(usrah sisma) lagi tentang penyelewangan atas jalan dakwah

4
8/8/2019 (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah http://slidepdf.com/reader/full/usrah-sisma-lagi-tentang-penyelewangan-atas-jalan-dakwah 1/4 1 LAGI TENTANG PENYELEWENGAN ATAS JALAN DAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Semakin kita bersama membincangkan isu penyelewengan ini, seolah-olah Allah membuka mata kita untuk melihat penyelewengan-penyelewengan yang berlaku berhampiran dengan kita. Wahai sahabat-sahabatku, perbaikilah diri mu. Bukan tujuan kita berbincangan perkara ini tetapi semata-mata ingin mencari kesalahan orang lain, sebaliknya inilah muhasabah. Mereka hidup, kita  juga hidup, mereka mati kita juga mati dan mereka akan dibangkitkan, kita juga akan dibangkitkan. Adakah ini satu jaminan jika kita dibangkitkan kita akan selamat jika kita tidak menyampaikan berita ini kepada mereka yang sepatutnya mendengarnya? Ini amanah bersama, mereka Islam kita juga Islam, maka lapangkanlah dada, bukakan mata dan pasang telinga. Ini muhasabah untuk kita, dan marilah kita perbaiki diri dan mereka yang hampir dengan kita. Sedarlah, penyelewengan ini boleh membawa kepada kerosakan fikrah dan tersasar dari gerakan yang sebenar sebagaimana yang kita pikul bersama di dalam ABIM mahupun sayap pelajarnya PEPIAS.  KONTRADIKSI DAN KESULITAN  Secara realitinya, kita semua bersetuju yang masing-masing sedang berusaha keras untuk melihat serta menghidupkan cara hidup yang Islami. Ia cita-cita agung yang paling dimahukan oleh sesiapa sahaja yang meletakkan diri mereka di dalam perjuangan menegakkan agama di dalam diri. Adakah kita mempunyai pilihan? Samaada untuk sekadar duduk dan berbincang tentangnya dan melakukan amalan yang baik itu hanya secara bersendirian bahkan bersikap negatif terhadap kemungkaran atau adakah kita bertindak berdasarkan keyakinan ak idah k ita kepada Allah s.w.t? Mewujudkan suasana yang Islami itu wajib. Cara yang pertama itu tidak benar kerana ia tidak mendatangkan kesan kepada persekitaran kita. Namun begitu, tindakan kedua itu ada benarnya. Tetapi ia masih boleh berlaku penyelewengan apabila ia didahului oleh pemuda-pemuda yang bersemangat dengan kerja dakwah mereka. Penyelewengan itu mungkin timbul apabila tiada cara bil-hikmah yang diterapkan. Berlakunya tindakan membabi-buta tanpa usul periksa. Mengikut rasa binasa, ikut hati mati. Menyalahkan orang lain dan merasakan diri lebih baik dari mereka. Akhirnya memberikan gambaran yang buruk kepada Islam itu sendiri. SIAPAKAH YANG PATUT DIPERTANGGUNGJAWABKAN?

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 09-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-sisma-lagi-tentang-penyelewangan-atas-jalan-dakwah 1/4

1

LAGI TENTANG PENYELEWENGAN ATAS JALAN DAKWAH 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Semakin kita bersama membincangkan isu penyelewengan ini, seolah-olah Allah membuka

mata kita untuk melihat penyelewengan-penyelewengan yang berlaku berhampiran dengan kita.

Wahai sahabat-sahabatku, perbaikilah diri mu. Bukan tujuan kita berbincangan perkara ini tetapi

semata-mata ingin mencari kesalahan orang lain, sebaliknya inilah muhasabah. Mereka hidup, kita

 juga hidup, mereka mati kita juga mati dan mereka akan dibangkitkan, kita juga akan dibangkitkan.

Adakah ini satu jaminan jika kita dibangkitkan kita akan selamat jika kita tidak menyampaikan berita

ini kepada mereka yang sepatutnya mendengarnya? Ini amanah bersama, mereka Islam kita juga

Islam, maka lapangkanlah dada, bukakan mata dan pasang telinga. Ini muhasabah untuk kita, dan

marilah kita perbaiki diri dan mereka yang hampir dengan kita. Sedarlah, penyelewengan ini boleh

membawa kepada kerosakan fikrah dan tersasar dari gerakan yang sebenar sebagaimana yang kita

pikul bersama di dalam ABIM mahupun sayap pelajarnya PEPIAS.

 

KONTRADIKSI DAN KESULITAN  

Secara realitinya, kita semua bersetuju yang masing-masing sedang berusaha keras untuk

melihat serta menghidupkan cara hidup yang Islami. Ia cita-cita agung yang paling dimahukan oleh

sesiapa sahaja yang meletakkan diri mereka di dalam perjuangan menegakkan agama di dalam diri.

Adakah kita mempunyai pilihan? Samaada untuk sekadar duduk dan berbincang tentangnya dan

melakukan amalan yang baik itu hanya secara bersendirian bahkan bersikap negatif terhadap

kemungkaran atau adakah kita bertindak berdasarkan keyakinan akidah kita kepada Allah s.w.t?

Mewujudkan suasana yang Islami itu wajib. Cara yang pertama itu tidak benar kerana ia

tidak mendatangkan kesan kepada persekitaran kita. Namun begitu, tindakan kedua itu ada

benarnya. Tetapi ia masih boleh berlaku penyelewengan apabila ia didahului oleh pemuda-pemuda

yang bersemangat dengan kerja dakwah mereka. Penyelewengan itu mungkin timbul apabila tiada

cara bil-hikmah yang diterapkan. Berlakunya tindakan membabi-buta tanpa usul periksa. Mengikut

rasa binasa, ikut hati mati. Menyalahkan orang lain dan merasakan diri lebih baik dari mereka.

Akhirnya memberikan gambaran yang buruk kepada Islam itu sendiri.

SIAPAKAH YANG PATUT DIPERTANGGUNGJAWABKAN?

Page 2: (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-sisma-lagi-tentang-penyelewangan-atas-jalan-dakwah 2/4

Adakah patut kesalahan itu dilemparkan kepada golongan yang menyeleweng ini?

Penyelewengan ini sebenarnya didasari oleh mereka yang di dalam jemaah itu sendiri. Tindakan

mencari kesalahan pada diri orang lain serta tidak memuhasabahkan diri menjadikan tanzim sesuatu

gerakan Islam itu lemah. Mereka yang menyeleweng adalah disebabkan tanzim yang lemah di dalam

sesuatu jemaah. Merancang tetapi tidak merujuk, merencana tetapi tidak melaksana. Bimbingan itu

seharusnya kembali kepada cara dan bentuk contoh yang ditunjukkan Rasullullah s.a.w serta

menelusuri sejarah perjuangannya. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud:

  Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat 

bagi sekalian alam. (Al-Anbiyaa: 107)

Firman Allah s.w.t. lagi di dalam Al-Quran yang bermaksud:

  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal -

kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu

di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau

bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuannya

(akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: 13)

Ketaqwaan juga menjadi ukuran dalam menentukan tanzim serta kesungguhan dalam

menentukan gerak kerja dakwah. Penilaian taqwa hanyalah ada pada Allah s.w.t. tetapi secara jelas,

apabila ada dikalangan penggerak dakwah yang melewatkan solatnya secara sengaja, tidak menepati

  janji, tidak bersungguh dalam melaksanakan amanah, ini adalah petanda longgarnya ketakwaan

mereka terhadap Allah s.w.t. Bahkan, mereka meninggi diri menyatakan mereka lebih baik dari

orang lain. Inilah merupakan kewajipan kepada para senior. Mengingatkan tentang fikrah dan amal

Islami. Peringatkan mereka tentang jalan yang benar di dalam kalimah-kalimah yang hak. Semata-

mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

SYUMUL DAN BERPANDANGAN JAUH

Para pendokong dakwah seharusnya mengikat diri mereka dengan ruhul jihad dan

perjuangan Islam. Mereka semestinya mempunyai pandangan yang syumul (lengkap) dan mendalam

Page 3: (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-sisma-lagi-tentang-penyelewangan-atas-jalan-dakwah 3/4

3

dalam usaha bekerja demi Islam. Tidak cukup hanya dengan laungan semangat serta kata-kata indah

perjuangan jika ia tidak datang dari kesyumulan Islam itu sendiri. Tugas dakwah ini adalah tugas yang

agung. Ia bukan sekadar tugas sebahagian, tetapi ia adalah tugas yang menyeluruh dan universal.

Dakwah bersifat sejagat dan ditambahi dengan dunia globalisasi hari ini, menjadikan dunia dapat

mengetahui sesuatu dengan amat pantas sekali. Dakwah tidak bersifat tempatan bahkan ia adalah

seluruh dunia. Oleh yang demikian, persediaan kita adalah untuk suatu perjalanan yang amat jauh,

bersedia dan sentiasa berpandangan jauh.

JALAN YANG BENAR

Semakin benar jalan ini, maka semakin banyaklah rintangannya. Ini kerana, jalan ini tidak

didokong oleh mereka yang kecil jiwanya, tetapi mereka harus memiliki hati yang besar dan kental

serta mereka tidak mudah menjadikan halangan dan cabaran itu sebagai alasan untuk berhenti

berdakwah. Keadaan yang batil perlu diubah kepada perkara yang hak melalui jalan yang benar.

Jalan benar yang diakari dengan jalar dan tunjang akidah yang kukuh. Persiapkan generasi mukmin

yang benar dan mampu membuat perubahan, membangunkan rumahtangga muslim, dan

menjelmakan Islam dalam setiap aspek kehidupan, bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh

dalam memenangi pandangan ummat supaya mereka memihak kepada dakwah Islam.

Sesungguhnya, masa itu diukur dengan umur dakwah bukan dari umur hidup kita semua.

Saudara seperjuangan sekalian.

Inilah juga jalan yang telah dibuktikan Rasulullah s.a.w. Inilah dasarnya dan inilah jalan yang

benar itu. Inilah janji Allah dan ia akan berlaku lagi sebagaimana berlakunya pada zaman Baginda

Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah di dalam surah Ar-Rad ayat 17 yang bermaksud:

  Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya)

menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhluk-Nya, kemudian banjir itu

membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk 

dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu.

Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah.

  Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang

berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal -

misal perbandingan. (Ar-Rad: 17)

Page 4: (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Usrah SisMA) Lagi Tentang Penyelewangan Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-sisma-lagi-tentang-penyelewangan-atas-jalan-dakwah 4/4

MERUBAH REALITI DAN MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN

Inilah ujian Allah kepada para pendokong dakwah dalam usaha dakwah kita. Merubah realiti

bukanlah semata-mata menghapuskan suasana rosak ketika itu bahkan ia lebih daripada sekadar

berbentuk fizikal. Cuba bersama kita bayangkan, adakah ketika zaman Rasulullah s.a.w. itu, ummat

Islam tidak berupaya untuk menghapuskan berhala-berhala mereka? Adakah dengan menghapuskan

berhala-berhala mereka, mereka akan kembali beriman? Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w.

melakukan dakwahnya dengan cara yang terbaik. Matlamatnya bukan menghilangkan berhala di

dalam diri, tetapi mendatangkan rasa takut kepada Allah s.w.t. semata-mata. Perlihatkan akhlak

yang mulia serta datangkan rasa sedar dan akhirnya mereka sendiri yang memilih kesedaran untuk

diri mereka. Inilah contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. Kekerasan bukan jawapan, tetapi

sekadar pilihan. Firman Allah s.w.t:

  Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu

kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan Kami telah

 jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari Akhirat). (Al-Isra: 8)

SABAR, BERTAHAN DAN SAMPAIKAN  

Kita sedar dan tahu, hidayah dari Allah s.w.t. Jadi usahlah gusar tentang tentangan yangditerima kerana Al-Quran boleh menjadi saksi usaha yang didahului oleh para Rasul. Tugas kita

hanya bersabar, bertahan serta teruslah menyampaikan.

 

JIHAD DAN MENJUAL DIRI KEPADA ALLAH

"Orang yang telah menjual dirinya kepada Allah tidak berhak ke atas orang yang menyiksanya.

Sesungguhnya Allahlah yang mempunyai hak ke atasnya sama ada Dia hendakmengampuninya

ataupun menyiksanya" Kata-kata Hukamak

Oleh itu, sepatutnya tidak ada kegusaran dalam jiwa para pendakwah jika mereka sedar dan

benar-benar bertakwa kepada Allah. Serahkan hak diri kepada Allah dan lakukanlah hanya

keredhaan-Nya, nescaya Allah redha dan akan sentiasa memberikan pendahuluan kepada kita.