yang berhormat tuan khairy jamaludin

3
Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaludin Menteri Belia & Sukan Merangkap Ahli Parlimen Kawasan Rembau Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau Pt 565 , Jalan Seremban Tampin Negeri Sembilan. 31 Oktober 2014 Tuan, Permohonan Peruntukan Untuk Mengatasi Masalah Tanah Runtuh Di SJKT Rantau, Taman Bandar Ekar, Rantau Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. 2. Untuk makluman Tuan YB, kami pernah maklumkan kepada YB mengenai masalah tanah runtuh di sekolah kami. Tuan juga memberitahu bahawa tindakan lanjut akan diambil secepat mungkin. Malangnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak YB. Pada mesyuarat AJK PIBG yang lepas para AJK telah mula menyoal mengenai status penyelesaian masalah tanah runtuh. Saya selaku YDP PIBG tidak dapat memberitahu dan berbuat apa-apa kerana belum ada apa-apa kata putus daripada Tuan YB. 3. Sehubungan itu diharap agar Tuan YB dapat melihat serius akan perkara ini dan segera meluluskan peruntukan untuk mengatasi masalah tanah runtuh. Dengan ini dilampirkan surat dan gambar-gambar tanah runtuh yang pernah dihantar kepada Tuan YB untuk rujukan dan tindakan lanjut tuan.

Upload: thirumurthi-subramaniam

Post on 09-Jul-2016

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaludin

Yang Berhormat Tuan Khairy JamaludinMenteri Belia & Sukan Merangkap Ahli Parlimen Kawasan RembauPusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau Pt 565, Jalan Seremban Tampin Negeri Sembilan. 31 Oktober 2014

Tuan,

Permohonan Peruntukan Untuk Mengatasi Masalah Tanah Runtuh Di SJKT Rantau, Taman Bandar Ekar, Rantau

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Untuk makluman Tuan YB, kami pernah maklumkan kepada YB mengenai masalah tanah runtuh di sekolah kami. Tuan juga memberitahu bahawa tindakan lanjut akan diambil secepat mungkin. Malangnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak YB. Pada mesyuarat AJK PIBG yang lepas para AJK telah mula menyoal mengenai status penyelesaian masalah tanah runtuh. Saya selaku YDP PIBG tidak dapat memberitahu dan berbuat apa-apa kerana belum ada apa-apa kata putus daripada Tuan YB.

3. Sehubungan itu diharap agar Tuan YB dapat melihat serius akan perkara ini dan segera meluluskan peruntukan untuk mengatasi masalah tanah runtuh. Dengan ini dilampirkan surat dan gambar-gambar tanah runtuh yang pernah dihantar kepada Tuan YB untuk rujukan dan tindakan lanjut tuan.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA. MENJANA TRANSFORMASI.”

………………………ARUMUGAM RAJAMANICKAM ANS.PMC.PJKYANG DIPERTUA PIBGSJKT RANTAU

Page 2: Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaludin

YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASANMenteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,Tingkat 5B Wisma Negeri,70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN. 31 Oktober 2014

Tuan,

Permohonan Peruntukan Untuk Mengatasi Masalah Tanah Runtuh Di SJKT Rantau

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Untuk makluman Tuan YAB, kami pernah maklumkan kepada YAB mengenai masalah tanah runtuh di sekolah kami. Tuan juga memberitahu bahawa tindakan lanjut akan diambil secepat mungkin. Malangnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak YAB. Pada mesyuarat AJK PIBG yang lepas para AJK telah mula menyoal mengenai status penyelesaian masalah tanah runtuh. Saya selaku YDP PIBG tidak dapat memberitahu dan berbuat apa-apa kerana belum ada apa-apa kata putus daripada Tuan YB. Pihak JKR daerah Seremban yang membuat lawatan tapak tanah runtuh telah meanganggarkan sebanyak RM 130 000.00 sebagai kos baik pulih.

3. Untuk makluman tuan YAB sekolah ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dalam keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan juga telah mengiktiraf pencapaian sekolah ini dengan menganugerahkan sijil kepujian. Maka, saya rasa inilah masa yang tepat memberikan perhatian yang sewajarnya sebagai dorongan kepada hasil usaha komuniti sekolah ini.

3. Sehubungan itu diharap agar Tuan YAB dapat melihat serius akan perkara ini dan segera meluluskan peruntukan untuk mengatasi masalah tanah runtuh. Dengan ini dilampirkan surat dan gambar-gambar tanah runtuh yang pernah dihantar kepada Tuan YAB untuk rujukan dan tindakan lanjut tuan YAB.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA. MENJANA TRANSFORMASI.”

………………………ARUMUGAM RAJAMANICKAM ANS.PMC.PJKYANG DIPERTUA PIBGSJKT RANTAU