1. surat edaran pibg

3
Ruj. Kami : JPS(W)/SPS(pp)/153/09/04/02/Jld.2 ( 13 ) Tarikh : Jun 2011 Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Sarawak Tuan, PENDAFTARAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) Dengan segala hormatnya perkara seperti yang tersebut di atas dirujuk. 2. Jabatan ini mengambil berat tentang penubuhan PIBG di sekolah-sekolah di Sarawak. Maka, sekolah yang belum menubuh/mendaftar PIBG masing- masing hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998*. 3. Sehubungan itu, dikepilkan senarai perkara berikut untuk perhatian dan tindakan tuan. 3.1 Senarai sekolah di Sarawak yang belum menubuhkan dan mendaftar PIBG sekolah 3.2 Senarai sekolah di Sarawak yang telah mendaftar PIBG sekolah di bawah Akta Pelajaran 1961 (sekolah-sekolah tersebut perlu memperbaharui sijil daftar PIBG di bawah Akta Pendidikan 1996) 4. Perkara-perkara / borang-borang berikut disertakan bagi tujuan-tujuan di bawah: 4.1 Mendaftar PIBG 4.1.1 Jadual Pertama Borang Permohonan Bagi Pendaftaran Persatuan [Subperaturan 7(1)] 4.2 Mendaftar perlembagaan PIBG (mesti disediakan oleh PIBG) 4.2.1 Jadual Kedua Perkara-Perkara Yang Perlu Dalam Perlembagaan Persatuan [Subperaturan 7(2)] 4.3 Permohonan Individu (yang tiada anak berdaftar di sekolah berkenaan) untuk menjadi ahli PIBG 4.3.1 Lampiran A Panduan Permohonan Menjadi Anggota PIBG di bawah Subperaturan 4(2), Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998* 4.3.2 Borang BPA/PIBG/1 Borang Permohonan Menjadi Anggota PIBG bagi Warganegara Malaysia. 4.4 Panduan Permohonan Dan Dokumen-Dokumen Diperlukan Bagi Pendaftaran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Dan Perlembagaan PIBG LAMPIRAN PIBG 4.5 Panduan / Langkah-Langkah Penubuhan PIBG Sekolah LAMPIRAN PIBG(1) 1 Fhal/sams/jj/edaran PIBG2011

Upload: cikgu-katina

Post on 24-Dec-2015

474 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pibg

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Surat Edaran PIBG

Ruj. Kami : JPS(W)/SPS(pp)/153/09/04/02/Jld.2 ( 13 )Tarikh : Jun 2011

Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Sarawak

Tuan,

PENDAFTARAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)

Dengan segala hormatnya perkara seperti yang tersebut di atas dirujuk.

2. Jabatan ini mengambil berat tentang penubuhan PIBG di sekolah-sekolah di Sarawak. Maka, sekolah yang belum menubuh/mendaftar PIBG masing-masing hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998*.

3. Sehubungan itu, dikepilkan senarai perkara berikut untuk perhatian dan tindakan tuan.

3.1 Senarai sekolah di Sarawak yang belum menubuhkan dan mendaftar PIBG sekolah3.2 Senarai sekolah di Sarawak yang telah mendaftar PIBG sekolah di bawah Akta Pelajaran 1961

(sekolah-sekolah tersebut perlu memperbaharui sijil daftar PIBG di bawah Akta Pendidikan 1996)

4. Perkara-perkara / borang-borang berikut disertakan bagi tujuan-tujuan di bawah:

4.1 Mendaftar PIBG4.1.1 Jadual Pertama – Borang Permohonan Bagi Pendaftaran Persatuan [Subperaturan 7(1)]

4.2 Mendaftar perlembagaan PIBG (mesti disediakan oleh PIBG)4.2.1 Jadual Kedua – Perkara-Perkara Yang Perlu Dalam Perlembagaan Persatuan

[Subperaturan 7(2)]

4.3 Permohonan Individu (yang tiada anak berdaftar di sekolah berkenaan) untuk menjadi ahli PIBG4.3.1 Lampiran A – Panduan Permohonan Menjadi Anggota PIBG di bawah Subperaturan 4(2),

Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998*4.3.2 Borang BPA/PIBG/1 – Borang Permohonan Menjadi Anggota PIBG bagi Warganegara

Malaysia.

4.4 Panduan Permohonan Dan Dokumen-Dokumen Diperlukan Bagi Pendaftaran Persatuan Ibu Bapa – Guru (PIBG) Dan Perlembagaan PIBG – LAMPIRAN PIBG

4.5 Panduan / Langkah-Langkah Penubuhan PIBG Sekolah – LAMPIRAN PIBG(1)

4.6 Contoh Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Dan Juruaudit PIBG – LAMPIRAN PIBG(2)

4.7 Pulangan Tahunan PIBG – LAMPIRAN A(1)

4.8 Permohonan Untuk Meminda Perlembagaan Persatuan – LAMPIRAN A(2)

5. Justeru, pihak sekolah yang hendak mendaftar perkara-perkara seperti di para 4.1, 4.2, 4.3.2 dan 4.8 di atas dipohon untuk mengemukakan DUA SALINAN borang-borang tersebut yang telah diisi dengan lengkap ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

1Fhal/sams/jj/edaran PIBG2011

Page 2: 1. Surat Edaran PIBG

6. Dengan tersiarnya surat siaran ini, pihak sekolah yang berkaitan hendaklah menubuh dan mendaftarkan PIBG, serta perlembagaan PIBG masing-masing selewat-lewatnya pada 1 Disember 2011. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Pengetua / Guru Besar terbabit dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pengarah Pelajaran Sarawak (Pendaftar Institusi Pendidikan) sebelum tindakan seterusnya diambil.

7. Semua Pegawai Pelajaran Daerah dipohon untuk memanjangkan isi kandungan surat siaran ini dan mengedarkan semua borang dalam perkara 4 di atas ke sekolah-sekolah yang berkaitan serta memantau penubuhan / pendaftaran PIBG sekolah di bawah seliaan masing-masing.

8. Untuk makluman pihak tuan juga, surat siaran ini dan semua borang yang berkaitan boleh dimuat turun dari laman web jabatan iaitu www.moe.gov.my/jpnsarawak/.

9. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perhubungan dan Pendaftaran di talian 082-276230/253/285. Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( JAIDAH HAJI ALEK )Timbalan Pengarah Pelajaran b.p. Pengarah Pelajaran Sarawak

s.k. 1. Fail Timbul Pengarah Pelajaran Sarawak2. Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sarawak3. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah4. Yang Di Pertua, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS)5. Yang Di Pertua, Majlis Guru Besar Sarawak (MGB)

2Fhal/sams/jj/edaran PIBG2011