052 syafyny 772-781 (2)

10
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013 ISBN 978-967-5478-61-1 Disunting oleh: Indriaty Ismail, Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Ermy Azziaty Rozali, Zul ‘Azmi Yaakob, Salasiah Hanin Hamjah, Nurbazla Ismail, Mohd Aniq Mustah Muhamed, Khairulnisa Amri, Muhammad Akmal Mukhtar, Nurul Akma Nordin, Muhammad Nazmi Abd. Halim, Nik Norimah Tuan Mat, Suhazlinda Ghazaly JENIS-JENIS SALAH LAKU REMAJA SELEPAS PERCERAIAN Syafyny A. Rahman, Salasiah Hanin Hamjah & Zuliza Kusrin ABSTRAK Fenomena perceraian semakin meningkat dalam kalangan pasangan Islam. Dalam masa yang sama juga pada masa kini peningkatan kes juvana turut berlaku. Remaja didapati semakin berani terlibat dengan kes jenayah. Ada pandangan yang mengatakan perceraian memberi impak kepada tingkah laku remaja. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi mengkaji jenis-jenis salah laku remaja selepas perceraian. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampling dilakukan secara purposive (N:68). Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati 85.3% (58 orang) responden tidak mengambil dadah dan 80.9% (55 orang) responden tidak meminum arak dan 75% (51 orang) responden tidak mengambil sesuatu yang memabukkan dan 75% (51 orang) tidak mencederakan guru. Hasil kajian mendapati perceraian tidak mempengaruhi responden untuk terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Hasil kajian berdasarkan min mendapati antara salah laku yang dilakukan oleh remaja dalam kajian ini ialah membawa telefon bimbit (min=2.28), diikuti bergaduh dengan kawan-kawan (min=1.99) dan ponteng sekolah (min=1.91). Ini menunjukkan salah laku yang dilakukan oleh remaja masih dalam keadaan terkawal tetapi perlu dibendung bagi mengelakkan gejala tersebut berterusan. Kata Kunci: perceraian, remaja, salah laku, ponteng sekolah, telefon bimbit PENGENALAN Pernyataan Masalah Agama Islam merupakan agama yang sempurna kerana memberi garis panduan kepada umatnya untuk membentuk sebuah institusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, ada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumahtangga mereka. Perceraian merupakan langkah yang terakhir apabila pasangan tersebut yang mana tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri lagi. Justeru, Islam menghalalkan perceraian. Namun ia bukan alasan kepada ibu bapa melepaskan diri mereka daripada melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka perlu menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan memastikan anak-anak mereka tidak terabai kerana perceraian tersebut. Oleh yang demikian, bagi menentukan hak penjaga dan anak-anak terpelihara dengan wujud sistem hadhanah. Ia perlu dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga. Terdapat segelintir ibu bapa tidak dapat menjalankan tanggungjawab terhadap

Upload: ombak-rindu

Post on 19-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

Disunting oleh: Indriaty Ismail, Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Ermy Azziaty Rozali, Zul ‘Azmi Yaakob, Salasiah Hanin Hamjah, Nurbazla Ismail, Mohd Aniq Mustah Muhamed, Khairulnisa Amri, Muhammad Akmal Mukhtar, Nurul Akma Nordin, Muhammad Nazmi Abd. Halim, Nik Norimah Tuan Mat, Suhazlinda Ghazaly

JENIS-JENIS SALAH LAKU REMAJA SELEPAS PERCERAIAN

Syafyny A. Rahman, Salasiah Hanin Hamjah & Zuliza Kusrin

ABSTRAK Fenomena perceraian semakin meningkat dalam kalangan pasangan Islam. Dalam masa yang sama juga pada masa kini peningkatan kes juvana turut berlaku. Remaja didapati semakin berani terlibat dengan kes jenayah. Ada pandangan yang mengatakan perceraian memberi impak kepada tingkah laku remaja. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi mengkaji jenis-jenis salah laku remaja selepas perceraian. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampling dilakukan secara purposive (N:68). Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati 85.3% (58 orang) responden tidak mengambil dadah dan 80.9% (55 orang) responden tidak meminum arak dan 75% (51 orang) responden tidak mengambil sesuatu yang memabukkan dan 75% (51 orang) tidak mencederakan guru. Hasil kajian mendapati perceraian tidak mempengaruhi responden untuk terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Hasil kajian berdasarkan min mendapati antara salah laku yang dilakukan oleh remaja dalam kajian ini ialah membawa telefon bimbit (min=2.28), diikuti bergaduh dengan kawan-kawan (min=1.99) dan ponteng sekolah (min=1.91). Ini menunjukkan salah laku yang dilakukan oleh remaja masih dalam keadaan terkawal tetapi perlu dibendung bagi mengelakkan gejala tersebut berterusan. Kata Kunci: perceraian, remaja, salah laku, ponteng sekolah, telefon bimbit PENGENALAN Pernyataan Masalah Agama Islam merupakan agama yang sempurna kerana memberi garis panduan kepada umatnya untuk membentuk sebuah institusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, ada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumahtangga mereka. Perceraian merupakan langkah yang terakhir apabila pasangan tersebut yang mana tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri lagi. Justeru, Islam menghalalkan perceraian. Namun ia bukan alasan kepada ibu bapa melepaskan diri mereka daripada melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka perlu menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan memastikan anak-anak mereka tidak terabai kerana perceraian tersebut. Oleh yang demikian, bagi menentukan hak penjaga dan anak-anak terpelihara dengan wujud sistem hadhanah. Ia perlu dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga. Terdapat segelintir ibu bapa tidak dapat menjalankan tanggungjawab terhadap

Page 2: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

773

anak-anak kerana mereka sibuk dengan urusan dan kehidupan masing-masing terutama ibu bapa yang telah bercerai dan telah berkahwin lain. Justeru, ia memberi kesan kepada perkembangan fizikal, mental dan tingkah laku anak-anak berkenaan.

Perceraian merupakan satu permasalahan sosial dan implikasinya terhadap suami, isteri dan anak-anak. Kehilangan ibu bapa adalah impak yang paling signifikan dalam proses pasca perceraian. Anak dari pelbagai peringkat umur akan merasa kehilangan dari segi kasih sayang, sumber, emosi pengetahuan dan kemahiran daripada ibu bapa. Kesan negatif boleh dilihat pada jangka masa pendek dan panjang. Kesan jangka panjang pula lazimnya dilihat apabila anak meningkat remaja dan awal dewasa. Ini disebabkan remaja adalah zaman peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Di alam transisi ini anak remaja berhadapan dengan pelbagai perubahan yang lazimnya membawa konflik jiwa dalam diri remaja. Berita perceraian ibu bapa sudah tentu menambahkan lagi konflik jiwa yang sedang dialami remaja lebih-lebih lagi tertekan dengan perasaan ingin mengatasi krisis antara orang penting dalam hidupnya (Rojanah, Rumaya & Siti Noor Yaacob, 2002: 122-23). Menurut Kamus Dewan (2005: 12), remaja ialah orang yang mula dewasa, sudah baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Remaja juga bermaksud muda seperti gadis iaitu puteri gadis yang sudah mula dewasa. Menurut Ahmad Zaki Badwi (1987: 14) al-Murahiqah iaitu remaja yang berada dalam peringkat perkembangan yang bermula dari umur baligh iaitu kira-kira umur 13 tahun dan berakhir pada umur matang iaitu sekitar 18 atau 20 tahun, iaitu kematangan dari segi akal, perbuatan dan hubungan sosial. Berdasarkan definisi ini, tahap remaja ialah berdasarkan kepada sudut fizikal, tanggungjawab sosial dan kemampuan individu selaras dengan kehendak ahli dalam sesebuah masyarakat dan budaya yang dianggotainya.

Sementara itu, daripada sudut tahap perkembangan psikologi, ahli psikologi remaja menjelaskan remaja adalah bersifat biologikal dan sosial. Permulaan peringkat remaja dapat dikesan dengan perubahan biologi dalam kalangan kanak-kanak. Sebenarnya pertumbuhan mendadak pra remaja berlaku sebelum akil baligh. Hurluck (1973: 2) dalam bukunya “Adolesent Development” menyatakan perkataan adolesense berasal dari perkataan latin adolescare yang membawa maksud untuk meningkat dewasa. Remaja ialah tempoh perpindahan apabila berlaku perubahan individu secara fizikal dan psikologi dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Medinnus dan Johnson (1976: 442) pula menyatakan masa remaja menurut ahli psikologi ialah bermula apabila seseorang mula menunjukkan tanda-tanda kematangan seks untuk menunjukkan kedua-dua perkembangan fizikal dan sosial. Perkembangan ini akan terhenti apabila seseorang individu itu telah menganggap dirinya memiliki ciri-ciri kedewasaan dan menerima cara hidup sebagai seorang dewasa melalui individu dicontohinya. Apabila dilihat dari perspektif perundangan Malaysia, tiada istilah khusus mengenai remaja yang dinyatakan. Namun, terdapat beberapa akta yang berkaitan dengan umur golongan ini. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 menyatakan bahawa kanak-kanak ialah berumur lapan belas ke bawah. Manakala Akta Mahkamah Juvana 1947 mentakrifkan kanak-kanak sebgai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun ke bawah. Manakala Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mendefinisikan kanak-kanak sebagai mereka yang berada dalam lingkungan 10 hingga 14 tahun. Manakala orang muda ialah yang bukan

Page 3: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

774

lagi kanak-kanak tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 2(a) mentakrifkan kanak-kanak sebagai individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Selain definisi remaja yang dibincangkan, pengertian akhlak juga perlu dinyatakan kerana salah laku mempunyai perkaitan yang cukup kuat dengan akhlak. Akhlak ialah kata nama yang bersifat jama’ atau plural yang berasal dari khuluq. Khuluq bermaksud karakter atau peribadi semulajadi. Manakala akhlak bermaksud moral, etika yang mempunyai maksud yang baik. Kamus Dewan (2005:25) menjelaskan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan dan tingkah laku. Pengertian akhlak dari segi bahasa, ialah kata jama’ daripada al-Khuluq. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab ( 1992: 140 ) menyatakan bahawa akhlak bermakna tabiat atau watak. Akhlak turut bermaksud maruah, al-Din atau fitrah menurut al-Zawi dalam Tartib al-Qamus al-Muhith (1992:100). Pada hakikatnya, akhlak adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Akhlak ini mencerminkan lahiriah, sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini sama ada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela. Demikian juga dengan keruntuhan akhlak sosial dalam kalangan remaja di negara kita pada hari ini juga dilihat semakin kritikal walaupun terkawal yang mana hampir setiap hari kita akan didedahkan dengan salah laku remaja terutama daripada sekecil-kecil kesalahan sehinggalah kesalahan yang melanggar sistem perundangan negara. Sering juga didedahkan dengan pelajar tidak berdisiplin di sekolah dan luar sekolah, terbabit dengan aktiviti ponteng, buli, merokok, dadah, tidak menghormati guru, vandalisme, merempit, seks bebas, buang bayi dan ada juga sebilangan kecil yang terbabit dengan aktiviti jenayah seperti mencuri, merompak dan sebagainya. (Mohamed Sofee Razak 2013: 35).

Berdasarkan statistik Salah Laku Remaja daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor sebanyak 402 orang terdiri daripada remaja Melayu, 54 orang remaja bangsa Cina, 311 orang remaja bangsa India dan 46 orang remaja lain-lain bangsa (Statistik IPK Selangor, 2012: 7 Oktober 2013). Ini menunjukkan bilangan remaja Melayu melebihi remaja lain yang terlibat dengan salah laku.

Sejak-sejak akhir ini kes perceraian juga semakin meningkat di Selangor. Statistik

yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM menunjukkan negeri Selangor mencatatkan peningkatan kes perceraian daripada tahun 2000 hingga 2007 semakin meningkat iaitu daripada 2,075 kepada 3,722 kes perceraian. Manakala tahun 2010 ia meningkat kepada 5,342 pasangan yang bercerai ( JAKIM 2012). Oleh yang demikian, penulis ingin mengkaji sejaumanakah perkaitan antara perceraian terhadap salah laku anak-anak orang Islam dan sebagai sampel kajian melibatkan pelajar sekolah menengah di bandar dan luar bandar di daerah Hulu Langat.

Kajian mengenai kesan perceraian terhadap remaja penting untuk dilaksanakan bagi

mengenalpasti apakah jenis-jenis salah laku yang biasa dilakukan oleh remaja akibat perceraian ibu bapa. Masalah perceraian dalam kalangan pasangan Muslim bukan masalah baru. Ia sering disebut dan dibicarakan sama ada oleh para cendikiawan mahupun orang awam. Selain itu, pelbagai seminar turut diadakan bagi membincangkan peranan keluarga dalam mewujudkan keluarga bahagia. Masalah ini semakin hari semakin meningkat dan ia

Page 4: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

775

juga dikaitkan dengan salah laku anak-anak terhadap masyarakat. Antara kajian mengenai kesan perceraian ialah kajian yang dilakukan oleh Khairani Zakaria @ Abdul Hamid (2004) bertajuk “Kesan Perceraian Terhadap Kehidupan Remaja Muslim”. Kajian ini mendapati daripada kajian beliau jelas bahawa remaja yang menjadi mangsa konflik rumahtangga ibu bapa yang tidak bercerai lebih teruk kesannya berbanding remaja yang menjadi mangsa perceraian. Ini kerana perceraian walaupuan pahit mungkin ada manisnya. Sabkiah bt Mansor (2009) dalam kajiannya bertajuk “Tahap Persepsi Remaja, Personaliti dan Penyesuaian Terhadap Perceraian” menunjukkan bahawa personaliti iaitu kekuatan peribadi, dominan dan impulsive menjadi penyumbang yang signifikan terhadap penyesuaian.

Ahmad Redzwan Mohd Yunus (2003) juga membicarakan tajuk perceraian dalam bukunya bertajuk “Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian”. Beliau menyatakan bahawa perceraian boleh membawa kemudharatan kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Rozumah Baharuddin dan Rumaya Juhari (2010) dalam bukunya yang bertajuk “Pengantar Perkahwinan dan Keluarga dalam Perceraian, Keluarga Induk dan Perkahwinan Semula” merumuskan tentang perceraian merupakan satu fenomena sejagat yang memberi implikasi ke atas kesejahteraan hidup individu dan keluarga. Perselisihan keluarga dan perceraian menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama pelajar dan ia memberi kesan negatif kepada konsep kendiri mereka. Rohani Ismail (2002) dalam kajiannya bertajuk ”Perilaku Devian Remaja Awal dan Hubungan dengan Faktor Keluarga-Mengikut Persepsi Remaja, Satu Kajian di Sebuah Sekolah Menengah di Selayang” mendapati remaja berperilaku devian adalah tinggi dalam kalangan remaja lelaki berbanding remaja perempuan dan dalam kalangan ibu bekerja. Kajian beliau mendapati didapati sebanyak 4.3 peratus responden datang dari latar belakang keluarga yang bercerai dalam kalangan orang Melayu jika dibandingkan dengan kaum lain iaitu Cina 3.2.

Md. Myidin (2009) dalam kajian beliau bertajuk “Buli/Poteng/Rokok” mendapati gejala sosial seperti buli, ponteng dan merokok (BPR) semakin meningkat dari semasa ke semasa dan salah satu punca penglibatan remaja dalam masalah ini adalah disebabkan perceraian ibu bapa. Koziey (1982) dalam kajiannya bertajuk “Broken Homen: Impact and Adolescent”, berpendapat keretakan rumah tangga dan perceraian ibu bapa memberi kesan kepada tingkah laku dan sahsiah anak-anak. Abd. Rahim Abd Rashid (2006) dalam penulisan beliau yang bertajuk “Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku Remaja dalam Keluarga” berpendapat bahawa keruntuhan institusi keluarga menyebabkan meningkatkan kadar jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Berdasarkan kajian lepas, penulis dapati masih tidak ada kajian yang mengkaji jenis-

jenis salah laku remaja selepas perceraian. Justeru, tujuan penulis menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis salah laku remaja selepas perceraian. Ini berikutan timbul persoalan adakah faktor perceraian menyumbang kepada jenis-jenis salah laku dalam kalangan remaja Muslim.

Page 5: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

776

METODOLOGI KAJIAN Pengkaji menggunakan jenis persampelan bertujuan (purposive), yang merujuk kepada persampelan kajian (Chua Yuan Piau 2001:201). Penulis memilih seramai 68 orang remaja yang ibu bapa mereka yang telah bercerai. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada remaja beragama Islam di lapan buah Sekolah Menengah sekitar Daerah Hulu Langat.

Pemilihan sekolah ini berdasarkan daripada cadangan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kebanyakan sekolah yang dipilih mempunyai rekod yang dikemaskini dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) dan mempunyai kes-kes salah laku pelajar. Kebanyakan sekolah yang dipilih terdiri daripada kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan pedalaman di daerah Hulu Langat. Data-data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Jadual 1 menunjukkan salah laku responden yang menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa. Responden sangat tidak setuju mengambil dadah selepas ibu bapa mereka bercerai merupakan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 85.3 peratus (58 orang),. Diikuti peratusan kedua tertinggi responden tidak setuju meminum arak ketika menghadapi masalah sebanyak 80.9 peratus (55 orang). Manakala peratusan ketiga tertinggi sebanyak 75.0 peratus (51 orang) responden sangat tidak setuju mengambil sesuatu yang memabukkan selepas ibu bapa mereka bercerai dan sebanyak 75.0 peratus (51 orang) responden sangat tidak setuju mencederakan guru.

Jadual 1 Jenis-Jenis Salah Laku Remaja Selepas Perceraian

Bil Perkara Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Min

1 Saya mengambil barang orang lain

36 52.9%

20 29.4%

11 16.2%

1 1.5%

1.7

2 Saya mencederakan guru

51 75%

17 25%

0 0%

0 1.25

3 Saya mengancam murid 40 58.8%

21 30.9%

6 8.8%

1 1.5%

1.53

4 Saya memukul murid 40 58.8%

13 19.1%

14 20.6%

1 1.5%

1.65

5 Saya mencederakan Murid

46 67.6%

15 22.1%

6 8.8.%

1 1.5

1.44 .

6 Saya memeras ugut 48 70.6%

16 23.5%

4 5.9%

0 0%

1.35

7 Saya bergaul dengan gangster

40 58.8%

13 19.1%

13 19.1%

2 2.9.%

1.66

8 Saya menghisap dadah 58 9 1 0 1.16

Page 6: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

777

85.3% 13.2% 1.5% 0% 9 Saya meminum arak 55

80.9% 10 14.7%

1 4.4%

0 0%

1.2

10 Saya membuli pelajar 45 66.2%

13 19.1%

8 11.8%

1 1.5%

1.48

11 Saya memiliki rokok 34 50.0%

15 22.1%

12 17.6%

7 10.3

1.88

13 Saya menyimpan rokok 34 50%

17 25%

10 14.7%

7 10.3

1.85

14 Saya menjual rokok 46 67.6%

17 25.0%

4 5.9%

1 1.5

1.41

15 Saya mengedar rokok 46 67.6%

15 22.1%

6 8.8%

1 1.5%

1.44

16 Saya ponteng sekolah

31 45.6%

17 25%

15 22.1%

1 1.5%

1.91

17 Saya berdua-duan dengan bukan Muhrim

42 61.8%

18 26.5%

6 8.8.%

2 2.9%

1.53

18 Saya membawa bahan lucah

47 69.1%

16 23.5%

3 4.4.%

1 1.5%

1.51

19 Saya biadab terhadap guru

44 64.7%

12 17.6%

9 13.2%

3 4.4%

1.57

20 Saya minum minuman yang memabukkan

51 75.0%

10 14.7%

7 10.3%

0 01%

1.35

21 Saya merosakkan harta 36 52.9%

15 22.1%

15 22.1%

2 2.9%

1.75

22 Saya membawa telefon bimbit

24 35.3%

11 16.2%

23 33.8%

10 14.7%

2.28 1.352941

1.367647

1.402985

1.426471

1.985294

1.588235

1.852941

1.779412

1.558824

1.514706

1.426471

1.485294

1.617647

1.558824

23 Saya menconteng dinding tandas

48 70.6%

17 25%

2 2.9%

1 1.51%

1.35

24 Saya menconteng dinding kelas

46 67.6%

20 29.4%

1 1.5%

1 1.5%

1.37

25

Saya memecahkan meja 44 64.7%

20 29.4%

3 4.4.9%

1 1.5%

1.40

26 Saya memecahkan kerusi

44 64.7%

20 29.4

3 4.4

1 1.5%

1.43

27 Saya bergaduh dengan kawan-kawan

27 39.7%

18 26.5%

20 29.4%

3 4.4%

1.99

28 Saya melawan guru

38 55.9%

22 32.4%

6 8.8%

2 2.9%

1.59

29 Saya lepak di tempat hiburan

34 50.0%

16 23.5%

12 17.6%

6 8.8%

1.85

30 Saya meniru peperiksan 33 48.5%

19 27.9%

14 20.6

2 2.9%

1.78

31 Saya mencuri barang orang lain

39 57.4%

21 30.9%

7 10.3%

1 1.5%

1.56

Page 7: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

778

32 Saya mengganggu ketenteraman awam

40 58.8%

22.1 32.41%

5 7.4%

1 1.5%

1.51

33 Saya melanggar peraturan asrama

45 66.2%

19.1 27.9%

2 2.9%

2 2.9%

1.43

34 Saya mengancam orang lain

39 57.41%

26.1 38.21%

2 2.9%

1 1.5%

1.49

Sumber: Borang Soal Selidik

Kajian ini mendapati responden dalam kajian ini tidak melakukan salah laku yang kronik seperti mengambil dadah dan minum arak meskipun ibu bapa mereka bercerai. Ini menunjukkan perceraian tidak menjadi sebab utama kepada penglibatan remaja dalam kes jenayah dan gejala moral yang kronik. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan dalam kajian yang dilakukan oleh Jas Laile Suzana Jaafar (2008) dalam bukunya bertajuk “Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja” mendapati remaja yang menjadi mangsa konflik rumahtangga ibu bapa yang tidak bercerai lebih teruk kesannya berbanding remaja yang menjadi mangsa perceraian. Sungguhpun demikian, kajian ini mendapati ada juga sebilangan kecil remaja dalam kajian ini terlibat dengan gejala sosial yang kronik seperti minum arak (min= 1.24) dan menghisap dadah (min= 1.16) akibat perceraian ibu bapa.

Analisis secara min pula mendapati trend salah laku remaja selepas perceraian kedua

ibu bapa mereka, responden dalam kajian ini melibatkan pelbagai perkara antaranya “ Saya membawa telefon bimbit” (min= 2.28) diikuti “Saya bergaduh dengan kawan-kawan” (min= 1.99), “Saya ponteng sekolah” (min= 1.91), “Saya memiliki rokok” (min= 1.88), “ Saya menyimpan rokok” (min= 1.85), “Saya lepak di tempat hiburan” (min= 1.85), “ Saya meniru peperiksaan” (min= 1.78), “Saya merosakkan harta” (min= 1.75) “ Saya mengambil barang orang lain” (min= 1.66), “Saya bergaul dengan gangster (min= 1.66), “ Saya memukul murid” (min= 1.65), “Saya melawan guru” (min= 1.59), “Saya berlaku biadab terhadap guru” (min= 1.57), “Saya mencuri barang orang lain” (min= 1.56), “Saya mencederakan pelajar lain (min= 1.56), “Saya mengancam murid (min= 1.53), “Saya berdua-duan dengan bukan muhrim” (min= 1.53), “Saya membawa bahan lucah” (min= 1.51), “Saya menganggu ketenteraman awam” (min= 1.51), “Saya mengancam orang lain” (min= 1.49), “Saya membuli pelajar lain” (min= 1.48), “Saya mengedar rokok” (min= 1.44), “Saya memecahkan kerusi” (min= 1.43), “Saya melanggar peraturan asrama” (min= 1.43), “Saya menjual rokok” (min= 1.41), “Saya memecahkan meja” (min= 1.40)”, Saya menconteng dinding kelas” (min= 1.37), “Saya memeras ugut” (min= 1.35), “ Saya minum minuman yang memabukkan”, (min= 1.35), “ Saya menconteng dinding tandas” (min= 1.35) dan “ Saya mencederakan guru” (min= 1.25).

Walaupun kajian ini tidak mendapati remaja terlibat dengan gejala sosial yang kronik

selepas perceraian ibu bapa mereka, tetapi kajian ini mendapati remaja ada terlibat dengan jenis salah laku yang lain seperti ponteng sekolah (min= 1.91), memiliki rokok (min= 1.88), menyimpan rokok (min= 1.85), menjual rokok (1.41), mengedar rokok (1.44), bergaduh (min= 1.99), melepak di tempat hiburan (min= 1.85), meniru dalam peperiksaan (min= 1.78), merosakkan harta (min= 1.75), mencuri (min= 1.51), bergaul dengan gangster (min= 1.66), memukul murid lain (min= 1.65.), melawan guru (min= 1.59), biadab terhadap guru (min= 1.57), mencuri barang orang lain (min= 1.56), mencederakan pelajar lain (min= 1.56),

Page 8: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

779

mengancam murid (min= 1.53), berdua-duaan dengan bukan muhrim (min= 1.53), membawa bahan lucah (min= 1.51), menganggu ketenteraman awam (min= 1.51), mengancam orang lain (min= 1.49), membuli pelajar lain (min= 1.48), mengedar rokok (min= 1.44), memecahkan kerusi (min= 1.43), melanggar peraturan asrama (min= 1.43), menjual rokok (min= 1.41), memecahkan meja (min= 1.40), menconteng dinding kelas (min= 1.37), memeras ugut (min= 1.35), minum minuman yang memabukkan (min= 1.35), menconteng dinding tandas (min= 1.35) dan mencederakan guru (min= 1.25). Meskipun nilai min yang diperolehi adalah rendah dan sederhana tetapi ini jelas menunjukkan bahawa perceraian memberi impak kepada salah laku remaja selepas perceraian meskipun salah laku yang dilakukan itu tidak melibatkan kes jenayah tetapi perkara ini perlu diambil berat oleh semua pihak.

Dapatan ini adalah selari dengan dapatan Md. Myidin (2009,) dalam kajian beliau

bertajuk “Buli/Poteng/Rokok”. Beliau mendapati gejala sosial seperti buli, ponteng dan merokok (BPR) semakin meningkat dari semasa ke semasa dan salah satu punca penglibatan remaja dalam masalah ini adalah disebabkan perceraian ibu bapa di samping faktor yang lain seperti rakan sebaya, tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin, terlalu dimanjakan oleh ibu bapa, bosan dengan sekolah, membuli pelajar dan ingin menunjukkan kekuatan mereka.

Demikian juga menurut Koziey (1982: 99) dalam kajiannya bertajuk “Broken

Homen: Impact and Adolescent”, keretakan rumah tangga dan perceraian ibu bapa memberi kesan kepada tingkah laku dan sahsiah anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana harmoni dan kasih sayang akan melahirkan personaliti yang baik. Sementara anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga kucar kacir dan bercerai cenderung membentuk sikap dan personaliti tidak baik.

Dapatan ini selari dengan kajian Rojanah, Rumaya dan Siti Nor (2002 : 126) yang

mendapati bahawa remaja yang mempunyai ibu bapa yang bercerai berpotensi untuk melibatkan diri dalam tingkah laku delinkuen, antaranya penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, seks bebas, kelakuan membela diri, lari dari rumah, digantung sekolah, bergaduh, memusnahkan harta benda, mencuri. Menurut Abdul Rahman Muhamad al-Isawi (1987:50) dalam kajian remaja yang mengalami tekanan kebanyakan daripada keluarga yang bermasalah. Tetapi remaja yang stabil mereka datang daripada keluarga yang stabil dan tiada masalah. Remaja yang bermasalah akan melepaskan masalah mereka dengan minum arak, dadah dan kadang-kadang membawa kepada jenayah seperti bunuh, rogol dan sebagainya. Demikian juga, pandangan Koziey (1982, 95) remaja yang datang daripada rumah tangga yang runtuh disebabkan perpisahan dan perceraian ibu bapa atau pun kematian salah seorang daripada keduanya juga mempunyai konsep kendiri yang rendah, mereka lemah dari segi kawalan diri, hubungan sosial dan penampilan diri berbanding remaja yang keluarga induk.

KESIMPULAN Kesimpulannya dari kajian ini dapat dirumuskan bahawa perceraian ibu bapa adalah memberi implikasi terhadap salah laku anak-anak mangsa perceraian. Walaupun tiada salah laku kronik namun masalah-masalah ponteng sekolah, memiliki, menyimpan, menjual rokok, membawa telefon bimbit dan bergaduh perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Ini

Page 9: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

780

kerana salah laku ini dilakukan pada sesi persekolahan yang boleh memudharatkan orang lain. Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menanganinya walaupun ia termasuk dalama masalah kecil dan sederhana. Ibu bapa, sekolah (guru dan PBIG) dan masyarakat perlu menggembeleng tenaga dalam menangani masalah salah laku dalam kalangan remaja. Nasihat dan tunjuk ajar dan program membina jati diri remaja di peringkat akhir sekolah rendah sehingga peringkat sekolah menengah adalah memerlukan usaha sama dari semua pihak tersebut. Ini kerana pada peringkat tersebut bermulanya berlaku perubahan pada remaja dari segi fizikal, mental dan tingkah laku. Tahap pengukuran sejahteranya masyarakat ialah bermula dengan zaman remaja, sekiranya remaja sejahtera maka sejahtera sesebuah masyarakat, agama dan negara. RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid. 2006. Institusi Keluarga 21 Menghadapi Alaf Baru. Cet. 1. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distribuors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Muhammad al-Iysawi. 1987. Al-Saikulujiyyah al-Murahiqah al-Muslim al-

Muasir. Kuwait: Dar al-Saiq. Ahmad Redzwan Mohd Yunus. 2003. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam dan

Penyelesaian. Selangor: PTS Publications. Ahmad Zaki Badwi. 1987. Mucjam Mustalahat al-Ricayat al-Tanmiyyat al-Ijtimaciyyat.

Kaherah: Dar al-Kutub al-Misri. Al-Razi, Muhammad b. Abi Bakr b. Al-Qadir. 1993. Tartib mukhtar al-Sihah. Kaherah: Dar

al-Kutub al-Misri. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Tahir, Ahmad Al-Zawi. 1992. Tartib al-Qamus al-Muhith al-Tariqatu al-Misbah al-

Munir wa Asasu al-Balaghah. t.tp: Darul A’limu al-Kutub. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Hurluck, Elizabeth B. 1973. Adolescent development. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Inc. Ibn. Manzur al-Afriqiyyi al-Maisir. 1967. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sodr. JAKIM, Statistik Pendaftran Cerai Mengikut Negeri tahun 2006-2011: 27 Dis 2012. Jas Laile Suzana Jaafar. 2008. Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja.

Selangor: Percetakan Polygraphic (M) Sdn. Bhd. Kamus Dewan Bahasa. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairani Zakaria @ Abdul Hamid. 2004. Kesan Perceraian Terhadap Kehidupan Remaja

Muslim: Suatu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Langkawi. Ijazah Sarjana Usuluddin. Universiti Malaya.

Page 10: 052 Syafyny 772-781 (2)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) 13 November 2013

ISBN 978-967-5478-61-1

781

Koziey, P.W. 1982. Broken Homes: Impact and Adolescent. Journal of Educational Research. v 28: hlm. 95-99.

MD. Mydin Md. Syeriff. 2009. Gejala Sosial Negeri Selangor Buli/Ponteng/Rokok. Seminar

Mencegah Gejala Sosial Selangor. Hotel Grand Bluewave, Selangor, 24-25 Jun. Medinnus, Gene R, Johnson, Ronald C. 1976. Child and Adolescent phsycology. Edisi

kedua. New York: John Wiley & Sons, Inc. Mohamed Sofee Razak. 2013. Gejala Moral Remaja Ancaman Besar Negara. Berita Harian.

1 Mac. Rohani Ismail. 2002. Perilaku Devian Remaja awal dan hubungan dengan faktor keluarga-

mengikut persepsi remaja satu kajian di sebuah sekolah menengah di Selayang. Tesis Ijazah Sarjana Sains Perubatan. Fakulti Perubatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozumah Kahar, Rumaya Juhari & Siti Nor Yacoob. 2002. Pengantar Perkahwinan dan

Keluarga. UPM: Malindro Printers Sdn. Bhd. Sabkiah Mansor. 2009. Tahap persepsi remaja, personaliti dan penyesuaian terhadap

perceraian. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Statut Akta Kanak-Kanak 2001 Akta Mahkamah Juvana 1947 Akta Pekerjaaan Kanak-Kanak Dan Orang Muda 1996 Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991