web viewbuahan bermusim dan tidak bermusim. sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk...

5
Buah-buahan tempatan mempunya berbagai khasiat. Antaranya ialah vitamin c, boleh mencegah penyakit dan sebagainya. Buah- Buahan Tempat an Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang

Upload: dangmien

Post on 14-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewbuahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan

Buah-buahan tempatan mempunya berbagai khasiat. Antaranya ialah vitamin c, boleh mencegah penyakit dan sebagainya.

Buah-Buahan Tempatan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-

Page 2: Web viewbuahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan

buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.

 

 

Buah Mangga

Mangga ialah buah sepanjang tahun. Ianya boleh diperolehi pada bila-bila masa. Terdapat banyak jenis mangga yang dijual di pasaran. Negeri Selangor juga ada memperkenalkan tanaman mangga madu yang ditanam secara komersil di beberapa tempat. Mangga mempunyai pasaran dan peminatnya yang tersendiri. Mangga yang sudah masak biasanya berkekuningan sehingga keemasan dengan rasa manis. Mangga yang muda juga dijual untuk mereka yang sukakan rasa masam buah ini. Mangga juga boleh dijadikan makanan sampingan seperti jeruk, jus minuman dan lain-lain

 

 

Buah Nanas

Page 3: Web viewbuahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan

Panggilan nenas atau nanas di sesetengah tempat tidaklah ketara kerana ianya merujuk kepada sejenis buah yang boleh dipelbagaikan produknya. Kebanyakan tanaman ini ditanam secara komersial di kawasan tanah lapang dan juga di kawasan rumah. Rasanya yang manis membuatkan ramai orang suka membelinya sama ada dimakan begitu sahaja atau pun dimasak untuk dijadikan lauk harian. Selain itu juga, nanas boleh di buat minuman dan dipelbagaikan untuk menambah nilai sebagai produk berasaskan buah nanas.

 

 

Jagung

Jagung merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica. Jagung ialah jenis yang berbuah sepanjang masa. Jagung boleh dipelbagaikan penggunaanya dalam makanan. Ianya boleh ditanam sebagai tanaman hiliran dengan padi kerana jangkamasa menanam dan menuai yang agak singkat. Ianya boleh mendatangkan pendapatan sampingan sementara menunggu masa di antara tanaman padi.

 

 

Durian

Page 4: Web viewbuahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan

Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari genus Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D. graveolens, D. dulcis dan D. kutenjensis. Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Adakalanya durian dari luar negara seperti Thailand diimport untuk dijual di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna. Maklumat kepada anda bahawa durian ialah salah satu buah yang dilarang dibawa masuk ke premis penginapan dan pejabat awam. Ini kerana bau buah durian tentunya menjadi gangguan kerana bau yang kuat tidak akan hilang dalam masa yang singkat dan akan mengundang semut dan lalat.