· web viewhaji shahrudin berkata, umum mengetahui negeri johor kaya dengan sejarah, warisan...

6
Karakter Murid Johor : Menterjemah Watak Bangsa Johor Oleh : Amad Bahri Mardi Sejajar menyahut seruan Kerajaan Johor bagi menyemarakkan rakyat Johor dengan semangat Muafakat Johor dan Bangsa Johor . Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) tidak ketinggalan untuk seiring menyokong dan memastikan semangat muafakat itu sampai kepada setiap murid yang bersekolah di negeri Johor. Justeru, insiatif baharu digerakkan atas nama Karakter Murid Johor (KRMJ) yang mensasarkan semua murid-murid di Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali. Bagi menjayakan KRMJ, JPNJ menetapkan lima objektif hendak dicapai mulai tahun 2017 dan kemuncaknya pada tahun 2019. Lima objektif tersebut ialah; i. Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor ii. Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi iii. Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti. iv. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor v. Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan. Merujuk Kamus Dewan, makna karakter adalah merujuk kepada sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain. Atas kefahaman tersebut, Pengarah Pendidikan Johor, Haji Shahrudin Sharif mencetuskan idea Karakter Murid Johor dengan ciri-ciri dan fokus aktiviti yang akan dijalankan di semua 1,180 buah sekolah rendah dan menengah di negeri Johor. Beliau berkata, KRMJ adalah satu daripada empat Hala Tuju Jabatan Pendidkan Negeri Johor yang bertema Memacu Transformasi Pendidikan Negara . Sejak beliau menerajui JPN Johor pada tahun 2016, beliau menetapkan empat hala tuju, iaitu Memacu Legasi Johor Showcase, Peningkatan Akademik, Peningkatan Band Prestasi Sekolah dan Karakter Murid Johor. Tiga hala tuju sedia ada adalah berfokus kepada kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan guru. Manakala, pembinaan Karakter Murid Johor merupakan Hala Tuju baharu dengan slogan Memacu Kecemerlangan bertujuan untuk melahirkan murid Johor yang mempunyai akhlak terpuji. Haji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama, Johor Riau sehingga Johor Moden pada tahun 1885. Negeri Johor melalui sejarah yang penuh cabaran dan ranjau dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Upload: phungmien

Post on 29-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewHaji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama,

Karakter Murid Johor : Menterjemah Watak Bangsa Johor Oleh : Amad Bahri Mardi

Sejajar menyahut seruan Kerajaan Johor bagi

menyemarakkan rakyat Johor dengan semangat

‘Muafakat Johor’ dan ‘Bangsa Johor’. Jabatan Pendidikan

Negeri Johor (JPNJ) tidak ketinggalan untuk seiring

menyokong dan memastikan semangat muafakat

itu sampai kepada setiap murid yang bersekolah

di negeri Johor. Justeru, insiatif baharu digerakkan

atas nama Karakter Murid Johor (KRMJ) yang

mensasarkan semua murid-murid di Johor

mempunyai karakter yang terserlah, disanjung,

dipandang tinggi dan dikenali.

Bagi menjayakan KRMJ, JPNJ menetapkan

lima objektif hendak dicapai mulai tahun

2017 dan kemuncaknya pada tahun 2019. Lima objektif tersebut ialah;

i. Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor

ii. Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi

iii. Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti.

iv. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor

v. Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya

tempatan.

Merujuk Kamus Dewan, makna karakter adalah merujuk kepada sifat (ciri) perwatakan yang

membezakan seseorang daripada yang lain. Atas kefahaman tersebut, Pengarah Pendidikan

Johor, Haji Shahrudin Sharif mencetuskan idea Karakter Murid Johor dengan ciri-ciri dan fokus

aktiviti yang akan dijalankan di semua 1,180 buah sekolah rendah dan menengah di negeri

Johor.

Beliau berkata, KRMJ adalah satu daripada empat Hala Tuju Jabatan Pendidkan Negeri

Johor yang bertema ‘Memacu Transformasi Pendidikan Negara’. Sejak beliau menerajui JPN

Johor pada tahun 2016, beliau menetapkan empat hala tuju, iaitu Memacu Legasi Johor

Showcase, Peningkatan Akademik, Peningkatan Band Prestasi Sekolah dan Karakter Murid

Johor. Tiga hala tuju sedia ada adalah berfokus kepada kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan

guru. Manakala, pembinaan Karakter Murid Johor merupakan Hala Tuju baharu dengan slogan

Memacu Kecemerlangan bertujuan untuk melahirkan murid Johor yang mempunyai akhlak

terpuji.

Page 2:  · Web viewHaji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama,

Haji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan

tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama, Johor

Riau sehingga Johor Moden pada tahun 1885. Negeri Johor melalui sejarah yang penuh cabaran

dan ranjau dari segi politik, ekonomi dan sosial. Johor sebagai pewaris Tamadun Melayu selepas

Melaka dibuktikan apabila Johor berjaya meneruskan kepimpinan raja berdaulat, empayar yang

kuat, agama budaya yang harmoni sehingga kepada pelaksanaan Undang-undang Tubuh

Kerajaan Johor (UUTKJ).

“Hari ini, kita bangga Johor dikenali di seluruh negara sebagai negeri yang

mempertahankan jati diri bangsa dan budaya secara berterusuan. Sebagai pemimpin pendidikan

di Johor, saya bangga dengan kekuatan semangat Muafakat Johor yang digagaskan oleh Sultan

Johor dan kerajaan pimpinan Menteri Besar”

“Sehubungan itu, saya berdoa dan

penuh percaya inisiatif Karakter Murid Johor

boleh menjadi alat dan wadah untuk murid-

murid di negeri Johor bangga dengan negeri

Johor. Harapan saya, melalui beberapa

amalan murni, program dan aktiviti yang

dijalankan, anak-anak didik kita akan lebih

sayangkan negeri Johor yang tercinta ini”,

katanya.

Katanya, di peringkat JPNJ, inisiatif

KRMJ diurus dan diselaraskan oleh Sektor

Pembangunan Kemanusiaan. Di sekolah, ciri-

ciri dan inisiatif KRMJ akan digerakkan

melalui beberapa unit berkaitan di sekolah

seperti Kurikulum, Hal Ehwal Murid,

Kokurikulum, Sukan, Seni Budaya , Bimbingan

dan Kaunseling dan sebagainya. Beberapa amalan, aktiviti dan modul bagi menjayakan inistiaf

tersebut sudah dirancang sejak Jun 2016 dan sedang disebar luaskan kepada pihak sekolah

untuk dilaksanakan secara berfasa.

Harapan mahu melihat KRMJ berjaya mencapai matlamat, JPNJ mensasarkan tiga tahun

untuk menjayakannya (2016-2019). Menjelang Januari 2019, semua murid yang bersekolah di

Johor diharap tidak hanya memahami dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.

Tetapi, mereka diyakini akan memiliki apresiasi yang tinggi dalam pengamalannya.

Dengan slogan ‘Melahirkan Akhlak Terpuji’ , KRMJ digerakkan dalam tempoh dengan

tujuh inisiatif, iaitu;

Page 3:  · Web viewHaji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama,

Bil Ciri-ciri Fokus Insiatif dan Amalan1 Jati Diri Johor Budaya Salam dan Amalan Doa2 Berdisiplin dan Budaya Kesantunan Gaya Rambut Kemas dan Santun3 Seni Budaya Johor Tarian Zapin dan Lagu Patriotik Johor4 Komunikasi Bahasa Inggeris dan Boleh

Menulis JawiDiaktifkan dalam aktiviti koakademik

5 Berbangga Dengan Warna JDT Pemakaian T-Shirt Seragam6 Baju Melayu / Kurung Teluk Belanga Pemakaian pada hari Khamis7 Program Kepimpinan dan Kendalian Murid Pemimpin Muda dan Johore Student Leaders Council

Bermula tahun 2017, langkah awal yang sudah

digerakkan adalah menggalakkan pemakaian

T-Shirt warna JDT dalam kalangan murid-

murid. Surat siaran pada bulan oktober itu

lengkap dengan contoh reka bentuk baju

berlatar warna Merah-Biru-Putih. Arahan itu

meminta pihak sekolah melaksanakannya

dengan penuh berhemah, bijaksana dan tanpa

paksaan.

Mulai sesi tahun 2017 juga, satu teks

bacaan doa perhimpunan telah disiapkan oleh

Sektor Pendidikan Islam untuk diedarkan

kepada sekolah-sekolah. Doa yang dibuat

selaras untuk semua sekolah itu akan dibaca

oleh murid pada setiap perhimpunan rasmi

sekolah pada Ahad. Turut disemarakkan adalah

amalan bersalam yang ketika ini sudah

semakin longgar amalannya dalam kalangan

murid. Melalui unit Hal Ehwal Murid dan guru-

guru Pendidikan Islam dan Moral, penegasan

supaya semua murid saling bersalam akan

dijalankan. Amalan bermotif silaturahim dan

perpaduan itu turut membabitkan murid bukan

Islam dan dipercayai boleh menyokong budaya

Sekolah Penyayang yang telah berjalan selama

ini.

Berkenaan Lagu Patriotik Johor, sejak 31 Ogos 2016, Kerajaan Johor telah melancarkan sebuah

lagu baharu bertajuk ‘Muafakat Johor’. Susulan itu, surat siaran supaya lagu tersebut

dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah juga telah diedarkan. Amalan menyanyikan lagu

tersebut adalah sebagai tambahan kepada nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu

Sekolah.

Page 4:  · Web viewHaji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama,

Ketika menjalankan aktviti Koakademik dan Kokurikulum yang bertema budaya, pihak

sekolah disarankan menyanyikan lagu-lagu patriotik Johor. Begitu juga bagi aktiviti persembahan

murid semasa Hari Anugerah Q, Telentime, majlis Hari Raya dan sebagainya. Jawatankuasa

Seni Budaya sekolah hendaklah menyediakan murid-murid boleh menyanyikan lagu-lagu patriotik

Johor seperti Tanjung Puteri, Johor Negeriku, Seri Mersing dan sebagainya. Turut digalakkan

adalah persembahan tarian zapin yang sudah sinonim dengan tradisi Johor. Melalui aktiviti dan

penghayatan tersebut, secara tidak langsung budaya kesantunan, pemupukan budaya Johor dan

jati diri Johor akan terserlah dan dihargai oleh murid-murid.

Bagi menyemarakkan minat dan kebolehan murid Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

dan amalan Tulisan Jawi. Program-program tersebut

juga akan dijalankan di bawah aktiviti kokurikulum

seminggu sekali. Dalam jadual mingguan aktiviti

kokurikulum, persatuan bahasa digalakkan

menjalankan aktiviti yang menyemai kebolehan

berbahasa Inggeris seperti ‘English Week’. Aktiviti

Tulisan Jawi yang sudah kurang diamalkan oleh

murid-murid dicadang supaya dijalankan dalam aktiviti

semarak seni tulisan dan ukiran termasuk belajar

menulis khat.

Menurut Haji Shahrudin, aktiviti terbaharu

dibawah inisiatif Karakter Murid Johor yang beliau

hendak sekolah-sekolah gerakkan adalah program

Kembara Ilmu. Sebagai ganti kepada aktiviti ‘Treasure Hunt’ , beliau telah mahu guru-guru

membina modul-modul Kembara Ilmu yang mengetengahkan soalan-soalan yang mempunyai

unsur Kemahiran Berfikur Aras Tinggi (KBAT) . Beliau positif mahu melihat program Kembara

Ilmu dapat dijalankan dengan modul KBAT kurikulum dan kokurikulum dan boleh dipertandingkan

hingga ke peringkat negeri.

Bagi tujuan melahirkan murid yang Berdisiplin dan Budaya Kesantunan. Di bawah unit

Hal Ehwal Murid, KRMJ menggariskan amalan gaya rambut kemas dan santun dan memakai

baju Melayu / Kurung Teluk Belanga dalam kalangan murid terutama pada setiap hari Khamis

bagi murid lelaki. Melalui pendekatan disiplin yang mesra tersebut, kalangan murid di Johor akan

berketerampilan lebih sopan, positif dan berbudaya.

Inisiatif terakhir yang mahu ditonjolkan melalui Karakter Murid Johor adalah Program Kepimpinan

dan Kendalian Murid. Inisiatif tersebut adalah merujuk kesinambungan Usaha JPNJ melalui

program Pemimpin Muda atau Johore Student Leaders Council (JSLC) sejak tahun 2014. Ia

bertujuan ke arah Johor untuk menyediakan modal insan berketerampilan dan berkebolehan

memimpin, mengendalikan program akan memainkan peranan penting di peringkat sekolah,

Page 5:  · Web viewHaji Shahrudin berkata, umum mengetahui negeri Johor kaya dengan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Sejak tahun 1528, iaitu sejak zaman Johor Lama,

institusi dan masyarakat. Ia juga bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang boleh

menerajui agensi kerajaan dan swasta. Sekali gus, memberi impak ke arah membentuk karakter

kepimpinan berkualiti secara holistik.

Bagi tujuan mempamerkan model sekolah yang dikategorikan berjaya dalam Program

Kepimpinan dan Kendalian Murid. JPNJ telah mengenalpasti SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang

adalah sekolah yang sudah bersedia dan mampu melakukannya. JPNJ juga telah memilih

sekolah tersebut bagi pelancaran program Karakter Murid Johor pada Februari atau Mac 2017.

Secara keseluruhan, Karakter Murid Johor yang ingin disemarakkan oleh Jabatan

Pendidikan Negeri Johor ini sejajar dan memenuhi hasrat dengan 5 Aspirasi Murid yang

digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Malah, turut melengkapi

anjakan kedua dan ketiga, iaitu Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris dan Melahirkan Rakyat Malaysia dengan Penghayatan Nilai.

Keterangan gambar:

1. Haji Shahrudin Sharif, Pengarah Pendidikan Johor

2. Hala Tuju Pendidikan Johor

3. Ciri-ciri Karakter Murid Johor

4. Contoh T-Shirt berwarna JDT

TAMAT