dan bising di jalan raya. Hal ini belaku

kerana keghairahan manusia untuk mengubah bunyi kenderaan mereka daripada senyap

kepada bunyi yang lebih bising kerana mengikut trend. Bukan itu sahaja, bunyi bising

daripada industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi-

bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya. Kuari juga

merupakan salah satu daripada ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin

gerudi dan pemunggahan batu ke lori boleh menyakitkan pendengaran. Pembangunan

premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan

pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di

kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang

tinggi.

Kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah

mengganggu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran

bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan

manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan terpaksa

berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan

memberi masalah kepada manusia juga. Pencemaran bunyi juga boleh menyebabkan

kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya

telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam

telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan

kehilangan pendengaran kekal. Antara kesan lain kepada manusia ialah ia akan

meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan

gastrik dan pembesaran pupil.. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening,

loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi

kesan kepada tingkahlaku. Jika seseorang terdedah secara berterusan di persekitaran bunyi

yang melebihi 80 dB, manusia akan mengalami sakit kepala, gangguan emosi dan yang

paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pekak.

18

Page 19: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Langkah untuk mengatasi pencemaran bunyi ialah dengan penguatkuasaan oleh

pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangani masalah kebisingan ekzos

kenderaan yang smakin banyak berlaku. Penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan untuk

memberitahu kepada orang ramai bahaya perbuatan mereka merupakan suatu kesalahan.

Bukan itu sahaja, peraturan baru juga harus digubal untuk memastikan syarikat pembuat

kenderaan bermotor menghasilkan kenderaan yang kurang bunyi supaya tidak berlaku

pencemaran bunyi yang boleh memudaratkan kesihatan. Kaedah baru juga perlu dikaji dan

diselidiki untuk menghasilkan kaedah yang lebih sesuai dan efisyen untuk digunakan oleh

syarikat yang menjalankan perniagaan pemecahan batu di kuari-kuari. Secara tidak

langsung, kaedah baru itu akan membantu mengurangkan tahap pencemaran bunyi.

2.8 Rumusan

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha

untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran. Kita sebagai

manusia juga harus berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa

hadapan. Pembangunan tidak dapat dielak dan memang diperlukan bagi setiap negara

untuk terus maju dan membangun seiring dengan peredaran masa. Tapi harus diingat, tidak

semua pembangunan memberi faedah yang baik kepada kita malah ada sesetengahnya yang

memberi kesan buruk melebihi kebaikan yang sepatutnya.

Pengkajian dan penilaian yang terperinci perlu dibuat seiring dengan sesebuah

pembangunan dengan mengambil kira tahap pencemaran yang boleh berlaku terhadap alam

sekitar. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya

akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya

penjagaan alam sekitar. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk

melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada

masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam

sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-

19

Page 20: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Alam sekitar yang

bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui

pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

LampiranSoalan 1

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Televisyen

20

Page 21: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Buku dan Buletin Kesihatan

VCD / DVD

Brosur dan poster

21

Page 22: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Internet

Kempen Kesihatan

Pameran Kesihatan

22

Page 23: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Program Kesihatan

Soalan 2

Pencemaran Udara

23

Page 24: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pencemaran Air

Pencemaran Kimia

Pencemaran Radiasi

24

Page 25: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pencemaran Bunyi

Bibliografi

25

Page 26: 109262294-Kesihatan-pencemaran

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Jasiman Ahmad. (1998). Siri Tenaga Membawa Perubahan: Tenaga Sampingan,

Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn Bhd.

2. Leena Abdullah. (2006). Scientific Headstart Series: Planet Earth and The

Danger It Faces, Petaling Jaya: Penerbit Info Jaya.

3. Nadia Azrina Hj Abdullah, Nurul Hidayah Mohd Kamal, Azilawati Mohd Sabda.

(2004). Siri Dokumentasi Minda: Ozon Berlubang dan Terhakis, Petaling

Jaya: Pustaka Cahaya Intelek.

4. Abu Bakar Yang. (2004). Alam Sekitar Anugerah Tuhan, Kuala Kumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

5. Mohd Syahrul Hanafi. (2004). Lambakan Sampah Kitar Semula, Selangor:

Pustaka Cita Tinggi.

6. Kamus Dewan. (1995). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp

8. http://www.drmuda.gov.my/drmuda

9. http://www.mysenam.com/MySENAM.asp

26