1. pengenalan - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/kenaliusm.pdf · konsep universiti dalam...

6
SIDANG AKADEMIK 2009/2010 1 1. PENGENALAN Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kedua tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, Kampus Induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Kini USM mempunyai dua (2) kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan. USM telah terpilih dan diisytihar sebagai antara empat (4) Universiti Penyelidikan di Malaysia. Pengisytiharan ini amat bermakna dimana USM terus mengungguli IPTA lain dalam memartabatkan bidang penyelidikan di rantau ini. Pada 4 September 2008 pula USM telah diisytihar sebagai Universiti APEX (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia. Pengisytiharan ini telah melonjakkan USM untuk menjadi Universiti yang ternama dan tersohor di dunia selari dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. 2. MISI Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan professional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, negara dan universal. 3. UNIVERSITI DALAM TAMAN Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya.

Upload: trinhliem

Post on 31-Jan-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

1

1. PENGENALAN

Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kedua tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, Kampus Induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Kini USM mempunyai dua (2) kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan. USM telah terpilih dan diisytihar sebagai antara empat (4) Universiti Penyelidikan di Malaysia. Pengisytiharan ini amat bermakna dimana USM terus mengungguli IPTA lain dalam memartabatkan bidang penyelidikan di rantau ini. Pada 4 September 2008 pula USM telah diisytihar sebagai Universiti APEX (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia. Pengisytiharan ini telah melonjakkan USM untuk menjadi Universiti yang ternama dan tersohor di dunia selari dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

2. MISI

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan professional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, negara dan universal.

3. UNIVERSITI DALAM TAMAN

Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya.

Page 2: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

2

Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi – siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.

4. KAMPUS SEJAHTERA

Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian, sosial, fizikal, emosi, mental dan persekitaran.

Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan 5 ciri utama:

• Kesukarelaan • Kerja berpasukan • Data dan maklumat • Berdikari • Dokumentasi yang lengkap

Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasik dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus.

Page 3: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

3

Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.

6. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM

a) Kampus Induk USM, Pulau Pinang

6.1 Pusat Pengajian Sains Kajihayat 6.2 Pusat Pengajian Sains Kimia 6.3 Pusat Pengajian Sains Fizik 6.4 Pusat Pengajian Sains Matematik 6.5 Pusat Pengajian Sains Farmasi 6.6 Pusat Pengajian Sains Komputer 6.7 Pusat Pengajian Teknologi Industri 6.8 Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan 6.9 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan 6.10 Pusat Pengajian Komunikasi 6.11 Pusat Pengajian Pengurusan 6.12 Pusat Pengajian Seni 6.13 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 6.14 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 6.15 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

5. KEDUDUKAN USM

Pada masa ini Universiti Sains Malaysia mempunyai 24 buah Pusat Pengajian dan 13 buah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran dan penyelidikan. Sebanyak 111 program pengajian ditawarkan secara penuh masa dan 13 program pengajian ditawarkan secara Jarak Jauh. Pengajaran dijalankan oleh 1,464 orang staf akademik dan dibantu oleh lebih 7,006 staf eksekutif dan sokongan. Universiti Sains Malaysia kini mempunyai populasi pelajar sarjana, sarjana muda sepenuh masa dan separuh masa sebanyak 27,712 orang.

Page 4: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

4

b) Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

c) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan i. Pusat Pengajian Sains Kesihatan ii. Pusat Pengajian Sains Perubatan iii. Pusat Pengajian Sains Pergigian

7. PUSAT PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN

7.1 Pusat Bahasa dan Terjemahan 7.2 Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi 7.3 Pusat Penyelidikan Dasar 7.4 Pusat Kawalan Doping Negara 7.5 Pusat Racun Negara 7.6 Pusat Pengajian Samudera dan Pantai 7.7 Pusat Penyelidikan Arkeologi Negara 7.8 Pusat Penyelidikan Dasar dan Ubatan 7.9 Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pendamaian 7.10 Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita 7.11 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar 7.12 nstitut Perubatan dan Pergigian 7.13 Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

8. USM PILIHAN PERTAMA

8.1 Diisytihar sebagai APEX University (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia.

8.2 Diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan.

8.3 Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan pelbagai anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa.

8.4 Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep Universiti Dalam Taman dan Kampus Sejahtera.

8.5 Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia. 8.6 Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat

korporat telah mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini yang berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.

i. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

ii. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

iii. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

iv. Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

v. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral

vi. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik/

Elektronik

Page 5: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

5

9. PENCAPAIAN USM

Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan geran-geran dan projek-projek penyelidikan. Penyertaan USM dalam pameran penyelidikan, penganugerahan-penganugerahan berprestij dari dalam dan luar negara dan pengiktirafan yang diterima oleh staf setiap tahun menunjukkan USM berada dalam kelas kecemerlangan pada peringkat antarabangsa. Eksplorasi para saintis kita ke benua Antartika penemuan dan penerokaan & ilmu-ilmu baru turut mengukuhkan lagi persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara antaranya;

9.1 Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia 9.2 ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia 9.3 Seoul International Inventation di Korea Selatan 9.4 International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat 9.5 International New Products Exposition (INPEX) di Geneva 9.6 Khwarizmi International Award di Iran 9.7 IENA di Jerman. 9.8 Penemuan Perak Man di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan

Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di Asia Tenggara.

11. MAKLUMAT LANJUT

10. KEMUDAHAN AWAM DI USM

10.1 Kemudahan Bank a. Bank Simpanan Nasional b. Bank CIMB Malaysia

Berhad c. Bank Islam Berhad

(Perbankan Elektronik) d. Bank Muamalat

10.2 Kemudahan Kedai a. Kedai Mahasiswa b. Kedai Buku c. Kedai Farmasi

10.3 Kafetaria 10.4 Masjid 10.5 Pusat Kesihatan 10.6 Rumah Tetamu 10.7 Kemudahan-kemudahan

Sukan a. Stadium Hoki b. Stadium Bolasepak &

Olahraga c. Kolam Renang d. Kompleks Sukan

� Badminton � Squash � Gymnasium

e. Padang Golf f. Tenis g. Bola jaring h. Bola keranjang

Page 6: 1. PENGENALAN - web.usm.myweb.usm.my/kemasukan/ppsh/ppsh/KenaliUSM.pdf · Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini ... Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

6

Sebarang maklumat lanjut mengenai pogram pengajian di Universiti Sains Malaysia sila hubungi :-

Encik Shukeri Abd Rahman Penolong Pendaftar Kanan Unit Pengambilan & Kemasukan Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Aras 2, Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang. Tel: 04-6532688, 6533072, 6533327, 6533141, 6533697 Faks: 04-6533328 Emel: [email protected] Laman Web: http://www.usm.my