09-13 rujukan panel

Upload: din1990

Post on 30-May-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    1/85

    1

    MODUL PGSRSemester 1

    MURID DAN ALAM BELAJAR

    TAJUK JAM1. Alam Belajar

    Peranan dan kepentingan main (play) dalam

    proses pembelajaran kanak-kanak Ciri-ciri dan jenis-jenis main

    3 jam

    2. Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran

    Pengertian pengajaran dan pembelajaran

    Prinsip-prinsip pembelajaran

    Jenis-jenis pembelajaran

    3 jam

    3. Teori-teori Pembelajaran

    Teori Behaviouris

    Teori Pembelajaran Sosial

    Pendekatan Humanistik

    Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap

    pengajaran-pembelajaran

    Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap

    pengajaran-pembelajaran kanak-kanak

    berkeperluan khas

    6 jam

    4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah

    Pengajaran

    Pedagogi Bestari

    3 jam

    Jumlah 15 jam

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    2/85

    2

    SINOPSIS

    Modul ini membincangkan aspek-aspek alam belajar murid yang kondusif, konseppengajaran dan pembelajaran, teori-teori pembelajaran behavioris, sosial danhumanistik serta implikasi teori-teori tersebut kepada pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, elemen-elemen bestari dalam pengajaran dan pembelajaran dalamkonteks pendidikan di Malaysia akan diperkenalkan dalam topik model pengajaranpedagogi bestari.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran.

    2. Menjelaskan kepentingan peranan main dalam perkembangan dan proses

    pembelajaran kanak-kanak.

    3. Menghuraikan konsep pengajaran dan pembelajaran, teori-teori pembelajaran

    utama dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

    4. Menghuraikan pendekatan pengajaran bestari dalam pembelajaran sekolah.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    3/85

    3

    ARAHAN

    1. Baca dan fahamkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai dalam modul ini.

    2. Baca kandungan input yang disediakan mengikut topik-topik dalam modul.

    Setelah menyempurnakan bacaan sediakan jawapan untuk aktiviti-aktiviti di

    bahagian akhir input. Simpan hasil jawapan dalam portfolio pembelajaran

    anda.

    3. Pada akhir modul, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan yang

    dilampirkan. Semak jawapan anda di PGSR online. Sekiranya skor anda

    kurang daripada 50 peratus baca semula unit-unit pembelajaran yang telah

    anda kenal pasti.

    4. Anda juga perlu membuat rujukan di pusat sumber dan mengakses maklumat

    dari internet berkaitan dengan tajuk / unit.

    5. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang isi kandungan modul ini,

    anda boleh berbincang dengan pensyarah anda semasa interaksi bersemuka

    kuliah/ tutorial.

    Peringatan:

    Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagipengetahuan anda. Anda juga disarankan berhubung dengan mana-mana pihak yangberkemampuan untuk memahami setiap tajuk.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    4/85

    4

    TAJUK 1

    ALAM BELAJAR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Hasil Pembelajaran:

    1. Menjelaskan konsep main dalam proses pembelajaran kanak-kanak

    2. Menerangkan kepentingan main dalam perkembangan kanak-kanak.

    3. Mengenalpasti kategori, jenis dan ciri-ciri main

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    5/85

    5

    BICARA GURU

    Apakah idea anda tentang main? Adakah anda perkaitkan main dengankeseronokkan? membuang masa? tidak berfaedah? bersifat kurang matang? Bolehkahanda senaraikan nilai pembelajaran dalam aktiviti bermain? Beri respons anda.

    1. 1: PERANAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

    Konsep dan Peranan Main

    Konsep main boleh dijelaskan sebagai tingkah laku dinamik, aktif dan konstruktifyang telah disebatikan dalam diri kanak-kanak. Ia merupakan satu keperluan dalamalam kanak-kanak, dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja (Brewer, 2001,m.s.144).

    Sudah tentu anda masih ingat pengalaman bermain semasa anda di bangku sekolah.Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan, kebebasan dan

    emosi yang menenangkan jiwa. Sebenarnya dari perspektif psikologi, kesemuaperasaan ini memberi kesediaan kognitif kepada individu tersebut untuk belajar padatahap optimum. Maka sebagai pendidik, kita harus bawa unsur keseronokan ini kedalam bilik darjah.

    Bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Melalui aktivitibermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri sendiri dan hubungan dengan alampersekitarannya. Main adalah proses di mana pembelajaran berlaku, main ialah tugas

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    6/85

    6

    belajar kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu-bapa, orang dewasa dan guru perlumemahami peranan dan kepentingan main dalam proses pembelajaran kanak-kanak disekolah rendah. Tanpa pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini, maindianggap tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja.

    Pengalaman Langsung Melalui Bermain

    Cara pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang dunia mereka adalahmelalui pengalaman langsung. Ibu bapa tidak akan berkata, Jangan tengok labah-labah ini, baca buku tentang labah-labah.

    Seseorang akan memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain berdasarkanpengalaman mereka. Kanak-kanak mungkin mempunyai pengalaman langsung yangterhad, guru dan ibubapa harus mengaturkan peluang untuk kanak-kanakmengalaminya. Oleh itu proses pembelajaran adalah lebih berkesan bagi kanak-kanakyang masih dalam peringkat perkembangan Operasi Konkrit (7-12 tahun) untukmengalami persekitaran pembelajaran yang berunsurkan hands-on, penglibatan daneksperiential. Pengalaman langsung yang paling asas dan semula jadi ialah bermain.

    AKTIVITI

    Senarai tiga peranan main yang signifikan dalam proses pembelajaran.

    (i) ___________________________________________________

    (ii) ___________________________________________________

    (iii) ___________________________________________________

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    7/85

    7

    1. 2: KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

    Mengapa Bermain?

    Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana:

    1. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan

    emosi

    2. Main dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati

    3. Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga yang

    berlebihan

    4. Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau

    kematangan

    5. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai

    bentuk masalah (kognitif, motor, sosial) yang menyumbang kepada

    perkembangan intelek

    6. Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih

    tubi, peniruan, penerokaan, penemuan, perkaitan, membuat huraian, rumusan,

    mensintesis dan menguji

    7. Main membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan nilai

    murni seperti motivasi intrinsik, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal,

    keyakinan diri dan berani bertindak.

    Kepentingan dan Faedah Bermain

    Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa.

    1. Perkembangan Fizikal

    Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain.Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlaribebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling danmenyambut (bola). Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsibadan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    8/85

    8

    Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapatmengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiranmanipulatif dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik,

    jigsaw puzzles, mengikat reben, kraft tangan dan membentuk menggunakan doh.

    2. Perkembangan Sosioemosi

    Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lainsecara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambilkira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur.Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayedgratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu main memberipeluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diriserta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.

    Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki

    bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuandari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi.Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak mengenalialam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

    3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa

    Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif sepertimengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan,meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.

    Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki,

    nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematikdan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapatmeningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks,semulajadi dan seronok.

    AKTIVITI

    1. Buat pemerhatian selama setengah jam terhadap sekumpulan murid sekolahrendah bermain di dalam bilik dan di kawasan luar bilik. Adakah terdapat

    perbezaan dalam tingkah laku yang diperhatikan (fizikal, sosioemosi, kognitif danbahasa). Catatkan pemerhatian anda di ruang yang disediakan.

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    9/85

    9

    BICARA GURU

    Sila tonton klip video yang bertajuk Bermain yang dibekalkan dalam CD ini. Catatkanpemerhatian anda tentang pola interaksi antara kanak-kanak semasa bermain.

    ______________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    10/85

    10

    1. 3: JENIS-JENIS MAIN

    Rajah 1:Jenis-jenis main.

    JENIS-JENIS MAIN

    Modul ini akan membincangkan dua jenis main iaitu pertamanya, main sosialyang diutarakan oleh Parten (1932) dan jenis kedua ialah main dengan objek atau mainkognitif yang dipelopori oleh Piaget (1962) kemudiannya dikembangkan oleh Piaget danInhelder (1969).

    Main Sosial

    Parten (1932) membahagikan mainan sosial kepada enam peringkat iaitu

    perlakuan tak menentu, main sendirian, main pemerhatian, main selari, main assosiatifdan main koperatif.

    Jadual 1. Peringkat-peringkat Main Sosial

    PERINGKAT PENERANGAN

    Perlakuan Tak Menentu

    Unoccupied Play

    Kanak-kanak berada dalam kawasan permainan tetapibelum terlibat dalam aktiviti bermain

    Main Sendirian

    Solitary Play

    Kanak-kanak bermain secara berasingan dalam kawasanyang sama tanpa menghiraukan kanak-kanak lain di

    keliling mereka.Main Pemerhatian

    Onlooker Play

    Kanak-kanak berada dalam kawasan bersama kanak-kanak lain yang sedang bermain sambil memerhatiaktiviti mereka. Pemerhati ini seringkali duduk secarapasif sambil membuat pemerhatian. Selepas itu, iamungkin meniru corak permainan mengikut apa yangdiperhatikan atau mungkin berbual dengan sebayanya.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    11/85

    11

    Main Selari

    Parallel Play

    Terdapat beberapa kanak-kanak menggunakan cara ataualat permainan yang sama tetapi mereka tidak berkongsialat. Kanak-kanak berbual tetapi tindakan seorangindividu tidak bergantung kepada tingkah laku individuyang lain.

    Main AsosiatifAssociative Play

    Beberapa kanak-kanak bermain dalam kalangan merekatetapi bukan dengan cara yang teratur. Mereka mungkinmain kejar-kejar tanpa peraturan atau peranan yangdikenalpasti.

    Main Koperatif

    Cooperative Play

    Setiap kanak-kanak dalam kumpulan mempunyaiperanan dan perlu saling bergantungan untuk mencapaimatlamat permainan. Main koperatif merupakan satubentuk kerja berpasukan.

    Aktiviti pengukuhan:Sila tonton klip video bertajuk Play Types.

    Pada umur berapakah kanak-kanak bersedia melibatkan diri dalam main koperatif?

    Main dengan Objek/ Main Kognitif

    Piaget (1962) membahagikan main kognitif kepada empat peringkat iaitu main latihanatau main fungsional, main simbolik, main konstruktif dan main dengan peraturan.

    1. Main Latihan/ Main Fungsional

    Main latihan atau main fungsional merupakan aktiviti di mana kanak-kanakmeneroka kepelbagaian bahan-bahan mainan. Orang dewasa juga mungkin terlibatdengan mainan latihan apabila berdepan dengan bahan baru, contohnya melatihuntuk membiasakan diri dengan fungsi telefon bimbit barunya.

    Main fungsional ini mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan. Sebagaicontoh, kanak-kanak bermain memancing ikan olok-olok, dia akan melakukan aktivitimencangkuk berulang kali, meneroka teknik yang terbaik sehingga ia memperolehicara terbaik untuk menguasai kemahiran tersebut.

    2. Main Simbolik

    Main simbolik melibatkan imaginasi dan kreativiti yang melibatkan perkaitan fungsimental yang kompleks. Dalam contoh aktiviti bermain memancing, kanak-kanakmenggunakan joran sebagai senapang atau penunjuk konduktor okestra ataupenunjuk papan tulis guru. Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanakmempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial.

    Main simbolik termasuk sosiodrama di mana dalam permainan ini kanak-kanakmemegang sesauatu peranan kemudian melakonkannya. Sosiodrama bolehmelibatkan pengalaman sebenar kanak-kanak atau berimaginasi,contohnyamenidurkan adik atau menaiki roket. Mainan simbolik menyediakan peluang untuk

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    12/85

    12

    kanak-kanak memikirkan peranan masa depan, menggunakan bahan untukmenyelesaikan masalah, meningkatkan penggunaan bahasa, menghayati nilai moraldan budaya yang terkandung dalam mainan tersebut.

    3. Main Konstruktif

    Piaget dan Inhelder (1969) menjelaskan mainan konstruktif sebagai peningkatandaripada mainan simbolik di mana kanak-kanak perlu membuat penyesuaian atauciptaan untuk menyelesaikan masalah/menghasilkan sesuatu. Sebagai contoh,kanak-kanak menggunakan kotak, bongkah, kertas, pasir, doh dan sebagainyasecara bergabung atau berasingan untuk membina menara, kereta kotak, istanapasir, figurinedan hasilan kreatif yang lain.

    Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenalidunia. Bahan-bahan di persekitaran diguna pakai secara kreatif dan fungsionaluntuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti.

    Main konstruktif memberi kepuasan dan kebanggaan kepada kanak-kanak terhadaphasilan mereka. Kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuatkeputusan serta bertanggunjawab terhadap benda yang ingin dihasilkan.

    Guru perlu mengaturkan peluang untuk main konstruktif di kalangan pelajar keranaia merupakan aktiviti yang melibatkan aras pemikiran tinggi, mencerakinpersekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

    4. Main Berperaturan

    Dalam main berperaturan, kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang

    dipersetujui bersama ataupun mengikut batasan dan peraturan permainan tersebut.Namun, peraturan mungkin berbeza mengikut daerah atau lokasi yang berbeza.Sebagai contoh, permainan ketingting mempunyai cara dan peraturan yang berbezamengikut lokasi kawasan. Kanak-kanak juga mungkin mereka cipta permainanberperaturan sendiri.

    Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segikognitif seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif,membuat andaian dan merancang strategi. Perkembangan sosial dan emosi puladiperhatikan apabila kanak-kanak belajar mematuhi peraturan, mengambil giliran,saling menghormati termasuk pasukan lawan, berkomunikasi secara bersopan,berkompromi dalam rundingan serta menghormati kemenangan dan menerima

    kekalahan dengan semangat setiakawan.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    13/85

    13

    AKTIVITI

    1. Kenal pasti satu aktiviti main yang dapat diintegrasikan dalam proses pengajaranpembelajaran mata pelajaran pengkhususan anda.

    Jelaskan secara ringkas kepentingan aspek perkembangan (fizikal, sosial emosi,

    kognitif dan bahasa) setiap akitiviti main yang dikenal pasti.

    (i) mainan latihan atau mainan fungsional

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (ii) mainan simbolik

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (iii) mainan konstruktif

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (iv) mainan dengan peraturan

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    14/85

    14

    BICARA GURU

    Mengikut pemerhatian dan pengalaman anda, adakah kanak-kanak perlu dipaksa untukmain? Adakah main merupakan aktiviti yang perlu diintegrasikan dalam subjek sainsdan matematik?

    1. 4 : CIRI-CIRI MAIN

    CIRI-CIRI MAIN

    1. Motivasi intrinsik (intrinsic motivation)

    Keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diriindividu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dankepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.

    2. Bebas untuk memilih (freedom of choice)

    Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang dari keputusan

    kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila hendak bermain.Dengan itu kanak-kanak dapat meneroka cara bermain serta menjelajah alamsekeliling serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Peranan guru ialahuntuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yangminima.

    3. Proses penyesuaian yg menyeronokkan (pleasure adaptation)

    Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan persekitaran,peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang dijangkakan. Mainsosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lainmenyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat penyesuaian yang

    menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar masyarakatnya.

    4. Penglibatan Aktif (active involvement)

    Apabila kanak-kanak bermain, pergerakan badan diperlukan. Mereka menggunakanmotor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat manipulasi terhadap bahan-bahan. Mereka melibatkan diri secara aktif berinteraksi dengan rakan danpersekitaran.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    15/85

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    16/85

    16

    2. Main Terancang (Guided Play)

    Main terancang mempunyai unsur-unsur main bebas tetapi unsur-unsur berkenaantelah dirancang oleh guru dengan rapi untuk mencapai matlamat tertentu. Gurumengenal pasti bahan tertentu dan kanak-kanak membuat pilihan. Aktiviti inidijalankan bawah bimbingan guru. Contohnya, dalam subjek matematik, guru

    menggunakan permainan Monopoli untuk memperkukuhkan pembelajaran konsepnombor, tambah, tolak dan kemahiran membuat keputusan.

    3. Main Terarah (Directed Play)

    Permainan ini ditetapkan oleh guru seperti yang diarah atau ditetapkan mengikutperaturan atau undang-undang. Guru memberi arahan dan kanak-kanakmenyempurnakan tugasan tersebut, contohnya, nyanyian sambil melakukan aksiseperti Kalau rasa gembira tepuk tangan, mainan dalam bulatan seperti Follow theleaderdan sebagainya.

    Peranan Guru Dalam Proses Main

    Guru memilih pengalaman main untuk disepadankan dengan matlamat program

    Jika matlamat menekankan penemuan mainan bebas

    Jika ia memerlukan kanak-kanak untuk meneroka konsep mainan terbimbing

    Jika guru ingin pelajar mempamerkan kemahiran khusus mainan terarah

    Guru perlu

    membuat pemerhatian tentang kelakuan kanak-kanak, memberi bantuan di

    mana dan jika perlu.

    menyediakan persekitaran yang kaya dan aktiviti perlu ditukar dan diubah

    susunannya dari semasa ke semasa

    merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap tindakan

    kanak-kanak

    bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman.

    Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya.

    kemukakan soalan-soalan fokus, berikan maklumat bila dikehendaki oleh kanak-

    kanak.

    mencelahpada masa yang sesuai. Pencelahan tidak berbentuk halangan untuk

    mematikan semangat dan minat kanak-kanak

    menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak,

    merekodkan tingkahlaku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak dari

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    17/85

    17

    aspek fizikal, emosi, intelek, sosial dan bahasa. Data-data yang diperolehi

    dijadikan asas perancangan bagi setiap individu

    AKTIVITI

    Pilih satu permainan yang anda pernah main semasa zaman alam kanak-kanak.Jelaskan/lakarkan prosedur permainan tersebut. Kaitkan kepentingannya kepadaperkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

    Nama Permainan :

    Perkembangan intelek Perkembangan sosioemosi Perkembangan Fizikal

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    18/85

    18

    i. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

    ii. Menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran

    iii. Mengenalpasti jenis-jenis pembelajaran

    iv. Menggunakan kemahiran berfikir membanding beza prinsip pembelajaran Gagnedan Ewell

    TAJUK 2

    KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    19/85

    19

    BICARA GURU

    Apakah yang anda faham tentang pengajaran dan pembelajaran ? Senaraikan beberapa

    aspek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

    1. ____________________________________________________________________

    2. ____________________________________________________________________

    3. ____________________________________________________________________

    4. ____________________________________________________________________

    5. ____________________________________________________________________

    2.1 : KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    KONSEP PENGAJARAN

    Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuanyang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan danpenilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai danmenyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standarddan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabarpelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

    Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar denganpengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktorterpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluankeperluanpembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yangsesuai untuk pelajar.

    Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untukmeyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepadapelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

    Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sainsiaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan

    membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

    Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses keranaapabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkansesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah jugamenganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semuaaktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    20/85

    20

    Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untukmembawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihatpengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

    Secara ringkasnya pengajaran ialah(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat

    (b) menghormati kanak-kanak dan remaja(c) berkongsi pengetahuan(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid(f) menghadapi cabaran diri dan profesional(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional

    KONSEP PEMBELAJARAN

    Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisipembelajaran.

    Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorangindividu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dansemua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

    Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatuperubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebihburuk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

    Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlakudalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan

    pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dantingkah laku.

    Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untukmenunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagaibentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

    Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan ataukemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannyadikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

    Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli

    teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkahlaku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentangproses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapatdiperhatikan.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    21/85

    21

    AKTIVITI

    Sebagai seorang guru, bagaimana anda menunjukkan contoh aktiviti dalam pengajaranyang melibatkan aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan danpenilaian? Jelaskannya dalam bentuk peta konsep / peta minda dan simpan dalamportfolio anda.

    2. 2: PRINSIP PRINSIP PEMBELAJARAN

    PRINSIP PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997)

    Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsippembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangankemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

    1.Penglibatan Aktif

    Mengikut Ewell (1997) the learner is not 'receptable of knowledge, but rather createshis or her learning actively and uniquelyDalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktifdalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepadamereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif denganbahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.Mayer(2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar yang terlibat denganaktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakancadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untukmenghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)

    2.Perkaitan dan Corak

    Mengikut Ewell (1997) involves actively creating linkages among concepts, skillelements,people and experiances (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajarmempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak sertaperkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapatmewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyaikaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitandengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimanamaklumat boleh digunakan pada masa hadapan.

    3.Pembelajaran InformalPembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktupengajaran tetapi boleh berlaku di manamana sahaja serta pada bila-bila masa.

    Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilikdarjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambilbelajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru.Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperolehakibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya,orang yang lebih dewasa atau persekitaran.

    4. Pengalaman LangsungMelalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    22/85

    22

    dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingindikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apayang dipelajari. Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amatdiperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentangsesuatu. Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri danbukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.

    5. Situasi Mendesak.Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimumberkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yangmemerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yangmendesak dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benarberlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajartersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat satu keseimbangan antara cabarandengan peluang dalam mana-mana situasi pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satusituasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.

    6. Maklum Balas BerterusanMaklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaiantindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkankepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta mertasupaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh mendapatkan maklum balasdaripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya dan dengan cara ini merekadapat meningkatkan kemampuan prestasinya.

    7.Sesuatu yang menyeronokkan.Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997)maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalampersekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada

    guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumikonteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial danpembelajaran.

    8. RefleksiRefleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinyaterhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai prosespengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengankeperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009) Pelajar dapat mengawalpembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untukmelihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.

    AKTIVITI

    Anda telah mempelajari beberapa prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh Ewell(1997). Sila jawab soalan berikut :

    1.Terangkan dengan ringkas dua contoh aktiviti pengalaman langsung danfaedahnya.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    23/85

    23

    a) Aktiviti : _____________________________________________________

    Faedah : __________________________________________________________________________________________________________

    b) Aktiviti : ______________________________________________________Faedah : ______________________________________________________

    2. Senaraikan 5 contoh aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakandalam pengajaran dan pembelajaran.

    a) ___________________________________________________________b) ___________________________________________________________c) ___________________________________________________________d) ___________________________________________________________e) ___________________________________________________________

    3. Menurut Ewell(1997) salah satu prinsip pembelajaran ialah pembelajaran harussesuatu yang menyeronokkan. Dengan contoh yang sesuai berikan 2 aktiviti yang dapatmenimbulkan keseronokan kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

    Aktiviti Contoh

    1. 1.

    2. 2.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    24/85

    24

    2.3 : JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

    Sekarang mari kita melihat pula jenis-jenis pembelajaran yang dikemukakan oleh Gagne(1985). Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai a change in human disposition or

    capability, which persist over period of time and which is not simply ascribe to processesof growth.

    Dalam bukunya, Gagne (1985) telah mencadangkan lima jenis pembelajaran utamayang mana setiap satunya memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kelima-lima

    jenis pembelajaran tersebut ialah :

    1. Kemahiran intelekKemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan procedural seseorang individu.

    Gagne (1985) telah menganalisis satu episod pembelajaran yang terdiri daripadapelajar, suatu situasi rangsangan yang merupakan episod-episod yang merangsangderia pelajar dan satu tindakan atau respons yang terhasil akibat rangsangan.

    Antara kategori kemahiran intelek yang dikemukakan oleh Gagne ialah :

    a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadapsesuatu signal.

    b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yangberkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajardapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuatgeneralisasi.

    c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek danperistiwa mengikut ciri-ciri tertentu.

    d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu,

    untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,

    rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalahdalam sesuatu situasi baru.

    f) Rantaian satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan responsdikuasai

    g) Asosiasi Verbal satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal

    Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugasan menunjukkan pembelajaran berlakusecara berperingkat (hierarchy) iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepadaperingkat paling kompleks.Perkara penting dalam hierarki ini ialah mengenal pastiprasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahkan cara pembelajaran pada

    setiap peringkat.

    2. Maklumat VerbalPembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap sesuatuperistiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.Untuk membolehkan seseorangindividu dapat melakukan sedemikian, dia perlu mempunyai kemahiran intelek dalammengungkap atau menyebut sesuatu pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    25/85

    25

    3 Strategi kognitifStrategi kognitif pula merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapatmengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar,mengingatdan memikir sesuatu.Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlumenguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi

    mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

    4. Kemahiran PsikomotorMerupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengantepat dan betul. Pembelajaran jenis ini melibatkan beberapa tahap iaitu pelajar akanbelajar urutan yang berkenaan, kemudian mengamalkan pergerakan psikomotortersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balasdaripada persekitaran mereka.

    5. SikapGagne (1985) menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang

    mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melaluitingkah laku yang ditunjukkannya.Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melaluipengalaman dan pemerhatian.Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlumengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang bolehmemupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif.Selain itu, perlu pengukuhan supayatingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    26/85

    26

    AKTIVITI

    Anda telah mendapatkan input berkaitan dengan prinsip pembelajaran mengikut Ewell(1997) dan jenis-jenis pembelajaran mengikut Gagne (1985). Dengan menggunakanpengurusan grafik di bawah, banding bezakan prinsip pembelajaran Ewell (1997)

    dengan jenis pembelajaran mengikut Gagne (1985) . Masukkan latihan ini ke dalamportfolio anda.

    PRINSIP PENGAJARAN MENGIKUTEWELL 1997

    JENIS PEMBELAJARANMENGIKUT GAGNE 1985

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    27/85

    27

    i. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang

    memperkukuhkan pengetahuan pedagogi

    ii. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman operan danimplikasinya kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanakberkeperluan khas.

    iii. Menganalisis teori behavioris secara PMI dan merumuskan implikasi teoribehavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran

    iv. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran sosial dan humanis sertaimplikasinya kepada proses pembelajaran dan pengajaran

    .

    TAJUK 3

    TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    28/85

    28

    BICARA GURU

    Tentu ramai antara kita tertanya-tanya, mengapa kita harus tahu tentang teori? Cuba

    fikirkan sendiri, mengapa satu-satu teori itu terutamanya teori pembelajaran, penting?

    3.1 : PENGENALAN

    TEORI PEMBELAJARAN

    Satu lagi alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran danpembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikansebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon &

    Sharifah Fakhriah, 2009). Sehubungan dengan itu, dengan berbekalkan fahaman yangmendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu carapenyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalahsesuatu fenomena.

    Seperti yang telah anda ketahui, pembelajaran adalah merupakan satu proses yangmelibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yangakan mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai danpandangan seseorang individu (Ormrod, 1995). Dengan erti kata lain, pembelajaransebenarnya ialah satu proses yang memberi tumpuan kepada belajar yang mampumembawa perubahan menyeluruh kepada seseorang individu.

    Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teori dengan pembelajaran? Bagaimanapula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai individu atau sebagai guru,khasnya?

    Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwanbelajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untukmenjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalahpembelajaran. Di samping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimanapembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori.

    Rajah 3.1 menunjukkan beberapa teori pembelajaran utama yang akan dibincangkandalam modul ini dan pelopor masing-masing

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    29/85

    29

    Rajah 3.1: Teori-teori pembelajaran dan pelopor masing-masing

    .

    AKTIVITI

    Berdasarkan Input 1 di atas, bolehkah anda cari dan nyatakan lebih banyak definisiuntuk teori dan pembelajaran dan seterusnya berikan maksud kepada teoripembelajaran menggunakan perkaaan anda sendiri?

    Teori Sosial

    Teori teori Pembelajaran

    TeoriBehavioris

    Teori

    Humanistik

    PelazimanKlasik

    Ivan Pavlov

    J.B Watson

    PelazimanOperan

    B.F. Skinner

    E.L.Thorndike

    Albert Bandura

    Abraham Maslow

    Carl Rogers

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    30/85

    30

    3.2 : TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

    Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan(secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori

    ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G). Perkaitan antaraRangsangan, Organisma dan Gerakbalas boleh diringkaskan dalam Rajah 3.2.

    Rajah 3.2 Kesan rangsangan kepada organisma dangerakbalas yang diperhatikan.

    Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-

    i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan(R) dari persekitaran,

    ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikaniii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah lakuiv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam

    masa yang dekat

    v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behaviorisvi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

    Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialahi. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat

    atau balik.ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guruiii. individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkaniv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu.

    Ahli-ahli teori Behavioris mengikut kategori masing-masing adalah seperti yangditunjukkan dalam Rajah 3.3

    Rangsangan

    R Gerakbalas

    (G

    Organisma

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    31/85

    31

    Rajah 3.3 Tokoh-tokoh teori behavioris(Sumber: Noriati, Boon, dan Sharifah Fakriah, 2009, p 49)

    AKTIVITI

    Berdasarkan Input 2 di atas cuba anda perhatikan rangsangsan yang diberikan dan apapula gerakbalas anda terhadap rangsangsan ini? Mengapa anda bertindak sedemikian?

    (Rangsangan, R) Apa Ganda?

    Tokoh-tokoh Teori Behavioris

    Pelaziman Klasik Pelaziman Klasik

    Ivan

    PavlovJ.B.

    WatsonB.F

    Skinner

    E.L.

    Thorndike

    ?

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    32/85

    32

    3.2.1: TEORI PELAZIMAN KLASIK

    Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849-1936).

    Rajah 3.4 Eksperimen pelaziman klasik Pavlov

    Nama Pavlov memang sinonim dengan gambar di atas Apa sebenarnya konsep daneksperimen yang diperkenalkan oleh Pavlov?.Cuba perhatikan Rajah 3.5 sebelum kita pergi lebih lanjut tentang Pelaziman Klasik

    Pavlov.

    Ivan Pavlov (1849- 1936)

    Berbangsa RusiaBelajar fisiologi di Universiti Leibzig, Jerman

    Pemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    33/85

    33

    Rajah 3.5 Konsep-konsep penting dalam pelaziman klasik

    Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik

    RangsanganRangsangan nuetral: Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubunganlangsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.

    Rangsangan semulajadi: Semua objek,perkara atau peristiwa yang ada hubungansemula jadi, maka respon semula jadi akan diberikan

    Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetraldigabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yangserupa dengan rangasangan semulajadi

    Gerak balasGerakbalas semulajadi (juga dikenali sebagai gerakbalas pantulan): dimiliki olehsemua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang meleleh apabilamelihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat gangguan.

    Gerakbalas terlazim: Gerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim

    Teori Pavlov

    Bagi Pavlov, minda manusia adalah seperti kotak hitam yang tidak boleh dibuka; yanghanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau

    respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan.

    Pelaziman klasik (classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlakuapabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutraldengan rangsangan semulajadi. Pavlov melakukan eksperimen dengan anjingnya.Perhatikan rajah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekperimen Pavlov

    Konsep penting Pelaziman Klasik

    Rangsangan Gerak balas

    TerlazimNuetral Semula jadi TerlazimSemula jadi

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    34/85

    34

    Rajah 3.6 : Pelaziman klasik mengikut Pavlov

    Penerangan rajah dan eksperimen Pavlov

    Gambar 1:

    Makanan (food) ialah rangangan semula jadi (unconditioned stimulus). Organismaakan memberi gerak balas semulajadi(unconditioned response) kepada rangsangan

    semulajadi

    Gambar 2.

    Loceng (bell) ialah Rangsangan neutral (Nuetral stimulus). Tiada sebarang gerakbalas atau reaksi dari organism

    Gambar 3

    Apabila loceng (rangsangan neutral) digabungkan dengan makanan (rangsangansemulajadi), juga akan menghasilkan gerak balas semulajadi. Gerakbalas atau reaksiini adalah sama seperti apabila hanya makanan (rangsangan semulajadi diberikan).

    Kombinasi loceng dan makanan diberi berulang kali kepada anjing untuk mendapatkangerakbalas yang sama.

    Gambar 4

    Hanya loceng dibunyikan (tanpa makanan) tetapi tetap mendapat respon atau reaksiyang sama. Kini, loceng berfungsi sebagai rangsangan terlazim (conditionedstimulus) dan reaksi anjing ialah gerak balas terlazim (conditioned response)

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    35/85

    35

    Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma dapatmengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi.

    Menurut pelopor teori ini, manusia juga mempamerkan tingkah laku ini. Oleh itu,pembentukan tingkah laku pembelajaran di bilik darjah boleh dilakukan melaluikombinasi rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya bunyi loceng yang

    diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di sekolah tahu bunyi locengmenandakan pertukaran waktu, rehat atau balik.

    Terdapat 3 tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.

    Penghapusan (extinction)

    Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus) diberikanberulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned stimulus). Dalam erti kataujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan prosesmelemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi.Contohnya perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik bolehdikurangkan sekiranya pelajar tersebut mendapat guru matematik yang memahamikelemahannya, pandai menggunakan strategi dan kaedah P& P yang sesuai.

    Generalisasi

    Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing akan tetap melelehkan air liursekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir sama dengan bunyiloceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan pembelajaran (Noriati, Boon &Sharifah Fakhriah, 2009). Ini juga bermakna, pelajar yang takut kepada guru matematikyang tegas, juga akan menjadi mempunyai fobia terhadap matematik dan pelajaran

    matematik.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    36/85

    36

    Diskriminasi

    Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya member respons atau gerak balastertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan member gerakbalas kepada bunyi lainselain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi lain selain dari bunyi loceng ialah rangsanganneutral.

    Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1956).

    Watson percaya semua perbezaan tingkah lakuindividu adalah disebabkan oleh perbezaanpengalaman pembelajaran. Watson juga melihatpsikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusiayang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah

    berkata,

    Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my

    own specified world to bring them up in and I' ll

    guarantee to take any one at random and train him to

    become any type of specialist I might select - doctor,

    lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggar-

    man and thief, regardless of his talents, penchants,

    tendencies, abilities, vocations and the race of his

    ancestors . (Watson, 1924, as cited in Classical

    Conditioning, n.d)

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    37/85

    37

    Rajah 3.7 Eksperimen Watson dan Little Albert

    Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11 bulan yangdiberi nama Little Albert. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi bermain denganseekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang rasa takut padatikus ini, malah boleh bermain dengannya. Namun, beberapa saat selepasmemperkenalkan tikus putih tersebut, Watson mengetuk penukul pada palang besi yangtergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut menyebabkan bayi terkenaanmenangis dengan kuat.

    Kejadian tikus bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 mingguberturut-turut dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akanterus mengangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukanpenukul. Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus putih

    dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga menunjukkanrasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih (generalisasi).

    Di samping itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik denganfobia. Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasatakut yang berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepassebulan.

    Watson juga mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asasiaitu rasa takut, marah dan sayang.

    Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di

    kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapatmembentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya mempengaruhiemosi pelajar.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    38/85

    38

    AKTIVITI :

    1.Tahukah anda mengapa seekor gajah yang besar boleh kekal terikat pada sebatangpokok yang kecil sedangkan gajah berkenaan mempunyai tenaga yang mencukupimengheret beberapa batang balak sekaligus?.

    2. Cuba anda baca kembali eksperimen yang dilakukan oleh Watson terhadap LittleAlbert. Bolehkah anda kenal pasti yang mana ialah rangsangan semulajadi(unconditioned stimulus), gerakbalas semulajadi (unconditioned response), rangsangannuetral yang kemudian menjadi rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dangerakbalas terlazim (conditioned response)?

    3.2.2: TEORI PELAZIMAN OPERAN

    Teori Pelaziman OperanTeori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk pembelajaranyang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan iniboleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan. Teori iniperkenalkan oleh B.F. Skinner.

    Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike (1987-1949)

    Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan hubungan atauconnectionantara rangsangan dengan gerakbalas yang akan menjadi kukuh jika kesantingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan.

    Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing yang cubamelepaskan diri sangkar.

    Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan menjadi lebihkukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini, masa yang diambil oleh kucinguntuk melepaskan diri dari kurungan menjadi semakin singkat apabila terdapat makanan(ganjaran) selepas berjaya melepaskan diri.

    Tenaga pengajar di Teachers College,Universit Columbia

    Banyak membuat kajian tentang prosespembelajaran connectionism

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    39/85

    39

    Berdasarkan ini, Thorndike telah memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran.1. Hukum Kesan:

    Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan danmemuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranyaberlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan.

    Secara ringkasnya,

    Rajah 3.8: Hukum Kesan

    Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan guru hendaklah menyediakansuasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya gurutidak kedekut dengan pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.

    2. Hukum LatihanHukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat danmengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari ataudiulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuatberulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi.Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-guru memberi latihandalam perlbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebihkerap

    3. Hukum KesediaanHukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif(pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan psikomotor(fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi akanmembawa kepada kekecewaan. Contohnya,

    Pelajar bersedia, guru bimbing dengan baik kesan positif pada pelajar,pembelajaran berlaku

    Pelajar bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa kesan negatif pada pelajar,pembelajaran tidak berjaya

    Pelajar belum bersedia, dipaksa untuk belajar kesan mengecewakan,pembelajaran tidak berjaya.

    Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yangdiperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajarboleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranyaperkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

    Rangsangan positif Gerak balas Gerak balas diulangi

    Rangsangan negatif Gerak balas Gerak balas tidak

    diulangi=

    =

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    40/85

    40

    Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner (1904- 1990).

    Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada sama adatingkah laku baharu, tingkah laku lama diteruskan atau diulanginya atau sebaliknya.Bagi pelopor pelaziman operan, kesan-akibat mempunyai perkaitan rapat denganganjaran dan hukuman. Oleh itu, tingkah laku baharu yang diingini boleh dibentukmelalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan.

    Skinner merumuskan pelaziman operannya seperti Rajah 3.9

    Rajah 3.9 Pembelajaran Behavioris mengikut SkinnerDiterjemahkan dari Behavioural, (n.d). p.2.

    Kelulusan ijazah pertama dalam Bahasa

    Inggeris daari Kolej Hamilton, NewYork.

    Ijazah Sarjana dan kedoktoran dalampsikologi dari Universiti Harvard.

    Salah sebuah dari bukunya yang popularialah Walden II, sebuah fiksyen tentang

    prinsip behaviorisnya.

    Peristiwaawal

    Tingkahlaku

    Kesan-akibat

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    41/85

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    42/85

    42

    Jadual 3.2 Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner

    Tingkah lakuAwal Tingkah laku/Tindakan KesanTindakan Teknik Kesan TingkahLakuRawak Tertekan tuil

    suisMakanankeluar

    Peneguhan Diteruskan

    Terlazim Menekan tuilsuis

    Makanankeluar

    Peneguhan Diteruskan

    Terlazim Menekan tuilsuis-lampumenyala

    Makanan tidakkeluar

    Penguhanpositif

    Diteruskan

    Terlazim Menekan tuilsuis-kejutanelektrik

    Makanan tidakkeluar

    Peneguhannegatif

    Tidakditeruskan

    Terlazim Menekan tuilsuis-kejutanelektrik

    Makanan tidakkeluar Hukuman Tidakditeruskan

    Sumber: Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009, p.58

    Dalam ujikajinya, Skinner memastikan tikus hanyaakan mendapat makanan apabila tuil (lever) suisditekan. Tikus akan melakukan cuba-jaya (trial anderror), menghidu dan mencari-cari sehingga tertekansuis, lampu terpasang dan akhirnya mendapat

    makanan (ganjaran). Selepas itu, Skinner jugamengenakan kejutan elektrik (fungsi shock grid dalamgambarajah) apabila suis ditekan. Ringkasan uji kajiPeti Skinner boleh diperhatikan dalam Jadual 3.1

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    43/85

    43

    Konsep Peneguhan dan Hukuman mengikut Skinner

    Jadual 3.3 : Konsep peneguhan dan hukuman mengikut Skinner

    Konsep Jenis Penerangan Contoh

    Peneguhan

    Positif Kemungkinantingkah laku

    diteruskan apabilatingkah laku diikuti

    dengan rangsanganyang menyenangkan

    (ganjaran)

    Pelajar menyiapkan tugasanmengikut masa yang ditetapkan,

    guru memuji. Pujian guru akanmenyebabkan murid

    meneruskan usahacemerlangnya

    Negatif Kemungkinantingkah laku akan

    diulangi apabila

    rangsangan yangtidak menyenangkanditiadakan

    Guru sering menegur seorangpelajar yang tidak berpakaian

    kemas. Akhirnya, pelajar

    menjaga kebersihan dirinya danguru tidak lagi berleter danmengkritik pelajar berkenaan.

    Pelajar mengekalkankekemasan dirinya.

    Hukuman

    Beri Kemungkinan

    tingkah lakudiulangi berkurang

    apabila rangsangdiberikan.

    Pelajar ditangkap merokok di

    sekolah oleh itu dia dirotan.

    Tarik Kemungkinan

    tingkah lakudiulangi berkurang

    hasil darirangsangan yang

    selesa ditarik balik

    Pelajar didapati tidak

    menyiapkan kerja rumah, olehitu dia tidak dibenarkan untuk

    keluar berehat.

    Di samping Jadual 3.3 di atas, Skinner telah memperincikan Peneguhan Positif dan

    membahagikan lagi kepada kategori mengikut Jadual 3.4

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    44/85

    44

    Jadual 3.4 Jadual peneguhan positif

    Peneguhan Jenis Contoh

    Berterusan Guru beri ganjaran bagi setiap langkahpelajar semasa membuat aktiviti sehingga

    pelajar selesai

    Berkala nisbah tetap Berdasarkan isikandungan

    Bagi setiap 5 soalan, pelajar dapat menjawabdengan betul, satu token akan diberikan.

    Token boleh ditukar dengan aktiviti ataubenda yang disukai

    Berkala Nisbah

    Berubah

    Untuk menjawab soalan guru, pelajar perlu

    mengangkat tangan. Peluang untukmenjawab soalan tidak dapat dijangka.

    Berkala Selang MasaTetap

    Berdasarkanmasa

    Pelajar menghadapi ujian pada setiap akhirbulan

    Berkala SelangBerubah

    Pelajar tidak tahu bila guru akan memberiujian pop.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    45/85

    45

    IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAPPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

    Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas

    Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai

    2. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran Objektif hendaklah khusus

    3. Buat analisis tugasan Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar

    Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudahdifahami

    4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat

    Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah

    kepada sukar.

    5. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

    Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkahlaku

    Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

    6. Aplikasi Hukum Kesediaan

    Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada

    Sediakan situasi yang merangsangkan Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar

    7. Aplikasi hukum latihan Banyakkan pengulangan dan latih tubi Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

    8. Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat

    Adakan aktiviti pengukuhan

    Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

    9. Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai

    Amalan rutin belajar Amalan rutin keceriaan

    Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif

    Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    46/85

    46

    AKTIVITI :Senaraikan aspek kekuatan, kelemahan dan keistimewaan menggunakan PengurusanGrafik PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi Teori Behavioris terhadappengajaran dan pembelajaran.

    Borang PMI untuk Aktiviti Input 5

    IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P& P

    PLUS

    MINUS

    INTERESTING

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    47/85

    47

    BICARA GURU

    Guru Kencing Berdiri Anak Murid Kencing Berlari Bagaimana anda melihat maknaperibahasa ini dalam konteks guru sebagai role model kepada pelajarnya. Beri alasan

    anda.

    3.3 : TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

    Albert Bandura

    Pelopor TeoriPelopor teori pembelajaran sosial ialah Albert Bandura. Beliau merupakan ahli psikologikelahiran Kanada dan berkhidmat di Universiti Stanford mulai tahun 1953 hinggasekarang. Teori Pembelajaran Sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruandan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling menekankan faktor sosialdi mana manusia berfikir dan bertingkahlaku melalui pemerhatian dan menirutingkahlaku yang menghasilkan ganjaran.

    Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsuriaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku.( Ormrod, 2008)

    Rajah 3.11 Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial

    Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktorutama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah 3.11). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Banduraberpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri

    Individu

    Tingkah LakuPersekitaran

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    48/85

    48

    dan juga persekitaran.

    Melalui satu kajian ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menontonvideo tentang orang dewasa, Bandura mendapati bahawa kanak-kanak akan meniruperlakuan orang dewasa tersebut. Kajian yang dinamakan kajian Patung Bobomemperlihatkan bagaimana kanak-kanak yang melihat perlakuan ganas orang dewasa

    memukul patung Bobo bertindak serupa apabila diberi peneguhan. Mengikut Bandura,apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang yang ditiru itu secara spontan menjadimodel kepada si peniru. Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan oleh Banduramendapati kanak-kanak suka meniru tingkah laku yang diperhatikan terutama tingkahlaku yang mendapat peneguhan.

    Sila tonton video bertajuk Albert Bandura untuk pemahaman yang lebih lanjut

    Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan iaitu :

    1. Peniruan secara langsungPeniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model)

    melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu.Contohnya apabila guru menunjukkan cara menendang bola, pelajar akan menirunyasecara langsung.

    2. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuanPeniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentutetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.Contohnya murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak bolehmeniru kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah.Peniruan tak sekat lakuan pula melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semuasituasi. Contohnya pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

    3. Peniruan ElisitasiPeniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang akan teruslakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukantingkahlaku tersebut. Contohnya timbul keinginan di hati Kamal untuk membantubapanya membasuh kereta setelah melihat Badrul membantu bapanya membasuhkereta.

    Langkah-Langkah Pembelajaran Peniruan

    1.Tumpuan PerhatianIndividu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali.

    2.Penyimpanan dalam IngatanLangkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatianperlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengenkod,menyimpan dan mendekod.

    3.PengeluaranMaklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentukperlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruanmotor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    49/85

    49

    4.Motivasi dan PeneguhanSekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, makatingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan

    Model dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura dapat dibahagikan kepada dua jenis

    iaitu :

    1. Model Sebenar / Model hidupModel ini merujuk kepada model sebenar atau model langsung seperti tingkah lakumanusia, haiwan atau objek yang ditiru.

    2. Model simbolikModel simbolik merujuk kepada langkah kerja atau prosedur.Model ini boleh dalambentuk bahasa atau bentuk visual (gambar, carta aliran, gambar rajah).Termasuk dalamkategori ini ialah watak dalam cerita, tokoh sejarah serta tingkah laku watak watakyang ditonton dan didengar melalui media dan televisyen.

    Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikianguru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani.

    2. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role modelkepada pelajar.

    3. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat menirudengan cepat.

    4. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.5. Guna model sebenar yang mungkin terdiri daripada rakan sebaya yang

    mempunyai ketokohan yang tinggi dan sesuai untuk ditiru.

    6. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terusberusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang merekalakukan.

    7. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik mainperanan dan simulasi

    8. Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah lakuyang diingini.

    AKTIVITI

    Muat turun maklumat daripada internet mengenai pembelajaran sosial atau modelingdan rumuskan semua isi yang bekaitan dalam bentuk peta konsep. Masukkan ke dalam

    portfolio anda.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    50/85

    50

    3.4 : TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

    Teori Pembelajaran Humanistik

    Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi danberkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi humanistik, manusia dilihat sebagaimakhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan.humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minatdan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.

    Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individudengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yangberbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsepkendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar.

    Apakah objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik?

    Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner,1991).

    i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan

    perkara yang dipelajari.iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

    Apakah prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran humanistik?

    Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistikseperti berikut:

    1 Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingindiketahui oleh mereka.

    2 Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyakpengetahuan.

    3 Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna,namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.

    4 Perasaan adalah sama penting dengan fakta.5 Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti

    selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.

    Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt,Malcolm Knowles dan lain-lain.

    Dua tokoh utama bagi pendekatan pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers danAbraham Maslow. Kita meninjau secara ringkas pandangan kedua-dua tokoh ini.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    51/85

    51

    Carl Rogers (1902-1989)

    1. Carl Rogers

    Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliauterkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta psikoterapiyang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi dan kemudiannyaberalih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.

    Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyaipotensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus kearah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:

    i. Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat tanggapan yangbetul tentang pengalamannya.

    ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukansemalam atau esok.

    iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepativ. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sen

    diri.

    v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmatkepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

    Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan personel antaraguru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik mengutamakanpembelajaran berpusatkan pelajar.

    Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers adalah:

    Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapatmembimbing pembelajarannya.

    Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakandirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman.

    Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebasdaripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalammenentukan tahap layanan yang sewajarnya.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    52/85

    52

    Rogers menyarankan agar menerima semua pelajar sebagai individu yang memilikipotensi dan yang sedang berkembang. Dalam pendidikan Rogers terkenal dengan teoripembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers semua insanmempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajarbukan kerana ketidakupayaan pelajar tetapi puncanya suasana pembelajaran yang

    kurang sesuai.Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar, guru perlumenjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai,mengimbangkan komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran, danberkongsi perasaan dan idea dengan mereka.

    Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk.1. Pembelajaran Kognitif2. Pembelajaran pengalaman

    Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaranmata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar di dalam bilik darjah,

    membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain.

    Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis inimengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalamanmelibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyaikesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui prosesmembuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, yang merangkumimerancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dankesan yang memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalanpenyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya. Melalui proses membuat sendiri,dalam kumpulan terutamanya, pelajar akan belajar bekerjasama, berfikir, merancang,menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara langsung pelajar belajar

    mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

    2. Abraham Harold Maslow (1908-1970)

    Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat.Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yangdiperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation andPersonalitypada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik.Maslow telah menghasilkan dengan teori perkembangan manusia terutamanya teorikeperluan. Maslow mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia yang perludipenuhi sebelum manusia mencapai potensi diri.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    53/85

    53

    Hiraki Keperluan Maslow

    Fisiologi

    Keselamatan

    Kasih Sayang

    Penghargaan

    Kendiri

    Kognitif

    Estetik

    AktualisasiKendiri

    80%

    70%

    50%

    40%

    10%

    Rajah 3.12: Hirarki keperluan Maslow(Sumber Teori Pembelajaran, n.d)

    Hiraki Keperluan Maslow

    Menurut Hiraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh disusun mengikut satuhierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasihsayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah memenuhi keperluan fisiologiterlebih dahulu. Jika tidak seseorang itu akan berasa kurang selesa dan bimbang.Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi tumpuan kepadamemenuhi keperluan keselamatan dan perlindungan. Seterusnya bagi memenuhikeperluan untuk kasih sayang dan dipunyai. Termasuk dalam keperluan ini adalahkeperluan untuk berkawan, sokongan keluarga, keahlian kumpulan tertentu danperhubungan yang intim.

    Peringkat seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan penghargaan diri dimana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain yangdimanifestasi dalam bentuk penerimaan, prestij, status, kompetensi, keyakinan diri dansebagainya.

    Individu akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi kecenderungannya dalamakademik atau seni estetik yang diminatinya. Peringkat akhir adalah keperluanpenyempurnaan kendiri yang melibatkan keinginan berterusan untuk memaksimumkanpotensi diri, umpamanya cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadiindividu yang menyeluruh dan sempurna.

    Keseluruhannya menurut Maslow keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perludipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajarperkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    54/85

    54

    untuk melakukan yang terbaik.

    Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluankekurangan(deficiency needs) dan keperluan perkembangan(being / growth needs).Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum berusaha untukmemenuhi keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan belum dapat

    dipenuhi, menurut Maslow keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabilakeperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang itu tidak bermotivasi untukmemenuhinya, tetapi akan bergerak ke hirarki yang lebih tinggi. Berbeza dengankeperluan perkembangan, seseorang itu tidak akan jemu memenuhinya dan terusberusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademikatau seni estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada penyempurnaankendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh.

    Apakah Implikasi Teori Keperluan Maslow dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    Seorang guru, perlu memberi perhatian agar pelajar dapat belajar dengan baikberdasarkan hirarki keperluan.

    1. Memastikan keperluan fisiologi pelajar telah dipenuhi, seperti makan minum,waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang baik.

    2. Memastikan keselamatan terjamin, seperti keadaan fizikal bilik darjah, tiadaancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai, wujudnya semangat setiakawan dan dinamika kumpulan.

    3. Sentiasa yakin bahawa setiap pelajar adalah insan yang ada potensi. Layanipelajar secara individu.

    4. Tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan pelajar supaya pelajar

    berjaya membuatnya. Kejayaan pelajar akan menimbulkan rasa berjaya danmeningkatkan harga diri pelajar. Beri peneguhan dan pengiktirafan bagi hasilkerja pelajar.

    Setelah kita mengenali dan memahami Pendekatan Humanistik, dapatkah anda fikirkanimplikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ?

    Implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran

    Secara umum dapatlah disenaraikan secara ringkas implikasi Pendekatan Humanistikterhadap pengajaran dan pembelajaran:

    1. Fokus pengajaran adalah kepada pelajar dan bukannya subjek. Dalam memberi

    pengajaran subjek tertentu, utamakan pelajar dan kemudiannya pada matapelajaran.

    2. Melayan pelajar sebagai insan kemudian barulah melayani mereka sebagaipelajar.

    3. Menerima setiap pelajar tanpa syarat. Layani perbezaan individu mengikutpotensi dan keupayaan masing-masing.

    4. Membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik.5. Sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran

    koperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    55/85

    55

    6. Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan.7. Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada pelajar, guru

    hendaklah menjadi dirinya teladan.8. Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas pelajar.9. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras pemikiran,

    gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.

    10. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah ditentukan olehpelajar. Ini bagi meningkatkan motivasi pelajar.

    11. Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat, kecenderungan,kesediaan belajar dan perbezaan individu.

    12. Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang positif bagipelajar yang lemah.

    13. Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat membantupembelajaran berkesan.

    14. Percaya bahawa semu pelajar boleh belajar jika tempoh masa mempelajarinyamencukupi.

    3.5 : IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAPPEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

    Kita telahpun melihat implikasi teori-teori pembelajaran kepada pelajar aliran perdana.Bagaimana pula teori-teori ini boleh membantu pelajar berkepeluan khas? Dalamknoteks di Malaysia, pelajar berkeperrluan khas ialah kanak-kanak yang mengalamidown syndrom, perkembangan lewat. Austistik, disleksia, tumpuan singkat (AD),hiperaktif dan slow learner. Perlu ditegaskan juga, setiap kategori pelajar berkeprrluan

    khas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, proses pembelajaran mereka perludisediakan dalam bentuk yang mudah dan disesuaikan mengikut kkeperluan mereka.

    Implikasi Teori-teori Pembelajaran.

    1. Modifikasi tingkah laku boleh dilakukan melalui aplikasi Teori Behavioristerutamanya Pelaziman Operan. Teknik peneguhan, Hukum Kesediaan, Latihandan Hukum Kesan boleh digunakan. Antarnya termasuklah;-

    i. Perbanyakkan pengulangan, latihan dan latih tubiii. Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, secara verbal sama ada pujian

    atau ganjaran lain yang lain yang akan mengukuhkan tingkah lakuiii. Tetapkan matlamat yang realistik yang sesuai dengan pelajar keperluan

    iv. Aplikasikan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan token, kontrak,dendaan, dan pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidakdiingini.

    2. Melalui Teori Sosial pula, pelajar boleh mengikuti dan meniru tingkah laku yangdiperhatikan melalui modeling. Contoh aplikasi yan boleh dilakukantermasuklah:-

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    56/85

    56

    i. Gunakan model tingkah laku seperti model sebenar dan model simbolikii. Kukuhkan tingkah laku model agar pelajar mengikut tingkahlaku yang

    dikukuhkan.

    3. Melayani pelajar keperluan khas berdasarkan keperluan mereka seperti yangdikehendaki oleh Teori Humanistik.

    Sediakan persekitaran pembelajaran yang menyerupai persekitaran pelajarnormalKenal pasti keupayaan pelajar dan sediakan rancangan pendidikan individuGunakan pendekatan pelbagai deria (multi sensory) seperti mendengar, melihat,membuat, berbincang dan merasaPerlu juga diberi perhatian kepada pelajar berkeperluan khas yang bermasalahpenglihatan dan pendengaran yang memerlukan pendekatan khusus bagikekurangan yang dialami.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    57/85

    57

    TAJUK 4

    PEDAGOGI BESTARI

    HASIL PEMBELAJARAN

    a. Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan

    menghuraikan ciri-ciri utamanya.

    b. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    58/85

    58

    4.1 : PENGENALAN

    Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah seharusnya sudah berubah. Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisionaldilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Oleh

    itu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta prosespengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yangpantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru .

    Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut.

    Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari?

    The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System 2

    Semua murid mampu belajar Kurikulum mengambil kira pelbagai

    kebolehan dan keperluan Iklim sesuai untuk pembelajaran Penilaian berterusan Pentadbir dan guru yang profesional Sokongan komuniti dan ibu bapa

    Definisi

    Ciri

    Apa dia Sekolah Bestari ?Institusi pembelajaran yang telah direka semulasecara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran &Pembelajaran dan pengurusan sekolah untukmenyediakan murid bagi zaman maklumat.

    KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

    Kurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagaibudaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi. Ia akan

    menggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengankebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagikeupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengankemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murnidan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulumdibentuk untuk:

    Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh.

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    59/85

    59

    Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan

    bahasa yang betul.

    Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras

    kebolehan yang berbeza.

    Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan.

    Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap

    sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini.

    Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi,merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalamproses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untukcabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dankebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya:

    Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi

    memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan

    secara menyeluruh.

    Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan

    pencapaian.

    Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan

    pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

    4.2 ELEMEN-ELEMEN BESTARI

    Sebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti danmemahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemenbestari tersebut.

    Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari?

    Elemen-elemen bestari meliputi:

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    60/85

    60

    4.2.1 Ciri-ciri Pelajar

    4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

    4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    4.2.4 Kemahiran Generik

    4.2.1 CIRI-CIRI PELAJAR

    Gaya BelajarGaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor-Faktor seperti berikut:

    Persekitaran (Environment)

    Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi,

    meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain

    Emosi (Emotional)

    Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila

    masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain.

    Sosiologi (Sociological)

    Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan

    Fisiologi (Physiology)

    Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masatertentu (pagi, petang atau malam)

    Psikologi (Psychological)

    Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan

    (impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif )

    Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983)

    Linguistik

    Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan danperbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing.

    MuzikKecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi sertabertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.

    KinestetikPenggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu

  • 8/9/2019 09-13 Rujukan Panel

    61/85

    61

    serta menyatakan idea dan perasaan.

    InterpersonalKeupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesanserta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.

    IntrapersonalDimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri danmelibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup

    Visual-Spatial (ruang)Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imejmental. Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebihcenderung dalam reka bentuk dalaman.

    LogikMahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mampu menyatakan sesuatu secarainduktif dan deduktif. Menyelesaikan maslah secara sistematik.

    NaturalistikMenyintai alam semula jadi. Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.Suka meneroka hutan.

    Spiritual (kerohanian)Berkeupayaan untuk menghayatikewujudan manusia dan kematian.

    Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini,dapatkah a