yamtuan antah

6
YAMTUAN ANTAH Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin Jawatan : Yamtuan Seri Menanti Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol FAKTOR PENENTANGAN Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya . Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti . Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan

Upload: nordina-razali

Post on 13-Apr-2016

60 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: YAMTUAN ANTAH

YAMTUAN ANTAH

Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja JadinJawatan : Yamtuan Seri Menanti

Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol

FAKTOR PENENTANGAN

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya .  Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti .  Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah  Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuranKebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh :

Page 2: YAMTUAN ANTAH

Dato' Siamang Gagap Tengku Besar Tampin penduduk Rembau , Jelebu dan JoholDisember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS                          ( Negeri-Negeri Selat )  

British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS .  Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johol . 

KESAN PENENTANGAN

Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap . Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan

PERISTIWA PENENTANGAN

Page 3: YAMTUAN ANTAH

Yamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di Sungai Ujong. Beliau khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasan-kawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham dihantar ke Sungai Ujong untuk bertugas sebagai Penolong  Residen British setelah Dato' Kelana meminta bantuan dan perlindungan British.Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf oleh Dato' Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.  Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan

Page 4: YAMTUAN ANTAH

Antah dengan Dato' Kelana. Pergaduhan ini berlaku  berikutan tuntutan Dato' Kelana ke atas Terachi yang dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato' Kelana dapat menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. British seterusnya menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol serta Terachi pada bulan Disember 1875.Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada akhir 1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian dengan British. Beliau diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahan takluknya  iaitu

Page 5: YAMTUAN ANTAH

Johol, Jempol, Terachi, Ulu Muar, Inas dan Gunung Pasir.