vandalisme

45

Upload: kamaruzzaman

Post on 12-Jun-2015

8.124 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

2009 Sivik

TRANSCRIPT

Page 1: Vandalisme
Page 2: Vandalisme

Ahli Kumpulan :

Page 3: Vandalisme
Page 4: Vandalisme

Apakah maksud VANDALISME?

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai tindakan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain.

Page 5: Vandalisme

Terdapat juga pelaku vandalisme ini menyatakan kononnya vandalisme adalah cara untuk melepaskan geram.

Page 6: Vandalisme

Kebiasaannya vandalisme dilakukan di dinding-dinding bangunan terutamanya bangunan lama dan terbiar. Lukisan mural atau graffiti seringkali menghiasi dinding-dinding kosong tersebut.

Page 7: Vandalisme

Namun begitu, vandalisme boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Daun juga boleh dijadikan mangsa vandalisme. Kemudahan awam seperti telefon awam juga menjadi sasaran. Tidak lupa juga harta benda sekolah.

Page 8: Vandalisme

Vandalisme kebiasaannya dilakukan oleh remaja yang ingin menonjolkan bakat terpendam mereka melalui lukisan-lukisan mural dan tulisan graffiti tetapi terdapat juga yang melakukannya kerana ingin melepaskan geram, ada rasa tidak puas hati dan sekadar suka-suka.

Page 9: Vandalisme
Page 10: Vandalisme

i) Kurangnya pendidikan moral atau agama dalam diri.

Selalunya perkara ini sering difokuskan kepada peranan ibu bapa. Ibu bapa yang terlampau leka dalam urusan dunia kadang kala terlupa untuk memberikan pendidikan moral atau agama kepada anak-anak mereka.

Page 11: Vandalisme

Oleh sebab itu, anak-anak tidak mempunyai nilai-nilai murni yang sepatutnya ditanamkan ke dalam diri mereka. Salah satu implikasi daripada kurangnya pendidikan moral atau agama tersebut ialah berlakunya gejala vandalisme.

Page 12: Vandalisme

ii) Pengaruh rakan sebaya

Hal ini seperti sudah menjadi lumrah kerana remaja lebih mudah mendengar kata rakan sebaya mereka berbanding orang yang lebih tua.

Mereka juga akan terjerumus dalam gejala yang kurang sihat sekiranya mereka salah memilih rakan sebaya.

Page 13: Vandalisme

Oleh sebab itu, sesetengah rakan sebaya mereka yang memang terjebak dengan gejala vandalisme ini akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Seterusnya akan menyebabkan mereka mula berjinak-jinak melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.

Page 14: Vandalisme

iii) Kurang pendedahan mengenai keburukan vandalisme.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang telah melakukan perbuatan vandalisme ini secara tidak sengaja. Hal ini demikian kerana, para pelajar tidak didedahkan mengenai keburukan vandalisme.

Page 15: Vandalisme

Sering kali kita mendengar mengenai kempen-kempen dadah dan kempen anti-rokok. Namun begitu kempen mengenai vandalisme adalah dalam kategori jarang-jarang diadakan.

Oleh sebab itu, para pelajar kurang memahami tentang gejala ini dan terus melakukan vandalisme tanpa rasa bersalah.

Page 16: Vandalisme
Page 17: Vandalisme

i) Memantapkan pendidikan moral atau agama.

Tindakan ini dapat dilaksanakan oleh ibu bapa dan juga guru di sekolah. Ibu bapa perlulah memainkan peranan bagi mebentuk nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak mereka.

Page 18: Vandalisme

Guru-guru di sekolah pula perlu memainkan peranan bagi mengajar para pelajar matapelajaran Pendidikan Moral atau Agama dengan lebih serius. Jika para pelajar mempunyai nilai-nilai murni semestinya gejala vandalisme dapat diatasi.

Page 19: Vandalisme

ii) Tindakan tegas kepada pesalah vandalisme.

Tindakan tegas perlulah dijalankan kepeda pesalah vandalisme ini terutamanya kepada remaja yang masih bersekolah. Guru di sekolah juga perlu memainkan peranan memantau aktiviti murid-murid di dalam mahupun di luar sekolah.

Page 20: Vandalisme

Pesalah vandalisme juga boleh dikenakan hukuman yang setimpal. Sesi kaunseling bersana kaunselor sekolah juga perlu diadakan bagi menasihati dan menyelami apakah masalah pelajar sehingga melakukan perbuatan tidak berfaedah tersebut.

Page 21: Vandalisme

iii) Pemilihan rakan sebaya yang tepat.

Para remaja mestilah memilih rakan sebaya yang tepat. Sekiranya remaja mempunyai rakan yang baik, maka akan diri remaja tersebut itu juga akan menjadi baik dan tidak terlibat dalam gejala yang tidak bermoral.

Page 22: Vandalisme

Namun begitu, jika para remaja silap memilih rakan sebaya, maka timbullah keinginan untuk mencuba pelbagai perkara yang tidak sihat seterusnya akan menjadi remaja yang tidak berwawasan. Muncullah gejala-gejala yang tidak berfaedah seperti vandalisme, merompak dan sebagainya.

Page 23: Vandalisme
Page 24: Vandalisme

i) Merugikan kerajaan

Kerajaan akan kerugian harta benda dan kos untuk mengganti dan menyelenggara kemudahan-kemudahan yang telah rosak akibat perbuatan vandalisme.

Page 25: Vandalisme

ii) Pemandangan persekitaran akan tercalar

Pandangan pelancong yang datang ke negara kita mestilah tidak elok apabila mereka melihat tempat-tempat atau kemudahan-kemudahan yang telah rosak dan diconteng. Mereka juga akan membuat andaian bahawa rakyat di sini tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan.

Page 26: Vandalisme

Sebagai rakyat yang tidak melakukan perbuatan tersebut sudah semestinya akan berasa malu apabila mendengar pelancong mengatakan ketidakselesaan mereka di negara kita.

Page 27: Vandalisme

iii) Kemudahan awam tidak dapat digunakan

Orang ramai tentu tidak selesa apabila menggunakan kemudahan awam yang telah rosak. Rakyat juga akan berasa tidak selesa apabila melihat contengan di tempat-tmpat tertentu yang mengandungi perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

Page 28: Vandalisme

Kemudahan awam tidak akan dapat digunakan ketika waktu kecemasan sekiranya kemudahan tersebut sudah rosak dan tidak berfungsi. Perkara ini akan menyusahkan orang ramai untuk menjalankan urusan mereka.

Page 29: Vandalisme
Page 30: Vandalisme
Page 31: Vandalisme
Page 32: Vandalisme
Page 33: Vandalisme
Page 34: Vandalisme
Page 35: Vandalisme
Page 36: Vandalisme
Page 37: Vandalisme
Page 38: Vandalisme
Page 39: Vandalisme
Page 40: Vandalisme
Page 41: Vandalisme
Page 42: Vandalisme
Page 43: Vandalisme

Oleh yang demikian, kita sebagai remaja yang berwawasan mestilah mengelakkan diri daripa terjerumus ke dalm gejala vandalisme yang tidak berfaedah ini. Tanamkan nilai-nilai murni di dalam diri agar gejala ini dapat diatasi.

Page 44: Vandalisme
Page 45: Vandalisme