1 syawal

2
1 Syawal , hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa .Hari yang penuh kegembiraan .Terdengar takbir raya berkumandang di pagi Syawal ,memuji-muji kebesaran Allah SWT .Umat Islam mula menuju ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bagi mendapat keberkatan pada hari kemuliaan itu .Kaum hawa pula sibuk di dapur ,menyediakan juadah makanan .Itulah lumrah di pagi Syawal . Kemudiannya ,menjadi kemestian bagi umat Islam bersalam-salaman sesama ahli keluarga .Terlihat ibu dan anak berpeluk-pelukkan ,bersalam-salaman ,memohon keampunan .Ada juga yang menitiskan air mata tatkala mengingati sanak – saudara yang telah meninggal dunia .Mereka pergi menziarahi pusara-pusara.Pilu juga rasanya apabila tidak mampu beraya dengan sanak-saudara yang berada di perantauan . Seterusnya ,bermulalah adat kunjung-mengunjung ke rumah-rumah samada ahli keluarga mahupun jiran tetangga .Ketupat ,lemang ,rendang dan lontong misalnya merupakan juadah yang popular yang selalu

Upload: iman-zahra

Post on 29-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 syawal

1 Syawal , hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa .Hari yang penuh kegembiraan .Terdengar takbir raya berkumandang di pagi Syawal ,memuji-muji kebesaran Allah SWT .Umat Islam mula menuju ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bagi mendapat keberkatan pada hari kemuliaan itu .Kaum hawa pula sibuk di dapur ,menyediakan juadah makanan .Itulah lumrah di pagi Syawal .

Kemudiannya ,menjadi kemestian bagi umat Islam bersalam-salaman sesama ahli keluarga .Terlihat ibu dan anak berpeluk-pelukkan ,bersalam-salaman ,memohon keampunan .Ada juga yang menitiskan air mata tatkala mengingati sanak –saudara yang telah meninggal dunia .Mereka pergi menziarahi pusara-pusara.Pilu juga rasanya apabila tidak mampu beraya dengan sanak-saudara yang berada di perantauan .

Seterusnya ,bermulalah adat kunjung-mengunjung ke rumah-rumah samada ahli keluarga mahupun jiran tetangga .Ketupat ,lemang ,rendang dan lontong misalnya merupakan juadah yang popular yang selalu dihidangkan .Masyarakat Malaysia mengambil kesempatan di hari raya ini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga .Hal ini demikian kerana pada masa inilah semua sanak-saudara dapat berjumpa dan berkumpul bagi mengeratkan lagi silaturrahim .

Tidak ketinggalan juga ,kelibat kanak-kanak berpakaian berwarna-warni ,berjalan beramai-ramai pergi beraya .Berjalan dengan penuh keriangan .Mereka gembira apabila mendapat duit raya yang memang merupakan tradisi Melayu .

Page 2: 1 syawal

Itulah adat dan tradisi Masyarakat Melayu apabila menjelang sahaja Hari Raya Aidilfitri yang perlu dikekal dan dijaga supaya tak lapok dek hujan ,tak lekang dek panas .