documentyy

13
KERTAS KERJA PENGANJURAN SUKAN TRADISIONAL 2015 PERMAINAN KABADDI 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional yang dipilih oleh kami ialah kabadi. Kabaddi merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Negara kita,Malaysia.Walaupun permainan ini pada peringkat awalnya popular dikalangan kaum India,namun pada hari ini sama seperti permainan tradisinal yang lain,permaianan tradisional kabaddi disertai oleh pelbagai kaum. 2.0 MATLAMAT Memperkenalkan permainan tradisional kabaddi dikalangan bakal guru Mencungkil bakat baru dalam mengetengahkan permainan kabaddi dikalangan kaum lain Memupuk semangat perpaduan melalui sukan. Memupuk semangat kesukanan dan sayangkan sukan kabaddi dengan membina sikap patriotik, progresif, positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam sukan kabaddi.

Upload: kitchens-mem

Post on 05-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rr

TRANSCRIPT

Page 1: Documentyy

KERTAS KERJA PENGANJURAN SUKAN TRADISIONAL 2015

PERMAINAN KABADDI

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang

diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan

tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat

malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan

oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai

jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya

dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional

yang dipilih oleh kami ialah kabadi.Kabaddi merupakan salah satu permainan tradisional

yang terdapat di Negara kita,Malaysia.Walaupun permainan ini pada peringkat awalnya

popular dikalangan kaum India,namun pada hari ini sama seperti permainan tradisinal yang

lain,permaianan tradisional kabaddi disertai oleh pelbagai kaum.

2.0 MATLAMAT

Memperkenalkan permainan tradisional kabaddi dikalangan bakal guru

Mencungkil bakat baru dalam mengetengahkan permainan kabaddi dikalangan

kaum lain

Memupuk semangat perpaduan melalui sukan.

Memupuk semangat kesukanan dan sayangkan sukan kabaddi dengan membina

sikap    patriotik, progresif, positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam sukan

kabaddi.

3.0 RASIONAL PERTANDINGAN

       Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung

dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Jun 2013. Dengan

Penganjuran karnival ini, diharapkan guru pelatih dapat diberikan pendedahan,

Page 2: Documentyy

pengetahuan dan pengalaman  mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan

sesuatu pertandingan. Selain itu, melalui penganjuran karnival ini juga diharapkan dapat

memupuk nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan tanpa mengira kaum

dikalangan ahli jawatankuasa dalam menjayakan karnival sesuatu program yang

dirancang.

4 OBJEKTIF

4.1        Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam Program

Pengsiswazahan Guru Semester 5, Ambilan Jun 2013.

4.2        Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam

menguruskan karnival sukan dan pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika

bertugas di sekolah kelak.

4.3        Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

4.4        Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai

warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam

pendidikan.

4.5        Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan

kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.

4.6        Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi  terutama ketika

mengendalikan karnival permaianan seperti ini.

4.7         Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam

institut atau pihak luar.

4.8         Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani,

jasmani, emosi, sosial dan intelek.

Page 3: Documentyy

5.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

5.1 Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana

permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak

kehidupan masyarakat tersebut.

5.2        Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya

terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

5.3         Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru

pelatih untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.

5.4         Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini  dapat membantu

membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada

pada setiap guru-guru pelatih.

5.5         Selain itu, karnival ini  juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-guru pelatih

untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan

sesuatu masalah yang timbul dengan tepat.

5.6         Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang

hayat dalam diri setiap guru pelatih. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya

hidup yang lebih baik dan sihat.

6.0 PERANCANGAN

6.1 Mengadakan mesyuarat dan membincangkan aktiviti amali sepertimana yang

terdapat dalam proforma PJM3123E semester 5.

6.2 Melantik Jawatankuasa induk

6.3 Menentukan bidang tugas

6.4 Membuat kertas kerja

6.5 Membuat anggaran perbelanjaan

6.6 Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan,

persiapan tempat, padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang

Page 4: Documentyy

dipertandingkan, bahan dokumentasi, pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.

5.7 Menentukan masa pertandingan.

5.8 Post-mortem bersama AJK Induk.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 04 April 2015

Masa : 8.00 pagi-5.00 petang

Tempat : Padang IPGKTI

7.0 BILANGAN PESERTA

Peserta terdiri daripada guru-guru pelatih PPG Unit Prasekolah semester 6 seramai

65 0rang.

8.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

8.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.Mohd Eddy Bin Abdullah

Pengerusi : Mohd Bin Daud

Naib Pengerusi : Salim Bin Musa

Setiausaha : Noraini Binti Embong

Penolong Setiausaha : Norzifah Binti Zakaria

Bendahari : Norazian Binti Said

8.2 JAWATANKUASA KERJA

JK Makanan/Minuman : Ruhliza Binti Roslan

Nor Hazimi Binti Mokhtar

Page 5: Documentyy

JK Peralatan : Rozita Binti Chik

Hasliza Binti Abdul Halim

Suriati Binti Sulong

JK Persiapan Tempat : Maziah Binti Abdul Razak

JK Statistik : Hamidah Binti Idris

Nor Akmal Binti Mohd Noor

JK Hadiah : Faridah Binti Hassan

Sarinah Binti Zakaria

JK Dokumentari/Laporan : Mardiah Binti Embong

Anidah Binti Bakar

JK Keselamatan : Zaleha Binti Mohd Nong

Zarinah Binti Abdullah

JK Teknikal : Sharikylianas Binti Mohd Nafi

Roshaliza Binti Wahab

8.3 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En.Mohd Eddy Bin Abdullah

Pengerusi : Mohd Zaki Bin Tanreha

Naib Pengerusi : Zariah Binti Jafar

Setiausaha : Rozita Binti Chik

Pen.Setiausaha : Fajirah Binti Abdullah

Bendahari : Siti Mahayu Norashikin Binti Ayob

Pen.Bendahari : Rosnani Binti Zainordin

Page 6: Documentyy

9.0 PENYERTAAN

Para pemain terdiri daripada pelajar dari Unit Pra A dan Pra C

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BUTIRAN ANGGARAN KOS

Alatan

1.Tepung gandum

2.Tali Plastik

Minuman

1.Minuman pemain

2.Minuman Pegawai/Hakim,AJK

Program dan Penganjur

Hadiah

RM3.00/sebungkus

Bilangan tepung 2 bungkus

=RM3.00 x 2

=RM6.00

RM 5/segulung

Bilangan tali plastik 2 gulung

=RM5.00 x 2

=RM10.00

RM1.50 /seorang peserta

Bilangan peserta 24 orang

=RM1.50 x 24 orang

=RM36.00

RM1.50/seorang

Bilangan AJK Program 10 orang

=RM1.50 x 10 orang

=RM 15

RM30.00/sehamper

Bilangan Hamper 1 bungkus

=RM30.00 x 1 bungkus

=RM 30

Jumlah Perbelanjaan RM 97.00

Page 7: Documentyy

Sumber kewangan diperolehi daripada sumbangan daripada JK Pelaksana (Pra B1)

Unit Prasekolah.

11.0 JADUAL PERTANDINGAN

BIL KUMPULAN MASA KEPUTUSAN

1. Kumpulan A

Pra A2 vs Pra C3 9.00 pagi - 9.17 pagi

2. Kumpulan B

Pra C4 vs A3 9.20 pagi -9.37 pagi

REHAT

3. Johan kumpulan A vs Johan

kumpulan B 9.45 pagi – 9.57 pagi

12.0 TENTATIF PROGRAM

MASA TEMPAT AKTIVITI

8.00 Pagi

8.30 Pagi

9.00 -9.17 pagi

9.20-9.37 pagi

Astaka IPG KDRI

Padang A

Padang A

Padang A

-Pendaftaran peserta

-Taklimat pertandingan

-Perlawanan Kumpulan A (Merah vs Kuning)

-Perlawanan Kumpulan B (Biru vs Hijau)

9.45-9.57 pagi

10.00 pagi

Padang A

Astaka IPG KDRI

-Perlawanan antara johan kumpulan A dengan

johan kumpulan B

-Penyampaian hadiah

12.0 SENARAI SEMAK

REHAT

BERSURAI

Page 8: Documentyy

12.1 Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan

BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN

1 Mengadakan perbincangan dan lantikan

jawatankuasa

2 Membuat kertas kerja

3 Menyenaraikan peralatan dan menentukan

kawasan

4 Memilih peserta

5 Setiap ajk menjalankan tugas sebelum

perlawanan

6 Penetapan syarat dan peraturan permainan

12.2 Senarai Semak Semasa Pelaksanaan

BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN

1 Senarai Semak Peralatan

2 Kelangsungan Pembahagian Peserta

3 Kekemasan Dan Kesesuaian Pakaian Peserta

4 Kelancaran acara seperti perancangan

5 Taklimat syarat dan peraturan oleh pegawai

12.3 Senarai Semak Selepas Pertandingan

BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN

1 Jumlah alatan yang mencukupi

2 Kebersihan dan kekemasan kawasan

permainan

3 Pengurusan sampah yang baik

4 AJK membuat refleksi permainan

5 Post morten

6 Membuat refleksi pelaksanaan permainan

Page 9: Documentyy

13.0 PERATURAN ATAU SYARAT PERTANDINGAN

13.1 Setiap peserta terdiri daripada 4 orang pemain dan 2 orang pemain Simpanan

13.3 Semua peserta hendaklah mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak

mempunyai sebarang masalah kesihatan

13.4 Seorang pemain hanya boleh mewakili 1 pasukan sahaja

13.5 Semua pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai

13.6 Permainan dijalankan secara kalah mati.Keputusan pengadil adalah muktamad

13.7 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab keatas sebarang kecederaan,kehilangan

nyawa,kehilangan harta benda keatas peserta sepanjang pertandingan berlangsung

13.8 Masa perlawanan adalah 7 minit pertama,rehat 3 minit dan disambung semula 7

minit

13.9 Sebarang perubahan peraturan pertandingan tertakluk kepada pihak penganjur

mengikut keadaan semasa.

14.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan agar penganjuran Kejohanan Sukan Tradisional 2014-

Permainan Kabaddi antara unit Prasekolah Program Pensiswazahan Guru Semester 6 ini

akan mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada para pelatih.Daripada penganjuran

karnival ini juga diharapkan guru-guru pelatih mendapat pendedahan, pengetahuan dan

pengalaman  mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan

dengan lebih mendalam lagi.

Melalui penganjuran karnival sukan tradisional ini juga diharapkan dapat

mengangkat martabat khazanah warisan kesenian negara disamping penerapan nilai-nilai

Page 10: Documentyy

murni kepada para peserta. Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan lancar

dengan jayanya.

Lampiran A

Page 11: Documentyy

8.1 Jawatankuasa Induk Program

Penasihat:en m