1 1 kuantiti fizik

7

Upload: slokkro

Post on 06-Jun-2015

1.600 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 1 Kuantiti Fizik
Page 2: 1 1 Kuantiti Fizik

Memahami Fizik

Fizik merupakan ilmu untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim,tenaga dan fenomena alam semula jadi.Antara bidang fizik ialah fizik nukleur, fizik keadaan pepejal,biofizik,elekronik,astronomi ,fizik plasma dan lain-lain.Tujuan anda mempelajari fizik ialah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-Mengapakah penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam sebiji gelas yang mengandungi air ?Mengapakah kita merasai gerun apabila menaiki sebuah kereta yang sedang bergerak laju menuruni bukit?Bagaimanakah pelangi terbentuk?Mengapakah penumpang-penumpang di dalam sebuah kereta terhumban ke hadapan apabila kereta dihentikan dengan tiba-tiba?Bagaimanakah logamaya terbentuk?Bagaimanakah sebuah kapal terbang terangkat?Untuk mempelajari fizik kita mesti menguasai kemahiran saintifik(kemahiran proses sains dan kemahiran manupultaif),mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.

Kuantiti Fizik

Pengertian Kuantiti FizikKuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur.Contohnya ialah suhu,tekanan,halaju dan sebagainya.

Kuantiti fizik terbahagi dua jenis iaitu kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan.

Kuantiti Fizik AsasKuantiti fizik asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan(diterbitkan) dalam sebutan kuantiti -kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan dua kuantiti fizik yang lain.

Terdapat lima kuantiti fizik asas seperti disenaraikan dalam jadual berikut:-

Kuantitiasas

Simbol Unitasas

SimbolUnit

ContohAlat

Panjang

Jisim

Masa

Suhu

Arus Elektrik

*Anda boleh mendapatkan jadual ini dari buku sifir matematik 4 angka. Kuantiti Fizik Terbitan

Kuantiti Fizik terbitan ialah Kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.

Di antara contoh-contoh kuantiti fizik terbitan adalahseperti berikut:-

KuantitiTerbitan

Simbol Dalam sebutanKuantiti Asas

Unitterbitan

SimbolUnitTerbitan

Luas

Halaju

Ketumpatan

Contoh 1Nyatakan kuantiti terbitan berikut dalam sebutan kuantiti asas.

(a) Pecutan(Panduan: Pecutan = perubahan halaju) masa(b) Momentum

(Panduan : Mometum = jisim x halaju )

Penyelesaian

PELAJARAN 1

Page 3: 1 1 Kuantiti Fizik

Contoh 2

Nyatakan unit asas bagi kuantiti-kuantiti terbitan berikut:

(a) Daya (Panduan : Daya = jisim x pecutan )

(b) Impuls( Panduan : Impuls = perubahan momentum)

(c) Kerja(Panduan : Kerja = daya x sesaran)

Penyelesaian

1 Manakah daripada yang berikut bukan kuantiti asas?

A Panjang B Berat C Arus elektrik D Masa

2 Manakah antara berikut adalah bukan

unit asas?

A Celsius B Ampere C Kilogram D Saat

3 Kuantiti terbitan dihasilkan daripada kuantiti asas dengan operasi

A Penambahan atau penolakanB Penambahan atau penolakan atau kedua-duanyaC Pendaraban atau pembahagianD Pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya

4 Unit asas bagi jisim adalah

A Miligram B Gram C Kilogram D Mikrogram

5 Kuantiti asas yang tidak terdapat dalam daya adalah

A Panjang B Masa C Suhu D Jisim

6 Di antara kuantiti terbitan berikut yang manakah merupakan gabungan suatu kuantiti asas sahaja?

A dayaB isipadu

C pecutan

7 Yang manakah antara berikut benar mengenai suatu kuantiti fizik?

Kuantiti fizik Jenis Unit S.I.

A Momemtum terbitan Kg m s-2

B Suhu asas o C

C Kerja terbitan kg m 2 s - 2

D Luas asas m 2

8 Tenaga kinetik diberi oleh rumus E = ½ m v 2

di mana m = jisim dan v ialah halaju. Bilangan kuantiti asas yang terlibat dalam rumus tenaga kinetik ialah

A 1B 2C 3

TUTORIAL 1

Page 4: 1 1 Kuantiti Fizik

9 Beberapa kuantiti fizik serta unit SI yang sepadan telah diberi di bawah.Pasangan yang manakah benar?

Kuantiti Fizik Uni S.I.

A Luas Kaki persegiB Berat KilogramC Kuasa Joule per minitD Ketumpatan Kilogram per

meter padu

10 Jika suatu kuantiti fizik diberi oleh rumus M = ¾ e d 2

di mana e unitnya kilogram manakala d unitnya meter, maka unit bagi M ialah,

A kg 2 m B kg - 2 m C kg m 2 D kg m - 2

E kg 2 m 2

11 Tempoh ayunan bagi sebah neraca inersia diberi oleh hubungan

T 2 = k m di mana T = tempoh dan unitnya s , m = jisim dan unitnya kg dan k =pemalar

maka unit bagi k ialah,

A kg s2 B kg- 1 s 2

C kg s D kg- 2 s-1

E kg2 s1

12 Pasangan kuantiti terbitan ialah

A daya dan arus B tekanan dan suhu C kerja dan jisim D berat dan beza keupayaan

13 Antara kuantiti-kuantiti berikut yang manakah ialah kuantiti asas?

A Berat angkasawan di bulan adalah 10 N B Kuasa sebuah mentol elektrik ialah 60W C Halaju kayuhan seorang pelumba basikal adalah

70 km j-1D Perimeter sebuah padang bola adalah yang dicatat

oleh seorang pelari 380 m

14 Kuantiti-kuantiti asas yang tidak terdapat dalam pecutan adalah

A Panjang

B JisimC Masa

15 Di antara alat-alat yang diperlukan untuk menentukan ketumpatan sekeping batu batu kecuali

A Jam randekB Neraca KimiaC Pembaris meter

16 Di antara kuantiti terbitan dan unit S.I yang manakah berikut adalah benar?

A Kuantiti cas unitnya A sB Halaju unitnya km j - 1

C Pecutan unitnya cms- 2

D Isipadu unitnya cm 3

17 Di antara kuantiti-kuantiti terbitan berikut yang manakah hanya mempunyai kuantiti asas panjang dan masa sahaja.

A Halaju B Momemtum B Daya D Tekanan

18 (a) Arus elektrik yang mengalir dalam satu konduktor logam ditakrifkan sebagai

arus = cas

masa

Berdasarkan persamaan yang manakah merupakan (i) kuantiti asas

............................................................... (ii) kuantiti terbitan

............................................................... (b) Apakah unit S.I. bagi kuantiti cas

............................................................... 19 Kuasa seorang pelajar yang menaikki sebuah tangga

diberi oleh persamaan,

Page 5: 1 1 Kuantiti Fizik

Kuasa = daya X sesaran masa

(a) Nyatakan kuantiti asas yang terkandung dalam persamaan di atas.

...............................................................................(b) Nyatakan dalam sebutan unit asas bagi kuasa

...............................................................................

20 50 biji butir-butir plumbum yang setiap satunya berjisim 0.5 g dan berdiameter 0.2 mm dijatuhkan dari suatu tempat setinggi 8 m dan kemudiannya terkena satu blok plumbum nipis yang berbentuk segiempat tepat dengan perimeternya 120 cm. Semasa terkena blok plumbum suhu meningkat sebanyak 1.2 o C dan menghasilkan tenaga haba sebanyak 320 J.Berdasarkan maklumat yang diberi kumpulkan semua kuantiti terlibat berdasarkan cirinya.

21 Berdasarkan Hukum Kegravitian Semesta daya tarikan F bagi dua jasad yang berjisim m dan M masing-masing dengan r ialah jarak antara kedua-dua jasad itu diberi oleh persamaan

F = G m M r 2

Berdasarkan persamaan di atas nyatakan(a) satu contoh kuantiti terbitan dan satu contoh

kuantiti asas.

(b) unit-unit S.I.bagi F,m ,M dan r

(c) unit S.I. bagi G