10. khutbah jumaat 6 mac 2015 (islam agama perdamaian)

13
KHUTBAH JUMAAT ‘ISLAM AGAMA PERDAMAIAN’ (6 Mac 2015M/ 15 Jamadilawal 1436H) ____________________________________________________________________________________________________ ________ ْ لَ اُ دْ مَ حِ ِ ِ لِ اَ قْ ل ا: ُ له ل ا اَ لِ اَ ه َ لِ ا اَ لْ نَ اُ دَ هْ " شَ اُ هَ لَ $ كْ & ِ رَ " ش اَ لُ هَ دْ حَ وَ نَ اُ دَ هْ " شَ اَ ، و اَ / نَ دِ & يَ 4 س اً دَ مَ ح4 ُ مُ هُ ولُ 444 سَ رَ وُ هُ د444 ْ > يَ ع. َ $ كِ لْ وُ 444 سَ رَ وَ $ كِ د444 ْ > يَ ع ىَ لَ عْ مِ لَ 444 سَ وِ لَ 444 صَ مُ ه ل لَ ا اَ / نِ دِ & يَ 444 سِ مْ & يِ L ظَ عْ ل اِ لْ / 4444 ضَ / فْ ل ى اِ ل وُ اِ هِ > ابَ حْ 4444 صَ اَ وِ ه4444 ِ لV ى اَ لَ عَ وٍ دَ مَ ح4444 ُ م. َ اد4444 َ > يِ ع ا4444 َ & يَ / ف، ُ د4444 ْ عَ > ب ا4444 َ مَ ا له ل وا ا444444 ُ قَ بِ ، اِ ه444444 ل ل اَ ْ مُ كَ لَ عَ لِ ه444444 ِ تَ ع اَ طَ وِ ه444444 ل ل ى اَ و444444 ْ قَ تِ > بَ& اى444444 َ & نِ اَ وْ مُ كْ & يِ 444444 صْ وُ اَ نْ وُ حِ لْ / قُ ب. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu wata’ala dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya, orang yang bertakwa dipandang mulia dan ditinggikan darjatnya oleh Allah subhanahu wata’ala di dunia dan di akhirat. Minbar pada hari ini akan membincangkan tajuk : “Islam Agama Perdamaian”. 1

Upload: haslinda-mohd-jamil

Post on 10-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

work

TRANSCRIPT

KHUTBAH JUMAATISLAM AGAMA PERDAMAIAN

(6 Mac 2015M/ 15 Jamadilawal 1436H)

____________________________________________________________________________________________________________

:( (((((( ((((((((((((( (((( (((((((( ((((((((((((((( ((((( . . .Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu wataala dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya, orang yang bertakwa dipandang mulia dan ditinggikan darjatnya oleh Allah subhanahu wataala di dunia dan di akhirat. Minbar pada hari ini akan membincangkan tajuk : Islam Agama Perdamaian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Ajaran Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam untuk kesejahteraan sekalian alam. Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan manusia sebelum diutuskan baginda sallallahu alaihi wasallam, atau lebih dikenali dengan zaman Jahiliah, adalah dalam keadaan yang penuh dengan pelbagai kezaliman seperti pembunuhan, permusuhan dan keganasan, bukan sahaja di sekitar kawasan orang Arab (di Semenanjung Tanah Arab), tetapi lebih dahsyat lagi di Eropah dan Asia Barat, yang terkenal dengan budaya Barbarisme. Tidak ada sistem politik atau ekonomi, atau sosial masyarakat yang dapat berfungsi; hamper semua kelakuan manusia bergantung, atau ditentukan dengan cara siapa kuat, dia dapat. Itulah peringkat perkembangan tamadun kuasa yang digelar Tamadun Kuasa Pedang. Golongan lemah sentiasa ditindas dan golongan yang kuat terus menjadi kuat dan berkuasa. Peperangan dan pembunuhan berlaku secara berleluasa di sana sini. Di sekitar jajahan orang Arab, antara amalan yang paling buruk ialah pembunuhan kanak-kanak dengan kejam, tanpa perikemanusiaan, dan golongan wanita dipermainkan dan diperalatkan.

Keadaan mula berubah dengan kedatangan Islam yang menegakkan kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. Pelbagai permusuhan berganti dengan persaudaraan, golongan wanita terbebas diberikan kedudukan dan golongan lemah dibantu dan dibela dengan keyakinan balasan pahala, misalnya pembelaan anak yatim dan orang-orang musafir. Inilah janji Allah yang terkandung dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiyaa ayat 107:

(((((( ((((((((((((( (((( (((((((( ((((((((((((((( ((((( Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Banyak sekali bentuk perubahan nilai dan amalan yang telah disebarkan oleh junjungan Nabi sallallahu alaihi wasallam semasa menyampaikan misi dakwah. Misalnya kepada Herkules, Maharaja Rom, sepertimana yang terkandung di dalam suratnya yang berbunyi : " " yang bermaksud, : Terimalah Islam, nescaya kamu selamat dan sejahtera.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Islam adalah agama berteraskan konsep penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wataala berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Dasar utama yang diperjuangkan oleh Islam ialah mewujudkan keamanan dan kedamaian, serta kesejahteraan kepada semua. Keganasan, permusuhan, pembunuhan; bahkan berkata-kata yang tidak baik, termasuk tohmah dan fitnah, bukanlah dari ajaran Islam. Pengertian kalimah Islam itu sendiri sudah membawa makna penyerahan, kedamaian dan kesejahteraan abadi untuk sekalian alam.

Perkataan Islam berasal dari Bahasa Arab "" yang bermaksud tunduk, patuh dan juga selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah subhanahu wataala, berbeza dengan agama-agama lain yang dinamakan oleh manusia atas nama individu, kaum atau pengasas ajaran tersebut. Sedangkan Islam adalah agama yang merujuk kepada nama yang diberikan oleh Allah subhanahu wataala, sepertimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran, ayat 85: ((((( (((((((( (((((( ((((((((((( (((((( ((((( (((((((( (((((( (((((( ((( (((((((((( (((( (((((((((((((( ((((

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa para rasul dan Islam yang diperjuangkan tidak pernah sunyi daripada tentangan dan serangan musuh-musuhnya. Kitab-kitab suci termasuk al-Quran diingkari serta diperburukkan dengan pelbagai label. Demikian juga dengan para rasul-Nya yang difitnah dengan pelbagai tuduhan seperti tukang sihir, tukang tilik, orang gila, pemecah masyarakat dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan oleh Allah subhanahu wataala dalam firman-Nya dalam surah al-Anam, ayat 112: ((((((((((( ((((((((( ((((((( ((((((( ((((((( (((((((((( ((((((( ((((((((((( (((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( (((((((((( (((((((( ( (((((( (((((( (((((( ((( ((((((((( ( (((((((((( ((((( ((((((((((( (((((

Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.Demikian juga Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Baqarah, ayat 120: ((((( (((((((( ((((( ((((((((((( (((( (((((((((((( (((((( (((((((( (((((((((( ( ...

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) ...Kalau demikianlah penegasan Allah subhanahu wataala, maka tidak hairanlah apa yang berlaku di zaman ini juga amat mengelirukan, di mana kesucian Islam difitnah oleh musuh-musuh Islam dari pelbagai sudut. Fitnah dan pembohongan jahat seperti ini pernah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen di sebuah negara Eropah, melalui filem ciptaannya yang bertajuk FITNA. Dalam filem ini ianya disengajakan memutarbelitkan beberapa ayat al-Quran, yang didakwa sebagai bukti Islam menganjurkan keganasan.

Filem tersebut benar-benar fitnah dan propaganda jahat untuk memperburuk-burukkan Islam dan memporak-perandakan ummah. Umat Islam seluruh dunia sungguh marah dan mengecam usaha dan tindakan menghina dan memburuk-burukkan agama Islam. Memang itu tujuan segala provokasi seperti itu. Jikalau kita marah dan mengganas, kita dijadikan bukti tuduhan dan rumusan mereka. Oleh itu, setiap kali kita diprovok, atau difitnah, kita tidak perlu terus melenting. Kita harus bersabar dan berfikir bagaimana kita harus bertindak dengan sebijak-bijaknya, dengan penuh bijaksana, pertama mempalsukan tohmah dan fitnah itu, dan kedua, mempertahankan dan menonjolkan kesucian dan keindahan agama Islam. Sehubungan itu, mimbar menyeru agar semua umat Islam bersatu padu dalam mempertahankan kesucian Islam daripada sebarang ancaman dan fitnah terhadap Islam.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Adalah satu hakikat bahawa apa-apa perpecahan di kalangan ummah, akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dan ummah. Sesungguhnya, munculnya beberapa fitnah dan serangan terhadap Islam mutakhir ini adalah kerana rapuhnya perpaduan ummah. Oleh kerana itulah, Allah subhanahu wataala melarang keras terhadap segala elemen perpecahan. Ini selaras dengan amaran Allah subhanahu wataala dalam surah Ali-Imran, ayat 103: ((((((((((((((( (((((((( (((( (((((((( (((( ((((((((((( ( ...

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; Bagi mengakhiri khutbah, dapatlah disimpulkan bahawa :

1. Umat Islam hendaklah menghayati Islam dengan sepenuhnya dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak, agar tidak timbul pergeseran antara ajaran Islam dengan pengamal Islam;2. Umat Islam hendaklah menjadi contoh yang terbaik dalam penghayatan nilai-nilai Islam yang sifatnya sejagat; agar tidak timbul apa-apa fitnah dan pembohongan oleh musuh-musuh Islam;3. Umat Islam mesti berperanan dalam menyebarluaskan tentang ajaran Islam yang mementingkan serta mengutamakan kedamaian, keinsanan dan alamiah (sejagat);4. Umat Islam hendaklah menjauhi apa-apa gambaran dan fahaman mengganas, berdendam, permusuhan dan perkelahian.Justeru, mimbar yang mulia ini menyeru para jemaah dan semua pihak di negara kita tanpa mengira fahaman, agar bersatu padu atas satu matlamat perjuangan, dengan lebih pintar dan bijaksana memelihara agama dan negara dari dicerobohi oleh musuh dari dalam dan luar Negara yang juga semakin pintar dan kreatif. Jangan ikut hati sangat; jauh sekali ikut emosi. Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Anfal, ayat 60:

. ((((((((((( ((((( ((( ((((((((((((( (((( (((((( ((((( (((((((( (((((((((( ((((((((((( ((((( (((((( (((( (((((((((((( (((((((((((( ((( ((((((((( (( ((((((((((((((( (((( (((((((((((( ( ((((( (((((((((( ((( (((((( ((( ((((((( (((( (((((( (((((((((( ((((((((( (( ((((((((((( (((( Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

. .KHUTBAH JUMAAT KEDUA____________________________________________________________________________________________________________

. . . . . :

(((( (((( ((((((((((((((((( ((((((((( ((((( (((((((((( ( ((((((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( (((((((( (((((((((((( (((((((((( . . . . Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami semua dan juga kepada semua dan setiap pemimpin Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga semua pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya Engkau kurniakan kepada kami jiwa yang mantap, iman yang teguh, khususnya di kalangan remaja dan belia generasi pelapis negara dan negeri kami. Kami memohon kepadamu ya Allah, jadikanlah setiap individu generasi muda ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara. . . . . . . . . . . . .PAGE 9