wacana_batik
TRANSCRIPT
SITI AISHAH BT ABDUL LATIFF D 20082032348
1.0 PENDAHULUAN
Batik merujuk kepada kepada hiasan kain yang menggunakan pelbagai warna dan
corak. Teknik batik ini telah diketahui lebih sedekad yang lalu, dan kemungkinannya
batik dipercayai berasal dari Mesir Kuno atau Sumeria. Batik terdapat di beberapa
Negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Nigeria dan Mali. Manakala di Asia pula,
batik terdapat di India, Sri Lanka, Bangladesh, Iran, Indonesia, Thailand serta di
Malaysia sendiri. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Batik)
Perkataan ‘batik ‘ berasal dari bahasa jawa iaitu ‘amba’ yang membawa maksud
menulis dan bahasa Melayu iaitu ‘tititk’. Selain itu, batik juga merujuk kepada kain yang
mempunyai corak yang terang, menarik dan unik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk,
antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup dan batik terap.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Batik)
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan
kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang
dilukis atau diterap ke atas permukaan tekstil manakala warna kemudiannya disampaikan
kepada tekstil samada dengan kaedah celupan ataupun menggunakan berus. Seni batik
dikatakan unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik pun yang mempunyai corak
yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama.
Kunikan seni batik ini lebih terserlah terutamanya dalam batik tulis.
1
Batik tulis merupakan seni batik yang agak baru dan dipengaruhi oleh teknik
canting yang popular di Indonesia. Batik tulis menggunakan teknik canting iaitu aplikasi
lilin dengan menggunakan canting di atas permukaan tekstil diikuti oleh pewarnaan
secara berus. Tidak seperti batik terap yang menghasilkan warna yang sekata dan
mendatar, teknik berus ke warna dan memungkinkan kepelbagaian, campuran dan gradasi
warna yang hampir tidak terhad.
Batik terap merupakan seni batik asal Terengganu yang mempunyai warisan yang
lama manakala batik skrin merujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan
warna yang menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat
daripada kain polister yang berpengidang. Batik celup atau juga dikenali sebagai batik
ikat, merujuk kepada kaedah mencorak batik dengan cara mencelup kain kedalam
pewarna sebanyak beberapa kali.
2
2.0 RASIONAL PEMAKAIAN BATIK DALAM KALANGAN KAKITANGAN
AWAM
Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi
sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa, sejak lama
dahulu. Kemahiran batik ini adalah merangkumi negara ASEAN, tetapi turut juga
terdapat di negara-negara lain pada masa kini. Sesetengahnya merupakan pengaruh dari
alam Melayu seperti di Belanda, sementara yang lain merupakan tradisi yang sedia ada
di kawasan tersebut.
Terdapat empat jenis bentuk batik iaitu batik tulis, batik skrin, batik celup dan
batik terap. Batik tulis dikatakan batik yang lebih terserlah kerana keunikannya
berbanding batik-batik lain. Batik dilukis atau diterap berasaskan motif. Terdapat dua
jenis motif utama yang dilukis pada batik iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik.
Selain itu, batik juga dilukis dalam pelbagai corak dan warna mengikut motif serta
kreativiti pencanting itu sendiri.
Di Malaysia, batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul sejak bertahun
lamanya. Sejak abad ke-15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik
secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang
sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan secara komersial dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di
negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari
perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang
3
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Walaupun batik telah dikenali sejak berkurun abad lamanya dan menjadi satu
identiti yang melambangkan masyarakat Melayu, namun semakin lama, pemakaian batik
di kalangan masyarakat Melayu sendiri semakin berkurang malahan mula menjadi satu
tradisi yang semakin dilupakan. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan
tradisi ini sangat berharga dan sepatutnya menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia
sama ada, Melayu, Cina mahupun India.
Oleh sebab itu, baru-baru ini, satu arahan baru telah dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang mewajibkan semua
kakitangan awam di Malaysia supaya memakai baju batik pada setiap hari Khamis.
Beliau telah menghantar pekeliling tersebut kepada semua jabatan kerajaan dan arahan
tersebut mula dikuatkuasakan bermula 17 Januari 2008 yang lalu.
Sebelum ini, peraturan pemakaian baju batik telah dikuatkuasakan hanya pada
setiap hari Sabtu dan kemudiannya telah diubah kepada setiap 1 haribulan dan 15
haribulan. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan ini kurang mendapat sambutan dari
kalangan kakitangan awam kerana masih ada segelintir mereka yang terlupa dan tidak
mengendahkan perkara tersebut. Hal ini telah menimbulkan persoalan kepada kita,
apakah rasionalnya pemakaian batik di kalangan kakitangan awam? Adakah perlu
penguatkuasaan ini diteruskan?
4
Langkah penguatkuasaan pemakaian batik kepada kakitangan awam pada hari-
hari yang tertentu adalah perlu kerana hal ini bukan sahaja membawa kesan yang positif
kepada masyarakat sahaja malahan juga kepada negara. Penguatkuasaan ini boleh
dijadikan sebagai anjakan atau langkah yang terbaik dan perlu terhadap ekonomi dalam
negara. Kepentingannya bukan hanya dapat dirasai oleh kerajaan, namun masyarakat
juga dapat berkongsi serta memperoleh manfaat yang berguna dalam kehidupan mereka.
Mereka juga mampu untuk sama-sama membantu kerajaan dalam usaha mengekalkan
kebudayaan warisan yang unik ini. Namun, masih ramai di kalangan rakyat yang masih
tidak memberi kerjasama kerana mereka tidak nampak kepentingan batik dalam
kehidupan mereka. Justeru, sebagai pencetus budaya yang unik ini, kerajaan seharusnya
memainkan peranan yang lebih supaya rakyat mampu membuka mata dan melihat sendiri
kesan dan kepentingan pemakaian batik di negara kita.
2.1 Membantu melestarikan seni dan pemakaian batik
Di antara kepentingan penguatkuasaan pemakaian batik ini dijalankan
adalah supaya pemakaian batik dapat dilestarikan serta tidak dilupakan oleh generasi
akan datang agar tidak lapuk dek hujan, dan tidak lekang dek panas. Rasionalnya
pemakaian batik di kalangan kakitangan awam adalah sebagai langkah permulaan yang
penting kerana kakitangan awam ini adalah terdiri dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Malahan, peratusan pekerja yang bekerja dalam sektor ini adalah didominasi oleh kaum
bumiputera sendiri. Sebagai warganegara asal di Malaysia, kaum bumiputera khususnya
mereka yang bekerja dalam sektor awam, seharusnya memberi sokongan kepada usul
5
yang telah dikeluarkan oleh kerajaan ini. Perkara ini tidak seharusnya dipandang enteng
serta tidak diendahkan mereka kerana jika mereka tidak memulakan, bagaimana
mungkin, sektor lain di negara kita ini akan turut melakukannya? Mereka memainkan
peranan yang sangat penting sebagai pencetus budaya pemakaian batik ke tempat kerja.
Sekiranya tidak, bagaimana pula industri batik di negara kita dapat dikembangkan?
Malahan, batik juga merupakan satu khazanah negara yang tidak patut dibiarkan begitu
sahaja. Keunikan seni batik juga dapat menggambarkan kekreatifan dan kecantikan alam
Melayu. Hal ini kerana, motif yang diterapkan pada batik merupakan satu cara pelukis
batik berkongsi apa yang ada di sekelilingnya. Malahan, corak yang dipilih juga unik dan
tersendiri mengikut kekreatifan pelukisnya. Sekiranya langkah ini tidak dimulakan dari
sekarang, tidak mustahil, pemakaian batik akan terus dilupakan oleh rakyat Malaysia
pada masa akan datang. Justeru, hal ini amat penting kepada pihak kerajaan untuk
memastikan warisan sejak zaman berzaman ini tidak dilupakan begitu sahaja tanpa ada
yang mempunyai kesedaran untuk mengekalkannya.
2.2 Melambangkan budaya Timur yang sopan dan menarik
Di samping itu, pemakaian batik dapat menunjukkan keperibadian yang sopan
tetapi menarik kerana tidak menjolok mata serta menunjukkan keperibadian sebenar
orang Melayu. Walaupun batik berasal dari Indonesia, namun pemakaian batik ini telah
bermula sejak berkurun lamanya. Ramai muda-mudi pada zaman sekarang mula
melupakan identiti sebenar sebagai seorang yang berbangsa Melayu kerana mereka sering
disogokkan dengan budaya tidak sihat yang datang dari Barat sama ada melalui
6
televisyen, majalah atau pun surat khabar. Malahan, ramai dalam kalangan remaja yang
lebih gemar memakai pakaian yang menampakkan sebahagian tubuh badan mereka
kerana menganggap cara pemakaian tersebut lebih ‘glamour’ dan ‘up-to-date’. Mereka
tidak sedar bahawa cara pemakaian tersebut merupakan salah satu daripada budaya Barat
yang tidak bermoral, yang mampu menjatuhkan maruah serta kredibiliti masyarakat
Melayu khususnya mereka yang beragama Islam. Remaja hari ini bagaikan hilang arah
kerana tidak dapat melihat lagi apa yang betul dan apa yang salah. Mereka sekadar
menurut “bagaikan lembu di cucuk hidung” tanpa berfikir kesannya kerana kononnya
mengikut arus fesyen dunia. Justeru kerana itu, penguatkuasaan tersebut amat perlu
supaya remaja hari ini dapat melihat semula identiti negara melalui guru-guru, jiran
tetangga mahupun ibu bapa mereka sendiri kerana remaja belajar dari sekelilingnya. Jika
salah didikannya, maka salahlah corak hidup mereka pada masa hadapan. Oleh sebab itu,
menanam semangat cintakan identiti negara, harus dipupuk sejak kecil. Bak kata
pepatah, “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”.
2.3 Menambah pendapatan negara
Perniagaan batik telah lama wujud di Malaysia. Malah, ia telah membesar dan
berkembang maju dalam ekonomi tempatan, walaupun adakalanya mungkin ia tidak
disedari. Batik boleh didapati di serata Malaysia. Ia dihasilkan di teratak kayu di
kawasan-kawasan luar bandar oleh para pembuat batik secara kecil-kecilan yang
bergantung kepada jualan untuk menyara hidup, dan juga para pengeluar besar yang
menjalankan perusahaan ini di kilang-kilang di bandar. Oleh itu, penguatkuasaan
7
pemakaian batik dapat membantu menambahkan pendapatan negara. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak pengusaha batik yang mendapat tidak kurang banyaknya
pulangan yang sangat lumayan, hasil daripada penguatkuasaan ini. Ramai di kalangan
mereka, mampu muncul sebagai usahawan yang berjaya dan secara tidak langsung, dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara. Malahan, ini juga dapat membantu
meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di Malaysia, khususnya pengusaha dan
penjual batik secara kecil-kecilan yang tinggal di kawasan luar bandar kerana
permintaannya yang semakin meningkat saban tahun. Walaupun fesyen menjadi
tumpuan utama dan paling ketara dalam industri batik, namun batik Malaysia bukanlah
untuk dunia fesyen semata-mata. Terdapat banyak bidang lain yang boleh dimajukan
selanjutnya, seperti hiasan rumah, cenderamata dan hadiah. Justeru, industri ini akan
semakin berkembang maju hasil daripada permintaannya yang semakin tinggi dan meluas
meliputi pelbagai aspek kehidupan.
2.4 Membantu menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat
Tambahan pula, apabila pemakaian batik yang semakin meluas di negara kita
hasil dari penguatkuasaan pamakaiannya di kalangan kakitangan awam dijalankan,
kilang-kilang batik dapat beroperasi dengan baik dan aktif kerana permintannya yang
tinggi. Rakyat Malaysia juga mampu mendapatkan pekerjaan dengan mengisi
kekosongan pekerjaan di kilang-kilang mengecop batik mahupun di kedai-kedai yang
memasarkannya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran
di kalangan rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu sendiri. Malahan, rakyat juga
8
mampu mendapatkan rezeki yang halal apabila bekerja dengan hasil titik peluh mereka
sendiri, bukan mendapat keuntungan dari kesusahan orang lain. Secara tidak langsung,
masalah kecurian atau kes-kes jenayah yang melibatkan kewangan dan kehidupan, dapat
dikurangkan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kerajaan dan
peruntukan wang yang sepatutnya dapat mengalir kepada perkara-perkara yang berfaedah
sama ada kepada individu, negara, bangsa dan agama. Mereka juga mampu menimba
ilmu dalam menghasilkan batik-batik yang cantik dan unik serta mempertingkatkan
kualiti batik yang dihasilkan apabila permintaannya semakin tinggi dari tahun ke tahun.
Malah, tidak mustahil juga pekerja-pekerja di kilang-kilang batik ini akan mampu
membuka perusahaan mereka sendiri memandangkan usaha dan promosi kerajaan
mempopularkan batik di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Hal ini juga
dapat memastikan daya guna, perkembangan dan kemajuan industri ini dalam jangka
panjang serta menggalakkan inovasi dalam rekaan, penggunaan bahan-bahan dan
teknologinya demi kepentingan industri batik.
2.5 Mempromosikan batik ke luar negara
Selain itu, penguatkuasaan ini juga dapat membantu mempromosikan
pakaian batik ke luar negara melalui pelancong asing dengan kehadiran mereka yang
semakin meningkat dari tahun ke tahun, ke negara kita. Oleh itu, pemakaian batik di
kalangan kakitangan awam secara tidak langsung dapat membantu menarik perhatian
mereka dengan keunikan batik apabila mereka melihat orang Melayu sendiri yang
menggayakan pakaian batik sebagai pakaian seharian mereka. Mereka juga dapat melihat
9
sendiri panorama pemakaian batik semasa bersiar-siar atau melawat tempat-tempat
menarik. Jadi, tidak hairanlah apabila batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
apabila datang ke Malaysia dan dijadikan sebagai salah satu kenangan terpenting yang
harus dibawa pulang dari Malaysia kerana coraknya yang menarik dan unik. Selain itu,
ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Justeru
itu, tarikan yang terdapat pada batik ini amat sesuai untuk dijadikan salah satu aset utama
kepada kemajuan industri pelancongan negara berdasarkan keunikan dan keasliannya.
Batik juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada sahabat handai dan sanak saudara atau
menjadi hiasan di sudut rumah. Malahan, produk batik juga boleh dijadikan sebagai
hadiah korporat dengan mengeluarkan barangan batik yang boleh dijadikan hadiah
syarikat-syarikat besar sebagai sebahagian daripada usaha menjalin muhibah dan
mengukuhkan jenama, sama ada di dalam atau di luar negara.
Terdapat juga beberapa orang pereka fesyen yang turut mempromosikan batik ke
luar negara dengan membuka butik mereka di sana. Sebagai contoh, Dato’ Dayang
Fatimah Tom Abang Saufi, yang lebih dikenali sebagai Tom Abang Saufi, merupakan
salah seorang pereka fesyen yang terkenal terutamanya melalui hasil kerja tangannya
yang menyentuh tentang elemen-elemen etnik dan budaya. Beliau memulakan
kerjayanya sejak tahun 1986 tidak lama selepas beliau menamatkan pengajiannya dalam
bidang Rekaan Fesyen di London. Di samping itu, Noor Arfa Batik merupakan salah
satu butik yang terkenal dan merupakan pembekal batik terbesar di Malaysia. Nama
Noor Arfa sebenarnya adalah hasil daripada gabungan nama Noor dan Ariffin. Wan
Mohd Ariffin merupakan seorang pembantu makmal di Kraftangan Malaysia dan beliau
sangat meminati keunikan dan kecantikan batik. Oleh itu, dengan modal dan minatnya,
10
beliau telah berhenti kerja dan melibatkan diri dalam bisnes mengilangkan batik ke
seluruh Malaysia. Keunikan dan kecantikan pelbagai jenis batik yang dihasilkannya telah
berjaya menarik minat orang ramai terhadap pemakaian batik dan mengembalikan semula
kegemilangan pemakaiannya di kalangan masyarakat Malaysia. Malahan, perusahaannya
juga turut dikenali di luar negara.
2.6 Meneruskan usaha mengkomersialkan batik oleh Allahyarhamah isteri
Perdana Menteri
Selain itu, penguatkuasaan pemakaian batik ini dapat membantu meneruskan
usaha mengkomersialkan batik yang dicetuskan oleh Allahyarhamah Datin Sri Endon
Mahmood. Beliau telah membawakan satu inovasi baru kepada industri batik di
Malaysia serta mengembalikan martabat dan meningkatkan taraf batik di Malaysia.
Ketika hayatnya, beliau amat aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan serta giat
mempromosikan seni fabrik warisan termasuk batik dan nyonya kebaya. Beliau telah
memulakan satu kempen pada bulan September 2004 lalu yang dikenali sebagai Malaysia
Batik – Crafted For the World. Kempen tersebut telah memberi inspirasi kepada industri
batik untuk bergerak lebih ke hadapan berbanding sebelumnya. Ia merupakan langkah
yang strategik untuk menjenamakan batik Malaysia dan membina sesuatu yang lebih unik
serta jauh daripada jangkaan mengenai batik yang wujud sejak berabad lamanya. Melalui
kempen tersebut, beliau telah mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai seperti
dalam ucapannya semasa pelancaran Batik Extravaganza yang merupakan sebahagian
daripada pergerakan kempennya iaitu untuk menghidupkan semula industri Batik
11
Malaysia dan mempopularkannya di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, objektifnya adalah untuk mencari dan mewujudkan pasaran bagi penggunaan
produk batik, meningkatkan ekonomi pengeluar batik secara kecil-kecilan serta
memartabatkan semula batik sebagai sebahagian daripada identiti dan personaliti
masyarakat Malaysia.
Oleh itu, pemakaian batik yang diwajibkan kepada kakitangan awam ini
merupakan salah satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai hampir
semua objektif yang disasarkan oleh kempen yang dilancarkan oleh Allahyarhamah
Datin Sri Endon Mahmood dan merupakan satu langkah murni yang amat perlu supaya
batik tidak dilupakan dan sentiasa menjadi salah satu warisan kebanggaan negara.
Justeru kerana itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan sama-sama membantu
dengan menyahut seruan kerajaan yang mewajibkan semua kakitangan awam memakai
pakaian batik pada hari-hari tertentu. Malah, selain daripada sektor kerajaan, para pelajar
mahupun mahasiswa juga diberi pakaian batik yang tersendiri. Mereka diwajibkan
memakai pakaian tersebut semasa menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan.
Sebagai contoh, pada 5 Julai 2008 yang lalu, para pelajar baru Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), dikehendaki memakai pakaian batik semasa menghadiri majlis
bacaan ikrar sebelum mereka benar-benar menjadi warga ibu kandung suluh budiman.
Pemakaian batik juga dapat memberikan keseragaman semasa sesuatu majlis rasmi.
12
3.0 KEBURUKAN
Walaupun penguatkuasaan pemakaian batik banyak memberikan faedah kepada
masyarakat dan negara, namun masih juga terdapat kesan buruk kerana harga batik yang
mahal sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan piawaian kepada
batik Malaysia memandangkan penggunaan piawaian batik Malaysia MS 692:2006 amat
penting sebagai persiapan untuk batik Malaysia bersaing dan menembusi pasaran bertaraf
antarabangsa seperti Paris dan New York. Ia sejajar dengan perancangan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa) untuk mempromosikan batik dengan
identiti Malaysia ke luar negara sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Utama Dr
Rais Yatim ketika melancarkan piawaian batik di Pusat Inovasi Batik, Kraftangan
Malaysia cawangan Kelantan, baru-baru ini, berkata piawaian berkenaan dapat
membantu batik Malaysia bersaing dengan negara pengeluar batik lain seperti China dan
India yang sedang mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar batik. Piawaian
batik tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Sirim
dan Kraftangan Malaysia bagi menggantikan MS 692: 1981 spesifikasi untuk kraftangan
batik (1981).
(http://www.heritage.gov.my/upload/keratan_akhbar/2008/20080219BH01/)
Hasilnya, harga sehelai batik menjadi semakin mahal berbanding sebelumnya.
Justeru kerana itu, ramai dari kalangan masyarakat yang merungut dan tidak berpuas hati
13
dengan harga yang ditetapkan oleh penjual batik kerana dianggap terlalu mahal untuk
sehelai pakaian. Harga batik mula melonjak tinggi berbanding sebelumnya terutamanya
batik moden yang mula dikomersialkan penggunaannya. Maka, tidak hairanlah mengapa
masih terdapat segelintir dari kalangan kakitangan awam ini yang tidak mengambil berat
akan saranan kerajaan dan mengabaikannya kerana kurang berkemampuan untuk
membeli memandangkan harganya yang mahal.
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pemakaian batik di kalangan kakitangan awam merupakan satu
langkah terbaik yang dijalankan oleh kerajaan ke arah memartabatkan semula seni
14
pemakaian batik di kalangan masyarakat Malaysia. Langkah ini sangat penting kerana
banyak menyumbangkan faedah kepada orang ramai dan negara. Ia tidak langsung
memberi bebanan mahupun pulangan yang tidak lumayan kepada masyarakat Malaysia
memandangkan batik merupakan tradisi warisan sejak zaman berzaman malahan
masyarakat mampu mendapat pelbagai faedah daripadanya. Langkah ini sangat perlu
supaya dapat dijadikan panduan kepada industri lain sama ada sektor swasta mahupun
kerajaan bahawa betapa pentingnya warisan khazanah zaman berzaman ini sentiasa
dikekalkan. Batik merupakan khazanah negara yang amat berharga dan perlu diberikan
perhatian supaya generasi akan datang tidak melupakan batik sebagai lambang
keperibadian orang Melayu.
Antara kepentingan langkah kerajaan ini ialah untuk membantu melestarikan seni
dan pemakaian batik serta melambangkan budaya timur yang sopan dan menarik. Selain
itu, ia juga mampu membantu meningkatkan pendapatan negara serta menambahkan
peluang pekerjaan kepada rakyat, khususnya orang Melayu. Langkah ini juga mampu
mempromosikan batik ke luar negara di samping meneruskan usaha mengkomersialkan
batik yang dicetuskan oleh Allahyarhamah Datin Sri Endon Mahmood, iaitu isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia sekarang, YAB Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Walau bagaimanapun, batik juga mempunyai keburukannya kerana harganya
yang mahal memandangkan cara pembuatannya yang agak sukar dan mengambil masa, di
samping piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai persediaan kepada batik
Malaysia bersaing dan menembusi pasaran antarabangsa. Batik yang mempunyai nilai
15
komersial yang tinggi seperti batik moden, mempunyai harga yang tinggi menyebabkan
masyarakat kurang membeli pakaian yang diperbuat daripada batik.
Justeru kerana itu, langkah kerajaan yang mewajibkan semua kakitangan awam
supaya memakai pakaian batik pada hari-hari tertentu adalah sangat tepat dan perlu
walaupun harganya mahal berbanding kain biasa, kerana pada hari ini, batik semakin
dilupakan oleh masyarakat Melayu sendiri. Malahan, terdapat segelintir mereka yang
menganggap pemakaian batik sudah ketinggalan zaman dan mereka malu untuk
menggayakannya semasa di luar dan hanya memakainya ketika di rumah.
16
17