zon perkembangan proksimal

8
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak- kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Tardapat dua tahap iaitu: Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak- kanak tanpa sebarang bantuan. Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa. Perkembangan kanak-kanak: Had atas: peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya boleh menbuat angka 1 hingga 1000 sendiri. Had bawah: kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1 hingga 100. PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZON PROKSIMAL SETIAP KANAK-KANAK

Upload: amira-nabila

Post on 30-Jun-2015

1.909 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-

kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan

bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang

dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Tardapat dua tahap iaitu:

Tahap perkembangan sebenar:

Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang

bantuan.

Tahap perkembangan potensi:

Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa.

Perkembangan kanak-kanak:

Had atas: peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang

lebih mahir. Contohnya boleh menbuat angka 1 hingga 1000 sendiri.

Had bawah: kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun

pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1

hingga 100.

PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZON PROKSIMAL

SETIAP KANAK-KANAK

Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang

sepatutnya diberi.contoh aktiviti ialah:

Menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, sederhana dan susah untuk melihat

keupayaan murid dan seterusnya dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan.

Page 2: ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

MENGGUNAKAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL DI DALAM PENGAJARAN

Guru memberikan bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-

kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan

semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.

Contoh aktiviti ialah:

Guru mengajarkan murid menulis pantun dua kerat dengaaan bimbingan. Kemudian, biarkan

kanak-kanak tersebut menulis pantun dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang

telah diberikan.

MEMBERI GALAKAN

Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan

strategi pengajaran yang koperatif dan kaloboratif serta pengajaran secara berkumpulan.

Bentukkan kumpulan heterogenus dimana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai

diletakkan dalam satu kumpulan. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan atau sokongan

daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Contoh aktiviti ialah:

Guru menbahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai

pelbagai tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk

dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan, murid yang mahir akan membantu

murid yang kurang mahir di dalam kumpulan masing-masing.

GALAKAN BERCAKAP SENDIRI

Kawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa memyelesaikan sesuatu

masalah. Bombing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam

situasi yang memerlukan penyelesaian. Contoh aktivitinya ialah:

Guru menyuruh murid menulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pen”. Murid akan

bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebatang pen bagi

menyiapkan karangan tersebut.

Page 3: ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

ARAHAN YANG BERMAKNA

Guru memberikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan

kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasi

pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti:

Guru menunjukkan cara untuk menunaikan solat dengan cara yang betul kepada kanak-kanak,

mereka pula akan mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.

KAJIAN LEV VYGOTSKY

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu

membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah

hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas

bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid

sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi

mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang

dewasa yang lebih berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang

dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa

pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam

suasana yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru.

Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan

tugasan pembelajaran.

Lev Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor

persekitaran, sosial dan budaya. Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan,

orang dewasa, sekolah dan sebagainya. Mengikut Vygotsky, bayi lahir dengan berharap “fungsi

asas mental” (elementary mental function) iaitu perhatian, sensori, persepsi dan memori.

Page 4: ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu, peringkat sosial dan

peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan individu diperolehi

melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik

beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan

individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada

kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

SOSIOBUDAYA

Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan

teori sosiobudaya. Teorinya juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung

kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada di sekitarnya yang menjadi alat

penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang

sekelilingnya. Terdapat tiga cara sosiobudaya disampaikan iaitu:

1. Peniruan

2. Mengingati dan membuat pemahaman sendiri

3. Belajar melalui kolaborasi dalam kumpulan

Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan

persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila

berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa

interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku kanak-

kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. Selepas itu,

berubah melalui interaksi dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit iaitu “fungsi

mental peringkat tinggi” (higher mental function). Sebagai contoh:

Strategi mengingat:

Orang barat – buat nota

Orang asli – cantas dahan pokok untuk ingat jalan

Vygotsky setuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan

dicirikan dengan gaya fifiran yang berbeza-beza, akan tetapi Vygotsky tidak setuju dengan

pandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran

Page 5: ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

realitinya sendirian, kerana menurut Vygotsky sesuatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh

anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama iaitu:

Intelektual berkembang ketika individu menghadapi idea-idea baru dan sulit mengaitkan

idea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui.

Interaksi dengan orang lain meningkatkan perkembangan intelektual.

Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator

pembelajaran murid.

STRATEGI BELAJAR

Sumbangan psikologi kognitif berpunca dari teori-teori yang menjelaskan bagaimana

otak bekerja dan bagaimana individu memperoleh dan memproses informasi. Menurut Vygotsky,

adalah penting menggunakan strategi belajar kerana pengetahuan awal (prior knowledge) penting

dalam proses pembelajaran, membantu kanak-kanak memahami pengetahuan dan perbezaan

antara berbagai-bagai jenis pengetahuan yang lain, dan membantu kanak-kanak menjelaskan

bagaimana pengetahuan diperoleh manusia dan diproses dalam memori otak.

Informasi dan pengalaman yang disimpan dalam memori jangka panjang adalah sebagai

pengetahuan awal. Pengetahuan awal adalah kumpulan dari pengetahuan dan pengalaman

ivdividu yang diperoleh sepanjang perjalanan hidupnya dan akan di bawa kepada suatu

pengalaman yang baru.

Penggunaan pengorganisasian awal (advance organizer) merupakan satu alat pengajaran

yang mengaitkan bahan-bahan pembelajaran dengan pengetahuan awal. Pembelajaran

melibatkan pemerolehan isyarat melalui pengajaran dan informasi daripada orang lain.

Perkembangan termasuklah kanak-kanak dapat berfikir sendiri dan menyelesaikan masalah tanpa

bantuan orang lain.