· 2011-02-14 · mengemukakan borang skm/bp serta laporan kredit oleh bank negara kepada skm ......

4
PENASIHAT YH Dato’ Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim KETUA PENGARANG Tuan Haji Mohamad Azahar bin Mohd Ali TIMBALAN KETUA PENGARANG Encik Abdul Hamid bin Abdullah KETUA PENGARANG Encik Abdul Ghafar bin Hussin JAWATANKUASA PENGARANG Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Anggota dan Kebajikan GRAFIK Puan Siti Nurul Kamaril binti Ahmad Aluan Pengerusi....... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersamalah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala limpah rahmat dan innayatNya kepada KOSMA dan kita semua sepanjang tahun 2009 dan dipermulaan tahun 2010. Semoga hari-hari mendatang terus menjanjikan kesejahteraan dan keberkatan yang bertambah-tambah kepada semua. Tidak lupa juga saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga anggota KOSMA yang telah lebih dahulu meninggalkan kita. Bagi tahun 2009, KOSMA terus bergerak maju walaupun masih dihimpit masalah kejatuhan harga minyak kelapa sawit dunia. Diharapkan kemajuan ini dan harga pasaran minyak sawit akan meningkat supaya KOSMA akan mendapat pulangan lebih lumayan. Namun begitu program tanam semula kelapa sawit terus dijalankan mengikut jadual dan berperingkat-peringkat sehingga kesemua pokok kelapa sawit yang telah melebihi usia 25 tahun digantikan dengan klon yang lebih baik dan menguntungkan. Pelbagai projek pembangunan khususnya di ladang KOSMA telah dilaksanakan seperti yang telah dilaporkan dalam keluaran yang lalu dan pelbagai projek lain sedang dirancang dan diteliti untuk dilaksanakan bermula pada tahun 2010 ini. Di antaranya ialah pembinaan rumah kakitangan, komplek pejabat ladang, menaiktaraf jalan-jalan utama dan pertanian di ladang-ladang KOSMA, membesarkan perniagaan hotel KOSMA, cadangan perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan lain-lain. Semua ini bergantung kepada kemampuan kewangan dan projek mana yang lebih perlu diutamakan. Oleh yang demikian, sokongan, pandangan, teguran dan kritikan membina daripada semua anggota-anggota KOSMA amatlah dialukan bagi merealisasi semua hasrat dan cita-cita murni tersebut. Tanpa sokongan dan dokongan anggota-anggota serta kerjasama Anggota- anggota Lembaga segala impian dan harapan tersebut tidak akan mampu dicapai dan menjadi kenyataan. Akhirkata, harapan saya agar kita semua dapat bersatu hati demi satu tujuan iaitu menjadikan KOSMA jauh lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita cari titik persamaan di antara kita, menyelesaikan perbezaan sesama kita dan membuang jauh segala pertentangan dan prasangka di antara kita demi satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan untuk memartabatkan KOSMA sebagai Koperasi terbaik di Malaysia. Terima kasih. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSMA KE 28 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 28 KOSMA akan diadakan pada 26 Jun 2010 bertempat Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Upacara perasmian pada kali ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sehubungan itu, berdasarkan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi perlantikan Anggota Lembaga Koperasi di bawah Subseksyen 43(2) dan (3) Akta Koperasi 1993, semua calon Lembaga perlu mengemukakan Borang SKM/BP serta Laporan kredit oleh Bank Negara kepada SKM bagi dinilai sama ada layak atau tidak untuk menjadi anggota lembaga dan bertanding di Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA akan datang. Edaran Untuk Ahli Sahaja TERBITAN KE-12 / MEI 2010 www.kosma.com.my SIDANG REDAKSI Sebaik-baik perkara ialah sederhana Aluan Pengerusi 1 Berita Semasa 2 Berita Semasa 3 Laporan Kilang 4 Laporan Perladangan KOSMA Tourism ISI KANDUNGAN

Upload: buikhuong

Post on 04-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENASIHATYH Dato’ Haji Abdul Jabbarbin Haji Ibrahim

KETUA PENGARANGTuan Haji Mohamad Azaharbin Mohd Ali

TIMBALAN KETUA PENGARANGEncik Abdul Hamid bin Abdullah

KETUA PENGARANGEncik Abdul Ghafar bin Hussin

JAWATANKUASA PENGARANGAhli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Anggota dan Kebajikan

GRAFIKPuan Siti Nurul Kamaril binti Ahmad

Aluan Pengerusi.......Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersamalah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala limpah rahmat dan innayatNya kepada KOSMA dan kita semua sepanjang tahun 2009 dan dipermulaan tahun 2010. Semoga hari-hari mendatang terus menjanjikan kesejahteraan dan keberkatan yang bertambah-tambah kepada semua. Tidak lupa juga saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga anggota KOSMA yang telah lebih dahulu meninggalkan kita.Bagi tahun 2009, KOSMA terus bergerak maju walaupun masih dihimpit masalah kejatuhan harga minyak kelapa sawit dunia. Diharapkan kemajuan ini dan harga pasaran minyak sawit akan meningkat supaya KOSMA akan mendapat pulangan lebih lumayan. Namun begitu program tanam semula kelapa sawit terus dijalankan mengikut jadual dan berperingkat-peringkat sehingga kesemua pokok kelapa sawit yang telah melebihi usia 25 tahun digantikan dengan klon yang lebih baik dan menguntungkan.Pelbagai projek pembangunan khususnya di ladang KOSMA telahdilaksanakan seperti yang telah dilaporkan dalam keluaran yang lalu dan pelbagai projek lain sedang dirancang dan diteliti untuk dilaksanakan bermula pada tahun 2010 ini. Di antaranya ialah pembinaan rumah kakitangan, komplek pejabat ladang, menaiktaraf jalan-jalan utama dan pertanian di ladang-ladang KOSMA, membesarkan perniagaan hotel KOSMA, cadangan perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan lain-lain. Semua ini bergantung kepada kemampuan kewangan dan projek mana yang lebih perlu diutamakan. Oleh yang demikian, sokongan, pandangan, teguran dan kritikan membina daripada semua anggota-anggota KOSMA amatlah dialukan bagi merealisasi semua hasrat dan cita-cita murni tersebut. Tanpa sokongan dan dokongan anggota-anggota serta kerjasama Anggota-anggota Lembaga segala impian dan harapan tersebut tidak akan mampu dicapai dan menjadi kenyataan.Akhirkata, harapan saya agar kita semua dapat bersatu hati demi satu tujuan iaitu menjadikan KOSMA jauh lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita cari titik persamaan di antara kita, menyelesaikan perbezaan sesama kita dan membuang jauh segala pertentangan dan prasangka di antara kita demi satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan untuk memartabatkan KOSMA sebagai Koperasi terbaik di Malaysia. Terima kasih.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSMA KE 28Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 28 KOSMA akan diadakan pada 26 Jun 2010 bertempat

Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Upacara perasmian pada kali ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Sehubungan itu, berdasarkan Garis Panduan yang telah dikeluarkan

oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi perlantikan Anggota Lembaga Koperasi di bawah Subseksyen 43(2) dan (3) Akta Koperasi 1993, semua calon Lembaga perlu

mengemukakan Borang SKM/BP serta Laporan kredit oleh Bank Negara kepada SKM bagi dinilai sama ada layak atau tidak untuk menjadi anggota lembaga dan bertanding di

Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA akan datang.

Edaran Untuk Ahli SahajaTERBITAN KE-12 / MEI 2010w

ww

.ko

sma

.co

m.m

y

SIDANGREDAKSI

“Sebaik-baik perkara

ialah sederhana

• Aluan Pengerusi 1 • Berita Semasa 2• Berita Semasa 3• Laporan Kilang 4

Laporan Perladangan KOSMA Tourism

ISIKANDUNGAN

muka surat 2AKTIVITI KOSMA

Majlis Taklimat Skim Terbaru ‘ANGKASA’ di Hotel Vistana Kuantan

Kajian “Determinants of Co-operative Performance”(Faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan Koperasi)oleh pihak MKM

Majlis Taklimat dan program lawatan MKM di Ibu Pejabat dan Ladang KOSMA Sessi Tea Talk Bersama YB Menteri KPDNKK dan Wakil Koperasi Perladangan di The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Taklimat Pengurusan Sisa Kilang Kelapa Sawit oleh Bar Formula Tenggara

Majlis Penyerahan Masjid KOSMA

Taklimat mengenail Sistem Komputer IRAMIS-Estate oleh LKPP Corporation Sdn. Bhd

M A K L U M A N• Untuk makluman anggota - kadar Khairat Kematian telah

dinaikkan dari RM 1,000 kepada RM 1,500 bermula bulan Mac 2010

• YH Dato’ Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim - Pengerusi KOSMA telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tempoh dua (2) tahun

Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Ke 28

Tarikh Aktiviti

16.01.2010

28.01.2010

09-11.02.2010

18.02.2010

17.03.2010

25.03.2010

13.04.2010

• Masjid Ladang KOSMA

Peringatan

• Anggota perlu mengemukakan kad pengenalan (MYKAD) atau kad keanggotaan KOSMA di kaunter pendaftaran. Wakil anggota tidak boleh mendaftar bagi pihak anggota.

• Pendaftaran selepas jam 11.00 pagi akan dikira pendaftaran lewat dan anggota tidak berhak mengundi.

Kakitangan Baru KOSMABil Nama Jawatan

1. Shahrin bin Haji Zainal Abidin Pengurus Ladang

2. Dicky Harrys Jamin Pen. Pengurus Ladang

3. Mohd Ezani bin Abdul Aziz Pen. Pengurus Ladang

4. Muhamad Rizal bin Abdul Hadi Pen. Pengurus Ladang

5. Mohd Fawzzul Hazim bin Isamuddin Pegawai Kadet 6. Ainzalila bt. Rashid Pembantu Eksekutif Seksyen Perladangan

7. Mohamad Azroy Asraf bin Razali Penyelia Ladang 8. Mohd Ariff bin Shah Amri Penyelia Ladang

“Rezeki yang berkat ialah

rezeki yang halal dan jalan

mendapatkannya juga adalah halal”

Tahukahanda:MesyuaratAgungPenajaan bagi

memohon pendaftaran Syarikat Bekerjasama Ladang Kelapa

Sawit Pegawai Negeri Pahang Berhad telah diadakan pada 20

Ogos 1967 di Dewan UMNO Temerloh. Mesyuarat tersebut

telah dihadiri oleh Jawatankuasa Sementara yang dipengerusikan

oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan

Negeri Pahang pada tahun berkenaan. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh seramai 174

ahli-ahli Koperasi yang terdahulu.

TahukahAnda ?

!

Kuantan

Temerloh/Mentakab/Maran/Jerantut/Bera

Pekan/Rompin/Muadzam Shah Bentong/Raub/Lipis/Cameron Highlands

Kuala Lumpur/Selangor dan luar negeri Pahang

Tarikh Zon/Daerah

13.03.10

04.04.10

18.04.10

02.05.10

08.05.10

muka surat 3

KOSMA telah mengadakan seminar Memperkasakan Koperasi dan Anggota-anggota mengikut zon/daerah sekitar Mac hingga Mei 2010. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Dr Hajah Jamilah bt Hj. Din dan Encik Safaai bin Syed. Sessi ceramah ini telah diadakan seperti jadual seperti berikut :-

SEMINAR MEMPERKASAKAN KOPERASI DAN ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI

Jawatankuasa Hal Ehwal Anggota dan Kebajikan telah menyediakan peraturan dan tatacara tabung-tabung bantuan untuk anggota-anggota KOSMA dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KOSMA pada 29 Mac 2010. Tujuan tatacara ini adalah bagi melancarkan proses permohonan bagi semua jenis bantuan yang ada.

Renungan?

• Kaunter pendaftaran

TATACARA TABUNG-TABUNG BANTUAN UNTUK ANGGOTA-ANGGOTA

i. SkimPampasanKematian Bertujuan bagi meringankan beban kewangan ahli-ahli keluarga, yang

diamanah kepada wasi/penama.

ii. TabungKhairatKematian Bantuan kewangan bagi wasi/penama untuk menguruskan pengebumian

jenazah dan hal-hal lain berkaitan.

iii. AnugerahKecemerlanganPendidikan Pengiktirafan kepada anggota/anak anggota KOSMA yang cemerlang

di dalam bidang pendidikan. (Mengikut kelayakan seperti di dalam gara panduan tatacara KOSMA.

iv. BantuanDermasiswa Inisiatif bantuan kewangan bagi membantu warga KOSMA melanjutkan

pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. (Setiap anggota layak memohon maksima dua orang anak sahaja bagi tahun yang sama)

v. BantuanRawatanPenyakitKritikal Membantu anggota yang menghidap penyakit kritikal untuk membiayai

kos perubatan.

vi. BantuanBencana Meringankan bebab kewangan yang terpaksa ditanggung oleh anggota

KOSMA akibat ditimpa bencana.

Bagi anggota yang ingin membuat permohonan, borang-borang bolehlah didapati di Ibu pejabat atau melalui laman web KOSMA.

KepadaKawan–Kesetiaan

KepadaMusuh–Kemaafan

KepadaKetua–Khidmat

Kepadayangmuda–Contohterbaik

Kepadayangtua–Hargaibudimereka

Kepadapasangan–Cinta&Ketaatan

Kepadamanusia–kebebasan

HADIAH TERBAIK

muka surat 4

Bagi sukuan Keempat tahun 2009, jumlah pemerosesan BTB ialah sebanyak 65,300 mt. Jumlah keseluruhan pemerosesan BTB dari Januari hingga Disember 2009 ialah 219,780 mt iaitu 14.95% rendah daripada anggaran 252,630 mt. Keuntungan Operasi sebelum cukai berjumlah RM3,439,302.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, KOSMA telah menerima dividen berjumlah RM735,000 daripada Wujud Wawasan Sdn. Bhd. Ini merupakan tahun ketiga KOSMA menerima dividen dari WWSB iaitu bermula dari tahun 2007.

Hotel KOSMA telah dinaiktarafkan dan diklasifikasikan kepada kelas 3 ORKID (iaitu kelas tertinggi bagi Hotel Bajet) oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Bulan

LAPORAN PERLADANGANHASIL PENGELUARAN DAN

JUALAN BTB (JANUARI - APRIL 2010)

PengeluaranSebenar(m.t)

Jualan(RM)

L A P O R A NK I L A N G K O S M A

M A K L U M A N

LAPORAN HOTEL KOSMA - PENDAPATAN VS PERBELANJAAN

(JANUARI - APRIL 2010)

“ Bersedekah mengundang rahmat

Allah dan menjadi sebab Allah membuka

pintu rezeki ”

Pendapatan

Perbelanjaan

Lebihan/Kekurangan

Jumlah Bilik(Dilanggan)

Peratus Jualan

FEBRUARI

32,890.00

26,152.65

6,737.35

521

103.4%

MAC

37,334.00

25,532.30

11,801.70

552

98.9%

APRIL

34,112.00

28,871.95

5,240.05

551

102.0%

JANUARI

31,163.00

27,021.98

4,141.02

482

86.4%

JUMLAH

RM135,499.00

RM107,678.88

RM27,920.12

2,106

97.5%

Januari

Februari

Mac

April

Jumlah

17,240.31

14,684.51

17,865.44

16,166.72

65,956.98

7,709,991.15

6,742,429.34

8,560,431.52

7,562,605.69

30,575,457.69