07130612topik4-sumberprimer

13
PENGENALAN Sumber dalam bidang sejarah merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan ketepatan dan keabsahan sesuatu fakta sejarah. Bagi seseorang penyelidik sejarah, penggunaan sumber primer dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah amat dititikberatkan kerana akan mempengaruhi kebenaran fakta yang dikemukakan. Semakin banyak sumber primer yang dirujuk dan digunakan oleh penyelidik sejarah maka semakin tepat fakta-fakta sejarah yang ditemui oleh mereka. Penyelidik sejarah yang banyak merujuk sumber primer untuk penyelidikannya akan menghasilkan penulisan yang berkualiti. PENGERTIAN SUMBER PRIMER Dalam bidang sejarah, sumber primer dikenali dengan pelbagai nama seperti sumber awalan, sumber pertama, sumber utama dan sumber sezaman (first-hand sources). Bagi penyelidik sejarah yang dikenali sebagai Louis Gottschalk dalam bukunya `Understanding History: A Primer of Historical MethodÊ, beliau menyifatkan sumber primer sebagai sumber yang diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. 4.1 T T o o p p i i k k 4 Sumber Primer 4 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisi sumber primer; 2. Menyatakan ciri-ciri penting sumber primer; 3. Menjelaskan kaedah pengumpulan sumber primer; 4. Menghuraikan cara memproses sumber primer; dan 5. Menyenaraikan kepentingan sumber primer. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: afedilis

Post on 29-Jun-2015

434 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 07130612Topik4-SumberPrimer

PENGENALAN

Sumber dalam bidang sejarah merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan ketepatan dan keabsahan sesuatu fakta sejarah. Bagi seseorang penyelidik sejarah, penggunaan sumber primer dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah amat dititikberatkan kerana akan mempengaruhi kebenaran fakta yang dikemukakan. Semakin banyak sumber primer yang dirujuk dan digunakan oleh penyelidik sejarah maka semakin tepat fakta-fakta sejarah yang ditemui oleh mereka. Penyelidik sejarah yang banyak merujuk sumber primer untuk penyelidikannya akan menghasilkan penulisan yang berkualiti.

PENGERTIAN SUMBER PRIMER

Dalam bidang sejarah, sumber primer dikenali dengan pelbagai nama seperti sumber awalan, sumber pertama, sumber utama dan sumber sezaman (first-hand sources). Bagi penyelidik sejarah yang dikenali sebagai Louis Gottschalk dalam bukunya `Understanding History: A Primer of Historical MethodÊ, beliau menyifatkan sumber primer sebagai sumber yang diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku.

4.1

TTooppiikk 

4Sumber Primer

4 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisi sumber primer;

2. Menyatakan ciri-ciri penting sumber primer;

3. Menjelaskan kaedah pengumpulan sumber primer;

4. Menghuraikan cara memproses sumber primer; dan

5. Menyenaraikan kepentingan sumber primer.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

46

SEMAK KENDIRI 4.1

Apakah yang dimaksudkan dengan ketepatan dan kesahihan sesuatu fakta dalam bidang sejarah?

Ini bermakna sumber primer dihasilkan menerusi peristiwa sezaman yang kebanyakannya diceritakan semula, sama ada menerusi catatan tulisan tangan ataupun dalam bentuk lisan. Gottschalk menyatakan sumber primer boleh dikategorikan sebagai asli berdasarkan kepada beberapa ciri penting iaitu: (a) Keaslian (original) sumber primer akan dapat mengelakkan penyelidik

sejarah daripada melakukan proses tafsiran fakta yang tidak tepat. Sumber sejarah yang asli dimaksudkan sebagai:

(i) Kandungan sumber yang masih baru dan dihasilkan oleh idea-idea yang kreatif;

(ii) Sumber yang tidak diterjemahkan ke bahasa yang lain dan kekal pada tulisan yang asal;

(iii) Sumber awal yang belum ditafsir;

(iv) Teks yang sebenar, tidak diubah suai atau ditokoh tambah; dan

(v) Sumber maklumat pertama yang diperolehi. (b) Bahan mentah yang belum diproses ataupun mengalami perubahan secara

fizikal. (c) Sukar diperoleh kerana sifatnya yang terhad, sulit, terhapus, milik peribadi

atau orang perseorangan. (d) Dalam keadaan tanpa disalin semula, diterjemah dan dihalusi oleh

penyelidik sejarah yang diperoleh secara terus daripada pemilik. (e) Sumber yang dapat memberikan maklumat awal kajian yang merujuk

kepada persoalan-persoalan penyelidikan yang dijalankan. (f) Sumber primer yang dianggap sebagai tidak asli adalah:

(i) Sumber yang diperoleh tidak diketahui asal usul sumber dan tidak berbentuk dalam keadaan asal ataupun `first-hand sourcesÊ;

Page 3: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 47

(ii) Sumber yang menimbulkan banyak masalah dan kekeliruan semasa penyelidik sejarah melakukan pentafsiran ke atas sumber tersebut;

(iii) Sumber yang tidak diketahui siapakah penulisnya ataupun pengarang sumber tersebut;

(iv) Sumber yang telah mengalami banyak pindaan dan pembetulan fakta asal;

(v) Sumber yang tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan tepat kepada pengkaji; dan

(vi) Sumber yang diragukan dari segi kebenarannya sebagai sumber rujukan dalam bidang sejarah.

Rajah 4.1 hingga Rajah 4.5 menunjukkan beberapa contoh sumber primer.

Rajah 4.1: Diari tulisan tangan Aminuddin Baki

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Page 4: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

48

Rajah 4.2: Tulisan tangan ZaÊba Sumber: Arkib Negara Malaysia

Page 5: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 49

Rajah 4.3: Surat perjanjian dalam tulisan Jawi

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Rajah 4.4: Piramid Khafre di Mesir

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:01_khafre_north.jpg

Page 6: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

50

Rajah 4.5: Monumen Candi Batu Pahat di Lembah Bujang, Merbok, Kedah

Sumber: Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah

1. Jelaskan maksud ÂkeaslianÊ dalam konteks sumber primer.

2. Bagaimana sumber primer boleh dianggap sebagai tidak asli dalam bidang sejarah.

AKTIVITI 4.1

PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN SUMBER PRIMER

4.2

Penyelidik sejarah sememangnya arif dengan kaedah mengumpul dan mendapatkan sumber primer dalam bidang penyelidikan sejarah. Mereka akan cuba seberapa banyak merujuk sumber primer dengan tujuan mencari fakta-fakta sejarah yang tepat. Sumber primer boleh ditemui berdasarkan kepada pelbagai bentuk dan jenis. Jadual 4.1 menunjukkan senarai pengumpulan sumber-sumber primer.

Page 7: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 51

Jadual 4.1: Pengumpulan Sumber-sumber Primer

Sumber Primer Perolehan

Surat-surat tulisan tangan Orang perseorangan (individu)

Pembesar (bangsawan)

Kerabat diraja

Penghulu

Ketua Adat

Pegawai British (Residen)

Arkib Negara Malaysia

Arkib Luar Negara

Fail dan Rekod Kerajaan Pejabat Kerajaan (Daerah dan Tanah)

Kementerian dan Jabatan Kerajaan

Arkib Negara Malaysia

Arkib Luar Negara

Laporan Tahunan Kementerian dan Jabatan Kerajaan

Perpustakaan Negara, Negeri dan Jabatan

Perpustakaan Universiti

Arkib Negara Malaysia

Arkib Wilayah

Artifak Arkeologi Tapak-tapak arkeologi, persisir pantai, lautan dalam

Muzium Negara, Muzium Negeri

Lisan Tokoh Politik

Tokoh Tempatan

Ketua Kampung

Ketua Adat

Orang Tua

Gambar Tokoh

Bangunan

Tempat

Artifak

Page 8: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

52

Sumber primer boleh ditemui di beberapa lokasi atau dalam simpanan orang-orang yang tertentu. Bagi tujuan penyelidikan dalam bidang sejarah sudah tentu sumber primer menjadi rujukan utama kepada penyelidik sejarah. Penyelidik sejarah akan cuba untuk mengesan sumber primer untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian mereka. Penyelidik sejarah akan mencari sumber primer seperti surat-surat tulisan tangan, fail dan rekod kerajaan ataupun laporan-laporan tahunan sama ada yang disimpan secara rasmi di Arkib Negara Malaysia atau arkib luar negara. Selain itu, terdapat juga sumber primer disimpan oleh individu ataupun orang perseorangan yang memiliki dan mewarisi dokumen-dokumen penting tersebut. Bagi memperoleh sumber primer yang bersifat sedemikian, penyelidik sejarah perlu mendapat kerjasama daripada penyimpan dokumen tersebut untuk membuat rujukan. Berbanding dengan sumber primer yang disimpan baik di Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan-perpustakaan Negeri, bahan-bahan tersebut boleh dirujuk oleh pengkaji-pengkaji tanpa banyak prosedur. Namun begitu, terdapat juga fail dan rekod kerajaan yang berstatus sulit masih tidak boleh dirujuk walaupun telah melebihi tempoh 25 tahun kerana faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sebagai contohnya, fail-fail yang melibatkan status sulit yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya Peristiwa 13 Mei 1969. Pengkaji-pengkaji yang ingin merujuk fail dan rekod kementerian atau jabatan kerajaan perlu juga mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan dengan menyatakan tujuan penyelidikan dijalankan. Satu lagi bentuk sumber primer yang kurang dirujuk oleh penyelidik sejarah ialah sumber arkeologi yang khusus dirujuk oleh ahli arkeologi. Perkara ini berlaku kerana ahli arkeologi merujuk kepada sumber arkeologi berbentuk artifak-artifak sejarah seperti jumpaan manik, serpihan tembikar, runtuhan candi, inskripsi di tapak-tapak arkeologi, manakala penyelidik sejarah lebih banyak merujuk kepada sumber bertulis. Namun demikian, sumber arkeologi ini masih dianggap penting kerana dapat memberikan petunjuk kepada asal usul sesuatu tamadun manusia dan sesebuah kerajaan pada zaman dahulu. Walaupun sumber arkeologi berfungsi secara khusus kepada bidang arkeologi semata-mata, sumber arkeologi juga boleh ditafsir oleh penyelidik sejarah dengan melihat kepada signifikan jumpaan-jumpaan artifak tersebut kepada sejarah sesebuah tamadun manusia. Misalnya mengaitkan jumpaan ribuan manik di Sungai Mas, Kedah dengan aktiviti perdagangan dan teknologi pembuatan manik yang dimiliki oleh masyarakat pada ketika itu yang begitu tinggi.

Page 9: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 53

Penyelidik sejarah perlu melakukan kajian demi kajian terhadap jenis-jenis sumber primer yang akan mereka gunakan. Penyelidik sejarah perlu mengenal pasti lokasi dan simpanan sumber-sumber tersebut supaya memudahkan mereka membuat rujukan seterusnya. Setelah berjaya mengesan sumber primer tersebut, penyelidik sejarah perlu menentukan adakah sumber yang diperoleh adalah asli ataupun telah mengalami proses tafsiran sebelumnya oleh pengkaji yang terdahulu. Seorang penyelidik sejarah yang mahir dalam bidang penyelidikan akan menggunakan metod yang betul dalam bidang penyelidikan sejarah. Sumber-sumber primer yang diperoleh akan melalui proses pembacaan dan tafsiran yang teliti oleh penyelidik sejarah. Pada peringkat ini, mereka akan membuat analisis sumber dari pelbagai sudut dengan merujuk kepada bilakah sumber itu dihasilkan, di manakah sumber dihasilkan dan siapakah yang menghasilkan sumber tersebut. Penyelidik sejarah yang bertanggungjawab akan memeriksa sumber-sumber tersebut dan mengambil kira terhadap semua kritikan dan pandangan yang dibuat. Usaha penyelidik sejarah untuk menggunakan sumber primer akan terhalang jika sumber tersebut sukar didapati dan sukar untuk ditafsirkan. Kesukaran untuk mendapatkan sumber primer disebabkan pelbagai aspek seperti pemilik enggan bekerjasama untuk memberi kebenaran kepada pengkaji untuk merujuk sumber tersebut, status dokumen sulit menyebabkan dokumen tersebut di ÂembargoÊ (sekatan) oleh pihak yang menyimpannya seperti Arkib Negara kerana takut disalahgunakan, sumber primer yang telah mengalami kerosakan fizikal yang begitu teruk menyebabkan pengkaji gagal membaca isi kandungan dokumen-dokumen tersebut, dokumen ditulis dalam tulisan yang tidak boleh dibaca oleh pengkaji misalnya dalam Sanskrit, Jawa kuno, Belanda, Portugis dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan menghalang usaha pengkaji untuk menggunakan dokumen-dokumen tersebut sebagai bahan rujukan utama.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Nyatakan bentuk-bentuk sumber primer yang boleh diperoleh dari Arkib Negara Malaysia.

2. Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh penyelidik sejarah semasa merujuk sumber primer di Arkib Negara Malaysia.

Page 10: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

54

PENGGUNAAN DAN KEPENTINGAN SUMBER PRIMER

4.3

Setelah penyelidik sejarah berjaya menemukan sumber-sumber primer tersebut tugas seterusnya ialah melakukan proses tafsiran ke atas sumber-sumber tersebut. Sumber primer yang ditemui tidak akan bermakna sekiranya penyelidik sejarah gagal memberikan tafsiran yang tepat tentang sumber tersebut. Penyelidik sejarah perlu membaca satu persatu sumber primer tersebut dan mentafsirnya supaya dapat menjelaskan maksud yang terkandung di sebalik sumber primer tersebut. Ini kerana sifat sumber primer yang sukar untuk dikenal pasti disebabkan oleh perbezaan faktor masa dan budaya pada zaman lampau.

4.3.1 Masalah Penggunaan Sumber Primer

Sifat sumber primer yang sukar dikenal pasti, tidak terkumpul dan tersusun menyebabkan anda menghadapi masalah untuk merujuk sumber tersebut. Kebanyakan sumber primer seperti dokumen, tersimpan di dalam fail, kotak, bilik gelap dan gedung. Keadaan ini menyukarkan lagi anda untuk mengesan di manakah letaknya sumber-sumber tersebut semasa menjalankan penyelidikan. Masalah ini menyebabkan banyak masa diperuntukkan oleh penyelidik sejarah bagi mengesan sumber primer tersebut. Usaha penyelidik sejarah untuk mengesan sumber secara berterusan adalah amat penting bagi menjalankan penyelidikan secara berterusan. Kegagalan penyelidik sejarah mengesan sumber primer di tempat-tempat itu menyebabkan penyelidikan yang dijalankan akan terganggu. Keadaan fizikal sumber primer telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi turut mengganggu usaha penyelidik sejarah untuk merujuk dan menggunakan sumber yang tepat dan sahih dari segi kebenarannya. Sumber primer yang bertulis seperti surat-surat tulisan tangan, perjanjian, dokumen peribadi yang disimpan terlalu lama akan menyebabkan sumber-sumber itu mengalami kerosakan fizikal yang amat teruk. Selain itu, masalah juga timbul disebabkan oleh sifat sumber primer yang ditulis dalam keadaan cuai dengan banyak kesilapan dan kesalahan. Ini akan menghalang tugas penyelidik sejarah untuk mentafsir sumber primer berkenaan dalam keadaan yang sempurna.

Penyelidik sejarah akan menghadapi masalah untuk membaca dan membuat tafsiran yang tepat ke atas sumber tersebut disebabkan masalah-masalah yang wujud. Ini menyebabkan minat penyelidik sejarah untuk merujuk sumber primer akan berkurangan kerana menghadapi masalah-masalah yang dinyatakan di atas. Apabila penyelidik sejarah gagal menggunakan sumber primer dengan

Page 11: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 55

efisien, maka mereka akan beralih arah dengan merujuk sumber sekunder sebagai bahan rujukan utama yang banyak terdapat dan mudah diperolehi.

Sikap penyelidik sejarah yang sedemikian akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengesan dan mencari sumber primer yang terdapat di arkib, perpustakaan mahupun muzium. Masalah juga akan timbul apabila penyelidik sejarah merujuk kepada sumber sekunder yang telah berubah daripada bentuk asal yang telah mengamali proses tafsiran yang awal. Penyelidik sejarah tidak boleh bersikap putus asa apabila gagal merujuk kepada sumber primer sedangkan masih banyak lagi sumber primer yang boleh dikesan dan dirujuk yang masih belum dikaji.

AKTIVITI 4.2

Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penyelidik sejarah semasa menggunakan sumber primer.

4.3.2 Kepentingan Sumber Primer

Penggunaan sumber primer secara efisien dalam bidang penyelidikan sejarah memberikan banyak kelebihan kepada penyelidik sejarah. Kepentingan sumber primer dapat dilihat dari segi: (a) Kebenaran Sejarah Penggunaan sumber primer yang berkesan oleh penyelidik sejarah dapat

menjelaskan tentang aspek kebenaran dari sudut kesahihan (validity), boleh dipercayai (reliability) dan mutlak (absolute) dalam bidang sejarah.

(b) Hasil yang Berkualiti

Penyelidikan dan penulisan sejarah yang banyak menggunakan sumber primer akan dapat menghasilkan bentuk-bentuk kajian dan penulisan yang berkualiti. Kajian yang terhasil sukar untuk dipertikaikan kerana penyelidik sejarah berjaya merujuk sumber primer sebagai bahan rujukan utama.

(c) Mengelak Kesilapan Fakta

Penyelidikan dan penulisan yang berkualiti akan dapat mengelak kesilapan fakta-fakta sejarah yang dihasilkan oleh penyelidik sejarah.

Page 12: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER

56

(d) Rujukan Utama Penulisan sejarah yang berlandaskan sumber primer akan dijadikan sebagai bahan rujukan utama dalam penyelidikan sejarah seterusnya oleh penyelidik sejarah yang lain.

(e) Bukti Sejarah Sumber primer berfungsi sebagai bukti sejarah yang kukuh dan sukar untuk dipertikaikan setelah ditafsir oleh penyelidik sejarah.

Jelaskan kepentingan sumber primer kepada penyelidik sejarah dalam bidang penyelidikan sejarah.

SEMAK KENDIRI 4.3

Kebenaran sejarah Penggunaan sumber primer dapat menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut keabsahan, kesahihan dan ketepatan fakta sejarah.

Penyelidik sejarah dapat menghasilkan penyelidikan dan penulisan sejarah yang berkualiti dan baik.

Hasil penulisan sejarah menggunakan sumber primer akan dijadikan rujukan utama.

Penggunaan sumber primer dengan kaedah dan penulisan sejarah yang betul dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan fakta sejarah.

Kesahihan Kebolehpercayaan Keabsahan Sumber awalan Surat-surat tulisan tangan Fail dan rekod kerajaan

Laporan tahunan Artifak arkeologi Lisan Embargo Sanskrit

Page 13: 07130612Topik4-SumberPrimer

TOPIK 4 SUMBER PRIMER 57

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1996). Pengantar ilmu sejarah. Siri pendidikan jarak jauh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arthur Marwick. (2001). The new nature of history: Knowledge, evidence, language. Great Britain: Palgrave.

Barnes, H. E. (1963). A history of historical writing. (2nd ed.) New York: Dover Publication Inc.

Barzun, J. & Graff, F. G. (1970). The modern researcher: The classic manual on all aspects of research writing. New York: Harcourt. Brace & World.

Garraghan, G. J. (1948). A guide to historical method. United States of America: University Press Book.

Louis Gottschalk. (1969). Understanding history: A primer of historical method. New York: Alfred A. Knopf.

Micheal E. Stevens & Stevens B. Burg. (1997). Editing historical documents: A handbook of practice. London: Altamira Press.

Muhd. Yusof Ibrahim. (2000). Ilmu sejarah: Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sartono Kartodirdjo. (1992). Pendekatan ilmu sosial dalam metodologi sejarah. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.