»» penciptaan alam semeseta untuk uji ketakwaan

Upload: zuhadisaarani

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Penciptaan Alam Semeseta Untuk Uji Ketakwaan

    1/2

    Posted: Wed Mar 29, 2006 3:29 am Post subject: Penciptaan Alam Semeseta UntukUji Ketakwaan

    --------------------------------------------------------------------------------ALLAH mengurniakan banyak nikmat dan rahmat untuk membolehkan manusia hidup dengansempurna. Allah berfirman bermaksud: "Dan Dia telah memberikan kepadamu(keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu

    menghitung nikmat Allah, nescaya ia tidak terhitung. Sesungguhnya manusia itusangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim, ayat 34).

    Antara nikmat dan rahmat utama yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia ialahakal dan hati bagi membolehkan manusia berfikir.

    Akal untuk berfikir yang membolehkan kita mencari dan mengembangkan ilmu.

    Hati pula membolehkan kita membina sifat diri dengan nilai yang baik sertaterpuji.

    Kebolehan manusia berfikir membolehkan mereka mengatur hidup dan menyelesaikanmasalah dengan sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan

    Allah. Dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan dengan tenangdan jelas.

    Misalnya, tamadun Islam dibina dengan kekuatan akal yang berjaya menjadikan umatIslam terkenal dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai bidang.

    Allah menjadikan semua di dunia ini dengan fitrahnya dan di atas rahmat sertanikmat-Nya. Misalnya, air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepadamanusia dan kehidupan lain.

    Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga yang membolehkankenderaan bergerak dan sumber untuk memasak serta bahan untuk menjana kuasaelektrik. Semua ini adalah kemudahan dan manfaat manusia.

    Justeru, sangat penting kita mensyukuri dan menghargai semua nikmat kurniaanAllah.

    Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dituntut untuk sentiasabersyukur dan bertasbih kepada Allah atas segala kurniaan nikmat dan rahmat-Nya.

    Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akanmenambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) makasesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

    Firman-Nya lagi bermaksud : "Syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamusembah." (Surah al-Nahl, ayat 114).

    Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya sentiasa patuhdan taat. Lagipun kita berperanan sebagai hamba Allah di bumi ini untuk memimpindan membuat pengurusan yang baik.

    Nabi Muhammad SAW adalah teladan terbaik untuk dijadikan contoh dan ikutan dalampengurusan diri, keluarga, sumber dan dakwah serta jihad.

    Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara bergantungkepada sumber nikmat serta rahmat Allah.

  • 8/14/2019 Penciptaan Alam Semeseta Untuk Uji Ketakwaan

    2/2

    Semua ini tidak akan berlaku tanpa keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusiadalam mengurus dan memimpin semua nikmat Allah.

    Di samping itu akan membawa natijah kepada keinsafan manusia bahawa tiada satu pundi alam ini boleh diurus sesuka hati.

    Oleh demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang perlu dijaga,diuruskan dan disempurnakan dengan baik.

    Amanah daripada Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama danbertanggungjawab.

    Kita perlu ingat, nikmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan harta serta pangkatadalah sesuatu yang tidak kekal.

    Kita akan mati dan meninggalkan semua itu, hanya amalan yang akan dibawa bersama.