wacana am: isu rohingya dan pemerdagangan...

Download WACANA AM: ISU ROHINGYA DAN PEMERDAGANGAN MANUSIApabmhigh.blogspot.com/2015/08/isu-rohingya-dan...2018-01-17Sekurang-kurangnya 20 lagi kubur yang dipercayai mengandungi mayat mangsa

If you can't read please download the document

Upload: hakhanh

Post on 13-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

WACANA AM: ISU ROHINGYA DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

WACANA AM

mengetahui teknik menjawab pengajian am dengan betul.Berkongsi pandangan mengenai isu sastera dan isu pendidikan

Monday, 24 August 2015

ISU ROHINGYA DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Sekurang-kurangnya 20 lagi kubur yang dipercayai mengandungi mayatmangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan bukit di Wang Kelian,

Kesemua kubur terbabit difahamkan ditemui di kawasan Bukit Wang Burma,tidak jauh dari lokasi 39 daripada 116 mayat yang digali keluar sebelum ini.

Kubur terbabit ditemui di kawasan puncak Bukit Wang Burma

Usaha penggalian sedang dijalankan bagi mengeluarkan mayat berkenaan.

Pada 25 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakarmengesahkan penemuan 28 kem haram serta 139 disyaki kubur mangsa pemerdaganganmanusia di puncak bukit di sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Lokasi penempatan manusia yang dibongkar itu hanya transit kepadapendatang asing yang ingin memasuki Malaysia dan bukan laluan penyeludupanmanusia.

Mangsa yang dibawa sindiket dari negara asal mereka akan dikurung bagitempoh tertentu sementara menunggu bayaran daripada keluarga masing-masing.

Polis diminta siasat pejabat Suruhanjaya Tinggi PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia yang dikatakanmengeluarkan kad pelarian secara sesuka hati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata,pejabat UNHCR telah melakukan kesalahan kerana mereka keluarkan kad pelariantanpa memberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen hinggamenyukarkan kawalan dan pemantauan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mereka ini (UNHCR) macam kerajaan dalam kerajaan. Malaysia bukanantara negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarianataupun Protokol 1967.

Pejabat UNHCR tiada status diplomatik dan mereka kena berhentiserta-merta daripada keluarkan kad pelarian.

Polis diminta masuk dan siasat bagaimana kad ini dikeluarkan begitusahaja

Datuk Seri Shahidan Kassim antara lain bertanggungjawab terhadap urusanMajlis Keselamatan Negara (MKN)

Beliau mahu pendatang yang ditahan dihantar pulang ke negara asalmasing-masing bagi mengelak kesesakan di kem-kem tahanan pada masa ini.

Terdapat rungutan orang ramai bahawa berlaku kebanjiran warga asingyang ketara sehingga menggugat keselamatan, ketenteraman dan peluang pekerjaanterhadap warga tempatan.

Mana-mana warga asing yang mahu memohon status pelarian perlu mengikutsaluran yang betul seperti yang ditetapkan undang-undang negara ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dalam kes terbaharu, terdapat 150keluarga pelarian dikesan menceroboh tanah di Rompin dan tindakan mereka itutelah dilaporkan kepada kerajaan negeri Pahang.

Beliau meminta Polis dan Jabatan Imigresen menganggap pemegang kadpelarian UNHCR sebagai PATI dan mengambil tindakan sewajarnya.

Statistik menunjukkan Malaysia kini dibanjiri oleh lebih 130,000pelarian yang memiliki kad UNHCR, kebanyakannya warga Myanmar dan Bangladesh.

Enam warga asing dan seorang warga tempatan dipercayai tekongbertanggungjawab membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmardan Bangladesh di Langkawi, Mei lepas telah didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, lima warga Myanmar,seorang warga Bangladesh dan seorang warga tempatan didakwa di Mahkamah SesyenAlor Setar pada 26 Jun dan 27 Julai lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A dan 26J AktaAntipemerdagangan Orang, Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007

Menurut Datuk Zamri Yahya, sebelum ini kesemua tujuh suspek itu ditahanmengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), denganpendengaran kedua kes terbabit diadakan pada Selasa.

Tindakan itu merupakan satu mesej bahawa pihak berkuasa akan bertindaktegas untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia tidak kira inimelibatkan warga tempatan atau asing.

Pada 11 Mei lepas, seramai 1,158 orang PATI dipercayai etnik Rohingyadari Myanmar dan Bangladesh ditahan selepas bot yang mereka naiki mendarat dipesisiran pantai Langkawi.

Kumpulan PATI itu kemudiannya dipindahkan secara berperingkat ke PusatTahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.

Insiden pendaratan itu berlaku berikutan tindakan Thailand memerangisindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas penemuan kuburbesar di selatan negara itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkanbeberapa tangkapan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalamsindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis telah dilakukan.

Bukan sahaja waran tangkap tapi tangkapan juga telah dilakukan

Pada Mei lepas negara digemparkan dengan penemuan 139 kubur yangdikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiketpemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Setakat ini, 106 mayat dilapor telah dijumpai.

Beberapa dalang sindiket telah diserahkan pihak berkuasa Thailandkepada Malaysia.

Kerajaan kini sedang dalam proses mengekstradisi suspek utama sindiket

Dr Mahathir, merangkap Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana(PGPF), juga menggesa ASEAN supaya mengambil tindakan terhadap Myanmar ataskekejaman yang dilakukan kepada kaum Rohingya.

Negara-negara ASEAN mengenepikan dasar untuk tidak campur tangan haldalaman negara lain terutama sekali jika melibatkan pembunuhan seperti ini.

Malaysia tidak boleh menerima pembunuhan beramai-ramai ini.

Jika Myanmar tetap ingin melakukannya mereka seharusnya meninggalkanASEAN," tegas Dr Mahathir

Beliau berkata, tindakan Myanmar itu jelas melanggar hak asasi manusiadan tidak boleh diterima sama sekali.

Jelasnya, tindakan komuniti Rohingya yang melarikan diri menaiki bot kenegara lain adalah akibat dari kekejaman kerajaan Myanmar itu sendiri.

ASEAN seharusnya memberitahu Myanmar supaya menghentikan kekejamantersebut dan mengambil tindakan sekiranya negara itu enggan berbuat demikian

Dr Mahathir memaklumkan telah mengutus surat kepada ketua pembangkangMyanmar, Aun San Suu Kyi tentang isu berkenaan.

Bagaimanapun katanya, surat tersebut tidak dijawab namun beliau jugamenyatakan ada kemungkinan bahawa Suu Kyi tidak menerima surat itu.

Tambah Dr Mahathir, perbuatan Myanmar serta kegagalan dalam menyelesaikanisu kekejaman ini juga boleh memberikan nama buruk kepada ASEAN.

(Sumber: Astro Awani)

Posted by

Dr Dhanapal Rengasamy

at09:12

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:PENGGAL 3

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Jumlah Pelawat

Terima kasih kerana melayari blog ini.Soalan atau komen amat dialu-alukan.

Home

About Me

Dr Dhanapal Rengasamy

View my complete profile

Penulis ialah seorang guru cemerlang PA, pembentang kertas kerja untuk IAB, KPM,MGC,IPGM,JPN,PPD, penulis kertas prosiding IAB dan MGC.Editor buku PA untuk LP, Penceramah teknik menjawab PA di Tawau, Balung,Sabah,Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.Panel Temuduga SPP, Panel Kolokium USM bagi menilai pelajar pasca siswazah MEd dan PhD.Gemar membaca dalam tiga bahasa bahan-bahan berkaitan bahasa, sastera, pedagogi dan motivasi.Boleh dihubungi: [email protected] 60125600436Kini Ketua Unit Jabatan Pengajian Am, BM High School

Popular Posts

Karangan-Pelancongan Kesihatan

Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong...

Contoh Proposal Kerja Kursus

CADANGAN /PROPOSAL PENYELIDIKAN PRA UNIVERSITI DR. R. DHANAPAL Ph.D SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM TAJUK TAHAP KEPUASAN PESAKIT LUAR D...

Latihan Karangan

1.Selain daripada menguruskan pentadbiran negara, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab yang lain. Bincangkan. 2.Walaupun pelbagai usah...

ISU ANTARTIKA DAN MALAYSIA-NOTA P3

Latarbelakang Mantan Y.A.B. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammed menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sesi ke 37 Pertu...

Kesan Pendatang Asing dan Langkah Mengatasi

Pekerja asing mendatangkan pelbagai kesan kepada negara dan masyarakat. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk menangani isu ini. B...

Karangan-Integriti

Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan instit...

Karangan Penggal 2

TAJUK KARANGAN STPM MPM P2/2014 1.Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warg...

Ujian Topikal Bab 1-2 Pengajian Am Penggal 1

Jawab semua soalan dalam helaian asing 1. Apakah ciri ciri negara yang perlu ada seperti Malaysia? 2. Nyatakan tiga sistem kerajaan...

SOALAN PERCUBAAN PENGGAL 3 HSBM 2015

BAHAGIAN A (15 markah) Jawab semua soalan. 1.Dasar Berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya, A. menyelesaikan masa...

Karangan dan Ulasannya/Kehendak jawapan

Katakan tajuk karangan satu ialah: Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediak...

Blog Archive

2017

(9)

November

(1)

May

(8)

2016

(52)

November

(3)

October

(17)

June

(1)

April

(7)

March

(11)

February

(6)

January

(7)

2015

(187)

December

(1)

November

(2)

October

(21)

September

(3)

August

(32)PERGERAKAN/SUMBANGAN DR R DHANAPAL SEPANJANG TAHUN...