| rabu, 19 april 2017 9 gah! · hagian prostetik, termasuk memuli-hkan luka sebelum prostetik boleh...

1
EFARID HAMZAH [email protected] DAHULU, basikal tuanya yang membawanya ke ma- na sahaja beliau pergi. Namun, sejak kaki kanannya dipo- tong akibat kencing manis tahun lalu, Encik Azhari Rafiee hanya mampu melihat dan memegang basikalnya itu, yang telah mula berkarat. Kini, kerusi roda menjadi pengganti basikal itu mem- bawanya ke mana-mana. “Sebelum ini, basikal saya digunakan untuk ke mana sahaja. Ke tempat kerja, bertemu kawan untuk bermain sepak takraw atau badminton dan ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan. “Tapi sekarang saya hanya boleh tengok dan pegang basikal saya itu,” Encik Azhari, seorang bujang berusia 39 tahun. Kehidupannya diburukkan lagi oleh keadaannya yang tinggal sebatang kara di sebuah flat sewa jenis ‘L’ di North Bridge Road. Kerusi roda itulah teman Encik Azhari, yang kakinya dipotong Julai lalu, termasuk apabila beliau pergi ke Hos- pital Tan Tock Seng (TTSH), sendirian. Beliau perlu menjalani rawatan susulan bagi pelbagai penyakitnya dan terapi. Ini meskipun Encik Azhari diberi kaki palsu, kerana beliau belum dapat membiasa- kan diarinya menggunakannya. “Memandangkan saya tidak biasa dengan kaki palsu ini, saya biasanya menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana sahaja. “Dari satu kawasan ke kawasan yang lain, biasanya saya ‘gerak’ sendiri dengan kerusi roda saya itu,” ujar En- cik Azhari. Bagaimanapun pada 2022, beliau dan pesakit lain sep- ertinya – terutamanya yang memerlukan pemulihan in- tensiti tinggi akibat trauma pada otak atau kecederaan pada saraf tunjang, angin ahmar kompleks, atau kehila- ngan anggota badan – akan meraih manfaat apabila se- buah kompleks pemulihan baru siap dibina di sebelah TT- SH dengan kemudahan khas yang direka bagi memban- tu pesakit pulih. Hab Jagaan Bersepadu (ICH) itu akan mempunyai 500 katil, dengan satu perlima daripadanya digunakan Hospis Dover Park untuk menjaga mereka yang memer- lukan jagaan paliatif (rawatan untuk mengurangkan sa- kit dan ketidakselesaan dan bukan merawat penyakit atau menyembuhkan). Ruang selebihnya akan digunakan untuk menyedia- kan penjagaan sub-akut dan pemulihan. Hab itu cabang pemulihan pembangunan HealthCity Novena yang seluas 17 hektar, yang juga merangkumi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan kampus Sekolah Perubatan Lee Kong Chian. ICH akan menyediakan sambungan penting antara hospital akut dengan penjagaan masyarakat. Ini bermakna TTSH akan mengalihkan perkhidmatan pemulihan sedia adanya – termasuk yang kini terletak di Ang Mo Kio – ke pusat baru itu apabila ia siap. Seorang jurucakap TTSH menyatakan dalam jawa- pan e-melnya bahawa kakitangan di ICH terdiri daripa- da pasukan berbilang disiplin, termasuk dalam bidang pemulihan, jagaan sub-akut dan jagaan paliatif. Sebagai sebahagian fokus pada pemulihan, hab baru itu akan mempunyai persekitaran simulasi seperti per- hentian bas dan rumah untuk membantu pesakit berlatih menjalani kehidupan tanpa bantuan. Sebuah jambatan akan menghubungkan ICH dengan bangunan utama TTSH agar pesakit boleh dipindahkan dengan mudah antara kemudahan itu. Pusat baru itu juga akan menyepadukan pelbagai fungsi, daripada pengawasan kesihatan awam hingga pengurusan penyakit klinikal dan latihan karyawan kesi- hatan. LEBIH 3,800 pesakit baru mendapatkan khidmat prostetiks dan ortotiks (P&O) di Pusat Rekaan Jagaan Kaki dan Anggota Badan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) an- tara 2010 dengan 2015. Kebanyakan mereka adalah pe- sakit yang telah menjalani amputa- si, atau pemotongan kaki. Prostetiks dan ortotiks adalah bidang klinikal berkaitan anggota tubuh palsu Dianggarkan terdapat lebih 400 amputasi kecil dan besar dilakukan di TTSH – salah sebuah institusi kesihatan di bawah National Health Group (NHG) – setiap tahun. Ketua Pusat Rekaan Jagaan Ka- ki dan Anggota Badan TTSH, Encik Mohd Khalid Mohd Anuar, berkata pihaknya mendapat antara enam dengan lapan pesakit setiap hari dengan pelbagai kerumitan. “Kami mempunyai sembilan pa- kar prostetiks/ortotiks yang mem- berikan khidmat kepada pesakit se- tiap hari. “Memandangkan kami satu-satu- nya pusat sedemikian di Singapura, kami menawarkan khidmat kepada kebanyakan kes amputasi dari se- mua hospital. “Semua pesakit akan menjalani pe- meriksaan susulan rutin setiap tahun,” tambahnya. Selepas semakan awal, ukuran di- ambil, fabrikasi anggota tubuh palsu, penyesuaian dan sesi penilaian de- ngan pakar prostetiks/ortotiks, pesa- kit akan meneruskan pemulihan mereka menggunakan kaki prostetik atau palsu. Keseluruhan proses ini mengambil tempoh enam dengan 12 bulan. Pesakit akan dipantau sepanjang hayat mereka memandangkan golo- ngan itu memerlukan kaki palsu baru setiap tiga hingga lima tahun atau ba- gi pembaikan biasa jika perlu. Menurut Encik Mohd Khalid, isu utama bagi kebanyakan pesakit ialah belajar mengimbangi dan berjalan semula menggunakan kaki palsu. “Selepas mereka belajar berjalan, membiasakan pergerakan kaki itu merupakan cabaran selanjutnya. “Mereka kemudian perlu dilatih mengatasi hadangan yang biasa dilalui seperti bendul, tanjakan, tangga dan lain-lain lagi,” ujarnya. Semua pesakit perlu menjalani pe- meriksaan susulan bagi memastikan anggota palsu mereka sesuai selain memeriksa sebarang kerosakan ke atas komponen yang digunakan. “Ini bertujuan mengelakkan se- barang kecelakaan dan penting bagi pesakit menjalani sesi tersebut meskipun mereka berasakan baha- wa kaki prostetik mereka selesa di- pakai,” jelasnya. Encik Mohd Khalid menambah bahawa pemantauan ke atas anggo- ta badan yang masih ada juga pen- ting bagi mencegah luka yang boleh menghalang proses pemulihan ang- gota tubuh yang menggunakan ba- hagian prostetik, termasuk memuli- hkan luka sebelum prostetik boleh digunakan. Dalam kes lebih serius, amputasi lanjutan diperlukan, katanya lagi. Hab jagaan sepadu bakal mudahkan pesakit di TTSH Pusat bantu pesakit kudung berjalan semula dengan kaki palsu BANTU PESAKIT BERJALAN SEMULA: Seorang pakar prostetiks dan ortotiks di Pusat Rekaan Jagaan Kaki dan Anggota Badan TTSH, Cik Nurnazlyna Mohd Bahtiaraffandi, sedang melayani seorang pesakit. – Foto ZAINAL YAHYA BAKAL PUNYA KEMUDAHAN BARU: Encik Azhari, yang bergantung pada kerusi roda selepas kaki kanannya dipotong akibat kencing manis, dapat memanfaatkan Hab Jagaan Bersepadu (ICH) selepas ia dibina di sebelah TTSH. – Foto JOHARI RAHMAT Berita Harian | Rabu, 19 April 2017 9 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: ledung

Post on 29-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: | Rabu, 19 April 2017 9 Gah! · hagian prostetik, termasuk memuli-hkan luka sebelum prostetik boleh digunakan. Dalam kes lebih serius, amputasi lanjutan diperlukan, katanya lagi

EFARID [email protected]

DAHULU, basikal tuanya yang membawanya ke ma-na sahaja beliau pergi. Namun, sejak kaki kanannya dipo-tong akibat kencing manis tahun lalu, Encik Azhari Rafiee hanya mampu melihat dan memegang basikalnya itu, yang telah mula berkarat.

Kini, kerusi roda menjadi pengganti basikal itu mem-bawanya ke mana-mana.

“Sebelum ini, basikal saya digunakan untuk ke mana sahaja. Ke tempat kerja, bertemu kawan untuk bermain sepak takraw atau badminton dan ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Tapi sekarang saya hanya boleh tengok dan pegang basikal saya itu,” Encik Azhari, seorang bujang berusia 39 tahun.

Kehidupannya diburukkan lagi oleh keadaannya yang tinggal sebatang kara di sebuah flat sewa jenis ‘L’ di North Bridge Road.

Kerusi roda itulah teman Encik Azhari, yang kakinya dipotong Julai lalu, termasuk apabila beliau pergi ke Hos-pital Tan Tock Seng (TTSH), sendirian.

Beliau perlu menjalani rawatan susulan bagi pelbagai penyakitnya dan terapi. Ini meskipun Encik Azhari diberi kaki palsu, kerana beliau belum dapat membiasa-kan diarinya menggunakannya.

“Memandangkan saya tidak biasa dengan kaki palsu ini, saya biasanya menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana sahaja.

“Dari satu kawasan ke kawasan yang lain, biasanya saya ‘gerak’ sendiri dengan kerusi roda saya itu,” ujar En-cik Azhari.

Bagaimanapun pada 2022, beliau dan pesakit lain sep-ertinya – terutamanya yang memerlukan pemulihan in-tensiti tinggi akibat trauma pada otak atau kecederaan pada saraf tunjang, angin ahmar kompleks, atau kehila-ngan anggota badan – akan meraih manfaat apabila se-buah kompleks pemulihan baru siap dibina di sebelah TT-SH dengan kemudahan khas yang direka bagi memban-tu pesakit pulih.

Hab Jagaan Bersepadu (ICH) itu akan mempunyai 500 katil, dengan satu perlima daripadanya digunakan Hospis Dover Park untuk menjaga mereka yang memer-lukan jagaan paliatif (rawatan untuk mengurangkan sa-kit dan ketidakselesaan dan bukan merawat penyakit atau menyembuhkan).

Ruang selebihnya akan digunakan untuk menyedia-kan penjagaan sub-akut dan pemulihan.

Hab itu cabang pemulihan pembangunan HealthCity Novena yang seluas 17 hektar, yang juga merangkumi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan kampus Sekolah Perubatan Lee Kong Chian.

ICH akan menyediakan sambungan penting antara hospital akut dengan penjagaan masyarakat.

Ini bermakna TTSH akan mengalihkan perkhidmatan pemulihan sedia adanya – termasuk yang kini terletak di Ang Mo Kio – ke pusat baru itu apabila ia siap.

Seorang jurucakap TTSH menyatakan dalam jawa-

pan e-melnya bahawa kakitangan di ICH terdiri daripa-da pasukan berbilang disiplin, termasuk dalam bidang pemulihan, jagaan sub-akut dan jagaan paliatif.

Sebagai sebahagian fokus pada pemulihan, hab baru itu akan mempunyai persekitaran simulasi seperti per-hentian bas dan rumah untuk membantu pesakit berlatih menjalani kehidupan tanpa bantuan.

Sebuah jambatan akan menghubungkan ICH dengan bangunan utama TTSH agar pesakit boleh dipindahkan dengan mudah antara kemudahan itu.

Pusat baru itu juga akan menyepadukan pelbagai fungsi, daripada pengawasan kesihatan awam hingga pengurusan penyakit klinikal dan latihan karyawan kesi-hatan.

LEBIH 3,800 pesakit baru mendapatkan khidmat prostetiks dan ortotiks (P&O) di Pusat Rekaan Jagaan Kaki dan Anggota Badan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) an-tara 2010 dengan 2015.

Kebanyakan mereka adalah pe-sakit yang telah menjalani amputa-si, atau pemotongan kaki.

Prostetiks dan ortotiks adalah bidang klinikal berkaitan anggota tubuh palsu

Dianggarkan terdapat lebih 400 amputasi kecil dan besar dilakukan di TTSH – salah sebuah institusi kesihatan di bawah National Health Group (NHG) – setiap tahun.

Ketua Pusat Rekaan Jagaan Ka-ki dan Anggota Badan TTSH, Encik Mohd Khalid Mohd Anuar, berkata pihaknya mendapat antara enam dengan lapan pesakit setiap hari dengan pelbagai kerumitan.

“Kami mempunyai sembilan pa-kar prostetiks/ortotiks yang mem-berikan khidmat kepada pesakit se-tiap hari.

“Memandangkan kami satu-satu-nya pusat sedemikian di Singapura, kami menawarkan khidmat kepada kebanyakan kes amputasi dari se-

mua hospital.“Semua pesakit akan menjalani pe-

meriksaan susulan rutin setiap tahun,” tambahnya.

Selepas semakan awal, ukuran di-ambil, fabrikasi anggota tubuh palsu, penyesuaian dan sesi penilaian de-ngan pakar prostetiks/ortotiks, pesa-kit akan meneruskan pemulihan mereka menggunakan kaki prostetik atau palsu.

Keseluruhan proses ini mengambil tempoh enam dengan 12 bulan.

Pesakit akan dipantau sepanjang hayat mereka memandangkan golo-ngan itu memerlukan kaki palsu baru setiap tiga hingga lima tahun atau ba-

gi pembaikan biasa jika perlu.Menurut Encik Mohd Khalid, isu

utama bagi kebanyakan pesakit ialah belajar mengimbangi dan berjalan semula menggunakan kaki palsu.

“Selepas mereka belajar berjalan, membiasakan pergerakan kaki itu merupakan cabaran selanjutnya.

“Mereka kemudian perlu dilatih mengatasi hadangan yang biasa dilalui seperti bendul, tanjakan, tangga dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Semua pesakit perlu menjalani pe-meriksaan susulan bagi memastikan anggota palsu mereka sesuai selain memeriksa sebarang kerosakan ke atas komponen yang digunakan.

“Ini bertujuan mengelakkan se-barang kecelakaan dan penting bagi pesakit menjalani sesi tersebut meskipun mereka berasakan baha-wa kaki prostetik mereka selesa di-pakai,” jelasnya.

Encik Mohd Khalid menambah bahawa pemantauan ke atas anggo-ta badan yang masih ada juga pen-ting bagi mencegah luka yang boleh menghalang proses pemulihan ang-gota tubuh yang menggunakan ba-hagian prostetik, termasuk memuli-hkan luka sebelum prostetik boleh digunakan.

Dalam kes lebih serius, amputasi lanjutan diperlukan, katanya lagi.

Hab jagaan sepadu bakal mudahkan pesakit di TTSH

Pusat bantu pesakit kudung berjalan semula dengan kaki palsu

BANTU PESAKIT BERJALAN SEMULA: Seorang pakar prostetiks dan ortotiks di Pusat Rekaan Jagaan Kaki dan Anggota Badan TTSH, Cik Nurnazlyna Mohd Bahtiaraffandi, sedang melayani seorang pesakit. – Foto ZAINAL YAHYA

BAKAL PUNYA KEMUDAHAN BARU: Encik Azhari, yang bergantung pada kerusi roda selepas kaki kanannya dipotong akibat kencing manis, dapat memanfaatkan Hab Jagaan Bersepadu (ICH) selepas ia dibina di sebelah TTSH. – Foto JOHARI RAHMAT

Berita Harian | Rabu, 19 April 2017 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan