kandungan · 2018-01-09 · 10.0 skop latihan industri di ... garis panduan menjalani latihan...

9
3 KANDUNGAN 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi…………………………………………………… 4 2.0 Definisi Latihan Industri………………………………………………………………………………………… 4 3.0 Objektif Khusus……………………………………………………………………………………………………. 4 4.0 Peranan Dan Tanggungjawab Pelajar Semasa Menjalani Latihan Industri…………….. 5 5.0 Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri……………………………………………………… 5 6.0 Cuti……………………………………………………………………………………………………………………... 5 7.0 Syarat-Syarat Menjalani Latihan Industri Di PPUKM……………………………………………… 6 8.0 Syarat-Syarat Tambahan Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM……………………………………………………………………………………………… 9 9.0 Senarai Program Yang Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM…………………………………………………………………………………………….. 10 10.0 Skop Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM ……………………….. 11 11.0 Penyelaras latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM…………………. 11

Upload: vanhuong

Post on 07-Sep-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

3

KANDUNGAN

1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi…………………………………………………… 4

2.0 Definisi Latihan Industri………………………………………………………………………………………… 4

3.0 Objektif Khusus……………………………………………………………………………………………………. 4

4.0 Peranan Dan Tanggungjawab Pelajar Semasa Menjalani Latihan Industri…………….. 5

5.0 Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri……………………………………………………… 5

6.0 Cuti……………………………………………………………………………………………………………………... 5

7.0 Syarat-Syarat Menjalani Latihan Industri Di PPUKM……………………………………………… 6

8.0 Syarat-Syarat Tambahan Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM………………………………………………………………………………………………

9

9.0 Senarai Program Yang Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM……………………………………………………………………………………………..

10

10.0 Skop Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM ………………………..

11

11.0 Penyelaras latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM…………………. 11

Page 2: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

4

Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di Jabatan Kesihatan Masyarakat, HOSPITAL

CANSELOR TUANKU MUKHRIZ, PPUKM

1.0 DASAR LATIHAN INDUSTRI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan

untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Para graduan harus mempunyai

pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta

sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya

sebenar. Latihan industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk

menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya

(marketability).

2.0 DEFINISI LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk

menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar

ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka

dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

3.0 OBJEKTIF KHUSUS

Di antara objektif khusus program latihan industri ialah memberi peluang kepada pelajar

untuk:

memahami tanggungjawab alam pekerjaan yang sebenar;

mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-

masing;

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang

sebenar;

menghayati nilai etika profesional;

mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan;

meningkatkan kemahiran berkomunikasi;

menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar;

mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing;

Page 3: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

5

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

• menjalani program latihan industri dengan bersungguh-sungguh, minat dan jujur;

• mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh organisasi yang

menawarkan program latihan industri;

• menjaga nama baik IPT dan hos organisasi;

• memaklumkan kepada pihak IPT sekiranya berlaku sebarang masalah di tempat

latihan industri;

menghubungi penyelia IPT atau penyelia organisasi sekiranya perlu; dan

• menghantar borang penilaian kendiri dan laporan kepada penyelia IPT dalam masa

yang ditetapkan.

5.0 TATATERTIB SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar tetap tertakluk kepada Akta Universiti

dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009); Akta IPTS 1996 (Akta 555); dan Akta Pendidikan

1996 (Akta 550). Pelajar juga dikehendaki mematuhi peraturan berikut semasa menjalani

program latihan industri:

• mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan

yang lain;

• tidak mengambil cuti sepanjang masa menjalani latihan industri kecuali dengan

kelulusan organisasi berkaitan;

• menghubungi pihak organisasi dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kerana

kecemasan atau cuti sakit;

• menghubungi pihak organisasi sekiranya terpaksa sampai lewat kerana sesuatu

sebab yang tidak dapat dielakkan;

• tidak membocorkan rahsia atau memberi maklumat sulit organisasi kepada mana-

mana pihak semasa menjalankan latihan industri ataupun sesudahnya;

• menggunakan sebarang harta kepunyaan organisasi dengan baik; dan

• sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan keadaan dan peraturan pemakaian di

tempat latihan industri.

6.0 CUTI

• Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan industri kecuali

dengan kelulusan organisasi yang berkaitan.

• Pelajar yang tidak dapat menghadiri latihan industri bagi tempoh lebih daripada

enam (6) hari kerana kecemasan atau cuti sakit disifatkan sebagai tidak memenuhi

syarat dan perlu mengulang program latihan industri sepenuhnya.

Page 4: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

6

7.0 SYARAT-SYARAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI PPUKM

KADAR BAYARAN PENEMPATAN KLINIKAL DARIPADA KOLEJ/UNIVERSITI/AGENSI SWASTA PUSAT PERUBATAN UKM

Kadar Caj Penempatan Latihan Klinikal Daripada Pelajar Kolej/Universiti Swasta (IPTS) Kadar bayaran untuk seorang pelajar seperti berikut :-

Bil Peringkat Pengajian

Bidang Kadar caj(seorang) Warganegara

Kadar caj(seorang) Bukan Warganegara

Jumlah Pelatih(Sebulan)

1- Diploma i) Farmasi RM50.00 Seminggu RM200 Sebulan

RM100.00 Seminggu RM400 Sebulan

Maksimum 15 orang

i) Jururawat ii) Penolong Pegawai Perubatan iii) Juruteknologi Makmal Perubatan iv) Jurupulih Perubatan v) Juru x-ray dan lain-lain

RM100.00 Seminggu RM400 Sebulan

RM200.00 Seminggu RM800 Sebulan

Maksimum 15 orang (4 orang dalan sesuatu bidang pengkhususan)

3- Sarjana Muda/Sarjana

i) Jururawat RM75.00 Seminggu RM600 Sebulan

RM150.00 Seminggu RM1200 Sebulan

Maksimum 15 orang (4 orang dalan sesuatu bidang pengkhususan)

Syarat-syarat permohonan Latihan Industri/Praktikum - IPTA dan IPTS

1. Semua permohonan mesti melalui Unit Pengurusan Latihan & Cuti Belajar, Jabatan Sumber Manusia, pusat Perubatan UKM.

a) Sekiranya permohonan tidak lengkap,maka permohonan tersebut tidak akan diproses

Page 5: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

7

b) Sekiranya permohonan tidak melibatkan pihak kami,maka semua urusan berhubung dengan lapor diri pelajar,penyediaan pas sementara dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawap jabatan terlibat.

c) Bagi permohonan yang diterima melalui Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan UKM,sesalinan surat setuju terima oleh jabatan perlu diserahkan kepada pihak kami sebagai rujukan.

2. Borang pengesahan penerimaan latihan industri/praktikum perlu dikembalikan/difakskan kepada kami sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh lapor diri untuk tindakan kami selanjutnya. Pihak kami tidak akan memproses lapor diri pelajar sekiranya perkara ini tidak dipatuhi.

3. Segala keperluan dan peralatan bagi menjayakan latihan industri/praktikum adalah menggunakan kemudahan sedia ada di jabatan (tertakluk kepada ketua jabatan berkenaan). Jika terdapat tambahan peralatan yang diperlukan, maka kos peralatan tersebut perlu ditanggung oleh pelajar atau pihak organisasi berkenaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos tambahan bagi membeli peralatan yang diperlukan.

4. Bagi pelajar dari IPTA :

Untuk makluman, Pusat Perubatan UKM tidak menggunapakai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(L)S.175/4/4-2 tentang bayaran elaun sebanyak RM15.00 sehari kepada pelajar IPTA yang mengikuti latihan industri di Agensi Kerajaan. Dengan itu, pelajar yang menjalani latihan industri di Pusat Perubatan UKM tidak akan diberi elaun sepanjang tempoh latihan mereka.

5. Bagi pelajar dari IPTS :

a) urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri. Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI atau CEK atas nama Bendahari UKM di Jabatan Kewangan,Pusat Perubatan UKM. Salinan resit perlu diserahkan kepada kami untuk rujukan selanjutnya (sila rujuk kadar bayaran yang telah ditetapkan).

b) bagi pelajar dalam bidang pengurusan seperti kewangan,kejuruteraan,sumber manusia dan lain-lain adalah tidak dibenarkan kerana tempat adalah terhad.

6. Bagi pelajar perubatan, permohonan untuk Posting Elektif perlu dibuat melalui Sekretariat Pengajian Pra-Siswazah dan Hubungan Masyarakat, Pusat Perubatan UKM.

Page 6: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

8

Syarat-syarat permohonan Latihan Klinikal (Dalam Negeri / Luar Negara)

1. Semua permohonan mesti melalui Unit Pengurusan Latihan & Cuti Belajar, Jabatan Sumber Manusia, pusat Perubatan UKM.

a) Sekiranya permohonan tidak lengkap,maka permohonan tersebut tidak akan diproses.

b) Sekiranya permohonan tidak melibatkan pihak kami,maka semua urusan berhubung dengan lapor diri pelajar,penyediaan pas sementara dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawap jabatan terlibat.

c) Bagi permohonan yang diterima melalui Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan UKM,sesalinan surat setuju terima oleh jabatan perlu diserahkan kepada pihak kami sebagai rujukan.

2. Borang pengesahan penerimaan latihan klinikal perlu dikembalikan/difakskan kepada kami sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh lapor diri untuk tindakan kami selanjutnya. Pihak kami tidak akan memproses lapor diri pemohon sekiranya perkara ini tidak dipatuhi.

3. Segala keperluan dan peralatan bagi menjayakan latihan klinikal adalah menggunakan kemudahan sedia ada jabatan (tertakluk kepada ketua jabatan berkenaan). Jika terdapat tambahan peralatan yang diperlukan, maka kos peralatan tersebut perlu ditanggung oleh pemohon atau pihak majikan berkenaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos tambahan bagi membeli peralatan yang diperlukan.

4. Bagi permohonan luar negara, semua urusan berhubung dengan :

a) visa perlu dibuat di negara sendiri melalui kedutaan Negara Malaysia. Pihak kami tidak akan menerima visa pelawat ketika proses lapor diri di organisasi kami

b) urusan penginapan di Malaysia adalah di bawah tanggungjawap pemohon atau pihak majikan sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos sepanjang pemohon berada di organisasi kami.

c) Pemohon yang telah mendapat kelulusan bagi menjalani latihan ini akan mendapat perlindungan Insurans Malpractice PPUKM.

5. Bagi pemohonan kakitangan dari luar negara atas sebab memenuhi keperluan pihak pengurusan PPUKM, proses permohonan Visa Lawatan Ikhtisas akan diuruskan oleh pihak PPUKM melalui pejabat kedutaan Negara Malaysia di negara

Page 7: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

9

berkenaan.

6. Urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri. Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI atau CEK atas nama Bendahari UKM di Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM (sila rujuk kadar bayaran yang telah ditetapkan).

8.0 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN KESIHATAN

MASYARAKAT, PPUKM

1. Setiap permohonan latihan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan Kesihatan

Masyarakat (selepas ini disebut sebagai Jabatan) untuk kebenaran dan kelulusan.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui atas talian melalui

http://elik.ppukm.ukm.my/. Permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada

Jabatan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh latihan dilaksanakan.

3. Institusi atau pelajar juga dikehendaki sekurang-kurangnya menyatakan dengan

ringkas latar belakang kajian atau latihan, tujuan dan objektif kajian atau latihan

serta bidang kajian atau latihan yang akan dilaksanakan serta nama penyelia yang

bertanggungjawab kepada latihan sangkutan atau penyelidikan.

4. Hanya pelajar yang telah mendapat kebenaran daripada Jabatan ini sahaja akan

dibenarkan masuk dan mengakses dokumen-dokumen rasmi di Jabatan. Oleh yang

demikian, pelajar yang telah mendapat kebenaran membuat latihan sangkutan/

penyelidikan dikehendaki melapor diri kepada Pegawai di mana tempat mereka

membuat latihan/ penyelidikan. Pelajar adalah dikehendaki membawa bersama

dokumen kebenaran yang telah dikeluarkan oleh Jabatan ini semasa melapor diri.

5. Tiada elaun atau apa-apa yang akan dibayar oleh pihak Jabatan kepada pelajar yang

membuat latihan atau kajian tersebut. Pelajar atau institusi berkenaan hendaklah

menanggung sendiri apa-apa kos berkaitan penginapan, sara hidup dan perjalanan

sewaktu menjalani latihan atau kajian. Begitu juga tiada apa-apa fee yang akan

dikenakan kepada institusi atau pelajar yang membuat latihan di Jabatan ini.

6. Pelajar adalah terikat dengan peraturan-peraturan pejabat sebagaimana peraturan

atau pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa kepada Penjawat Awam.

7. Pihak Unit Latihan, Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Kad

Pengenalan Rasmi kepada pelajar sebagai tanda pengenalan sedang membuat

latihan di Jabatan ini. Kad ini hendaklah sentiasa disematkan di pakaian pelajar dan

Page 8: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

10

boleh dilihat. Kad ini hendaklah dikembalikan semula kepada Jabatan ini iaitu di

mana tempat latihan itu diadakan setelah tamat tempoh latihan/ penyelidikan.

8. Pelajar juga dikehendaki mematuhi etika perpakaian sewaktu berada di pejabat

dan pakaian yang sesuai jika berada di lapangan.

9. Pelajar adalah dikehendaki berakhlak dan beretika sebagai Penjawat Awam

sewaktu membuat latihan sama ada sewaktu berurusan di kaunter dengan

pelepasan atau kebenaran dari Ketua Pejabat di mana tersebut dilaksanakan.

10. Pelajar dikehendaki menghadiri serta mematuhi masa bekerja serta cuti bagi

Penjawat Awam sebagaimana yang telah ditetapkan kepada Penjawat Awam

melainkan dengan pelepasan atau kebenaran dari Ketua Pejabat di mana latihan

tesebut dilaksanakan.

11. Institusi dan pelajar juga adalah tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1974

sewaktu sedang menjalani latihan di Jabatan. Apa-apa laporan yang berkaitan

dengan dapatan sewaktu latihan dilaksanakan di Jabatan adalah tidak dibenarkan

dihebahkan kepada umum sama ada melalui apa-apa kaedah media massa,

elektronik, cetak atau maya kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Jabatan.

Jabatan tidak akan bertanggungjawab di atas penyiaran laporan yang tidak

mendapatkan kebenaran Jabatan.

12. Pelajar-pelajar adalah dibenarkan merujuk dokumen di Jabatan dengan

penglihatan dan pengawasan dari Pegawai atau kakitangan Jabatan. Pelajar adalah

dilarang sama sekali membawa keluar dan membuat salinan (fotostat) ke atas

dokumen-dokumen pelajar atau untuk apa-apa tujuan sekalipun.

9.0 SENARAI PROGRAM YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN KESIHATAN

MASYARAKAT, PPUKM

Sehingga kini, jabatan menerima program berikut

1. Sarjanamuda Sains Pemakanan UPM (Jun-Sept)- Berkumpulan 3-5 orang.

2. Sarjanamuda Sains Sukan & Rekreasi UiTM (Mac-Jun & Sep-Dis) - Berkumpulan 3-5

orang

Page 9: KANDUNGAN · 2018-01-09 · 10.0 Skop Latihan Industri Di ... Garis Panduan Menjalani Latihan Industri Di ... Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi

11

10.0 SKOP LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT, PPUKM

Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang

dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-

masing terutama dalam kerja-kerja;

1. Merancang dan mengurus program pembangunan berteraskan kesihatan dan

kecergasan dalam komuniti.

2. Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berteraskan kesihatan dan kecergasan

seperti seminar, pameran dan aktiviti sukan dalam komuniti dan kakitangan PPUKM.

3. Menerbitkan pelbagai media promosi kesihatan seperti video kesihatan, poster,

brosur dan garis panduan sama ada secara cetakan mahupun elektronik untuk

kegunaan masyarakat awam.

4. Mempelajari ilmu dan kemahiran grafik berkomputer bagi tujuan penerbitan

pelbagai bentuk laporan di Jabatan.

11.0 PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT, PPUKM

Sebarang pertanyaan berhubung permohonan untuk menjalani latihan industri di jabatan ini

boleh merujuk kepada;

EN. MOHD RIZAM B ABDUL RAHMAN Pegawai Pembangunan Masyarakat (Kanan) Jabatan Kesihatan Masyarakat Tingkat 6, bangunan Pra-Klinikal Pusat Perubatan UKM Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, KL Tel : 03.91458796 / 013-341 5655 Email : [email protected]