07 bab satu skpm1 dis2003

Upload: anizai-tun-wahab

Post on 01-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bab 1

TRANSCRIPT

ELEMEN-ELEMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

PAGE 5SKPM

BAB SATU : PENGENALAN

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB SATU : PENGENALAN

1. Latar Belakang

1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) atau lebih dikenali sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). STKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developed and maintained in educational institutions).

1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan melaksanakan STKP, sebanyak tujuh dokumen telah diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seperti yang berikut:a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;

b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dang) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang Dipermudahkan).1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung dalam dokumen PKSBSTKP.1.4 Selepas dua tahun pelaksanaannya terdapat keperluan untuk mengkaji semula dan melakukan penambahbaikan kepada STKP, maka kini STKP dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah atau ringkasnya SKPM-Sekolah. 2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah (SKPM-Sekolah)2.1 SKPM-Sekolah digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan surat-surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010: juga telah dirujuk.

2.2 Penggubalan SKPM-Sekolah juga mengambil kira perubahan-perubahan dasar termasuk; Pindaan-pindaan Akta Pendidikan 1996

Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan Wajib

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingeris (PPSMI)

Dasar-dasar baru memperkasakan sekolah

Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

Perubahan Sistem Penggredan dalam STPM

2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:2.3.1 SKPM1 : Pernyataan Standard (PS)2.3.2 SKPM2 : Instrumen Pemastian Standard (IPS)2.3.3 SKPM3: Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

2.4 SKPM-Sekolah diolah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:a) Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya.b) Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan.d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berpandukan teori dan amalan pengurusan berkesan.

f) Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pengajaran berkesan, dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.g) Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.h) Bahawa program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.i) Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.

3. Pemakai SKPM-Sekolah3.1 SKPM-Sekolah ini disediakan khusus untuk sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6.

3.2 SKPM-Sekolah akan gunakan oleh JNS apabila melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid. 3.3 Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD boleh menggunakan SKPM-Sekolah ini sebagai panduan ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

3.4 SKPM-Sekolah diperihalkan dalam 12 elemen dan dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti yang berikut :DIMENSI I :HALA TUJU KEPEMIMPINAN

Elemen 1:Visi dan Misi

Elemen 2:Kepemimpinan

DIMENSI II:PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3:Struktur Organisasi

Elemen 4:Perancangan

Elemen 5:Iklim

Elemen 6:Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Elemen 7:Pengurusan Maklumat

DIMENSI III:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8:Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Elemen 9:Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen 10:Pembangunan Sahsiah Murid

Elemen 11:Penilaian Pencapaian Murid

DIMENSI IV:KEMENJADIAN MURID

Elemen 12:Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah

4. Pengukuran Standard

4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).

4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh (7) tahap dan lima (lima) taraf seperti yang berikut:Peratus PencapaianTahapTaraf Sekolah

90% - 100%7Sekolah Gemilang

80% - 89%6Sekolah Cemerlang

70% - 79%5Sekolah Harapan

50% - 69%4Sekolah Sederhana

35% - 49%3Sekolah Lemah

25% - 34%2

0% - 24%1

4.3 Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan secara berasingan dalam dokumen SKPM2 : Instrumen Pemastian Standard.PAGE 5PERNYATAAN STANDARD