1. panduan penulisan ilmiah

Upload: hafidzah-nasir

Post on 02-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PELAJAR PRAUNIVERSITISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA TAHUN 2015

  • PENDAHULUAN

  • PENDAHULUANLatar belakang

    Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan/ kertas kerja/ projek kajian/ tesis/ disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar/ kolokium/ simposium/ persidangan/penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal/ buku/ majalah ilmiah.

  • PENDAHULUANISU

    Pelajar-pelajar Tingkatan Enam perlu didedahkan dengan kaedah menyediakan satu persembahan penulisan ilmiah yang baik sebagai persediaan awal dan latihan untuk mereka menyampaikan idea-idea mereka secara lebih ilmiah dan matang.

  • PENDAHULUAN

    IMPAK

    KAJIAN PENYELIDIKAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

    dapat menyediakan dan mempersembahkan hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti

  • DEFINISI

    Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan akademik untuk mempersembahkan sesuatu idea/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dan lain-lain dalam penulisannya. (APA, 2001)

  • DEFINISI

    Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:1. penulisannya berdasarkan hasil penelitian;2. pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;3. perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;4. menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca

    (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, Jakarta 1995)

  • ImplikasiSeorang penulis karangan ilmiah perlu memiliki keterampilan dan pengetahuan dalam:

    1. masalah yang diteliti,2. Kaedah penelitian,3. Teknik penulisan bahan ilmiah,4. Penguasaan bahasa yang baik.

  • Jenis Penulisan IlmiahKerta Kerja

    Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu.

  • Format Laporan KajianKertas dan Saiz : Kertas simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A42. Jidar/ Margins : 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 3. Huruf/ Fonts : Times New Roman 12ptCourier 12ptArial 12pt4. Jarak antara baris :Satu setengah langkau (1.5 spacing)5. Muka surat - menggunakan no. roman i, ii, iii bagi isi kandungan, sinopsis/ exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dll - menggunakan no. 1, 2, 3 untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan/ lampiran

  • Format Laporan KajianHalamanHalaman Judul iIsi kandungan iiAbstrak iii 1.0 Pengenalan 1 1.1 Matlamat Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3Persoalan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5Batasan Kajian 2.0 Sorotan Kajian 4 3.0 Metodologi Kajian 63.1Rekabentuk Kajian 3.2Persampelan3.3Instrumentasi3.4Prosedur Kajian3.5Kaedah Analisis Data 4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11 4.1Demografi4.2 ................. 5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20Rujukan Lampiran

  • Penggunaan BahasaPenulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif.

    Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.

  • PerengganUntuk menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :

    1. Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka Pengantar Menarik minat dan perhatian pembaca Penyiapan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dihuraikan Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan

    2. Perenggan penghubung Mengandungi persoalan yang akan dikemukakan. Analisa masalah Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik

    3. Perenggan penutup Rumusan Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung Ringkas, padat dan pendek

  • Pemilihan TopikSebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu.

    Dalam memilih topik perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas;2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;3. Topik tersebut dikenal baik oleh penulis;4. Bahan pendukung penulisan dapat diperoleh dan cukup memadai;

  • Pemilihan TajukPembatasan Topik Dengan Menggunakan Rajah JamUntuk membuat rajah jam, topik diletakkan dalam bulatan tengah. Dari topik itu diturunkan beberapa topik kecil. LAUTLAUT CINA SELATANKANDUNGAN KIMIA AIR LAUTPERANAN LAUT DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSAKEKAYAAN DI LAUTLAUT SEBAGAI SUMBER TENAGAILMU KELAUTANLAUT DI MALAYSIAPENCEMARAN LAUT

  • PEMILIHAN TAJUKCara lain untuk menemukan topik yang terbatas ialah dengan jalan membuat rajah pohon. LAUTKEKAYAAN DI LAUTLAUT SEBAGAISUMBER TENAGAILMU KELAUTANFAUNAFLORABAHAN GALIANIKANUDANGTIRAM

  • PEMBATASAN TOPIK

    pembatasan topik jugadigambarkan dengan piramida terbalikLAUTLAUT DI MALAYSIAKEKAYAAN DI LAUTFAUNANELAYAN LAUT DALAM

  • TajukSetelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu tajuk

    Topik ialah pembicaraan dalam keseluruhan penulisan yang akan dihuraikan sementara tajuk ialah nama bagi sebuah penulisan

  • TAJUKPERINGATAN:

    1. Tajuk merupakan satu-satunya bahagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain2. Tajuk perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan3. Tajuk biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan4. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat5. Tajuk hendaknya tidak mengandung singkatan atau akronim;

  • SOROTAN KAJIANSetiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan ilmiah selalu dimulai dengan melihat kajian-kajian yang lepas.

    Literatur yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan sebagai topik penulisan.

    International Federation of Library Association and Institution mendefinisikan perpustakaan sebagai suatu tempat yang mempunyai koleksi (buku dan terbitan cetak atau noncetak, serta sumber informasi dalam komputer) yang disusun secara sistematik untuk keperluan penggunanya.

  • Kerangka / TeoriKERANGKA PENULISANKerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik

    FUNGSIKerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut.

    Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat.

  • Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

    Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)(ii) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

  • Rujukan Dalam TeksSistem Pengarang dan Tahun

    (a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.

    contoh: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

  • Rujukan Dalam TeksSistem Pengarang dan Tahun

    (b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat

    contoh: Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

  • Rujukan Dalam TeksSistem Pengarang dan Tahun

    (c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis.

    contoh: Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).

  • Rujukan Dalam TeksSistem Pengarang dan Tahun

    (d) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al perlu ditulis.

    contoh: Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.

  • Rujukan Dalam TeksSistem Pengarang dan Tahun

    (e) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut.

    contoh: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.

  • Bibliografi/ Rujukan Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahanPustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi.

    Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan

  • Bibliografi/ Rujukan

    Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu.

    Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut.

  • Menulis Bahan Rujukan

    BUKU

    Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.

    ARTIKEL DALAM BUKU

    Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

  • Menulis Bahan Rujukan

    ARTIKEL DALAM JURNAL

    Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

    TESIS

    Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.

    BAHAN SUMBER YANG TIDAK DITERBITKAN

    Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

  • Rumusan/ Kesimpulan

    Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 Tajuk : PERBANDINGAN SEBUTAN KATA KERJA DALAM DIALEK MELAYU KELANTAN DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD

    OBJEKTIFMengenal pasti dan menyenaraikan KK dalam dialek Kelantan dan BM Standard mengikut jenisMenggolongkan KK mengikut jenisnyaMembandingkan sebutan antara kedua-duanya

    KK disebut mengikut kata dasarKK disebut dengan imbuhanKK disebut dalam konteks frasa

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 METODOLOGI K / KAEDAH KAJIANKajian KepustakaanUntuk mencari bahan-bahan asas / bahan latar belakangBoleh guna laman sesawang / YoutubeSumber bertulisSumber audioBuku-buku * Klik tajuk dalam Google

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 METODOLOGI K / KAEDAH KAJIAN2. Kajian LapanganTempat di mana (tempat kajian)Siapa Informen yang dipilih - biodata / nama informen dirahsiakanTarikhWawancara terancangWawancara tidak terancangJantina, daerah, umur, pendidikanVariable bebas variable yang dapat kemudianVariable bersandar letak semua maklumat informen

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 DAPATANSenaraikan jenis KKMasukkan dalam jadualBuat perbandinganTeliti juga aspek imbuhan atau tanpa imbuhan-3 kata dasar : 3 berimbuhan-4 kata dasar : 2 berimbuhan- ambil 4 ulas satu-satu

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 Objektif 1

    Mengenal pasti dan menyenaraikan KK dalam dialek Kelantan dan BM Standard mengikut jenisHasil mesti diletakkan dalam jadualContoh :

    Kata Kerja TransitifKata Kerja Tak TransitifKata Kerja PasifKata Kerja Berimbuhan

  • CONTOH KERJA KURSUS 1 Objektif 2Menggolongkan kata kerja mengikut jenisnyaContoh :

    PerkataanBahasa Melayu StandardDialek KelantanMakanJalanterbangMemakanBerjalanMenerbangkanTiada dalam dialek kelantanlari

  • CONTOH KERJA KURSUS 2 Tajuk : PERBANDINGAN PENYEBUTAN BUNYI KONSONAN GETARAN [ r ] ANTARA 4 DIALEK MELAYU DENGAN BAHASA MELAYU STANDARDOBJEKTIFMenyenarai dan membandingkan kosa kata yang menggunakan konsonan [ r ] dalam empat dialek Melayu dengan Bahasa Melayu StandardMenunjukkan perbandingan bunyi konsonan [ r ] pada awal, tengah, dan akhir perkataan bagi setiap dialek

    Kaedah Kajian :KepustakaanKajian lapangan terancang

  • CONTOH KERJA KURSUS 2 Dapatan Kajian Objektif 1Menyenarai dan membandingkan kosa kata yang menggunakan konsonan [ r ] dalam empat dialek Melayu dengan Bahasa Melayu StandardContoh - Jadual 1 : Perak

    Jadual 2 : Kelantan

    Bahasa Melayu StandardDialek PerakRumahAirkerbau

    Bahasa Melayu StandardDialek KelantanRumahAirkerbau

  • CONTOH KERJA KURSUS 2 Objektif 2Menunjukkan perbandingan bunyi konsonan [ r ] pada awal, tengah, dan akhir perkataan bagi setiap dialekContoh :

    Dialek NegeriAwalTengahAkhirPerakKelantanKedahNegeri Sembilan

  • CONTOH KERJA KURSUS 3 Tajuk : KAJIAN PERUBAHAN PENYEBUTAN SUKU KATA AKHIR YANG DIAKHIRI DENGAN SENGAUAN DALAM DIALEK MELAYU KELANTANOBJEKTIFMenyenaraikan perkataan yang mengalami perubahan sebutan suku kata akhir bagi bunyi sengauan kepada bunyi e talingMembuat lakaran fonetik tentang perbezaan proses penyebutan bagi perkataan yang mengalami perubahan bunyi suku kata akhir sengauan kepada bunyi e talingMenghuraikan proses perubahan sebutan yang berlaku

    Metodologi / kaedah:KepustakaanKajian lapangan

  • CONTOH KERJA KURSUS 3 Dapatan Kajian : Objektif 1Menyenaraikan perkataan yang mengalami perubahan sebutan suku kata akhir bagi bunyi sengauan kepada bunyi e talingContoh : Jadual perkataan yang mengalami perubahan suku kata akhir sengauan kepada bunyi e taling

    Dialek NegeriBahasa Melayu StandardDialek Melayu Kelantan /n/Teman [ tman ]

    Kanan [ kanan ][ tme ]

    [ kane ]/ng/Musang [ musa ]

    Kembang [ kmba ] [ mus ]

    [ kmb ]

  • CONTOH KERJA KURSUS 4 Tajuk : PERUBAHAN PENYEBUTAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN DALAM DIALEK MELAYU NEGERI SEMBILAN

    OBJEKTIFMengenal pasti dan menyenaraikan perkataan dal dialek Melayu Negeri SembilanMenganalisis sebutan beberapa vokal dan konsonan bagi perkataan dalam dialek Melayu Negeri Sembilan

    Metodologi / kaedah:KepustakaanKajian lapangan

  • CONTOH KERJA KURSUS 4 Dapatan Kajian : OBJEKTIFMengenal pasti dan menyenaraikan perkataan dal dialek Melayu Negeri SembilanMenganalisis sebutan beberapa vokal dan konsonan bagi perkataan dalam dialek Melayu Negeri Sembilan

    PerkataanSebutan dan lambang fonetik Bahasa Melayu StandardSebutan dan lambang fonetik Dialek Negeri Sembilanpedas [ pdas ][ podeh ]rendah [ rndah ][ rondah]BolehBericepat

  • CONTOH KERJA KURSUS 5 Tajuk :UNSUR PENYINGKATAN DALAM PERTUTURAN DIALEK MELAYU PERLISOBJEKTIFMengenal pasti penyebutan perkataan yang mempunyai unsur singkatan dalam dialek Melayu PerlisMembandingkan penyebutan kata singkatan dialek Melayu Perlis dengan bahasa Melayu StandardMetodologi / kaedah:KepustakaanKajian lapangan- memperoleh data daripada informen- merujuk Kamus Dewan- meneliti laman sesawang- merakam perbualan penyelidikan- informan- mengumpul dan menganalisis maklumat

  • CONTOH KERJA KURSUS 5 Rangka KajianMenyenaraikan perkataan kata dasar dalam Bahasa Melayu Standard yang mengalami penyingkatancontoh : pergi mari duduk mahu hendak2. Menyenaraikan kata singkatan dialek Melayu Perlis

    3. Menyenaraikan fungsi kata singkatan dalam bentuk ayat

    Kata DasarSingkatan dalam Dialek PerlisPergiPiMariMaiMahuMauhendaknak

    PerkataanDialek Melayu PerlisMaksudPipi[ biyaq pi ][ ha ] [ pi] [ sana ]BiarkanKamu pergi sanaMaimai[ mai ] [ sini ][ ha ] [ mai ] [ k ] [ skolah ]Mari siniKamu datang ke sekolah

  • KALENDAR KERJA KURSUS STPM 2015

    TUGASANTEMPOH Pelaksanaan dan pemeriksaan kerja kursus7.7.2014 6.7.2014

    Pembentangan Kerja Kursus7.9.2014 23.9.2014

  • Penyampai,

    HAFIDZAH HAJI NASIRKETUA KAJIAN PENYELIDIKAN PRAUNIVERSITI

    ************************************************