veni

25
Isi Kandungan BI L PERKARA M.SURAT 1. Pengenalan 2. Soalan 1 : Penilaian P&P PSK (a) Penilaian pedagogi, teknik pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru semasa menjalankan pnp Psk (b) Kekuatan & kelemahan pnp Psk 3. Soalan 2 : Penilaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah terhadap perubahan tingkah laku murid sekolah a) Pemerhatian secara umum ke atas tingkah laku murid semasa di luar P&P

Upload: shanthana-arun

Post on 26-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

njl

TRANSCRIPT

Page 1: veni

Isi Kandungan

BIL PERKARA M.SURAT

1. Pengenalan

2. Soalan 1 :

Penilaian P&P PSK

(a) Penilaian pedagogi, teknik pengajaran dan

aktiviti yang dilaksanakan oleh guru semasa

menjalankan pnp Psk

(b) Kekuatan & kelemahan pnp Psk

3. Soalan 2 :

Penilaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah terhadap perubahan tingkah laku murid sekolah a) Pemerhatian secara umum ke atas tingkah

laku murid semasa di luar P&P

4. Lampiran

Page 2: veni

Pengenalan

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mula diajar sebagai satu

mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di seolah rendah dan menengah. Pada

masa dahulu, Pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan tetapi kini,

mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada keadaan masyarakat serta keperluaan

masa depan.Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di

sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan

negaranya. Para guru perlu membantu murid-murid menguasai pengetahuan sivik,

kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata

pelajaran Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu

perpaduan, patriotisme dan pemahaman keperlbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini diharapkan dapat

melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain,

mengapresiasi keperlbagaian budaya masyarakat Maalysia, menyelesaikan konflik

tanpa menggunakan keganasan, meyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah

pembangunan negara.

Page 3: veni
Page 4: veni

1. Penilaian P&P PSK

(a) Penilaian pedagogi, teknik pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan oleh

guru semasa menjalankan pnp Psk

Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai

mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi

penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan

berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu

strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan

muridmurid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk

nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan

bersatupada.

(I) Penilaian pedagogi

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala

aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal

dalam diri seseorang yang lain.

Di antara kaedah-kaedah pengajaran PSK yang biasa digunakan

oleh guru ialah :

Page 5: veni

Dalam pemerhatian saya di SJK(T) Tampin, tahun 4 & 5, guru menggunakan kaedah

keseluruhuan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah demotrasi.

Guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas semasa menanyakan

soalan.Murid-murid melibatkan diri secara aktif untuk menjawab soalan yang di

tanyakan oleh guru semasa pnp.

Untuk kaedah kumpulan guru memberi task untuk melakon di hadapan

kelas.Mereka membuat perbincangan antara ahli kumpulan untuk membuat

terbaik dalam kelas.

Guru menggunakan kaedah demotrasi untuk melakonkan drama. Guru

memberi contoh kepada mereka.

Page 6: veni

Selain itu, terdapat juga sudut PSK di belakang kelas, disitu terdapat pelbagai bahan

yang berkaitan dengan PSK. Dengan ini dapat meningkatkan nilai sivik melalui

pembacaan.

Kedudukan pelajar dalam kelas adalah berkumpulan. Dengan ini, senang untuk

diberi aktiviti kumpulan dan tidak membazirkan masa untuk membahagikan

kumpulan.Kerana hanya 2 waktu sahaja untuk PSK dalam satu minggu.

Suara guru memang lancar, adanya ton yang berbeza untuk menarik perhatian para

pelajar dan juga untuk mengawal kelas.

Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran meliputi

penggunaan alat bantu pengajar serta kawalan disiplin murid dalam kelas. Ini

meliputi kemahiran menggunakan alat bantu mengajar untuk membangkitkan daya

pemikiran murid-murid dan kemahiran menjaga disiplin murid semasa mereka

menggunakan alat bantu mengajar dalam melaksanankan suatu aktiviti

pembelajaran.

Contoh : Sumber yang digunakan oleh guru ialah telefon bimbit, kertas, kad tugasan

dan sebagainya.

Page 7: veni

(ii) Teknik pengajaran

Teknik pengajaran yang biasa diamalkan dalam pnp PSK ialah :

Dalam pemerhatian saya di SJK(T) Tampin, tahun 4 & 5, guru menggunakan :

Teknik soal jawab

Perbincangan

Lakonan

Page 8: veni

Tujuan pengggunaan teknik & strategi dalam pnp Psk adalah :

- untuk mnyampaikan bahan pengajaran dengan lebih menarik &

berkesan

- teknik dapat membantu guru memperkembangkan & memperkukuhkan

objektif pengajaran

- teknik & strategi yang relevan akan memberi kefahaman yang mendalam

kepada setiap murid terhadap isi kandungan pembelajaran

- teknik & strategi berkesan mewujudkan interaksi dua hala dalam p & p

Page 9: veni

(iii) Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru semasa menjalankan pnp Psk

Aktiviti yang biasa dijalankan dalam pnp PSK ialah :

Page 10: veni

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh guru semasa menjalankan pnp Psk di SJK (T)

Tampin ialah :

Page 11: veni

b) Kekuatan & kelemahan pnp Psk

Page 12: veni

(i) Kelebihan guru

Guru menggunakan nada suara yang berbeza untuk menarik perhatian para

pelajar

Guru menenyakan soalan – soalan secara spontan kepada murid.

Guru memberi soalan dahulu, biar semua orang berfikir. Selepas itu, panggil

salah seorang dari kelas.

Membawa bahan maujud seperti telefon bimbit ke dalam sebagai bahan

bantu mengajar . Dengan ini dapat membawa murid ke situasi sebenar.

Kedudukan murid di dalam kelas secara berkumpulan. Oleh itu, senang

untuk diberi kerja kumpulan.

Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat-bakat mereka

Set induksi – menyuruh pelajar untuk melakon berdasarkan situasi yang

diberi.

(ii) Kekurangan guru

Cara membuat soalan tidak begitu menarik.

Guru harus membuat persedian awal untuk pnp

Tidak diberi perhatian terhadap murid yang duduk di belakang kelas.

Memberi peluang kepada murid yang sama sahaja untuk melakon

(iii) Kelebihan murid

Page 13: veni

Memberi respons yang baik kepada guru dan rakan sekelas

Dapat menunjukkan bakat-bakat yang terpendam dalam diri masing-masing

Melibatkan diri secara aktif dalam pnp tersebut

Dapat mengetahui perkara-perkara baru tentang topik tersebut

Dapat meningkatkan kemahiran komunikasi

Mendengar pandangan orang lain semasa latihan dalam kumpulan diberikan

oleh guru

(iv) Kekurangan murid

Bukan semua murid yang melibat dalam dialog tersebut

Page 14: veni
Page 15: veni

2) Penilaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah terhadap perubahan tingkah laku murid sekolah .

a) Pemerhatian secara umum ke atas tingkah laku murid semasa di luar P&P

I. Kantin

Page 16: veni

Pada waktu rehat murid-murid hanya makan di kawasan kantin sekolah sahaja dan

tidak membawa makanan ke dalam kelas atau pun sekitar kawasan sekolah. Semasa

membeli makanan murid-murid beratur dan tidak berebut-rebut untuk mendapatkan

makanan di kantin. Selain itu, murid-murid sekolah ini menjaga kebersihan sekolah

demi kepentingan semua. Selepas makan,, pinggan mangkuk dikemaskan oleh sendiri

dan diletakkan di tempat yang dikhaskan. Mereka tidak menjerit di kantin sewaktu

menikmati makanan.

II. Perhimpunan pagi

Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin pagi pada pukul 7.30,

kecuali diberitahu ada perubahan. Kehadiran murid, dan guru adalah diwajibkan. Di

hari perhimpunan, murid-murid berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal

daripada masa perhimpunan sebenarnya tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Mereke peka

dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah ini. Semasa perhimpunan murid-

murid tidak membuat bising atau perkara yang menggangu majlis tersebut. Selain itu,

mereka berdiri tegak semasa menyanyi 3 buah lagu. Iaitu, Lagu NegaraKu, Lagu Negeri

dan Lagu Sekolah. Tambahan pula, mereka memberi respon yang baik semasa guru

menanyakan soalan dan menghormati semasa guru-guru sekolah tersebut memberi

ucapan dihadapan perhimpunan pagi tersebut. Murid-murid menghormati dan

mematuhi peraturan sekolah.Selain itu, di perhimpunan pagi, tersebut diadakan

pemberian hadiah kepada murid-murid yang belajar buku yang banyak dari bulan

Januari hingga Julai tahun ini. Semasa pemberian hadiah oleh Guru Penolong Kanan 1

Page 17: veni

iaitu Pn. Rajes, murid-murid memberitahu terima kasih kepadanya. Secara tidak

langsung, nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam kalangan murid di sekolah ini. Di sini

dapat lihat nilai sivik dalam kalangan murid. Pemberian hadiah seperti ini dapat

meningkatkan rasa ingin membaca. Ini adalah salah satu perkara yang baik untuk

meningkatkan budaya membaca di sekolah ini.

III Semasa Kegiatan Kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan adalah gerakkerja yang dijalankan oleh

sekolah di luar masa belajar seperti:

Kegiatan sukan.

Kegiatan persatuan

Kegiatan Persatuan pakaian seragam.

Kegiataan keagamaan.

Murid-murid di sekolah ini mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu

kegiatan Pasukan Pakaian Seragam. Murid-murid wajib hadir untuk setiap kegiatan

yang dijalankan pada waktu petang setiap hari Rabu. Semua murid memakai pakaian

seragam mengikut persatuan masing-masing pada setiap hari Rabu. Murid-murid

menghormati dan mematuhi peraturan sekolah. Dengan melibatkan diri dalam kegiatan

kokurikulum seperti ini dapat mengembangan bakat-bakat yang terpendam dalam diri

murid-murid.

IV Di padang semasa waktu PJ

Page 18: veni

Pendidikan Jasmani hanya dianggap sebagai mata pelajaran sampingan. Ianya

bukanlah mata pelajaran utama yang perlu diberi penekanan. Hal ini terjadi kerana

trend pendidikan pada masa kini hanya menumpukan kejayaan dan kecemerlangan

dalam akademik menjadi kayu pengukur akan tahap pendidikan dan sosial sesuatu

insan. Pihak sekolah merasa bertanggungjawab memenuhi kehendak yang diingini oleh

para waris yang mahukan anak mereka berjaya dalam pelajaran kerana pelajar-pelajar

ini adalah amanah yang diberikan oleh waris kepada pihak sekolah.

Semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani , semua pelajar keluar berkumpul di

padang permainan (tempat-tempat yang ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani)

pada hari itu kecuali sewaktu hujan. Semua murid memakai pakaian yang sesuai untuk

Pj. Selain itu, murid-murid menolong guru untuk membawa peralatan. Contohnya, bola,

sktel, gelong getah dan sebagainya. Sewaktu bermain, mereka saling bertolak ansur

antara satu sama lain untuk mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham antara

mereka. Selepas, bermain, mereka menyusun semula barang-barang yang diambil dari

bilik stor. Disini pun, nilai sivik dalam kalangan murid di sekolah ini dapat dilihatkan.

V Masa Pulang

Apabila arahan pulang diberi atau loceng akhir dibunyikan semua pelajar keluar

dari bilik darjah dengan keadaan tidak bising dan beratur di luar kelas masing-masing.

Page 19: veni

Mereka tidak berebut-rebut untuk pulang ke rumah.Pelajar-pelajar mematuhi arahan

pengawas di tempat basikal dan di jalan raya untuk kepentingan semua.Selain itu,

semasa murid-murid menaiki bas di hadapan sekolah, mereke beratur tanpa berebut.

VI Di Perpustakaan

Murid-murid beratur di hadapan kelas sebelum pergi ke perpustakaan. Mereka

tidak berlari dan tidak berebut untuk pergi ke perpustakaan. Di perpustakaan pula,

mereka mengambil buku yang hendak dibaca sahaja dan tidak mengambil buku yang

berlebihan. Selain itu, mereka tidak membuat bising dan tidak melakukan perkara yang

tidak diingini. Selepas itu, semasa pulang ke kelas masing-masing mereka meletak

balik buku yang diambil, menyusun semula kerusi dan beratur.

VII Sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah

Pertandingan mewarna Jalur Gemilang

Melukis poster

Pertandingan menyanyi lagu-lagu patriotik

Mendeklamasikan sajak

Pertandingan menghias kelas dengan bertemakan ‘Merdeka’

Buku Skrap

Drama

Kuiz Kemerdekaan

Page 20: veni

Pengkibaran Jalur Gemilang di sekitar sekolah

Penjualan Jalur Gemilang & topi untuk mengutip wang

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Melaka

Page 21: veni