spmlibrary.files.wordpress.com€¦ · web viewdaripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan...

3
SET 6 Bahagian A ( 30 markah ) Masa dicadangkan : 45 minit Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan sukan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan pembangunan sukan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Pembangunan Sukan di Malaysia Anugerah sukan Anugerah sukan Kemudahan dan peralatan sukan 45

Upload: vothu

Post on 03-Jul-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: spmlibrary.files.wordpress.com€¦ · Web viewdaripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya . melebihi. 350 . patah. perkataan

SET 6

Bahagian A

( 30 markah )Masa dicadangkan : 45 minit

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan sukan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan pembangunan sukan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pembangunan Sukan di Malaysia

Anugerah sukan

Anugerah sukan Kemudahan dan peralatan sukan

Sekolah sukan

45

Page 2: spmlibrary.files.wordpress.com€¦ · Web viewdaripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya . melebihi. 350 . patah. perkataan

Bahagian B

[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit][100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Kenaikan harga barangan keperluan harian mendatangkan kesulitan kepada sebahagian besar masyarakat kita. Anda perlu mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengatasi keadaan tersebut.

2. Program hiburan yang melampau menyebabkan remaja hari ini terlibat dalam gejala sosial. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk menangani masalah tersebut.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga untuk membendung program hiburan yang melampau daripada mempengaruhi kehidupan remaja kini.

3. Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Bincangkan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika usaha untuk membanteras jenayah di negara ini tidak ditangani dengan segeranya.

4. Pemanasan global ialah isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa kerana isu ini mendatangkan kesan-kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Anda ingin menulis rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan global.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

5. Peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” bermaksud bersusah payah terlebih dahulu untuk kesenangan pada hari kemudian.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.

46