ifolio.ukm.my€¦ · web viewaktiviti yang dijalankan sepanjang di zoo pada 24 jun 2015, seramai...

15
LAPORAN AKTIVITI DI ZOO MELAKA & APLIKASI MUDAH ALIH SEMESTER 2 2014/2015 NAMA KUMPULAN : STM NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA NO. MATRIK NURLIYANA BINTI ZAINUDDIN A 149114 NUR FARALISA SOFEA BINTI MISRAN A 150919 NURUL AMIEZA BT AZMI A 150917 NURUL FARHANA BT AHMAD ZAWAWI A 151053 NUR QAIDAH BINTI MD KAMIS A 150684 NAMA JURULATIH : ENCIK HAMEEDUR RAHMAN

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

LAPORAN AKTIVITI DI ZOO MELAKA

& APLIKASI MUDAH ALIH

SEMESTER 2 2014/2015

NAMA KUMPULAN : STM

NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA NO. MATRIKNURLIYANA BINTI ZAINUDDIN A 149114NUR FARALISA SOFEA BINTI MISRAN A 150919NURUL AMIEZA BT AZMI A 150917NURUL FARHANA BT AHMAD ZAWAWI A 151053NUR QAIDAH BINTI MD KAMIS A 150684

NAMA JURULATIH : ENCIK HAMEEDUR RAHMAN

NAMA PENASIHAT KELAB: DR. NUR FAZIDAH BINTI ELIAS

Page 2: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

LATAR BELAKANG KELAB

MADClub ini telah ditubuhkan baru sahaja tahun 2014 semata-mata untuk program dan

pelaksanaan Citra. Kelab ini sebenarnya dikendalikan oleh MyXLab yang terdapat dalam

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kelab ini diuruskan oleh

ketua penasihat, Dr. Zainal Rasyid bin Mahayuddin dan beberapa orang guru penasihat iaitu Prof

Madya Dr Haslina binti Arshad, Dr Norazwin bin Buang, Dr Nur Fazidah binti Elias, Prof

Madya Dr Mohd Zakree bin Ahmad Nazri, Puan Siti Aishah binti Hanawi, Dr Azrulhizam bin

Shapii, Dr Nazatul Aini bin Abdul Majid, Dr Lam Meng Chun dan Dr Ruzzakiah binti Zainal.

Antara jurulatih-jurulatih yang telah memimpin setiap kumpulan ialah Hameedur Rahman, Tan

Siok Yee, Ali Ghalib Younis Kahwaji, Ali Gabra Garba, Feras AlHaj, Mohamed Khalil Hamdan,

Siti Mardhiah Mohd Nazeri, Hairina Mohd Jais, Zakaria Alam, Shafinah, Waqas Khalid Obeidy,

Shahan Ahmad Chowdhury dan Arief Hydayat. Mereka terdiri daripada ahli MyXLab dan hanya

sebahagian daripada mereka sahaja yang menjadi jurulatih kepada kumpulan graduasi tahun

pertama. Pada semester kedua, kelab ini telah melaksanakan satu projek untuk membina sebuah

aplikasi mudah alih mengenai haiwan dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan citra. Di

samping itu juga, ia turut memberi pengalaman yang menakjubkan kepada para pelajar

terutamanya pelajar tahun satu dalam penghasilan aplikasi mudah alih. Bagi menghasilkan

aplikasi ini, jurulatih Ali telah menggunakan Apps Inventor yang telah sedia ada di Internet.

Apps Inventor ini hanya boleh digunakan secara atas talian. Jadi kami satu kumpulan seramai

lima orang telah bekerjasama menjayakan projek ini dan menamakan aplikasi kami sebagai

Animal Discovery. Pada 24 Jun 2015, semua ahli MADClub telah melaksanakan aktiviti

sukarelawan membersihkan Zoo Melaka. Kami ditugaskan untuk membersihkan kandang-

kandang haiwan, memberi makan kepada haiwan, dan menyediakan makanan haiwan. Di

samping itu juga, kami dapat berinteraksi secara dekat dengan binatang - binatang seperti

burung, ular dan lain-lain. Kami juga telah diberi tugasan masing – masing untuk projek zoo ini.

Nurliyana sebagai AJK Makanan manakala Faralisa,Amieza, Qaidah dan Farhana sebagai AJK

Dana.

Page 3: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO

Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas

dan Hameed dan guru penasihat iaitu Dr.Zainal dan Dr.Fazidah telah mengikuti rombongan ke

Zoo Melaka ini. Kami memilih tempat ini kerana persetujuan majoriti dan ingin memenuhi

keperluan citra graduasi tahun pertama iaitu LMCK 2711 : TANGGUNGJAWAB ALAM

SEKITAR dan LMCK 1531: KEPIMPINAN & KREATIVITI. Kami telah diberi taklimat

penuh tentang aktiviti ini pada 22 Jun 2015, Jumaat selepas pembentangan 80 peratus aplikasi

mudah alih masing-masing sambil menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh ketua

penasihat kelab ini iaitu Dr Zainal Rasyid bin Mahayuddin pada petang tersebut. Kami

berkumpul pada awal pagi iaitu pukul 7.00 pagi di tempat letak kereta, Blok A dan bertolak ke

Zoo Melaka lebih kurang pada pukul 8.00 pagi.

Kami dijamu dengan sebuku roti dan sebotol air mineral yang telah disediakan oleh AJK

Makanan sepanjang perjalanan ke sana. Oleh sebab perjalanan yang mengambil masa lebih

kurang satu jam setengah, masing-masing merehatkan diri. Lebih kurang tepat jam 9.30 pagi,

kami telah sampai di sana. Kami merakam gambar di hadapan Zoo Melaka sebagai kenangan

bersama. Kami telah diberi taklimat oleh person-in-charge zoo tersebut untuk aktiviti

sukarelawan. Bagi kesemua ahli kumpulan STM ; Nurliyana dan Qaidah telah ditugaskan untuk

membersihkan tempat Bird Show. Faralisa dan Amieza telah ditugaskan untuk membersihkan

kandang arnab manakala Farhana telah ditugaskan di bahagian dapur.

Kami dapat melaksanakan citra LMCK 2711 dengan memberi perkhidmatan secara

sukarela membersihkan kandang-kandang haiwan tersebut. Kami mendapat banyak pengalaman

dan ilmu yang berguna yang kami peroleh dari jurulatih-jurulatih haiwan di zoo tersebut.

Antaranya adalah kami berpeluang berinteraksi dengan haiwan seperti ular, flamingo, bangau,

arnab dan lain-lain lagi dan mengenali mereka. Kami diberi tip-tip jika ingin cepat mesra dengan

haiwan tersebut dengan sentiasa berbual dan berinteraksi dengan mereka. Melalui aktiviti ini

telah mendedahkan kami sebanyak 15 peratus tugas zookeeper yang sebenarnya. Kami

Page 4: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

bertungkus-lumus membersihkan kandang-kandang mereka supaya haiwan tersebut dapat

persekitaran yang selamat dan bersih serta tidak terjejas dengan penyakit.

Selepas aktiviti sukarelawan, kami diarahkan untuk berkumpul di kafe zoo untuk makan

tengah hari. Pada pukul 2.00 petang, kami telah disajikan dengan persembahan yang menarik

oleh burung-burung yang terlatih oleh 3 orang jurulatih yang berbakat. Kami meneruskan dengan

aktiviti yang telah dirancang oleh person-in-charge iaitu melawati semua tempat di dalam zoo

tersebut dengan menaiki tren yang telah disediakan. Kami selesai melawati semua tempat lebih

kurang 3.30 petang dan telah diberikan sijil penghargaan oleh pihak zoo tersebut.

Kami bertolak pulang ke UKM Bangi pada pukul 4.00 petang. Kami beristirehat sekejap

di perhentian R & R Melaka untuk menunaikan solat jamak qasar asar dan zohor. Kami telah tiba

di hadapan tempat letak kereta,Blok A pada pukul 6.30 petang dan terus bersurai.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MENYIAPKAN APLIKASI

Ketua kumpulan dan ahli-ahli kumpulan STM telah berkolaborasi dalam menyiapkan

aplikasi mudah alih . Kami memberi nama kepada aplikasi ini adalah Animal Discovery. Nama

ini dicipta oleh jurulatih kami iaitu Encik Hameedur Rahman. Aplikasi ini adalah sejenis aplikasi

flashcard yang memberi maklumat mengenai setiap binatang yang semakin pupus di atas muka

bumi ini serta memperkenalkan bunyi sebenar haiwan tersebut kepada pengguna aplikasi ini.

Target market kami adalah para pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun dan ke bawah.

Aplikasi ini mempunyai 3 kategori habitat iaitu tanah gersang, padang lapang dan laut. Kami

tidak menetapkan binatang-binatang tersebut mengikut jenis seperti mamalia, reptilia, amphibia

dan lain-lain lagi. Oleh sebab, kami menggunakan App Inventor, ia agak leceh dan App Inventor

mempunyai ruang yang agak terhad. Jika kami ingin membina projek tersebut, ia hanya

membenarkan projek yang kurang daripada 5MB sahaja. Kami hanya menggunakan tiga

binatang sahaja di setiap habitat iaitu Fennec Fox , Egypt Tortoise, harimau bintang, gajah,

harimau, beruang panda, ikan lumba-lumba, Narwhal dan paus biru. Tujuan aplikasi kami ini

adalah ingin memberi kesedaran kepada para pengguna aplikasi ini dengan memelihara dan

Page 5: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

memulihara alam sekitar terutamanya haiwan- haiwan yang semakin terancam ini. Di samping

kami memberi hiburan kepada para pelajar, kami ingin menerapkan unsur-unsur kasih sayang

dalam diri setiap pelajar untuk sayang dan menghargai mereka. Kami bertungkus-lumus

menyiapkan aplikasi ini dengan menunaikan peranan masing- masing. Nurliyana ditugaskan

untuk mencipta user interface dan memberi fungsi pada setiap butang dalam aplikasi tersebut.

Farhana ditugaskan mengumpul maklumat tentang haiwan-haiwan tersebut dan membantu

Nurliyana untuk menyiapkan user interface. Qaidah ditugaskan untuk mencari setiap bunyi

binatang dan membina kod bunyi. Manakala, Amieza dan Faralisa ditugaskan untuk

melengkapkan kod-kod di setiap skrin. Walau bagaimanapun, kami agak sedikit kecewa kerana

aplikasi ini adalah pada mulanya khas dibina untuk dipromosikan kepada pengunjung di Zoo

Melaka pada 24 Jun tersebut tetapi disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu kami tidak diberi

keizinan untuk mempromosikan aplikasi kami ini kepada orang ramai.

Page 6: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

HASIL DARIPADA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Citra lmck 2711: tanggungjawab alam sekitar

a) Kami telah membina kefahaman dan sikap bertanggungjawab terhadap isu alam

sekitar dan impaknya kepada masyarakat dengan berjaya menubuhkan sebuah aplikasi

yang dapat menyedarkan khalayak ramai mengenai haiwan-haiwan yang hampir pupus di

atas muka bumi ini di samping memberi maklumat tambahan kepada orang ramai

terutamanya kepada kanak-kanak.

b) Prihatin terhadap isu pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar dalam membangun

dan menggunakan sains dan teknologi dalam kehidupan seperti penggunaan alat

komunikasi canggih atau lebih dikenali sebagai gadget yang sentiasa berkembang dari

semasa ke semasa.

c) Berkompeten menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat untuk memilih teknologi yang menjamin kelestarian alam sekitar dalam

kehidupan seharian.

d) Didedahkan kepada isu-isu alam sekitar serta memahami penghayatan alam sekitar

menerusi interaksi semua komponen alam sekitar.

e) Memperlihatkan kompetensi pemahaman isu pemuliharaan alam sekitar dari pelbagai

aspek disamping membentuk kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar.

Citra lmck 1531: kepimpinan & kreativiti

a) Mampu mengarah, menyelaras dan memimpin kumpulan secara terancang ke arah

mencapai matlamat.

b) Mampu berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai dalam mencapai

satu kesimpulan yang kukuh.

Page 7: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

c) Berjaya memastikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan dilaksanakan

seperti yang telah ditetapkan dalam organisasi bagi mencapai matlamat yang jitu.

d) Mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut dan diri pemimpin

sendiri.

e) Mempunyai semangat dalaman bahawa pemimpin berorientasikan pencapaian

matlamat/objektif organisasi.

f) Mampu dan sentiasa membuat tinjauan tentang peluang.

g) Mempunyai orientasi ke arah kebaikan.

h) Bersikap optimis, mempunyai sikap penggalak, sikap toleransi terhadap perkara yang

kurang pasti atau kabur.

i) Memberi motivasi kepada anggota/ahli yang lain.

Page 8: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah sepanjang aktiviti yang dijalankan pada semester

kedua ini adalah dapat membentuk semua ahli kelab menjadi pemimpin yang berkualiti, pandai

memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan sendiri, menitikberatkan permasalahan

yang dihadapi sepanjang menyiapkan aplikasi dan turut belajar untuk membangunkan aplikasi

sendiri dengan menggunakan App Inventor walaupun hanya baru graduasi tahun pertama. Di

samping itu, aktiviti yang berkaitan alam sekitar ini turut memberi kesedaran kepada kami untuk

memelihara dan memulihara haiwan-haiwan yang kian pupus. Jika kami tidak diberikan

pendedahan awal mengenai permasalahan ekosistem dunia kini, mungkin kami hanya

memandang serong sahaja tentang permasalahan ini.

RUJUKAN

Nurliyana binti Zainuddin, 2015, Laporan Akhir LMCK 1531: Kepimpinan & Kreativiti

Nurliyana binti Zainuddin,2015, Laporan Akhir LMCK 2711: Tanggungjawab Alam Sekitar

Pusat Citra Universiti, 2014, Panduan Prasiswazah Pusat Citra Universiti Sesi Akademik 2014-

2015

Page 9: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

LAMPIRAN

AKTIVITI DI ZOO MELAKA

Pembersihan kandang arnab Beratur untuk mendapatkan tiket di kaunter

Rombongan dari pelajar taska Pencarian ilmu untuk pembaikan aplikasi

Page 10: ifolio.ukm.my€¦ · Web viewAKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas dan Hameed dan guru

AKTIVITI MENYIAPKAN APLIKASI

Perbincangan aplikasi Perbincangan aplikasi

Pembentangan aplikasi Pembentangan aplikasi