zaharani ahmad ulasan buku -...

9
154 ULASAN BUKU Asmah Haji Omar, 2011, Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran, 206 halaman, ISBN 978-983-46-0597-1. Pengulas: Zaharani Ahmad [email protected] Hankuk University of Foreign Studies Asmah menyatakan penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berkenaan dengan aliran-aliran linguistik yang berpengaruh, terutama sekali yang muncul dalam abad ke-20 yang dibahagikannya kepada tiga golongan, iaitu (i) aliran empiris linguistik struktural ala Amerika (termasuk linguistik deskriptif-taksonomik dan tagmemik), (ii) aliran linguistik sistemik-fungsional London, dan (iii) aliran mentalistik/rasionalistik linguistik transformasi generatif. Beliau menegaskan pembicaraan tentang aliran-aliran ini tidak mungkin dilakukan tanpa menyusur ke zaman Antikuiti di Eropah, khususnya zaman yang bersemarak dengan keagungan peradaban Yunani dan Romawi (hlm. 185 dan 188). Tujuan kedua yang mendorong pengarang menghasilkan buku ini adalah untuk menunjukkan bahawa perkembangan idea dalam pemikiran linguistik itu bergerak dalam kitaran, bahkan idea yang paling canggih pun mempunyai asal usul dari zaman silam. Sehubungan itu, walaupun sesuatu aliran itu berdiri sendiri, namun konsep dan kaedah analisis yang digunakan didapati bertindihan dengan aliran yang lain (hlm. 188). Untuk mencapai tujuan ini, Asmah telah membahagikan bukunya kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 (hlm. 1-29) menghuraikan sejarah pemikiran linguistik Eropah yang bermula dari zamal awal Yunani- Latin menyelusuri zaman Pertengahan, zaman Pembaharuan, zaman Pasca- Pembaharuan hinggalah ke zaman moden abad ke-20. Asmah telah berjaya membuat satu penghuraian yang kemas, padat dan menyeluruh tentang sejarah yang panjang ini dengan satu bab sahaja, sedangkan bagi penulis lain memerlukan bab-bab yang berasingan bagi menghuraikan zaman- zaman tersebut (Robins, 1990). Pemikiran peradaban luar Eropah yang juga tersohor, seperti nahu Pa#nini bagi tamadun India-Sanskrit, dan nahu Sībawaihi bagi tamadun Arab-Islam (Itkonen, 1991) tidak dibincangkan 8 UlasanbukuAsmah.indd 154 5/20/11 12:21:40 PM

Upload: hadat

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

154

Zaharani ahmad

ULASAN BUKU

Asmah Haji Omar, 2011, Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran, 206 halaman, ISBN 978-983-46-0597-1.

Pengulas: Zaharani ahmad [email protected] hankuk University of Foreign Studies

asmah menyatakan penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berkenaan dengan aliran-aliran linguistik yang berpengaruh, terutama sekali yang muncul dalam abad ke-20 yang dibahagikannya kepada tiga golongan, iaitu (i) aliran empiris linguistik struktural ala amerika (termasuk linguistik deskriptif-taksonomik dan tagmemik), (ii) aliran linguistik sistemik-fungsional London, dan (iii) aliran mentalistik/rasionalistik linguistik transformasi generatif. Beliau menegaskan pembicaraan tentang aliran-aliran ini tidak mungkin dilakukan tanpa menyusur ke zaman antikuiti di Eropah, khususnya zaman yang bersemarak dengan keagungan peradaban Yunani dan romawi (hlm. 185 dan 188). Tujuan kedua yang mendorong pengarang menghasilkan buku ini adalah untuk menunjukkan bahawa perkembangan idea dalam pemikiran linguistik itu bergerak dalam kitaran, bahkan idea yang paling canggih pun mempunyai asal usul dari zaman silam. Sehubungan itu, walaupun sesuatu aliran itu berdiri sendiri, namun konsep dan kaedah analisis yang digunakan didapati bertindihan dengan aliran yang lain (hlm. 188).

Untuk mencapai tujuan ini, asmah telah membahagikan bukunya kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 (hlm. 1-29) menghuraikan sejarah pemikiran linguistik Eropah yang bermula dari zamal awal Yunani-Latin menyelusuri zaman Pertengahan, zaman Pembaharuan, zaman Pasca-Pembaharuan hinggalah ke zaman moden abad ke-20. asmah telah berjaya membuat satu penghuraian yang kemas, padat dan menyeluruh tentang sejarah yang panjang ini dengan satu bab sahaja, sedangkan bagi penulis lain memerlukan bab-bab yang berasingan bagi menghuraikan zaman-zaman tersebut (robins, 1990). Pemikiran peradaban luar Eropah yang juga tersohor, seperti nahu Pa#nini bagi tamadun india-Sanskrit, dan nahu Sībawaihi bagi tamadun Arab-Islam (Itkonen, 1991) tidak dibincangkan

8 UlasanbukuAsmah.indd 154 5/20/11 12:21:40 PM

Page 2: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

155

ULaSan BUKU

kerana keterbatasan kemampuan, namun asmah masih mampu menyentuh pemikiran al-Farabi secara ringkas.

Pemikiran linguistik zaman antikuiti di Eropah bermula dengan tradisi orang Yunani Kuno yang bersifat falsafah yang meneliti sesuatu untuk tujuan pembinaan teori ilmu pengetahuan. aristotle seorang ahli falsafah dan ahli bahasa terkemuka waktu itu telah mengemukakan prinsip-prinsip huraian yang bersifat saintifik serta memperkenalkan konsep taksonomi dan pendekatan empiris dalam menghuraikan bahasa Yunani. Pengaruh aristotle yang begitu besar dalam ilmu linguistik menyebabkan kajian nahu waktu itu dianggap sebagai sains aristotelian. Pada zaman itu juga munculnya ahli falsafah Stoic yang melihat bahasa sebagai perkaitan antara nahu dengan logika. Falsafah bahasa Yunani Kuno kemudiannya mempengaruhi orang rom dalam melihat bahasa Latin, sehingga lahirnya dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu (i) aliran analogi yang terpengaruh dengan pemikiran aristotle, dan (ii) aliran anomali yang terpengaruh dengan pemikiran falsafah Stoic.

Pemikiran linguistik zaman pertengahan lebih meluas apabila orang Eropah terdedah dengan peradaban luar, seperti Yahudi dan arab yang mempunyai nahunya sendiri. mereka dikatakan telah mengenali karya al-Farabi yang membahagikan pengetahuan bahasa kepada pengetahuan leksikal dengan pemikiran makna yang arbitrari, pengetahuan rumus bahasa melalui pengitlakan, dan rumus ini bersifat sejagat. Pada zaman ini juga, lahir teori nahu yang dinamakan teori spekulatif yang didasarkan pada perkaitan antara nahu dengan logika yang dikemukakan oleh ahli falsafah Stoic dalam zaman Yunani Kuno. Selepas itu, muncul pula nahu modistae yang berpandangan wujudnya satu struktur nahu universal yang terdapat dalam semua bahasa.

Pendekatan empiris yang diperkenalkan oleh aristotle muncul semula pada zaman Pembaharuan (Renaissance). idea dan konsep teori linguistik zaman sebelumnya diteruskan dan pembaharuan didapati berlaku apabila penghuraian nahu bahasa Latin digantikan dengan nahu bahasa-bahasa tempatan. dalam zaman Pasca-Pembaharuan, lahir konsep nahu am yang universal sifatnya dan berlaku untuk semua bahasa. Konsep nahu universal ini menjadi pegangan aliran pemikiran rasionalisme nahu Port royal. Pada masa yang sama, nahu yang bersifat khusus bahasa masih berkembang, dan waktu itu muncul teori relativiti bahasa yang mengaitkan bahasa dengan penglihatan dunia (world-view) penuturnya, dan idea ini lebih dikenali dengan nama hipotesis Sapir-Whorf. Pada zaman ini juga berkembangnya kajian linguistik historis yang dianggap sebagai benar-

8 UlasanbukuAsmah.indd 155 5/20/11 12:21:40 PM

Page 3: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

156

Zaharani ahmad

benar bersifat saintifik, apabila Sir William Jones mendakwa bahawa persamaan antara bahasa Sanskrit, bahasa Yunani dan bahasa Latin bukan berlaku secara kebetulan tetapi berasal daripada satu sumber yang sama.

Linguistik moden sebagai satu kerangka teori yang mantap lahir pada awal abad ke-20 apabila terhasilnya buku yang bertajuk Cours de Linguistique Generale oleh Ferdinand de Saussure (1915). Pemikiran Saussure yang paling besar ialah penciptaan konsep atau tanggapan antitetikal (antithetical notions) yang berpasangan dan berhubungan, seperti sinkronik lawan diakronik, langue lawan parole, dan sintagmatik lawan paradigmatik (Lepschy, 1986). Bagi Saussure, bahasa terdiri daripada bentuk (form) dan bukan benda (substance). Kesemua idea beliau ini kemudiannya melahirkan linguistik struktural yang berkembang dan menyebar ke seluruh Eropah dan amerika Syarikat. Tokoh aliran struktural yang begitu berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bloomfield, dan beliau telah menerapkan kaedah dan prosedur kajian sains tabii yang menggunakan pendekatan empiris dalam pengkajian bahasa. Pemikiran linguistik empirisme Bloomfield di Amerika kemudian diambil alih oleh pemikiran rasionalisme atau mentalisme teori linguistik transformasi generatif yang dipelopori oleh Chomsky. Chomsky menghidupkan kembali pemikiran ahli falsafah descartes yang melihat proses linguistik itu sebagai satu proses mental yang menggunakan bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan serta mempunyai aspek kreatif dalam penggunaannya. Teori transformasi generatif turut dipengaruhi nahu Port royal yang mengusulkan gagasan nahu universal yang mendasari semua nahu bahasa manusia yang lain.

di Great Britain pula, muncul satu cabang ilmu linguistik yang dikenali sebagai linguistik am atau aliran linguistik London yang dipelopori oleh J. R. Firth dan Daniel Jones. Teori linguistik ini juga dikenali sebagai teori konteks situasi yang diasaskan oleh malinowski yang melihat bahasa secara keseluruhannya sebagai aktiviti yang bermakna. Pendeskripsian unit-unit bahasa masih berasaskan hubungan sintagmatik dan paradigmatik yang diperkenalkan oleh Saussure, dan nahu yang dihasilkan bersifat polisistemik. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh halliday melalui perincian jenis-jenis fungsi yang wujud dalam bahasa, dan akhirnya teori ini dikenali sebagai teori nahu sistemik-fungsional. Berdasarkan perbincangan dalam Bab 1, dapat disimpulkan bahawa sesuatu teori linguistik itu tidak wujud secara tersendiri dan terasing, tetapi kewujudannya merupakan lanjutan dan perkembangan daripada pemikiran ahli bahasa terdahulu. idea, konsep, pendekatan dan pemikiran linguistik zaman lalu

8 UlasanbukuAsmah.indd 156 5/20/11 12:21:40 PM

Page 4: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

157

ULaSan BUKU

dihidupkan semula dengan diberi pentafsiran, penghuraian, penilaian dan penambahbaikan sesuai dengan perkembangan zaman berikutnya.

Perbincangan tentang definisi bahasa berdasarkan dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu aliran empiris dan aliran mentalistik/rasionalistik dibahaskan dalam Bab 2 (hlm. 30–51). Pendefinisian bahasa yang berbeza menyebabkan timbulnya penganalisisan dan penghuraian bahasa yang juga berbeza antara kedua-dua aliran linguistik ini. aliran rasionalistik/ mentalistik mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan fikiran, manakala aliran empiris mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang yang arbitrari dan fleksibel yang dihasilkan oleh alat ujaran manusia untuk tujuan komunikasi. Sehubungan itu, bahasa juga dilihat sebagai institusi manusia atau institusi sosial. Saussure membahaskan bahasa sebagai teori lambang yang menggabungkan konsep (signified), iaitu gambaran abstrak yang berada dalam fikiran dengan imej bunyi (signifier). Gagasan lambang bahasa ini kemudiannya diperkembang oleh Ogden dan richards dengan mengusulkan teori makna dalam bentuk skema segi tiga yang terdiri daripada fikiran, simbol, dan rujukan. Teori ini lebih dikenali sebagai teori segi tiga semantik. aliran empiris yang dibawa oleh Saussure membezakan dua jenis penggunaan bahasa dalam masyarakat yang saling berhubungan, iaitu langue dan parole. Kajian linguistik yang menghasilkan teori bahasa meneliti langue, manakala kajian linguistik yang menghasilkan teori pertuturan mengkaji parole. aliran mentalis teori transformasi generatif yang dibawa oleh Chomsky pula menyatakan tahap pengetahuan bahasa juga ada dua, iaitu kompetens dan performans, dan teori linguistik generatif lebih mementingkan linguistik kompetens yang merupakan pengetahuan penutur-pendengar yang ideal tentang bahasanya.

Bab 3 hingga 7 membincangkan secara khusus tiga aliran linguistik yang berpengaruh dalam abad ke-20, iaitu (i) aliran empiris linguistik struktural yang berkembang di amerika yang terbahagi kepada tiga, yakni linguistik struktural Bloomfield (Bab 3), linguistik deskriptif-taksonomik (Bab 4) dan linguistik tagmemik (Bab 5), (ii) aliran linguistik sistemik-fungsional yang berpusat di London (Bab 6), dan (iii) aliran mentalistik/rasionalistik linguistik transformasi generatif (Bab 7). Selain membincangkan aliran pemikiran teori-teori linguistik yang terlibat, bab-bab itu juga menghuraikan konsep-konsep penting yang mendasari teori berkenaan.

Perbincangan tentang aliran linguistik struktural Bloomfiled dibincangkan dalam Bab 3 (hlm. 52-79). asas pemikiran dan idea Saussure diperkembang dan diperkemas oleh Bloomfield. Melalui bukunya yang bertajuk Language (1933), Bloomfield menyediakan satu kerangka teori

8 UlasanbukuAsmah.indd 157 5/20/11 12:21:41 PM

Page 5: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

158

Zaharani ahmad

yang mantap tentang bagaimana meneliti dan mendeskripsikan sesuatu bahasa. Pengkajian bahasa harus bersifat saintifik, dan menepati ciri deskriptif dan induktif. Beliau juga menjelaskan proses pemerolehan bahasa melalui kebiasaan dan teori stimulus-respons yang berkaitan dengan psikologi behaviourisme. Konsep-konsep penting yang berhubung dengan fonologi, morfologi dan sintaksis yang mendasari teori struktural juga dijelaskan secara terperinci, seperti konsep fonem, morfem, semem, leksikon, unsur terdekat, jenis-jenis konstruksi sintaksis, ciri nahuan dan juga bentuk nahuan.

Sebagai lanjutan daripada Bab 3, Bab 4 (hlm. 80–105) membicarakan kemajuan linguistik taksonomik-desriptif yang diperkembang oleh pengikut-pengikut Bloomfield, seperti Hockett, Nida, Haris dan Wells. mereka ini telah mempertingkatkan dan memperkemas lagi tatakaedah dan prosedur pengkajian linguistik tentang sesuatu bahasa bermula daripada pengumpulan data hinggalah kepada peringkat penganalisisan data. Pelabelan nama taksonomi dan deskriptif diberikan kepada teori ini kerana penghuraian dan pengkatalogan unsur-unsur bahasa yang dideskripsikannya begitu terperinci dari segi bentuk dan strukturnya. Konsep-konsep penting yang menjadi asas analisis diberikan definisi dan penghuraian yang lebih baik dan kemas, seperti konsep unsur, segmen, lingkungan, distribusi, ciri ekstensional dan ciri intensional. dalam menghuraikan sistem nahu, hockett mengemukakan dua model analisis yang utama, iaitu butir dan proses (iP), dan butir dan aturan (ia). Konsep-konsep penting yang berkaitan dengan analisis morfologi, seperti morfem, morf, alomorf, morfem zero, morfem portmanteau, morfologi derivasi, fleksi, modulasi serta proses morfofonemik dihuraikan dengan jelas. Begitu juga dalam bidang sintaksis, huraian tentang unsur terdekat, jenis-jenis struktur sintaksis seperti struktur modifikasi, predikasi, komplementasi dan koordinasi diperincikan penjelasannya.

Bab 5 (hlm. 106–31) membahaskan satu lagi cabang linguistik struktural, iaitu teori tagmemik yang diasaskan oleh K. L. Pike. Teori ini melihat perilaku bahasa dan perilaku bukan bahasa sebagai satu kesatuan yang menyeluruh, yakni bersatu dalam peristiwa penggunaan bahasa dan budaya. Teori tagmemik mendakwa sistem bahasa itu terdiri daripada tiga peringkat, iaitu fonologi, leksikon, dan nahu. Tiap-tiap peringkat mempunyai dua jenis unit, iaitu unit etik dan unit emik yang dipetik daripada istilah fonetik dan fonemik. Peringkat fonologi meneliti sistem unit bunyi yang terdiri daripada unit etik yang mengandungi bunyi bahasa, dan unit emik yang berfungsi dalam struktur, iaitu fonem sebagai unit yang

8 UlasanbukuAsmah.indd 158 5/20/11 12:21:41 PM

Page 6: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

159

ULaSan BUKU

paling kecil. Leksikon pula adalah sistem unit leksikal yang unit etiknya terdiri daripada morf, manakala unit emiknya terdiri daripada morfem. Bagi sistem unit nahu, unit etiknya terdiri daripada tagma, manakala unit emiknya terdiri daripada tagmem. Seperti teori linguistik yang lain, teori tagmemik juga memperincikan konsep-konsep penting yang mendasari teorinya, seperti istilah tagmem, fungsi, gatra fungsional, golongan pengisi, distribusi, sintagmem, analisis urutan, jenis-jenis sintagmem, dan jenis-jenis ayat.

Bab 6 (hlm. 132–57) membicarakan aliran linguistik yang berkembang di London yang dikenali sebagai aliran linguistik London dan kemudiannya dilabelkan sebagai aliran Linguistik British. Teori linguistik ini dipelopori oleh J. R Firth yang mengkaji bahasa dari sudut makna berdasarkan konteks situasi. Beliau memperkembang teori ini berasaskan pemikiran malinowski yang menganggap bahawa fungsi bahasa yang utama ialah sebagai satu cara bertindak, dan bukan sebagai gambaran fikiran. Oleh sebab itu, sesuatu ujaran itu dikatakan tidak mendukung apa-apa makna, kecuali disertakan dengan konteks situasinya. Berbeza daripada teori linguistik struktural amerika, teori linguistik Firth melihat fonologi, nahu dan makna dalam bahasa sebagai peringkat-peringkat yang berkaitan. Konteks situasi bagi Firth ialah konsep abstrak yang terdiri daripada konstituen bahasa dan konstituen bukan bahasa yang berkaitan antara satu sama lain. Pernyataan tentang konteks situasi tersebut diperincikan di bawah tajuk-tajuk, seperti (i) jenis konteks situasi, (ii) jenis fungsi bahasa, (iii) bahasa teks dan selok-belok bahasa, (iv) jenis bahasa terbatas yang mencirikan teks, (v) ciri sintaksis teks, (vi) gaya dan tempo teks, (vii) ciri kolokasi, dan (viii) kesan yang diperoleh daripada teks. Beliau juga menjelaskan konsep dan istilah penting yang digunakan seperti, kolokasi, koligasi, eksponen, struktur dan sistem, unit fonematik, unit prosodik, dan kelompok.

analisis nahu Firth juga bersifat multistruktur dan polisistem. multistruktur bermaksud nahunya terdiri daripada beberapa peringkat yang tersusun dalam satu skala tatatingkat bermula dari yang paling atas, iaitu struktur perenggan diikuti struktur ayat, struktur klausa, struktur kelompok, struktur frasa dan struktur kata pada peringkat yang paling bawah. dari segi polisistem pula, tiap-tiap sistem itu boleh dibahagikan kepada beberapa subsistem, dan seterusnya boleh diperincikan kepada beberapa subsistem lagi. Kesimpulannya, prinsip pertama dalam analisis linguistik ialah mengenal pasti sistem dan struktur, dan analisis berikutnya membezakan fungsi dalam konteks paradigmatik dan fungsi dalam konteks sintagmatik. Konsep sistem dan struktur dalam teori Firth kemudiannya

8 UlasanbukuAsmah.indd 159 5/20/11 12:21:41 PM

Page 7: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

160

Zaharani ahmad

diperkemas dan diberi interpretasi baru oleh halliday. Beliau menegaskan pewujudan asas bahasa adalah pada paksi paradigmatik atau paksi pilihan. Pilihan itu merupakan ciri dalam jaringan sistem yang membentuk struktur yang dianggap sebagai terbitan daripada sistem tersebut. Oleh sebab keutamaan analisis adalah pada sistem, maka teori yang diasaskan oleh Firth ini dinamakan sebagai linguistik sistemik oleh halliday.

dalam perkembangan berikutnya, halliday memperkenalkan nahu fungsional kerana kerangka rujukan konseptualnya adalah bersifat fungsional yang memberi tumpuan pada makna penggunaan bahasa yang meliputi tiga faktor, iaitu (i) interpretasi teks, (ii) interpretasi sistem, dan (iii) interpretasi unsur struktur. analisis bahasa terdiri daripada tiga tahap, yakni semantik, nahu dan fonologi. Tujuan nahu fungsional adalah untuk merangka satu nahu bagi menganalisis teks sama ada dalam bentuk tulisan ataupun pertuturan. Gabungan teori fungsional yang memberi tumpuan pada struktur dalam paksi sintagmatik, dan teori sistemik yang memberi tumpuan pada makna dalam paksi paradigmatik, akhirnya lahirlah teori nahu sistemik-fungsional.

Perbincangan dalam Bab 7 (hlm. 158-86) menyentuh aliran linguistik rasionalistik/ mentalistik teori transformasi generatif (TG) yang dipelopori oleh Chomsky melalui bukunya yang pertama bertajuk Syntactic Structures (1957). Berbeza dengan aliran-aliran linguistik sebelum ini yang penghuraian pengkajian bahasanya meliputi fonologi, nahu dan semantik, perbincangan tentang aliran nahu transformasi generatif hanya menyentuh aspek sintaksis sahaja. menurut asmah, aspek fonologi tidak disentuh kerana idea asas yang digunakan untuk fonologi berbeza dengan sintaksis. Sebenarnya, dalam buku Syntactic Structures aspek fonologi sememangnya tidak dibincangkan secara mendalam. Tetapi idea dan konsep-konsep penting yang mendasari teori fonologi generatif dapat dilihat dalam buku The Sound Pattern of English yang dihasilkan oleh Chomsky dan halle (1968). Begitu juga dalam bidang morfologi, gagasan penting mengenai morfologi generatif dapat dirujuk dalam buku aronoff (1976) yang bertajuk Word Formation in Generative Grammar. Secara perbandingan, kajian morfologi teori struktural dapat dianggap sebagai analisis berdasarkan morfem (morpheme based analysis) kerana fokus utama pendeskripsiannya ialah morfem. Bagi teori morfologi generatif pula, analisisnya berdasarkan perkataan (word based analysis) kerana fokus pendeskripsiannya ialah perkataan.

Kitaran sejarah pemikiran lampau berputar kembali, apabila Chomsky menghidupkan semula nahu Port royal yang mengutamakan konsep nahu

8 UlasanbukuAsmah.indd 160 5/20/11 12:21:41 PM

Page 8: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

161

ULaSan BUKU

universal yang boleh diterapkan kepada semua bahasa manusia. dari sudut falsafah, teori TG menerapkan falsafah Cartesian yang menganggap idea yang sejadi wujud dalam minda, dan bukannya terhasil daripada pengalaman. Teori minda descartes sesuai untuk dikaitkan dengan nahu universal dan aspek kreativiti yang wujud dalam penggunaan bahasa. Melalui aspek kreativiti ini, bahasa berfungsi sebagai alat berfikir dan alat menyampaikan fikiran secara bebas. Kemampuan bahasa bersifat kreatif disebabkan wujudnya Lad, iaitu sistem pemerolehan bahasa yang sejadi yang membolehkan penutur menghasilkan ayat yang tidak ada perhinggaan menurut peraturan nahu. dalam konteks pengetahuan peraturan bahasa, Chomsky menjelaskan wujudnya perbezaan antara kompetens dengan performans. nahu TG memberi tumpuan pada kompetens yang menggambarkan pengetahuan peraturan bahasa yang ideal yang dihasilkan oleh penutur dewasa. dari segi struktur pula, nahu TG membezakan struktur dalaman yang berkaitan dengan aspek mental yang mengandungi interpretasi semantik dengan struktur luaran yang berhubung dengan aspek fizikal yang mengandungi interpretasi fonetik.

dalam analisis nahu TG terdapat tiga komponen utama, iaitu komponen semantik, komponen sintaksis dan komponen fonologi. dalam komponen sintaksis terdapat rumus struktur frasa yang diformalkan dalam bentuk rumus tulis semula, rumus pemasukan leksikal yang digolongkan berdasarkan kategori nahu, rumus subkategori yang memperincikan lagi sesuatu kategori nahu, dan rumus transformasi. Komponen sintaksis nahu TG berkeupayaan menjana semua ayat yang gramatis yang mematuhi peraturan nahu, dan pada masa yang sama menolak ayat yang tidak gramatis yang melanggar peraturan nahu. dengan ini, nahu TG dikatakan berjaya menepati pendeskripsian dan kepadaan penjelasan. Teori TG seterusnya mengalami perubahan, perkembangan dan penambahbaikan hasil daripada kerja Chomsky sendiri dengan lahirnya buku Extended Standard Theory, Government and Binding Teory, Principles and Parameters Theory, dan Minimalist Program.

Buku karya asmah ini ialah sebuah buku sejarah intelektual yang sangat baik dan berguna untuk dijadikan rujukan oleh pelajar universiti serta para sarjana yang berminat dalam ilmu sains bahasa. Buku ini bukan sahaja memperkenalkan tokoh-tokoh ahli falsafah dan ahli bahasa yang tersohor, tetapi turut menyelami aliran pemikiran, dan idea-idea hebat yang diketengahkan oleh mereka. Pada masa yang sama pembaca juga didedahkan dengan teori-teori linguistik yang berpengaruh dalam abad ke-20, berserta dengan kaedah analisis serta konsep-konsep penting yang

8 UlasanbukuAsmah.indd 161 5/20/11 12:21:41 PM

Page 9: Zaharani ahmad ULASAN BUKU - jurnalbahasa.dbp.myjurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/09/8... · kepada lapan bab yang saling berhubungan. Bab 1 ... seperti nahu Pa#nini

162

Zaharani ahmad

mendasari teori tersebut. malah tidak keterlaluan jika dikatakan, buku ini sangat sesuai dijadikan teks asas bagi semua peringkat kursus linguistik yang diajar di universiti.

RUJUKANaronoff, m., 1976. Word Formation in Generative Grammar. Cambridge: miT

Press.Chomsky, n. & m. halle, 1968. The Sound Pattern of English. new York: harper

& row Publishers.itkonen, Esa, 1991. Universal History of Linguistics: India, China, Arabia,

Europe. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.Lepschy, Giulio, 1986. “European Linguistics in the Twentieth Century” dlm.

Bynon, T. & Palmer, F. r. (ed.). Studies in the History of Western Linguistics: In Honour of R. H. Robins. Cambridge: Cambridge University Press.

robins, r. h., 1990. A Short History of Linguistics. Edisi ke-3. London: Longman.

8 UlasanbukuAsmah.indd 162 5/20/11 12:21:41 PM