07062011 - garis panduan penggunaan kenderaan kerajaan.doc

24
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 1 TAHUN 2011 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN KERAJAAN TUJUAN 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan tatacara mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan selaras dengan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kepada pegawai/kakitangan bagi membantu dalam menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti kenderaan, Kad Minyak dan Kad `Touch n Go` (termasuk Smartag). Walau pun telah ada peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan menerusi pekeliling- pekeliling oleh Perbendaharaan Malaysia termasuk Surat Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh 1

Upload: shahz

Post on 25-Sep-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KERETA

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

MALAYSIA

ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 1 TAHUN 2011GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN KERAJAAN

TUJUAN

1.Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan tatacara mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan selaras dengan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

LATAR BELAKANG

2.Kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kepada pegawai/kakitangan bagi membantu dalam menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti kenderaan, Kad Minyak dan Kad `Touch n Go` (termasuk Smartag). Walau pun telah ada peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan menerusi pekeliling-pekeliling oleh Perbendaharaan Malaysia termasuk Surat Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh Kementerian ini pada 29 November 2002, pihak Pengurusan Atasan berpandangan adalah perlu satu garis panduan baru dikeluarkan bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa seperti pengenalan Kad Inden Minyak dan Kad `Touch n Go`. 3. Garis Panduan ini dikeluarkan dengan merujuk isi kandungan buku Panduan Penggunaan Kereta Rasmi (PPKR) No. Siri : 1379 bertarikh 7 September 2010 yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia dan disesuaikan dengan keperluan KeTTHA.4. Garis panduan ini akan menjelaskan semua aspek pengurusan kenderaan seperti tempahan, tugas pemandu, pelantikan pemandu gantian, penyelenggaraan buku log, kunci dan kenderaan, penggunaan kad inden minyak, kad Touch n Go, tindakan jika berlaku kemalangan, kerosakan, kecurian dan saman.

5. Adalah diharapkan garis panduan ini akan dihayati dan dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan KeTTHA agar pengurusan kenderaan dan penyampaian perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan dan optimum.

PELAKSANAAN PERATURAN

A.PENGURUSAN DAN TEMPAHAN KENDERAAN JABATAN

6.Kementerian perlu menetapkan beberapa kriteria pengurusan dan tempahan kenderaan bagi menjaga kebajikan pemandu dan juga pelanggan yang menggunakan kenderaan iaitu di antaranya ialah:

6.1.Tempahan hanya dikhaskan untuk kegunaan rasmi sahaja;6.2.Keutamaan tempahan akan diberi pertimbangan dari segi kekananan pegawai, kepentingan penggunaan dan tempat yang dituju sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta;

6.3.Tempahan hendaklah menggunakan borang elektronik yang disediakan. Tempahan tanpa menggunakan borang elektronik hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan kenderaan. Ini termasuklah tempahan saat-saat akhir melalui lisan;

6.4.Tempahan perlu dikemukakan sebelum jam 4 petang sehari sebelum digunakan kecuali dalam kes kecemasan; Pegawai Penyelia kenderaan perlu menentukan waktu bertolak yang sesuai dan memaklumkan masa bertolak kepada pegawai yang memohon kenderaan bagi mengelakkan pemandu terpaksa memandu secara tergesa-gesa akibat kelewatan;6.5.Perkongsian kenderaan akan dilaksanakan jika didapati destinasi tempat yang dituju dalam laluan yang hampir sama;

6.6.Pertukaran penggunaan kenderaan dan destinasi perlu mendapat kebenaran dari pegawai kenderaan terlebih dahulu;

6.7.Pembatalan penggunaan hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada pegawai kenderaan untuk membolehkan penggunaan diagihkan kepada pemohon lain;6.8.Pembatalan penggunaan yang dibuat oleh pegawai kenderaan akan dimaklumkan kepada pemohon lebih awal untuk membolehkan pemohon bersedia awal sama ada untuk menggunakan kenderaan sendiri;6.9.Unit Pentadbiran, BPK akan menentukan pemandu dan kenderaan yang akan digunakan. Pegawai atau kakitangan yang membuat tempahan adalah dilarang untuk menetapkan pemandu dan jenis kenderaan yang akan diguna;

6.10.Urus setia yang menganjurkan mana-mana kursus/bengkel di luar daerah hendaklah menyediakan tempat penginapan kepada pemandu jika jarak (tempoh perjalanan 4 jam atau melebihi 350km sehala) tempat kursus/bengkel berkenaan memerlukan pemandu bermalam;6.11.Pegawai Kenderaan hendaklah seboleh-bolehnya memastikan pemandu tidak ditugaskan keluar daerah pergi dan balik pada hari yang sama kecuali jarak tempat yang dituju adalah dikira munasabah bagi pemandu balik pada hari yang sama. Dalam kes-kes kecemasan, persetujuan bersama antara pemandu dan pegawai diperlukan;6.12.Kenderaan tidak akan disediakan jika hanya seorang pegawai sahaja pergi kursus/bengkel/mesyuarat di luar daerah kecuali mempunyai alasan yang munasabah. Pegawai digalakkan menggunakan kenderaan sendiri/awam dan membuat tuntutan mengikut kelayakan masing-masing; dan6.13.Pemandu terakhir yang membawa kenderaan atau pemandu pertama yang menyedari (jika pemandu terkhir tidak melaporkan) adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan pegawai kenderaan sebarang kerosakan badan atau enjin kenderaan yang dipandunya dengan segera. B.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU

7.Tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:7.1.Pemandu bertanggungjawab untuk menjaga supaya kereta sentiasa dalam keadaan bersih, selamat untuk dipandu, dan mengemas kini Buku Log;

7.2.Sebelum keluar bertugas setiap hari, pemandu hendaklah memeriksa:

(a) Paras minyak petrol, minyak pelincir, air dan air bateri mencukupi;

(b) Tekanan angin tayar termasuk tayar ganti mencukupi;

(c) Lampu-lampu, cermin dan hon berfungsi; dan

(d) Sistem brek dalam keadaan baik.

7.3.Selepas tamat perjalanan akhir pada sesuatu hari, pemandu hendaklah:

(a) Bersihkan kereta;

(b) Melaporkan apa-apa kerosakan dan kecacatan kepada Pegawai Kenderaan;

(c) Mendapatkan butiran bagi perjalanan esok hari; dan

(d) Memastikan kedudukan tempat dan jalan yang akan diikuti esok sekiranya tidak biasa dengan sesuatu tempat.

C.PEMANDU GANTI KENDERAAN KERAJAAN

8.Kementerian mendapati dalam keadaan tertentu bilangan kenderaan melebihi bilangan pemandu kerana kemungkinan pemandu bercuti, berkursus dan sebagainya dan bagi mengatasi masalah ini, kementerian telah melantik beberapa pemandu ganti yang terdiri dari kakitangan Bahagian berkenaan sendiri. Walau bagaimanapun, Pemandu Ganti yang dilantik ini masih tertakluk kepada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi, iaitu antaranya:8.1.Kebenaran memandu kenderaan kerajaan akan diberi sekiranya tidak ada pemandu kenderaan rasmi pada masa diperlukan;

8.2.Kepentingan tugas perlu dilakukan segera dan tidak boleh ditangguh;

8.3.Pemohon perlu menggunakan borang tempahan kenderaan berasingan dan mengisikan maklumat yang diperlukan di dalam borang berkenaan;

8.4.Email atau Slip Arahan Memandu akan dikeluarkan apabila kebenaran diberi untuk memandu sendiri kenderaan kerajaan;

8.5.Pemandu Ganti adalah tertakluk dan perlu mematuh peraturan-peraturan yang ditetapkan di atas termasuk juga bertanggungjawab ke atas keselamatan kenderaan tersebut;

8.6.Pemandu Ganti akan dipertanggungjawabkan ke atas kesalahan lalu-lintas yang dilakukan semasa memandu kenderaan kerajaan; dan

8.7.Pemandu Ganti diberi kebenaran memandu berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha.D.PENYELENGGARAAN BUKU LOG KENDERAAN

9.Semua kenderaan rasmi hendaklah disediakan dengan Buku Log kenderaan dan disimpan di dalam kenderaan. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dalam mengendalikan Buku Log:9.1. Catatan dalam Buku Log hendaklah dimulakan dengan muka helaian yang baru bagi sesuatu bulan;9.2.Bagi pegawai yang disediakan pemandu, Buku Log kenderaan hendaklah dibuat oleh pemandu berkenaan. Bagi pegawai yang tidak disediakan pemandu, Buku Log hendaklah diselenggara oleh pegawai sendiri;9.3.Buku Log kenderaan hendaklah sentiasa dikemaskini dengan mencatatkan maksud perjalanan, jumlah jarak perjalanan, penggunaan bahan api, minyak pelincir, butir-butir mengenai kenderaan dan alat-alat kelengkapan;

9.4.Pegawai yang menggunakan kenderaan hendaklah mencatat dan menandatangani ruang nama dan tandatangan pegawai yang menggunakan selepas digunakan;

9.5.Pegawai Kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa hendaklah memeriksa dan menandatangani Buku Log kenderaan pada hari akhir tiap-tiap satu minggu;9.6.Pemandu Kementerian dikehendaki menyerahkan Buku Log kenderaan pada tiap-tiap akhir bekerja sekiranya tidak bertugas luar; dan

9.7.Keratan salinan asal Buku Log kenderaan yang telah dicatatkan hendaklah disimpan di pejabat dan diperiksa pada bila-bila masa oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang dilantik bagi memastikan catatan yang dibuat oleh pemandu adalah betul.

E.PENGGUNAAN KAD INDEN MINYAK

10.Kelayakan penggunaan minyak petrol bagi Pegawai JUSA C dan ke atas adalah berasaskan kelayakan bulanan seperti yang diperuntukkan di para 14 dan 15 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1996:10.1. Pengguna kereta rasmi (Pegawai JUSA C dan ke atas) akan dibekalkan Kad Inden Minyak syarikat Petronas dan Shell dan hendaklah disimpan oleh pegawai itu sendiri;10.2.Kad Inden Minyak bagi lain-lain pemandu (gunasama) akan disimpan oleh Pegawai Kenderaan. Pegawai Kenderaan perlu menyediakan Buku Rekod Pergerakan Kad Inden Minyak dan buku rekod ini hendaklah dikemaskini setiap hari;

10.3.Kad Inden Minyak akan dibekalkan kepada pemandu apabila diperlukan untuk mengisi minyak kenderaan dengan menandatangani buku rekod pergerakan Kad Inden Minyak yang telah disediakan. Selepas digunakan Kad Inden Minyak berkenaan hendaklah dikembalikan semula kepada pegawai kenderaan;10.4.Pemegang Kad Inden Minyak perlu mendapatkan resit bagi tujuan rekod apabila membeli minyak. Semua butiran pembelian hendaklah direkodkan dalam Buku Log Kenderaan oleh pemandu kenderaan; dan10.5.Kehilangan kad Inden Minyak hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai kenderaan disusuli dengan membuat laporan polis di balai polis berdekatan dalam masa 24 jam.F.PENGGUNAAN KAD ELEKTRONIK BAGI PEMBAYARAN TOL (KAD TOUCH N GO)

11.Selaras dengan perkembangan teknologi, kerajaan telah membenarkan penggunaan kad elektronik bagi mempercepatkan urusan pemanduan. Sehubungan dengan itu, berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menggunakan kad ini:11.1.Kad elektronik `Touch N Go` (kad) yang dibeli oleh Jabatan Kerajaan adalah terhad untuk digunakan oleh pemandu-pemandu kereta gunasama Kerajaan sahaja;11.2.Kad ini juga boleh digunakan untuk tujuan membayar bayaran parkir di tempat-tempat yang dikhaskan;

11.3. Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan, kenderaan guna sama akan dibekalkan dengan mesin `smartag`. Mesin ini perlu didaftarkan atas nama KeTTHA dan diuruskan mengikut tatacara yang sedang berkuatkuasa;11.4.Kad hendaklah disimpan oleh pegawai kenderaan dan direkod sebagai dokumen kerajaan. Satu buku daftar penggunaan kad hendaklah disenggara dan disimpan dengan selamat oleh pegawai kenderaan;11.5.Kad hanya akan diberi kepada pemandu apabila ia diarah menjalankan sesuatu tugas yang melibatkan laluan jalan yang memerlukan bayaran tol;11.6.Setiap pemandu mesti merekodkan butir-butir penggunaan kad berkenaan di dalam buku rekod dan menyerahkan buku rekod itu kepada pegawai kenderaan untuk ditandatangani selepas selesai menjalankan tugas;11.7.Setiap pemandu juga dikehendaki mencatatkan butir-butir penggunaan kad dalam buku log kenderaan; dan11.8.Kad berkenaan perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan berlaku kehilangan atau rosak. Setiap kehilangan adalah menjadi tanggungjawab pengguna atau pemegang terakhir kad tersebut. Kehilangan kad ini hendaklah dilaporkan sebagai kehilangan wang awam mengikut peruntukkan AP 315(a).

G.PENJAGAAN KUNCI KENDERAAN KERAJAAN

12.Kunci kenderaan merupakan salah satu komponen aset kerajaan yang perlu diberikan kawalan seperti mana aset-aset kerajaan yang lain. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan:

12.1.Semua kunci kenderaan hendaklah disimpan oleh pegawai kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa;

12.2.Pegawai kenderaan dikehendaki menyediakan buku daftar bagi merekod pengambilan dan penyerahan kunci kenderaan kerajaan;

12.3.Kunci akan diberikan kepada pemandu apabila kenderaan hendak digunakan. Pemandu berkenaan dikehendaki menandatangani buku rekod kunci apabila mengambil kunci dari pegawai kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa;

12.4.Kunci hendaklah dikembalikan semula kepada pegawai kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa selepas bertugas pada tiap-tiap hari;

12.5.Pemandu adalah tidak dibenarkan menyimpan/membawa pulang kunci kenderaan kerajaan kecuali beliau diarah bertugas sehingga lepas waktu pejabat atau bertugas luar kawasan atau diarah bertugas diawal pagi keesokan harinya (jam 7 pagi);

12.6.Kenderaan kerajaan hendaklah sentiasa berada di kawasan pejabat pada setiap masa. Pemandu adalah dilarang memandu kenderaan bukan bagi tujuan rasmi atau membawa balik kenderaan tanpa kebenaran;

12.7.Kunci kenderaan ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan berkunci seperti peti besi kabinet; dan

12.8.Kehilangan kunci kenderaan hendaklah dimaklumkan serta merta kepada Pegawai Kenderaan dan perlu dilaporkan kepada balai polis berdekatan berlaku kehilangan dalam tempoh 24 jam.

H.KEROSAKAN13.Jika berlaku kerosakan kereta SPANCO:

13.1.Pengguna boleh menghubungi talian bebas tol Spanco 1-800-88-6999 atau menghubungi Pusat Services Spanco (PSD) berhampiran. Jika berada di Lebuh Raya Utara Selatan PLUS, pengguna boleh menghubungi perkhidmatan PLUSRONDA ditalian 1-800-88-0000 untuk bantuan;

13.2.Setelah menghubungi Spanco, pengguna dinasihatkan menunggu bantuan datang; dan13.3.Jika penundaan diperlukan, kenderaan hendaklah ditunda oleh penunda yang dilantik oleh Spanco ke Pusat Services Spanco atau PSD terdekat atau balai polis. Spanco akan memaklumkan pengguna, syarikat penunda yan akan menunda kereta berkenaan. Spanco akan berusaha menghantar seorang kakitangan atau wakil ke lokasi kenderaan untuk menunda kenderaan ke Pusat Services Spanco atau PSD.14. Jika berlaku kerosakan kepada kenderaan Kementerian;

14.1.Pemandu hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Pegawai kenderaan dan menunggu sehingga bantuan tiba;14.2.Pegawai Kenderaan dikehendaki menghubungi mana-mana syarikat tunda untuk ditunda ke bengkel berkaitan, pulang ke pejabat atau jika berkaitan ke Balai Polis berdekatan; dan14.3. Sebuah kereta ganti hendaklah disediakan bagi mengambil penumpang (jika ada) sama ada untuk menghantar balik semula ke pejabat atau ke destinasi asal penumpang.

I.KEMALANGAN15.Apabila berlaku kemalangan kenderaan SPANCO:

15.1.Pengguna/pemandu perlu melaporkan kemalangan ke Spanco melalui talian bebas tol 1-8020-88-6999 secepat mungkin dengan mengemukakan butir-butir berikut:

(a) Nama;(b) Nombor daftar kereta;

(c) Nombor telefon untuk dihubungi;

(d) Lokasi kereta; dan

(e) Masalah kereta.

15.2.Pengguna/pemandu dinasihatkan:

(a) Bertukar maklumat dengan pihak terlibat - nama, alamat, butir kenderaan dan nama syarikat insurans;(b) Mencatat nama dan alamat saksi/anggota polis dan balai polis;(c) Mencatat waktu, tarikh, lokasi, keadaan cuaca dan jalan raya;(d) Gunakan borang yang disediakan (dalam Buku Kecil Panduan Khidmat Bantuan dan Pusat Services Spanco atau PSD) bagi mencatat maklumat yang diperlukan; dan

(e) Jangan sekali-kali membuat pengakuan liabiliti.15.3.Pengguna/pemandu dikehendaki menunggu bantuan daripada Spanco. Kakitangan atau wakil Spanco akan dihantar untuk membawa kereta yang terlibat ke Pusat Services Spanco atau PSD. Jika penundaan diperlukan, kereta hanya ditunda ke Pusat Services Spanco atau PSD. Jika penundaan diperlukan, kereta hanya ditunda ke Pusat Services Spanco atau PSD atau ke balai polis terdekat;

15.4.Laporan mengenai kemalangan kepada polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Butir-butir dalam Laporan Polis hendaklah selaras dengan hal kerosakan kenderaan;15.5.Kemukakan dengan segera, sebaik-baiknya dalam masa 2 hari bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Spanco;

15.6.Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian yang dikeluarkan oleh Spanco (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan Jabatan);

15.7.Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Bermotor yang dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan Jabatan);

15.8.Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;

15.9.Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu;

15.10.Salinan lesen memandu pengguna/pemandu;

15.11.Jika keadaan kereta teruk/tidak boleh dibaiki (constructive total loss) setelah mendapat pengesahan daripada insurans, Spanco akan memaklumkan kepada Perbendaharaan untuk menamatkan pajakan kereta tersebut. Permohonan gantian Kereta Rasmi akan dilakukan oleh jabatan pengguna;15.12.Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat laporan kepada Spanco dan polis mengenai sebarang kemalangan yang berlaku. Jika kemalangan tidak dilaporkan, dikhuatiri pengguna akan dipertanggungjawabkan ke atas kesemua kos yang terlibat akibat kemalangan tersebut;

15.13.Pengguna/pemandu jangan sekali-kali:

(a) Membuat pengakuan liabiliti;

(b) Membuat kenyataan kepada pihak ketiga melainkan kepada polis;

(c) Menandatangani sebarang dokumen selain laporan polis;

(d) Membenarkan kereta ditunda olegh syarikat yang tidak diiktiraf oleh Spanco; dan

(e) Membaiki kereta tersebut secara sendiri.16.Apabila berlaku kemalangan kepada kenderaan kementerian:16.1.Pegawai/pemandu perlu melaporkan kemalangan ke Pegawai Kenderaan secepat mungkin dengan mengemukakan butir-butir berikut:

(a) Nama;

(b) Nombor daftar kereta;(c) Nombor telefon untuk dihubungi;

(d) Lokasi kereta; dan

(e) Masalah kereta.

16.2.Pegawai/pemandu dinasihatkan:

(a) Bertukar maklumat dengan pihak terlibat - nama, alamat, butir kenderaan dan nama syarikat insurans;(b) Mencatat nama dan alamat saksi/anggota polis dan balai polis;(c) Mencatat waktu, tarikh, lokasi, keadaan cuaca dan jalan raya; dan

(d) Jangan sekali-kali membuat pengakuan liabiliti.16.3.Pegawai/pemandu dikehendaki menunggu bantuan daripada kementerian. Kakitangan atau wakil pusat servis akan dihantar untuk membawa kereta yang terlibat ke bengkel berkaitan. Jika penundaan diperlukan, kereta akan ditunda ke bengkel, ke pejabat atau balai polis terdekat;

16.4.Laporan mengenai kemalangan kepada polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Butir-butir dalam Laporan Polis hendaklah selaras dengan hal kerosakan kenderaan;

16.5.Kemukakan dengan segera, sebaik-baiknya dalam masa 2 hari bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Pegawai Kenderaan;

16.6.Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;

16.7.Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu;

16.8.Salinan lesen memandu pengguna/pemandu;

16.9.Jika keadaan kereta teruk/tidak boleh dibaiki (constructive total loss) setelah mendapat pengesahan daripada insurans, Pegawai Kenderaan perlu memaklumkan kepada Setiausaha Bahagian yang menjaga Pentadbiran;16.10.Peraturan melupuskan dan hapuskira kenderaan seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 hendaklah diikuti bagi kereta teruk/tidak boleh dibaiki;

16.11.Jika kenderaan masih boleh dibaiki, proses perolehan yang sedang berkuatkuasa hendaklah diikuti sewajarnya;16.12.Pegawai/Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat laporan kepada Pegawai Kenderaan dan polis mengenai sebarang kemalangan yang berlaku. Jika kemalangan tidak dilaporkan, dikhuatiri Pegawai/pemandu akan dipertanggungjawabkan ke atas kesemua kos yang terlibat akibat kemalangan tersebut;

16.13.Pegawai/pemandu jangan sekali-kali :

(a) Membuat pengakuan liabiliti;(b) Membuat kenyataan kepada pihak ketiga melainkan kepada polis;(c) Menandatangani sebarang dokumen selain laporan polis;(d) Membenarkan kereta ditunda oleh syarikat yang tidak diiktiraf oleh Spanco; dan(e) Membaiki kereta tersebut secara sendiri.J.KECURIAN17.Dalam kes kecurian kereta dan aksesori SPANCO:

17.1.Pegawai/pemandu hendaklah :

(a) Menghubungi Spanco melalui talian bebas tol 1-800-88-6999 secepat mungkin; dan(b) Membuat laporan kepada polis dalam masa 24 jam.17.2.Kemukakan dengan segera, sabaik-baiknya dalam masa 2 hari bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Spanco:

(a) Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian yang dikeluarkan oleh Spanco (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan Jabatan);

(b) Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Bermotor yang dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan Jabatan);

(c) Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;

(d) Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu; dan

(e) Salinan lesen memandu pengguna/pemandu.

17.3.Spanco akan memaklumkan kepada Perbendaharaan dalam masa 5 hari bekerja selepas tarikh kenderaan dilaporkan hilang dan diisytiharkan lulus (total loss);17.4.Jabatan pengguna boleh membuat pesanan penggantian Kereta Rasmi setelah menerima Notis Tamat Pajakan daripada Perbendaharaan; dan

17.5.Bagi kecurian aksesori, sebaik sahaja menerima laporan polis dan dokumen-dokumen yang diperlukan, Spanco akan memaklumkan kepada pengguna untuk membawa Kereta Rasmi ke Pusat Services Spanco atau PSD bagi menggantikan aksesori yang dicuri.18.Dalam kes kecurian kereta kerajaan ;

18.1.Pegawai/pemandu hendaklah :

(a) Menghubungi Pegawai Kenderaan secepat mungkin; dan(b) Membuat laporan kepada polis dalam masa 24 jam.18.2.Kemukakan dengan segera, sabaik-baiknya dalam masa 2 hari bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Pegawai Kenderaan:

(a) Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian.(Diuruskan oleh Pegawai Kenderaan);(b) Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;(c) Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Bermotor yang dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai Kenderaan);(d) Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu; dan

(e) Salinan lesen memandu pengguna/pemandu.

18.3.Pegawai Kenderaan akan memaklumkan kepada Perbendaharaan dalam masa 5 hari bekerja selepas tarikh kenderaan dilaporkan hilang dan diisytiharkan lulus (total loss);dan18.4.Bagi kecurian aksesori, sebaik sahaja menerima laporan polis dan dokumen-dokumen yang diperlukan, Pegawai Kenderaan akan menguruskan penggantian mengikut peraturan perolehan yang sedia ada.K. SAMAN19.Penggunaan Kereta Rasmi adalah di bawah tanggungjawab pegawai atau pemandu yang dibenarkan seperti berikut:19.1.Pegawai atau Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa mengelakkan dari disaman;19.2.Pegawai/pemandu adalah bertanggungjawab atas semua saman/kompaun yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa. Sebarang saman/kompaun hendaklah diselesaikan oleh pegawai/pemandu dengan kadar segera. Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas saman/kompaun berkenaan; dan19.3Pemandu perlu mencatitkan dalam buku log perihal tarikh, masa dan tempat jika diarahkan memandu melebihi had laju oleh pegawai. Pegawai adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap saman/kompaun berkenaan.

L.PEMBATALAN

20.Arahan Pentadbiran Bil.1 Tahun 2010 adalah dengan ini dibatalkan.

M.TARIKH KUATKUASA

21.Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 01 Jun 2011.

(DATUK LOO TOOK GEE )

Ketua Setiausaha

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,

Malaysia.

Tarikh : 02 Jun 2011PAGE 16