garis panduan pelaksanaan penggunaan data mikro

26
Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2015

Upload: vandung

Post on 30-Dec-2016

247 views

Category:

Documents

3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN

DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

2015

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

2

Kandungan

Perkara Muka Surat

1. Tujuan

2. Latar Belakang

3. Takrifan

4. Objektif

5. Jenis-Jenis Data

6. Tatacara Penggunaan

7. Kegunaan Data Mikro

8. Pengurus Data

9. Tanggungjawab Pengurus Data

10. Tanggungjawab Pengguna

11. Lokasi Data Mikro Disimpan

12. Format Data Mikro JPM

13. Tatacara Permohonan Data

14. Tatacara Penggunaan Data

15. Penulisan dan Penerbitan

16. Pelupusan Data

17. Khidmat Nasihat

18. Tarikh Kuatkuasa

19. Penutup

20. Senarai Lampiran

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGUNAAN

DATA MIKRO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

1. TUJUAN

Garis Panduan ini menerangkan tatacara permohonan dan kaedah standard dalam

urusan melaksanakan penggunaan data mikro Jabatan Perangkaan Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Data mikro telah dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) untuk

dikongsi bersama para penyelidik dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM). Ini merupakan satu pendekatan baru JPM dalam usaha

menjadikan masyarakat celik maklumat melalui perkongsian data.

2.2 Pelaksanaan perkongsian data akan dapat meningkatkan ketelusan pihak

kerajaan yang diwakili oleh JPM melalui perkongsian data yang tepat dan

releven. Tambahan pula, pendekatan ini dijangka dapat meningkatkan usaha

penyelidikan oleh para penyelidik dan pendedahan kepada pelajar dalam

menggunakan data sebenar.

2.3 Penggunaan data sebenar dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta

penyelidikan akan meningkatkan kefahaman ahli akademik dan pelajar

dalam mengaplikasikan teori yang telah dipelajari. Usaha ini akan

menjadikan pelajar lebih mahir dan bersedia apabila berhadapan dengan

dunia pekerjaan kelak.

2.4 Pengurusan data ini amat diperlukan bagi memastikan keselamatan

maklumat atau data terjamin. Garis panduan ini diwujudkan bagi menjamin

kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.

2.5 Penggunaan data mikro dengan cara yang tidak terkawal dan tidak

bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh

mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan data atau maklumat.

Oleh yang demikian, garis panduan ini disediakan bagi memastikan

pelanggaran seumpamanya tidak akan berlaku serta menjamin keutuhan dan

integriti pihak JPM dan UTHM.

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

4

3. TAKRIFAN

Takrifan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah seperti berikut:

(i) ‘data’ merujuk kepada fakta yang tidak tersusun/tersusun yang perlu

diproses sebelum digunakan. Contoh: bilangan spesifik sesuatu objek, tarikh

(hari/bulan/tahun atau bulan/tahun), perkataan dan sebagainya.

(ii) ‘maklumat’ merujuk kepada kumpulan data yang diproses dan disusun bagi

sesuatu tujuan tertentu.

(iii) ‘set data’ merujuk kepada kumpulan butiran data yang berkaitan. Contoh:

Set data bagi jualan mengandungi data berkenaan jenis, bilangan unit dan

harga jualan.

(iv) ‘metadata’ merujuk kepada penerangan setiap kandungan butiran atau

koleksi data yang merangkumi pelbagai kandungan butiran dan peringkat

hierarki. Metadata juga digunakan untuk memudahkan pemahaman,

mengenali sifat dan menguruskan penggunaan data.

(v) ‘Pengurus data’ merujuk kepada mana-mana individu yang telah dilantik

oleh institusi/fakulti/jabatan bagi tujuan membekal dan mengurus data.

(vi) ‘pengguna data’ merujuk kepada individu atau pihak yang menggunapakai

data mikro JPM.

4. OBJEKTIF

Objektif garis panduan ini diwujudkan adalah seperti berikut:-

4.1 Pengurusan penggunaan data mikro dapat dilaksanakan dengan lebih

teratur, selamat dan bersistematik.

4.2 Perkongsian data menjadi lebih mudah dan pemantauan penggunaan data

dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar bagi mengoptimumkan

penggunaan data mikro dalam kalangan pelajar dan ahli akademik di UTHM.

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

5

4.3 Memudahkan pengurus data melaksanakan penyenggaraan dan pemantauan

perkongsian data dan melaporkan semua aktiviti kepada JPM.

5. JENIS-JENIS DATA

Data mikro dengan wajaran sampel tertentu yang akan dibekalkan kepada

pengguna adalah seperti berikut:

5.1 Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB):

• Mulai tahun 1982 (selang 3 tahun); dan

• 30 peratus (30%) daripada jumlah rekod ahli isi rumah yang berada

dalam umur bekerja 15 hingga 64 tahun.

5.2 Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah:

• Mulai tahun 2007; dan

• 30 peratus (30%) daripada bilangan isi rumah dengan 22 pemboleh

ubahl.

5.3 Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah:

• Mulai tahun 1998; dan

• 30 peratus (30%) daripada bilangan isi rumah dengan bilangan

pemboleh ubah mengikut tahun penyiasatan.

5.4 Banci Penduduk dan Perumahan:

• Mulai tahun 1980; dan

• Dua peratus (2%) daripada keseluruhan data populasi Malaysia.

5.5 Pembuatan Tahunan:

• Mulai MSIC 2000 (selang 3 tahun); dan

• 30% daripada jumlah pertubuhan individu tanpa wajaran.

* Nota: Untuk maklumat lanjut sila Rujuk Manual Diskripsi Data

6. TATACARA PENGGUNAAN

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro Jabatan Perangkaan Malaysia

ini disediakan bagi memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah

perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan data yang terkawal dan

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

6

perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan

dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti penyelewangan,

penyalahgunaan, mengeksploitasi dan pengubahsuaian data.

7. KEGUNAAN DATA MIKRO

7.1 Data Mikro yang dibekalkan hanya boleh digunakan untuk tujuan

pembelajaran/kajian ilmiah/penyelidikan statistical and analytical oleh

pensyarah dan pelajar UTHM yang dibenarkan sahaja.

7.2 Dalam apa jua keadaan, data tidak boleh digunakan untuk tujuan

mendapatkan keuntungan.

8. PENGURUS DATA

8.1 Pihak Universiti/Fakulti hendaklah melantik Pengurus Data dari kalangan

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (atas nama dan jawatan) dan

hendaklah memaklumkan sebarang perubahan kepada Jabatan.

8.2 Pihak Fakulti boleh melantik Penolong Pengurus Data bagi tujuan membantu

tugas Pengurus Data.

9. TANGGUNGJAWAB PENGURUS DATA

Peranan Pengurus Data adalah seperti berikut:

i. Bertanggungjawab untuk mengawal selia penggunaan data mikro JPM

di UTHM.

ii. Bertindak sebagai penyelarasan di antara JPM dengan UTHM.

iii. Memastikan data yang dibekalkan disimpan dalam keadaan selamat.

iv. Memastikan prosedur penggunaan data mikro dipatuhi oleh

pengguna.

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

7

v. Mengemukakan dokumen rekod penggunaan data mikro bersama

dengan Surat Aku Janji, Surat Pelupusan Data dan hasil penggunaan

data mikro setiap pengguna data pada akhir tempoh penggunaan

kepada JPM.

vi. Meluluskan permohonan untuk menggunakan data mikro JPM.

10. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan data mikro yang telah

ditetapkan agar keselamatan ke atas penggunaannya akan terus terjamin. Peranan

dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:

Tanggungjawab pengguna data di UTHM adalah seperti berikut:

(i) Data mikro yang telah diluluskan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti

yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji sahaja.

(ii) Data mikro tidak dibenarkan untuk diedarkan kepada pihak-pihak lain selain

daripada pengguna data yang dibenarkan di 7.1 seperti yang telah

dinyatakan dalam Surat Aku Janji.

(iii) Tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan kepada kandungan data

mikro yang dibekalkan untuk mengekalkan integriti data.

(iv) Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas analisis dan tafsiran yang

dihasilkan daripada penggunaan data mikro yang dibekalkan. JPM tidak

bertanggungjawab ke atas impak bagi sebarang tafsiran atau analisis yang

dibuat oleh pengguna data.

(v) Menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan kerahsiaan data yang

dibekalkan.

(vi) Pengguna perlu menyatakan sumber data di dalam kajian (Contoh: Rekod

Fail Penyiasatan Tenaga Buruh, 2012 Jabatan Perangkaan Malaysia).

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

8

(vii) Satu salinan laporan hasil kajian/penyelidikan/tesis hendaklah dikemukakan

secara hardcopy dan softcopy kepada Pengurus Data untuk dipanjangkan

kepada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia

Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna

Aras 7, Blok C6, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62514 Putrajaya.

11. LOKASI DATA MIKRO DISIMPAN

11.1 Data mikro akan disimpan di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan

Insan dibawah pengawasan Pengurus Data bagi menjamin keselamatan data.

11.2 Data tersebut hanya boleh diserahkan kepada pemohon/pengguna data

apabila telah mendapat kelulusan oleh pengurus data.

12. FORMAT DATA MIKRO JPM

Data mikro disediakan di dalam format text file bersama metadata dan struktur data

mikro.

Nota: Untuk maklumat lanjut sila Rujuk Manual Diskripsi Data

13. TATACARA PERMOHONAN DATA MIKRO

13.1 Permohonan menggunakan data mikro ini adalah terbuka kepada staf dan

pelajar yang berdaftar di UTHM.

13.2 Staf yang berdaftar bermaksud staf tetap, kontrak, sementara, post doktoral

atau status yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar sebagai staf universiti.

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

9

13.3 Pelajar yang berdaftar pula bermaksud pelajar yang berdaftar di UTHM sama

ada diperingkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah.

13.4 Permohonan oleh Staf Akademik

Staf akademik bermaksud staf akademik yang berdaftar dan bekerja di

UTHM.

(i) Membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan

Penggunaan Data Mikro (Borang A).

(ii) Disertakan dengan kertas kerja cadangan penyelidikan (Borang B).

(iii) Perlu mendapat pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan

pemohon.

(iv) Semakan akan dilakukan oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus

Data.

(v) Kelulusan oleh Pengurus Data.

(vi) Pengurus Data akan mengeluarkan surat keputusan permohonan

kepada pemohon.

(vii) Pemohon menerima atau tidak menerima kelulusan penggunaan data

(Borang C).

(viii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji (Borang D).

(ix) Penyerahan data oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data

kepada pengguna data (Borang E).

(x) Pemohon menghantar laporan penyelidikan (Borang F).

(xi) Permohonan penyambungan penggunaan data, jika berkenaan

(Borang G)

(xii) Jika pengguna memerlukan penambahan pemboleh ubah mereka

boleh membuat permohonan (Borang H).

(xiii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji Pelupusan Data (Borang I).

13.5 Permohonan oleh Pelajar

Pelajar bermaksud pelajar yang berdaftar dan mengikuti pengajian sama ada

diperingkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah di

UTHM.

(i) Membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan

Penggunaan Data Mikro (Borang A).

(ii) Disertakan dengan kertas kerja cadangan penyelidikan (Borang B).

(iii) Perlu mendapat pengesahan dan sokongan daripada Penyelia

pemohon.

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

10

(iv) Semakan akan dilakukan oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus

Data.

(v) Kelulusan oleh Pengurus Data.

(vi) Pengurus Data akan mengeluarkan surat keputusan permohonan

kepada pemohon.

(vii) Pemohon menerima atau tidak menerima kelulusan penggunaan data

(Borang C).

(viii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji (Borang D).

(ix) Penyerahan data oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data

kepada pengguna data (Borang E).

(x) Pemohon menghantar laporan penyelidikan (Borang F).

(xi) Permohonan penyambungan penggunaan data, jika berkenaan

(Borang G)

(xii) Jika pengguna memerlukan penambahan pemboleh ubah mereka

boleh membuat permohonan (Borang H).

(xiii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji Pelupusan Data (Lampiran

I).

14. TATACARA PENGGUNAAN DATA

14.1 Pengguna data yang dibekalkan dengan data mikro perlu bertanggungjawab

dan patuh kepada kaedah dan tatacara penggunaan data mikro. Sebarang

ketidakpatuhan atau keingkaran kepada prosedur penggunaan/pelepasan

data mikro akan menyebabkan tindakan ketidakpatuhan akan diambil.

14.2 Di antara tindakan yang akan diambil akibat ketidakpatuhan adalah seperti

berikut;

14.2.1 Amaran kepada pengguna data; dan

14.2.2 Diberhentikan pembekalan data.

15. PENULISAN DAN PENERBITAN

15.1 Penyelidik adalah bebas untuk menerbitkan hasil penyelidikan mereka di

dalam prosiding, jurnal, buku atau yang seumpamanya.

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

11

15.2 Bagi penerbitan yang dilakukan secara bersama dengan pegawai di JPM,

nama pegawai dan institusi mereka perlu dinyatakan dalam hasil penerbitan

tersebut.

15.3 Laporan hasil penyelidikan yang mengguna pakai data mikro daripada JPM

perlu menyatakan penghargaan kepada Ketua Perangkawaan Malaysia,

Jabatan Perangkaan Malaysia.

15.4 Artikel-artikel yang dihasilkan daripada analisis data mikro Jabatan

Perangkaan Malaysia, perlu menyatakan penghargaan kepada Ketua

Perangkawaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia.

15.5 Data mentah adalah dilarang untuk dipaparkan dalam mana-mana laporan

atau penerbitan.

16. PELUPUSAN DATA

16.1 Setelah kerja-kerja yang berkaitan dengan data tersebut selesai, pihak

pengguna data perlu menyerahkan kembali data-data tersebut kepada

Pengurus Data.

16.2 Jika pengguna data masih lagi memerlukan data tersebut bagi melanjutkan

tempoh kajian, pihak pengguna data perlu membuat permohonan bagi tujuan

penyambungan penggunaan data dengan menggunakan Borang G.

16.3 Jika pemohon ingin menjalankan kajian baharu dengan menggunakan data

yang sama, pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan baharu.

16.4 Jika pemohon memerlukan penambahan bilangan pemboleh ubah, mereka

boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan penembahan

pemboleh ubah menggunakan Borang H.

16.4 Pengguna data perlu mengisi borang pelupusan data bagi tujuan pengesahan

data tersebut telah dilupuskan (Borang I).

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

12

17. KHIDMAT NASIHAT

Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan

Data Mikro bolehlah dirujuk Pengurus Data. Permohonan untuk keterangan lanjut

mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada:

Pengurus Data

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja,

Batu Pahat, Johor, MALAYSIA

Tel : 07-4537300/7302

Faks : 07-4536339

Emel : [email protected]

18. TARIKH KUATKUASA

Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia diluluskan.

19. PENUTUP

Garis Panduan ini mengandungi prosedur dan tatacara penggunaan data mikro yang

patut diikuti oleh semua pelajar, penyelidik dan ahli akademik dan akan

dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi serta perundangan.

20. SENARAI LAMPIRAN

Borang A: Borang Permohonan Penggunaan Data

Borang B: Kertas Kerja Cadangan Penyelidikan

Borang C: Borang Menerima/Menolak Kelulusan Penggunaan Data.

Borang D: Surat Aku Janji oleh Pengguna.

Borang E: Borang Penyerahan CD Data

Borang F: Borang Penghantaran Laporan Penyelidikan

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

13

Borang G: Borang Perlanjutan Tempoh Penggunaan Data

Borang H: Borang Penambahan Pemboleh Ubah

Borang I: Surat Aku Janji Pelupusan Data dan Pemulangan CD Data

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

14

Borang A

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sila isi maklumat dengan betul dan tepat

BORANG PERMOHONAN PENGGUNAAN DATA

NAMA PEMOHON :

KATEGORI (tandakan / ) :

Pelajar

Pensyarah

Lain-lain (sila nyatakan)

Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah :

*Nama Penyelia/Pensyarah Kursus :

__________________________________ _________________

*E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus :

____________________________________ _________________

(*potong mana yang tidak berkenaan)

NO. MATRIKS / NO. PEKERJA :

E-MEL :

NO. TEL. PEJABAT :

NO. TEL. BIMBIT :

Perincian data yang diambil :

DATA

(Tandakan / pada

kotak berkenaan)

TAHUN PEMBOLEH UBAH SAIZ DATA (n)

HIS

HES

PEMBUATAN

PTB

BANCI

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

15

TEMPOH PENGGUNAAN DATA :

Tarikh Mula : ___/___/____ ( Tarikh/ Bulan/ Tahun)

Tarikh Tamat : ___/___/____ ( Tarikh/ Bulan/ Tahun)

Tempoh : ____________ bulan/ tahun

(Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan)

(Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun)

TUJUAN PENGGUNAAN DATA :

Sila sertakan kertas kerja cadangan penyelidikan (Sila gunakan lampiran)

Cadangan Tajuk Penyelidikan:

__________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Pemohon: _________________________________ Tarikh: _________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

DISEMAK :

Disokong Tidak disokong

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

PERMOHONAN :

Diluluskan Tidak diluluskan

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

16

BORANG B

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

KERTAS KERJA CADANGAN PENYELIDIKAN

Kandungan kertas cadangan penyelidikan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Tajuk Kajian

2. Pengenalan

3. Objektif Kajian

4. Latar belakang kajian

5. Metodologi

6. Jangkaan hasil kajian

7. Rujukan

* Jumlah maksimum muka surat kertas kerja adalah 3 sahaja.

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

17

BORANG C

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BORANG MENERIMA/MENOLAK KELULUSAN PENGGUNAAN DATA

NAMA PEMOHON :

KATEGORI (tandakan / ) :

Pelajar

Pensyarah

Lain-lain (sila nyatakan)

Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah :

*Nama Penyelia/Pensyarah Kursus :

__________________________________ _________________

*E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus :

____________________________________ _________________

(*potong mana yang tidak berkenaan)

NO. MATRIKS / NO. PEKERJA :

E-MEL :

NO. TEL. PEJABAT :

NO. TEL. BIMBIT :

JENIS DATA YANG DILULUSKAN:

Adalah dengan ini saya bersetuju untuk *menerima/menolak kelulusan penggunaan data seperti

yang dinyatakan di atas.

Tandatangan Pemohon : ________________________________

Tarikh : _________________________________

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

18

BORANG D

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SURAT AKU JANJI OLEH PENGGUNA

1. Surat aku janji ini adalah dokumen yang ditandatangani berhubung dengan kelulusan

penggunaan data mikro dan data terperinci yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia (“JP”) selaras dengan keperluan Seksyen 4. (2) Akta Perangkaan 1965 (Disemak-

1989).

2. Surat Aku Janji ini adalah berdasarkan keperluan dalam Dasar Penyebaran Data Mikro dan

Data Terperinci JP perenggan 8.b)

3. Kami/saya, ___________________________________________________________

(“Pengguna”) dengan ini bersetuju dan beraku janji bahawa:

a. Data mikro dan data terperinci yang diperoleh akan digunakan hanya bagi tujuan

penyelidikan atau kajian berkenaan_________________________________________________

yang berlangsung selama tempoh___________bulan/tahun.

(Tarikh mula: __/ __/____) ; (Tarikh akhir: __/ __/ ____).

Tarikh perlanjutan tempoh (jika berkenaan sahaja- Rujuk Borang G) :

(Tarikh mula: __/ __/ ____) ; (Tarikh akhir :__/ __/ ____).

b. Mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam Dasar Penyebaran Data Mikro dan

data terperinci berkenaan kerahsiaan maklumat responden dengan:

i. Menjaga keselamatan dan kerahsiaan data mikro dan data terperinci

yang diperoleh dengan mengambil langkah-langkah yang wajar dan

munasabah untuk melindungi data daripada hilang, disalahgunakan,

diubah, diakses tanpa kebenaran, dimusnahkan atau didedahkan

kepada mana-mana individu;

ii. Tidak menyebarkan, menyiarkan, mengumumkan, mencetak dan

mempamerkan data individu atau mana-mana bahagian data

tersebut kepada mana-mana pihak bagi apa-apa tujuan sekalipun;

dan

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

19

iii. Menggunakan data hanya untuk tujuan yang disebutkan dalam

perenggan (a) sahaja.

iv. Menghantar kepada Pengurus Data Mikro UTHM, ‘Surat Perakuan

Pengesahan Hapus Data Mikro dan Data Terperinci (Borang I) dan

memulangkan kembali CD data setelah selesai kajian.

c. Akan mengemukakan satu salinan hasil penyelidikan atau kajian tersebut kepada

Pengurus Data Mikro UTHM.

d. Akan menggunakan data tersebut dan menerbitkan hasil kajian menggunakan

data tersebut (sekiranya ada) dalam tempoh seperti yang dijanjikan dalam 3(a).

e. Akan dikenakan tindakan undang-undang dan disenaraihitamkan daripada

mendapat atau menggunakan sebarang bentuk data yang diperoleh sekiranya

melanggar kontrak Surat Aku Janji.

Tandatangan Pengguna : Tandatangan Pengurus/Penyelaras Data:

______________________________ ____________________________________________

Nama : Nama & Cop :

No. Matriks/ Pekerja : No. Pekerja :

Fakulti/Jabatan : Tarikh :

Tarikh :

Tandatangan Penyelia/Pensyarah Kursus :

________________________________________________

Nama & Cop Jawatan :

No. Pekerja :

Tarikh :

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

20

BORANG E

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BORANG PENYERAHAN CD DATA

1. Saya/ Kami __________________________________________ dengan ini mengesahkan telah

menerima CD yang mengandungi data _____________________________________________

2. Saya/ Kami berjanji akan memulangkan kembali CD ini dan melupuskan data

tersebut setelah selesai kajian ini.

Tandatangan Pengguna : Tandatangan Pengurus/ Penyelaras Data:

____________________________ _______________________________________________

Nama : Nama & Cop :

No. Matriks /Pekerja : No. Pekerja :

Fakulti/Jabatan : Tarikh :

Tarikh :

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

21

BORANG F

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BORANG PENGHANTARAN LAPORAN PENYELIDIKAN

NAMA PEMOHON :

KATEGORI (tandakan / ) :

Pelajar

Pensyarah

Lain-lain (sila nyatakan)

Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah :

*Nama Penyelia/Pensyarah Kursus :

__________________________________ _________________

*E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus :

____________________________________ _________________

(*potong mana yang tidak berkenaan)

NO. MATRIKS / NO. PEKERJA :

E-MEL :

NO. TEL. PEJABAT :

NO. TEL. BIMBIT :

TEMPOH PENGGUNAAN DATA :

Tarikh Mula : ___/___/____ ( Tarikh/ Bulan/ Tahun)

Tarikh Tamat : ___/___/____ ( Tarikh/ Bulan/ Tahun)

Tempoh : ____________ bulan/ tahun

(Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan)

(Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun)

TAJUK LAPORAN PENYELIDIKAN:

(Sila lampirkan laporan penyelidikan sebanyak 2 naskhah salinan laporan penyelidikan)

__________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________________

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

22

Adalah dengan ini saya/kami mengakui telah menghantar sebanyak ____ naskhah salinan

laporan penyelidikan yang telah menggunakan data mikro UTHM.

TANDATANGAN : _____________________________________________

NAMA : _____________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Adalah dengan ini saya mengakui telah menerima sebanyak _____ naskhah salinan laporan

penyelidikan yang telah menggunakan data mikro UTHM.

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

Page 23: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

23

BORANG G

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BORANG PERLANJUTAN TEMPOH PENGGUNAAN DATA

NAMA PEMOHON:

TEMPOH BARU PENGGUNAAN DATA :

Tarikh Mula : ___ /___ /____ ( Tarikh/Bulan/Tahun)

Tarikh Tamat : ___ /___ /____ ( Tarikh/Bulan/Tahun)

Tempoh : ____________ bulan/tahun

(Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan)

(Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun)

SEBAB PERLANJUTAN :

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

* Pihak Pengurus Data perlu mengemaskini Borang A (pelanjutan tempoh) dan serahkan salinan

tersebut kepada pengguna)

Page 24: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

24

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

DISEMAK :

Disokong Tidak disokong

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

PERMOHONAN :

Diluluskan Tidak diluluskan

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

Page 25: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

25

BORANG H

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BORANG PENAMBAHAN PEMBOLEH UBAH

NAMA PEMOHON :

NO. MATRIKS/PEKERJA:

PENAMBAHAN PEMBOLEH UBAH :

DATA

(Tandakan / pada kotak

berkenaan)

TAHUN PEMBOLEH UBAH SAIZ DATA (n)

HIS

HES

PEMBUATAN

PTB

BANCI

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

DISEMAK :

Disokong Tidak disokong

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

PERMOHONAN :

Diluluskan Tidak diluluskan

TANDATANGAN : ________________________________________________

NAMA : ________________________________________________

COP RASMI : ________________________________________________ TARIKH : _________________________

Page 26: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO

Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro UTHM, 2015

26

BORANG I

Jabatan Matematik dan Statistik

Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SURAT AKU JANJI PELUPUSAN DATA & PEMULANGAN CD DATA

1. Saya / Kami ____________________________________ dengan ini mengesahkan bahawa data

_____________________________________ telah dihapuskan dan tiada lagi dalam capaian

pihak saya/kami.

2. Saya/ Kami juga dengan ini mengesahkan telah memulangkan kembali CD yang

mengandungi data sebagaimana yang dinyatakan dalam (1).

3. Bersama ini disertakan salinan hasil penyelidikan/ kajian saya/ kami.

Tandatangan Pengguna : Tandatangan Penyelia/Pensyarah Kursus:

_________________________________ ______________ ____________________________________

Nama : Nama & Cop :

No. Matriks /Pekerja: No. Pekerja :

Fakulti/Jabatan : Tarikh :

Tarikh :

Tandatangan Pengurus/Penyelaras Data :

___________________________________________________

Nama & Cop Jawatan :

No. Pekerja :

Tarikh :