ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · web viewjelas...

36
JABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER 1 2011/2012 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI PERBANDINGAN ASPEK FONOLOGI DIALEK MUAR DAN MELAKA BERDASARKAN TEORI TRANSFORMASI GENERATIF NAMA PENSYARAH : DR. ADI YASRAN BIN ABD.AZIZ 1.0 PENGENALAN Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling fahaman antara satu sama lain ( Chambers dan Trudgill 1980 ). Ciri kesaling fahaman ini merupakan asas paling penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam atau variasi dialek kepada satu-satu bahasa yang sama mahupun berdiri sebagai satu BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 1

Upload: duongthuy

Post on 12-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

JABATAN BAHASA MELAYU

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEMESTER 1 2011/2012

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI

PERBANDINGAN ASPEK FONOLOGI DIALEK MUAR DAN MELAKA BERDASARKAN TEORI TRANSFORMASI

GENERATIF

NAMA PENSYARAH : DR. ADI YASRAN BIN ABD.AZIZ

1.0 PENGENALAN

Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling fahaman antara satu

sama lain ( Chambers dan Trudgill 1980 ). Ciri kesaling fahaman ini merupakan asas paling

penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam atau variasi dialek kepada satu-satu

bahasa yang sama mahupun berdiri sebagai satu bahasa yang tersendiri. Dialek-dialek yang

tergolong dalam satu bahasa yang sama itu lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan

walaupun terdapat beberapa ciri pembeda bagi sesebuah bahasa.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 1

Page 2: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Perkongsian dalam ciri persamaan ini membuktikan bahawa dialek-dialek tersebut

mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama daripada sumber, manakala ciri

pembeda itu menunjukkan sesuatu dialek itu telah mengalami perkembangan secara tersendiri

dan terpisah dengan dialek-dialek lain. Newton ( 1972 ) menyatakan kewujudan kepelbagaian

dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang terjadi dari segi

sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya serasi dan sama. Faktor geografi dan waktu adalah

dua penyebab utama yang telah menjadikan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek

yang kini diucapkan oleh penutur aslinya.

Dialek membawa maksud kepada satu bahasa tertentu yang diungkapkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Ia juga mempunyai bentuk tertentu

yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk bahasa formal dari segi

sebutan, tatabahasa dan penggunaan perkataan tertentu. Namun begitu, perbezaan yang

ditunjukkan tidaklah begitu ketara untuk dijadikan dan dianggap sebagai satu bahasa baru

yang lain daripada bahasa asal.

Faktor penyebab yang menjadikan munculnya kepelbagaian dialek ialah terdiri

daripada faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa dan sebagainya. Di

semenanjung Malaysia misalnya, terdapat kepelbagaian alam semulajadi yang terdiri daripada

pelbagai bukit dan gunung, hutan belantara dan sungai yang menjadi penghalang kepada

penduduk setempat untuk berhubung. Faktor politik pula menyebabkan pembahagian Negara

kepada beberapa fahaman politik yang menjadikan negeri-negeri mempunyai dialek mereka

yang tersendiri.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 2

Page 3: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Dalam kertas kerja ini, pengkaji akan mengkaji tentang perbezaan aspek fonologi

antara dialek Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Pengkaji

akan menggunakan bahan kajian yang terdiri daripada kajian responden yang pengkaji

jalankan di sekitar Muar dan Melaka. Sebagai bahan rujukan tambahan, pengkaji turut

menggunakan buku fonologi generatif.

Mengikut sejarah, kedudukan negeri Melaka adalah bersebelahan dengan Daerah

Muar yang merupakan daerah negeri Johor. Daerah Muar  terletak di barat laut negeri Johor,

Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil

Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka ( Sungai Rambai ) di utara,

daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Manakala Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia serta

bertentangan dengan Sumatera. Ia berkeluasan kira-kira 1,650 kilometer persegi, ia

bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Timur. Bandar-bandar utama di

negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Jasin, Merlimau, Alor Gajah, Masjid Tanah, Asahan

dan Ayer Keroh. Jelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat

hamper tetapi mempunyai sebutan fonetik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam bahasa

formal menyatakan perkataan [ pa.sar ], dalam dialek Muar akan mengatakan [ pa.so ] dan

dialek Melaka akan mengatakannya sebagai [ pa.saw ].

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Semasa mempelajari sesuatu bahasa, terdapat pelbagai masalah ataupun

persoalan yang timbul sama ada ketika mempelajari bahasa pertama mahupun bahasa

kedua. Masalah ini timbul hasil daripada gangguan yang mungkin dihasilkan oleh

bahasa ibunda ataupun dialek itu sendiri.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 3

Page 4: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam dialek Muar dan

Melaka telah menimbulkan beberapa permasalahan kepada pengkaji yang perlu dikaji

dan diselesaikan. Pengkaji juga telah memerhati dan mengenalpasti bahawa terdapat

banyak perbandingan aspek fonologi antara dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori

transformasi generatif. Oleh itu, terdapat beberapa jenis masalah yang timbul dalam

pengkajian ini.

Antaranya ialah mengapa dalam dialek Muar / r / akan digugurkan apabila

berada di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Manakala dalam dialek

Melaka / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan dengan

huruf / w /. Permasalahan seterusnya ialah mengapa vokal /a/ direalisasikan sebagai

vokal /ə/ apabila berada di akhir kata dalam dialek Muar dan juga dialek Melaka.

Selain itu juga terdapat permasalahan mengapa vokal /i/ akan direalisasikan

sebagai vokal /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf

konsonan /k/ dalam dialek Muar dan Melaka. Dalam kajian yang dilakukan terdapat

juga permasalahan tentang penukaran konsonan /k/ menjadi hentian glotis /Ɂ / diposisi

akhir kata.

1.2 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN

Pengkaji telah mengkaji penelitian dialek Muar dan dialek Melaka melalui

kaedah lapangan di mana pengkaji telah mencari responden yang menggunakan

dialek-dialek ini sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Hal ini kerana dengan

penelitian yang dijalankan mendapati responden yang menggunakan dialek ini sebagai

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 4

Page 5: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

bahasa pertuturan mereka seharian akan membuatkan bahasa itu berkembang dengan

sendirinya dengan penyebaran dialek di antara masyarakat sekelilingnya. Di samping

itu juga, pengkaji turut mempunyai banyak data-data yang terdiri daripada perkataan-

perkataan dialek Muar dan dialek Melaka yang boleh dijadikan bahan rujukan dalam

kertas kerja ini.

Di dalam kertas kerja ini juga, para pengkaji turut memberi tumpuan untuk

meninjau dan meneliti pertuturan dialek Muar dan dialek Melaka oleh para responden

yang terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah dan orang awam yang tinggal

dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka lahir serta menuturkan dialek kawasan

masing-masing sebagai bahasa pertuturan mereka seharian. Oleh hal demikian,

tinjauan yang dibuat daripada responden yang dipilih sememangnya sesuai kerana

dialek yang perlu dikaji seharusnya dikaji daripada penutur asli dialek tersebut.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Kajian mengenai dialek-dialek Melayu mula dikesan sejak sebbelum perang dunia

kedua lagi. Kajian-kajian awal telah diusahakan oleh pengkaji Barat yang terdiri daripada C.C

Brown, Keiron, Boswick, A.J Stullock, Shellbear dan beberapa orang lagi. Penggunaan

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 5

Page 6: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

bahasa Melayu di beberapa ndegara adalah berbeza-beza bergantung kepada sejarah dan

budaya masyarakat di sesuatu kawasan. Secara amnya, bahasa Melayu mempunyai

kepelbagaian dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan sebutan perkataan dan kosa kata

yang nyata berbeza. Misalnya, bahasa Melayu Riau Johor berbeza dialek dengan Palembang,

Jambi dan Bengkulu. Melayu Riau Johor menggunakan dialek ‘e’ sedangkan Palembang lebih

terarah untuk menggunakan dialek sebutan ‘o’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa

Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan

memberi imbuhan tertentu.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat

mudah dan anjal untuk dipelajari adalah sistem fonologinya yang amat mudah untuk

dipelajari. Hampir keseluruhan huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem.

DwibibirBibir-gigi

Gigi/Gusi

Bel.gusi

Lelangit

Velum UvulaPeti

suara

Sengau m /m/ n /n/ ny /ɲ/ ng /ŋ/Letupan/Hentian

p /p/

b /b/ t /t/ d /

d/k /k/

g /g/

Letusan c /tʃ/ j /dʒ/

Geseranf /f/

v /v, ʋ/

s /s/ z /z/ sy /

ʃ/ h /h/

Malarantak geser

y /j/ w /w/

Getaran r /r/*Sisian l /l/

Jadual Konsonan Fonem Dalam Bahasa Melayu

Ketinggian Depan Pusat Belakang

Sempit i /i/ u /u/

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 6

Page 7: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Separuhsempit

e /e/ o /o/

Tengah e /ə/Separuh

luase [ɛ]* o [ɔ]*

Luas a /a/ a [ɑ]*

Jadual Fonem Vokal Bahasa Melayu

Sememangnya, terdapat banyak contoh yang dapat dikaitkan dengan penggunaan

dialek Muar yang seakan sama dengan bahasa Melayu yang kini dituturkan oleh masyarakat

Malaysia. Sebagai contoh, penggunaan dialek Johor Riau kini menjadi asas kepada

pembentukan bahasa Melayu standard. Hal yang paling ketara dapat dibuktikan melalui

akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh :

Selain itu, terdapat juga beberapa dialek Muar yang diguna pakai dalam dialek Johor

Riau yang sememangnya berkait rapat dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang

hampir sama. Misalnya :BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 7

Saya - disebut sayě

Apa – disebut Apě

Berapa – disebut Berapě

Page 8: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Terdapat juga sesetengah perkataan yang mempunyai konsonan ‘r’ di tengah-tengah

kosa kata akan mengalami pengguguran apabila berada dalam dialek Muar. Contohnya ialah :

Bagi melihat perbezaan yang lebih ketara dalam penggunaan bahasa formal, dialek

Muar dan dialek Melaka, terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan bukti untuk

menunjukkan perbezaan yang tidak begitu ketara antara dialek-dialek berkenaan. Hal ini

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 8

Bunyi ‘o’  diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan

sebutan ‘ur”

Contoh : Tidur – disebut Tido

Telur – disebut Telo

 

Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonan

seperti berikut:

            Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)

            Pergi - disebut Pegi

            Berjalan - disebut Bejalan

 

Page 9: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

kerana lokasi mereka yang berhampiran menyebabkan penyebaran dialek mereka menjadi

sekata dan perkataan yang mereka tuturkan kedengaran hampir serupa antara satu sama lain.

Antara contoh yang boleh diketengahkan bagi membuktikan kajian para pengkaji ialah :

silakan

Pengkajian mengenai dialek-dialek di Malaysia sebenarnya telah menarik perhatian

yang serius sejak tahun 1960-an. Terdapat banyak kajian ilmiah telah dihasilkan pada

peringkat sarjana dan peringkat tertinggi dalam pelbagai bentuk, termasuklah buku, monograf,

jurnal,artikel, kertas kerja da sebagainya. Antara para pengkaji yang dikenali ramai

termasuklah Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Musa,

Farid M Onn, Ajid Che Kod, Yunus Maris dan lain-lain lagi. ( Raja Masitah, 1987 : 289 )

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 9

          Ejaan Standard      Johor-Riau       Dialek Muar      DialekMelaka

Besar                           Besa                     Beso                       Besau

            Lebar                           Leba                     Lebo                      Lebau

            Sabar                           Saba                     Sabo                      Sabau

            Langgar                       Langga                 Langgo                  Langgau   

            Tukar                           Tuka                     Tuko                     Tukau

 

Page 10: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Mengikut sejarah, kajian terhadap dialek-dialek Melayu khususnya dialek Johor Riau

yang berkait rapat dengan dialek Muar dapat dikesan sejak zaman kegemilangan tamadun

Melayu Melaka lagi. Ia menjadi Lingua Franca di mana ia menjadi bahasa diplomatik yang

dituturkan oleh para pedagang yang dating berdagang ke negeri Melaka. Namun, perkara

tersebut tidak dapat dipastikan sebagai salah satu sumber ilmiah kerana tidak mengikut

disiplin yang harus dilakukan secara saintifik dan empirikal.

Para pengkaji yang mengkaji kewujudan dialek pada masa itu bukanlah terdiri

daripada kalangan ahli linguistik yang terlatih. Lazimnya mereka hanya akan mencatat segala

pertuturan dalam dialek tersebut dalam abjad biasa sahaja. Akibatnya, bunyi ucapan yang

dicatat itu tidak tepat dan berkemungkinan besar dipengaruhi bahasa mereka sendiri. Oleh itu,

kertas kerja ini akan mengkaji perbezaan fonologi yang mungkin wujud dalam dialek Muar

dan dialek Melaka.

3.0 METODOLOGIBBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 10

Page 11: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Dalam kertas kerja ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk

mendapatkan data-data yang berkait rapat dengan dialek Muar dan dialek Melaka. Antara

kaedah yang digunakan termasuklah kaedah perpustakann, melayari internet dan kaedah

kajian lapangan. Menurut Mohd Majid Konting ( 1993-1995 ), bidang penyelidikan

melibatkan kegiatan pengumpulan data dan pemerosesan data. Oleh hal yang demikian,

pengkaji telah menggunakan kesemua kaedah dengan berkesan untuk mendapatkan maklumat

dan data-data yang lebih terperinci dan boleh dipercayai.

1. Kaedah Kajian Lapangan

Melalui kaedah ini, kesemua data dan maklumat dapat diperolehi secara jelas dan

konkrit. Hal ini demikian kerana data dan maklumat yang diperolehi mengandungi dialek

pertuturan yang dituturkan oleh responden kami yang berasal dari Muar dan Melaka.

Responden kami terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah, serta beberapa orang awam

yang berasal dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka dilahirkan. Pengkaji telah

mendapatkan maklumat semasa responden mengungkapkan pertuturan yang dituturkan serta

merekod setiap butir bicara yang diungkapkan. Kami turut menyediakan senarai perkataan

yang perlu diungkapkan oleh responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih konsisten

dan tepat.

Pengkaji turut meminta responden untuk mengungkapkan perkataan demi perkataaan

dengan jelas dan tepat bagi memudahkan proses pencarian data dan maklumat. Selain

daripada menyediakan teks, pengkaji turut menemu bual responden bagi mendapatkan

makluamat tidak formal seperti nama responden, tempat tinggal, lama menetap di tempat

kajian dan pengalama yang tidak dapat dilupakan oleh responden. Pengkaji mendapat maklum

balas yang positif dari kesemua responden pengkaji.

2. Kaedah Internet.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 11

Page 12: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Pengkaji juga menggunakan kaedah internet dalam menyiapkan kertas kerja ini.

Banyak sumber dan maklumat yang diperolehi para pengkaji melalui kaedah ini. Antaranya

ialah senarai pengkaji awal dialek-dialek Melayu, sejarah dialek-dialek Melayu dan jurnal-

jurnal yang berkaitan dengan kajian pengkaji.

3. Kaedah Perpustakaan

Kaedah perpustakaan ini digunakan untuk mengetahui sesuatu kajian lepas yang

berkaitan dengan konteks kajian ini. Tambahan pula, kaedah ini dapat digunakan dalam kertas

kerja ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan data yang berkaitan dengan

kajian dan masalah penyelidikan yang lepas. Proses mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan permasalahan kajian dan ia tertumpu kepada ppembacaan dan rujukan terhadap buku,

jurnal, dan artikel mengenai dialek-dialek Melayu. Semua maklumat yang diperolehi akan

digunakan sebagai bahan rujukan kajian pengkaji.

Pengkajian dialek ini mencakupi faktor ruang geografi yang telah menyebabkan

berlakunya perubahan dialek daerah tersebut. Kaedah kajian lapangan yang perlu dipatuhi

oleh setiap cabang ilmu yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti. Ruang geografi

dialek juga memberi perhatian yang lebih kepada soal selidikk, pemilihan informal dan

pemetaan ( Chambers dan Trudgill ). Pemilihan informal ini ada kaitannya dengan tujuan

kajian geografi dialek itu sendiri. Pada peringkat awal sejarah kajian ini, para informal

tertentu kepada jenis yang diakronimkan sebagai NORM (non mobile, older rural and male)

iaitu informal yang hamper seluruh hayatnya tinggal di tempat itu sahaja. Hal ini disebabkan

tujuan kajian geografi dialek pada masa itu untuk mendapatkan bentuk bahasa yang sekuno

dan yang semurni mungkin serta bentuk-bentuk yang agak baku. Jika kerja yang demikian

tidak dilakukan, pasti beberapa data linguistik yang menarik dan penting akan terkubur.

4.0 HASIL KAJIAN

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 12

Page 13: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Sesuatu bahasa tabii tidak pernah seragam dari segi perkataan, bunyi atau ayat

tertentu. Penutur yang pelbagai akan mengungkapkan bentuk atau pengwujudan dari

perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Keadaan ini jelas dapat

diperlihatkan pada ujaran dalam satu kelompok masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan dalam

pengwujudan sesuatu bahasa tertentu akan melahirkan kelainan-kelainan ujaran bahasa

tersebut yang dikenali sebagai dialek atau loghat.

Dalam erti kata lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari daripada dicirikan oleh dialek.

Contohnya bahasa Melayu mempunyai pelbgai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor,

dialek Melaka, dialek Terengganu, Sabah dan negeri-negeri lain yang mempunyai dialek

mereka tersendiri yang membezakannya dengan dialek-dialek lain dari sudut system bahasa

dan kawasan penyebarannya.

Setelah mengkaji semua maklumat dari pelbagai rujukan dan panduan serta kaedah

lapangan, pengkaji telah berjaya mendapatkan jawapan dan hasil daripada kajian tersebut.

Pemasalahan kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji akhirnya terjawab. Antara rumus

yang dikaji adalah perbezaan atur rumus, pengguguran rumus dan perbezaan atur rumus.

a) Penambahan rumus

i. Peninggian Vokal

a ə/_#

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 13

Page 14: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Rumus ini bermaksud /a/ direalisasikan sebagai /ə/ apabila berada di akhir kata.

Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang

dilakukan para pengkaji semasa menemu ramah para responden yang melengkapkan

rumus ini. Antaranya ialah :

/kena/ [ kә.nә]

/cinta/ [ ʧin.tə ]

/jasa/ [ ʣa.sə ]

/kenapa/ [ kə.na.pə ]

/bendera/ [ bən.də.rə]

Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan

dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam

mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /a/. Hal ini dapat menunjukkan

bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan juga dan perbezaan

yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang lain.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 14

Page 15: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

ii. Perendahan Vokal.

i e/_K#

Rumus ini bermaksud /i/ akan direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku

kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf K. Berdasarkan rumus ini, terdapat

beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang dirakamkan semasa pengkaji

melakukan kajian dengan mendengar perkataan yang dituturkan oleh para responden.

/bilik/ [ bi.leɁ ]

/adik/ [ a.deɁ ]

/balik/ [ ba.leɁ ]

/tasik/ [ ta.seɁ ]

/cer.dik/ [ʧər.deɁ ]

Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan

dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam

mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /i/ yang diakhiri dengan huruf /k/. Hal

ini dapat menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan

juga dan perbezaan yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang

lain.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 15

Page 16: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

b) Perbezaan Atur Rumus

Dalam penghilangan rumus ini, terdapat dua rumus yang berbeza antara dialek

Muar dan juga dialek Melaka. Bagi dialek Muar, rumusnya adalah seperti berikut :

R Ø /_ ] ͻ

Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata.

Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Muar yang mengalami

pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /.

Daripada contoh di atas, proses simplikasi rumus juga merupakan salah satu

faktor yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu.

Ternyata, Teori Dialektologi Generatif berupaya menghuraikan kepelbagaian dialek

Melayu dengan begitu jelas dan formal. Dalam rumus ini, perbezaan jelas ketara

dalam dialek Muar dan dialek Melaka namun menggunakan rumus yang berlainan.

Perbezaan yang amat jelas dapat dijelaskan dalam perkataan yang berakhir dengan

huruf / r / dan dan digantikan dengan huruf / w /.

Manakala bagi dialek Melaka pula, rumusnya adalah seperti berikut :

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 16

Page 17: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

R W / _#

Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata.

Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Melaka yang mengalami

pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / w /.

/ pasar / [ pa.saw ]

/ bakar / [ ba.kaw ]

/ besar / [ be.saw ]

/ sabar / [ sa.baw ]

/ kasar / [ ka.saw ]

Hal ini menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka amat berbeza dari

segi huruf yang berada di belakang perkataan yang berakhir dengan huruf / r /. Dalam

dialek Muar, perkataan yang berakhir dengan huruf / ar / akan digantikan dengan / ͻ /

manakala dalam dialek Melaka, ia akan digantikan dengan pengantian / aw /. Walau

bagaimanapun, kedua-dua rumus ini masih beluum kukuh untuk menganalisis semua

perkataan daripada dialek Muar dan dialek Melaka secara keseluruhannya. Pengkaji

mendapati terdapat perkataan yang memerlukan rumus tambahan bagi menyelesaikan

analisis perkataan tersebut.

c) Penghilangan Rumus

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 17

Page 18: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

i. Pengguguran getaran

r Ø /_ #

Pengguguran getaran dengan merujuk rumus di atas pada suku kata tertutup

dapat dilihat oleh pengkaji dalam dialek Muar dan dialek Melaka dengan

menggunakan rumus suku kata berikut :

Contohnya :

/pergi/ [ pegi ]

/pertama/ [ petamə]

/kerja/ [keʣe]

/pernah/ [penah]

ii. Pembentukan glotal.

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 18

KVKKV

Page 19: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

k Ɂ /_ #

Pembentukan getaran menukarkan /k/ menjadi /Ɂ / diposisi akhir kata. Rumus

ini terdapat dalam bahasa Melayu asal sebelum bahasa itu terpecah kepada beberapa

dialek. Apabila sudah terpecah, dialek-dialek turunan bahasa Melayu asal tadi masih

mengekalkan rumus ini. Dengan itu tidak hairanlah rumus ini terdapat dalam dialek

Muar dam Melaka serta tersebar dengan begitu meluas.

Contohnya :

/bilik/ [ bi.leɁ ]

/balik/ [ ba.leɁ ]

/cetak / [ʧetaɁ]

/politik/ [pͻlitiɁ]

/projek/ [prͻʣeɁ]

/patuk / [patoɁ]

/rompak/ [rompaɁ]

/unik/ [uniɁ]

5.0 KESIMPULAN

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 19

Page 20: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Berdasarkan dapatan kajian ini tuntasnya bahawa terdapat banyak permasalah kajian

yang timbul namun, hanya tiga permasalahan utama yang telah dinyatakan sebelum ini.

Permasalahan yang pertama ialah persoalan yang timbul bagi membezakan antara bahasa

pertama mahupun bahasa kedua akibat daripada gangguan bahasa ibunda mahupun dialek itu

sendiri. Selain itu, turut dinyatakan bahawa permasalah kajian berlaku apabila terdapat

kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji untuk membandingkan aspek fonologi antara dialek

Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Permasalahan ini dapat

dilihat melalui beberapa contoh sebutan perkataan seperti /besar/ dalam dialek Muar disebut

[be.so] manakala dialek Melaka disebut [be.saw].

Apabila timbulnya permasalahan kajian maka, terdapat tiga kaedah kajian yang

digunakan bagi mengenal pasti dan merealisasikan rumus yang digunakan dalam

membandingkan aspek fonologi dialek Muar dan dialek Melaka berdasarkan teori

transformasi generatif. Kaedah yang paling penting digunakan ialah melalui kaedah lapangan

dengan mencari responden yang merupakan penutur asal kedua-dua dialek tersebut seperti

pegawai perpustakaan awam, guru sekolah dan pegawai tadbir.

Bukan itu sahaja, kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan data-data

perkataan yang diramalkan dapat menunjukkan perbezaan kedua-dua dialek ini dan telah

meminta responden untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut mengikut dialek masing-

masing. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan lebih keberkesanan untuk mendapatkan

hasil kajian yang tepat para pengkaji telah menggunakan kaedah sampingan yang tidak lain

turut memainkan peranan yang penting iaitu melalui kaedah internet dan perpustakaan.

Kaedah ini telah menjadi rujukan penting agar setiap sorotan kajian yang dijalankan adalah

berdasakan teori yang benar iaitu rumus transformasi generatif.

Berikutan itu, sorotan kajian dalam tugasan ini tegasnya adalah mengenai

perbandingan aspek fonologi dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori transformasi. Dapat BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 20

Page 21: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

dikonklusikan secara keseluruhannya melalui hasil kajian yang telah dinyatakan bahawa

berlaku tiga rumus utama dalam sorotan kajian ini. Rumus yang pertama ialah penambahan

rumus. Dalam penambahan rumus ini berlaku peninggian vokal iaitu /a/ direalisasikan sebagai

/ə/ apabila berada di akhir kata. Contohnya /kena/ menjadi [ kә.nә], /cinta/ menjadi

[ ʧin.tə ], /jasa/ menjadi [ ʣa.sə ], /kenapa/ menjadi [ kə.na.pə ], /bendera/ menjadi

[ bən.də.rə ]. Selain itu, /i/ direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup

yang diakhiri dengan huruf K. Ini membuktikan bahawa dalam penambahan rumus berlaku

perendahan rumus seperti dalam contoh /bilik/ menjadi [ bi.leɁ ], /adik/ menjadi [ a.deɁ ],

/balik/ menjadi [ ba.leɁ ], /tasik/ menjadi [ ta.seɁ] dan /cer.dik/ menjadi [ʧər.deɁ ].

Dalam penghilangan rumus terdapat juga perbezaan atur rumus antara dialek Muar

dan dialek Melaka. Dalam dialek Muar rumus /r/ akan digugurkan apabila berada di akhir kata

dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Contohnya / pasar / menjadi [ pa.sͻ ], / bakar / menjadi

[ ba.kͻ ], / besar / menjadi [ be.sͻ ], / sabar / menjadi [ sa.bͻ ] dan / kasar / menjadi [ ka.sͻ ].

Melalui dialek Melaka pula perkataan huruf /r/ digugurkan apabila berada di akhir kata dan

digantikan huruf /w/ contohnya / pasar / menjdai [ pa.saw ], / bakar / menjadi [ ba.kaw ], /

besar / menjadi [ be.saw ] / sabar / menjadi [ sa.baw ] dan / kasar / menjadi [ ka.saw ]. Rumus

terakhir yang digunakan ialah penghilangan rumus. Dalam rumus ini terdapat dua rumus iaitu

pengguguran getaran dan pembentukan glotis.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai

perbezaan berdasarkan teori transformasi generatif hasil daripada kaedah-kaedah kajian yang

digunakan oleh para pengkaji.

5.1 BIBLIOGRAFIBBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 21

Page 22: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

1. Farid M. Onn, 1988, Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu, Penerbit Fajar

Bakti, Petaling Jaya.

2. Farid M. Onn dan Ajid Che Kob, 1993, Simposium Dialek : Penyelidikan dan

Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Kuala Lumpur.

3. Zaharani Ahmad, 1993, Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur atau Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 1995, Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

5. James T. Collins. 2007. Penghayatan Ilmu Linguistik melalui Pemetaan Dialek

Melayu Sealam Melayu. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

5.2 LAMPIRAN

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 22

Page 23: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Responden Melaka dan Muar

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 23

En. ZakariaPenjawat Awam

Pn. Hjh MaimunOrang Awam

Page 24: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

Cenderamata

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 24

Pelajar Pelajar

Page 25: ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 25