bengkel penulisan skrip bagi pelajar komunikasieprints.ums.edu.my/13130/1/ub0000000614.pdf · 6...

1
oleh: Johnny Anak Petrus SABTU, 26 APRIL - Satu Bengkel Penulisan Skrip dan Pengarahan yang diselaraskan oleh En. Saat Hj. Awg Damit dan En. Rosli Seraya telah diadakan di Studio Rakaman TV, Sekolah Sains Sosial pada 24 hingga 26 April. Bengkel ini turut mendapat bimbingan daripada Datuk Yusof Kelana, Pengarah Filem di dalam Syarikat Creative Content Industry Guild (CCIG) dan Martias Ali, Penulis Skrip CCIG. Terdapat pelbagai perkara yang diajar semasa bengkel tersebut. Antaranya, format penulisan skrip, cara membuat rakaman menggunakan kamera, dan mengarah filem. Martias berkata, format bagi penulisan sesebuah skrip adalah terdiri daripada Scene Heading, Action, Watak, Dialog dan Transition. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bengkel tersebut yang dihadiri seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar program Geografi, Hubungan Industri dan Komunikasi dari Sekolah Sains Sosial. Selain itu, pelajar didedahkan dalam pembikinan filem pendek untuk dipertandingkan pada peringkat IPTA di Universiti Sains Malaysia (USM). Tajuk filem pendek hasil usaha peserta yang hadir di bawah bimbingan Yusuf Kelana dan Matia Ali ialah “Cinta Tanpa Suara” dengan pelakonnya Nur Farahdiah dan Muhd Hasfizi diarah oleh Zabrina Haider Macasaet dan dibantu oleh Catherine Chemera dan Leolerry Lajius sebagai penerbit. Seterusnya, Muhammad Khairul Azhar (Editor), Wahyuddin Acho (Pengurus Produksi) dibantu oleh Hadir Patang, serta Hisyamuddin Abdullah, Ardi Erin, Keri, Johnny Petrus, Wilfred dan Lawai Mering sebagai Jurukamera. Pengarah Seni yang terlibat ialah Rahmat, Mastinah dan Sharifah Sakinah diikuti Jurusolek yang dikendalikan oleh Athirah Alias dan Cecelia John. Ketika majlis penutupan bengkel tersebut, tayangan akhir filem pendek telah dilancarkan dan turut dihadiri oleh Dekan Sekolah Sains Sosial, Prof. Dato’ Hamdan Bin Adnan. Bengkel tersebut merupakan anjuran bersama antara Program Komunikasi Sekolah Sains Sosial dan gabungan CCIG. Program ini telah mendapat pujian daripada Dekan Sekolah Sains Sosial dan Pengarah CCIG kerana telah dilancarkan dengan jayanya. Bengkel Penulisan Skrip dan Pengarahan Filem Bagi Pelajar Komunikasi

Upload: vanquynh

Post on 30-Jun-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Edisi 1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUSEdisi 1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUS 76 Berita UMSBerita UMS

JUMAAT, 9 MEI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-16. Pertandingan ini berlangsung selama 6 hari bermula dari 9 Mei hingga 14 Mei 2014.

Pertandingan debat yang bermula sejak tahun 1995 ini mendapat penyertaan daripada 24 buah universiti seluruh Malaysia termasuk 20 penglibatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 4 daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dijemput khas untuk menyertai pertandingan pada kali ini.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Datuk Haji

KHAMIS, 13 MAC – Bersempena dengan Bulan Integriti, PengerusiLembaga Pengarah UMS (LPU) Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi, telah menyampaikan ceramah perdana yang bertajuk “Warga Berintegriti, Universiti Berkualiti” bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah.

Tun Zaki telah mentakrifkan integriti sebagai satu sifat jati diri yang merangkumi sifat keterbukaan, ketulusan, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, dan juga boleh dipercayai.

Beliau berkata bahawa kakitangan akademik dan pentadbiran termasuk pelajar UMS perlulah berusaha untuk mencapai tahap integriti yang lebih tinggi dalam diri mereka sendiri.

“Untuk menjadikan UMS sebuah universiti yang dihormati, ia perlulah mengamalkan urus tadbir korporat yang baik, kualiti pengurusan, perancangan dan

Mahiruddin dijadual merasmikan pertandingan akhir Debat Diraja pada 14 Mei ini di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni UMS.

Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu Utama, Bahasa Inggeris Utama, Bahasa Melayu Muda dan Bahasa Inggeris Muda. Format “ala parlimen” yang diilhamkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi pilihan untuk pertandingan pada kali ini.

Pertandingan debat kali ini menyaksikan kehebatan para pendebat dalam menyampaikan hujah dan mengembangkan fakta. Penyampaian buah fikiran menampakkan kematangan apabila hujah yang disampaikan itu penuh dengan keyakinan dan komitmen yang tinggi.

Debat Diraja Terbang Ke Negeri Dibawah Bayu

Warga UMS Perlu Capai Integriti Tinggi - Tun Zaki

pemantauan yang baik, memastikan akauntabiliti untuk semua pengurusan kewangan, pelaksanaan dasar-dasar universiti itu mengikut peraturan-peraturan dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara”, kata beliau.

Tambah beliau, usaha UMS mengadakan Tahun Integriti ini tiap-tiap tahun ialah dengan harapan apabila pelajar keluar daripada UMS kelak akan menjadi seorang yang berintegriti.

Beliau menambah, integriti ini adalah bermula dari dalam diri pelajar, kakitangan akademik dan juga pegawai-pegawai tadbir.

Dianggarkan lebih daripada 500 kakitangan dan barisan mahasiswa turut hadir ketika itu. Turut hadir sama, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, Pegawai Pendaftaran UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said dan pegawai-pegawai utama universiti.

ISNIN, 28 APRIL - Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) kali yang ke-10, berlangsung selama dua hari di perkarangan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada sesi pertama mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar, dan turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan daripada

orang luar dan pelancong.Ekspo tersebut yang bertemakan “Live Simply, Big Dream” yang mana merupakan platform bagi para pelajar untuk mencungkil dan mengasah bakat mereka dalam bidang Perniagaan.

Menurut Prof. Dr. Vincent Pang, pelajar pada masa ini

APK Platform Cungkil Bakat Pelajar

amat memerlukan kemahiran insaniah untuk bersaing dan dalam menempuhi dunia pekerjaan di masa akan datang. “Penyertaan dalam Ekspo ini tidak terhad kepada pelajar jurusan Ekonomi sahaja tetapi, terbukti juga bahawa pelajar daripada jurusan yang lain berani untuk mengharungi cabaran ini bersama-sama dengan mengikuti Ekspo ini,” katanya ketika majlis perasmian Ekspo APK.

Tambah beliau lagi, melalui penyertaan dalam Ekspo ini pelajar dapat memperlihatkan kreativiti dan inovatif mereka dalam menghasilkan produk makanan dan perkhidmatan.

“Ekspo ini dapat menjadi satu platform bagi para pelajar untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang perniagaan disamping dapat menimba ilmu sebagai bekalan pada masa hadapan mereka,” tambahnya lagi.

Ekspo ini telah berlangsung sehingga 6 Mei dan mendapat penyertaan daripada 182 kumpulan pelajar yang terlibat dalam pelajar jurusan sastera.

oleh: Johnny Anak Petrus

Tun Zaki ketika menyampaikan ceramah perdana bertajuk “Warga Berintegriti, Universiti Berkualiti”.

oleh: Wilfred Dongki

Suasana Expo Asas Pembudayaan Keusahawanan ( APK ) sesi 2014, di tapak meletak kenderaan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

oleh: Norfadila Binti Zuha

Masalah Devian Sosialoleh: Nurul Hasanatul Safura

ISNIN, 17 MAC - Program Budaya Bicara Sarjana telah diadakan di perpustakaan UMS semalam. Program ini dikendalikan oleh Prof Madya Dr. R. Balan yang merupakan pensyarah Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial UMS.

Program ini adalah mengenai isu-isu devian sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar masa kini. Prof Madya Dr. R. Balan telah menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘Devian Sosial’ edisi ketiga dan mengambil masa selama enam tahun untuk menghasilkan buku tersebut.

Definisi devian menurut beliau adalah “Devian merupakan tingkahlaku manusia yang bercanggah dengan norma-norma masyarakat”. Ketika ditanya mengenai bagaimana untuk mengatasi masalah homoseksual yang berlaku di UMS, beliau menjawab bahawa terdapat dua caranya iaitu dari naluri dan semula jadi.

Beliau menambah lagi,

“Kawalan diperingkat Malaysia meliputi dua aspek iaitu Akta undang-undang dan agen-agen sosial dari ajaran agama masing-masing”.

Walau bagaimanapun, isu-isu devian yang berlaku diluar negara semakin diterima oleh masyarakat mereka sendiri. Sebagai contoh di Netherland dan Amerika Syarikat, perkahwinan sejenis dibenarkan.

Namun demikian, segelintir masyarakat Malaysia semakin matang dan sedar akan permasalahan tersebut dan memberi respon positif serta memperjuangkan hak homoseksual.

Beliau mengakhiri perbincangan dengan berkongsi mengenai cara mencegah permasalahan tersebut di India iaitu dengan menggunakan perubatan tradisional dan mandi suci.

RABU, 26 MAC - Unit Pengurusan Pemasaran Sekolah Pengajian Dan Ekonomi (SPE) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melancarkan ‘Car Boot Sale’ yang berlangsung di perkarangan SPE.

“Pelaksanaan aktiviti ‘Car Boot Sale’ bertujuan untuk memberi pendedahkan kepada masyarakat mengenai pentingnya menjana kewangan,” kata Amer Azlan, Pengurus Pelaksana ‘Car Boot Sale’ ketika ditemu bual.

Idea pelancaran ‘Car Boot Sale’ yang merupakan aktiviti julung kali wujud apabila pihak pengurusan sedar akan perlunya latihan kemahiran amali dalam kalangan penuntut, khususnya bagi penuntut bidang Pengurusan Pemasaran.

AHAD, 30 MAC - Program Ilmu Seiring Maju II (PRISMA II) anjuran Exco Akademik Dan Kerjaya Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Dr Mahathir atau Anugerah Bestari (AB) dengan Kerjasama Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah melabuhkan tirainya di sini, pagi tadi.

PRISMA II melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil SPM dan lepasan STPM dan telah berkampung di kampus UMS selama 3 hari 2 malam di Kolej Kediaman Tun Dr Mahathir (AB). Objektif program ini adalah untuk mempromosikan UMS kepada pelajar luar bandar, pendedahan awal berkaitan kehidupan seorang mahasiswa, memberikan ilmu berkaitan hala tuju kemasukan ke Universiti melalui permohonan Unit Permohonan Universiti (UPU). Selain itu, memberi penerangan berkaitan permohonan biasiswa disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan dan membentuk kekuatan fizikal peserta.

“Pelajar pada era ini diberikan pelbagai kelebihan berbanding pelajar dahulu ketika era saya.

Aktiviti ‘Car Boot Sale’ yang terbuka kepada seluruh masyarakat menampilkan keunikan yang terletak pada kaedah penjualan iaitu kaunter perniagaan dibuka terus daripada bonet kereta peniaga dan urus niaga boleh dilakukan secara tawar-menawar.

Antara barangan yang diniagakan adalah seperti peralatan dapur, aksesori kereta, pakaian, makanan dan minuman, disamping bunga-bungaan.

Dipercayai kira-kira 50 buah gerai telah memeriahkan suasana ‘Car Boot Sale’. Kepada yang berminat boleh berhubung terus dengan Encik Amer Azlan di Pejabat Pentadbiran SPE, UMS.

Car Boot Sale Jana Kemahiran dan Pendapatan

PRISMA II beri suntikan semangat pelajar ke menara gading

Hari ini kita menyaksikan lambakan dorongan program yang diadakan oleh pelbagai pihak bagi memberikan nilai keintelektualan kepada masyarakat setempat. Maka, JAKMAS di bawah Exco Akademik dan Kerjaya tampil atas nilai kesedaran untuk memberikan beberapa tips pendidikan menerusi penganjuran PRISMA II”, kata Fauzie Sarjono, Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr Mahathir (AB).

Beliau berkata, PRISMA II dianjurkan bertepatan dengan keperluan semasa apabila pada bulan September 2014 nanti, kesemua IPT di Malaysia akan menerima kehadiran Siswa dan Siswi Baharu untuk melanjutkan pengajian mereka.

PRISMA II adalah kesinambungan daripada PRISMA I yang diadakan di Pantai Resort Membakut pada tahun 2013 yang telah dianjurkan oleh Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar (Seksen 1) UMS sesi 2012/2013. Seramai 50 peserta melibatkan diri dalam program ini dan antara sekolah yang menghantar wakil adalah SMK Putatan, SMK Abdul Rahim Kudat, SMK Kota Marudu,Maktab Sabah, SMK Pengiran Omar Sipitang dan SMK Kudat 2.

RABU, 30 APRIL – Pertandingan Pidato anjuran Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini telah dimenangi oleh Fandyi Sanizan Jurup selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Festival

Belia di Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula pada 24 hingga 27 Mei 2014 yang lalu. Tajuk yang beliau pertandingkan adalah “1 Malaysia Asas Pembentukan Bangsa”.

Hasil daripada kemenangan tersebut beliau menerima hadiah berupa wang sebanyak RM500, piala dan sijil penghargaan. Beliau

Fandyi Sanizan Juara Pidato Belia

turut melahirkan rasa bangga terhadap UMS kerana memberi peluang untuk menyertai pertandingan ini sekaligus merangkul kejuaraan.

“Kejayaan ini tidak mampu dicapai tanpa sokongan pihak universiti khususnya daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UMS)”. Katanya ketika mengulas lanjut tentang kejayaan yang dimenanginya.

Pemenang tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut masing-masing menerima wang sebanyak RM300 dan RM200 setiap seorang beserta piala dan juga sijil. Kedua-duanya adalah peserta daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Menerusi kemenangan ini beliau bertekad untuk mengharumkan lagi nama UMS dalam pertandingan peringkat kebangsaan pada masa yang akan datang. Kesungguhannya menampakkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin pelajar yang unggul dan patut di contohi oleh semua pelajar.

oleh: Mujahid Halpi

Peserta Program Ilmu Seiring Maju II, bersama pengetua Kolej Kediaman Tun Dr Mahathir.

oleh: Anita binti Pedro

Fandyi Sanizan dengan piala Johan Pidato Belia.

oleh: Amran Abdul Rahim

oleh: Johnny Anak Petrus

SABTU, 26 APRIL - Satu Bengkel Penulisan Skrip dan Pengarahan yang diselaraskan oleh En. Saat Hj. Awg Damit dan En. Rosli Seraya telah diadakan di Studio Rakaman TV, Sekolah Sains Sosial pada 24 hingga 26 April. Bengkel ini turut mendapat bimbingan daripada Datuk Yusof Kelana, Pengarah Filem di dalam Syarikat Creative Content Industry Guild (CCIG) dan Martias Ali, Penulis Skrip CCIG.

Terdapat pelbagai perkara yang diajar semasa bengkel tersebut. Antaranya, format penulisan skrip, cara membuat rakaman menggunakan kamera, dan mengarah filem. Martias berkata, format bagi penulisan sesebuah skrip adalah terdiri daripada Scene Heading, Action, Watak, Dialog dan Transition. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bengkel tersebut yang dihadiri seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar program Geografi, Hubungan Industri dan Komunikasi dari Sekolah Sains Sosial.

Selain itu, pelajar didedahkan dalam pembikinan filem pendek untuk dipertandingkan pada peringkat IPTA di Universiti Sains Malaysia (USM). Tajuk filem pendek hasil usaha peserta yang hadir di bawah

bimbingan Yusuf Kelana dan Matia Ali ialah “Cinta Tanpa Suara” dengan pelakonnya Nur Farahdiah dan Muhd Hasfizi diarah oleh Zabrina Haider Macasaet dan dibantu oleh Catherine Chemera dan Leolerry Lajius sebagai penerbit.

Seterusnya, Muhammad Khairul Azhar (Editor), Wahyuddin Acho (Pengurus Produksi) dibantu oleh Hadir Patang, serta Hisyamuddin Abdullah, Ardi Erin, Keri, Johnny Petrus, Wilfred dan Lawai Mering sebagai Jurukamera. Pengarah Seni yang terlibat ialah Rahmat, Mastinah dan Sharifah Sakinah diikuti Jurusolek yang dikendalikan oleh Athirah Alias dan Cecelia John.

Ketika majlis penutupan bengkel tersebut, tayangan akhir filem pendek telah dilancarkan dan turut dihadiri oleh Dekan Sekolah Sains Sosial, Prof. Dato’ Hamdan Bin Adnan. Bengkel tersebut merupakan anjuran bersama antara Program Komunikasi Sekolah Sains Sosial dan gabungan CCIG.

Program ini telah mendapat pujian daripada Dekan Sekolah Sains Sosial dan Pengarah CCIG kerana telah dilancarkan dengan jayanya.

Bengkel Penulisan Skrip dan Pengarahan Filem Bagi Pelajar Komunikasi