usrah 1

Upload: mohd-asmariza-che-mahmood

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 USRAH 1

    1/11

    1

    USRAHUsrah merupakan salah satu dari sistem dalam islam .Dalil menyebarkan dakwah islam

    bermula dari pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan oleh Rasulullah saw dirumah arqam abi al-arqam ketika awal penurunan islam.

    Hassan al-banna pernah menyebut jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang satu

    Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah yang patut kita gunakan zaman sekarang.

    Pengumpulan dan usrah (5-6 orang)

    Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa berjalan sehingga sekarang,perasan tak?

    Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak pernah buat dakwah! serious!

    Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna mula mengumpulkan anak-anak muda dikampung-kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk Katibah(Pengumpulan usrah-usrah kecil) untuk mencari Murabbi yang boleh membawa usrah.

    Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna buat usrah ketika itu.

    Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun lama sehingga lahirlah murabbi-murabbiyang boleh membawa usrah dan memegang manhaj islam yang sebenar.

    Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943 mula berlaku beberapa tentangan dalamIkhwah Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka lahirlah murabbi-murabbi yang

    boleh membawa usrah ketika itu,dan selepas 6 tahun Hassan al-Banna mati di bunuhmeninggalkan Ikhwan Muslimin dalam keadaan banyak membentuk Murabbi-murabbi agungseperti Hassan hudaibi dan ramai lagi.

    Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa Usrah sehinggalah sekarang.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    2/11

    2

    Anda anda usrah??

    Kalau takda usrah carilah usrah sekarang.

    Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun.

    (1)TAARUF (2)TAFAHUM

    (3)TAKAFUL

    Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah sangat.Tak percaya?Boleh telu

    suri maksud-maksud 3 rukun tu.

    Taaruf : KENALI AHLI SETEPERINCI YANG BOLEH DALAM BATAS IZIN SYARAK

    Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah),

    1 Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda mahukan?

    2- Anda tahu apa yang k awan seusrah kita lakukan ketika sedang down ?

    3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika diasedang marah?

    Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum mampu lagi untuk

    mempraktikalkan rukun yang pertama ini.

    Taaruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah dengan anda.Bukansetakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil

    perkara.

    Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?

    Anda kena saling muayashah iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan bersama,borak

    bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita mampu

    memahami dia tatkala keadaan keadaan musibah yang melanda diri dia.Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.

    Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas.

    Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia

    mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang tinggi

    dan taaruf yang mendalam.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    3/11

    3

    Tafahum : Hapus sebab kerenggangan dan perpecahan Eratkan mahabbah, mawaddah, ulfah Wujudkan titik disepakati dalam semua urusanislam Wujudkan titik disepakati mengenai aulawiyat dan marhaliyat

    amal islam

    Juga ada beberapa soalan.

    1 Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda?

    2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat?

    3 Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk nasihat padadia sekarang !

    Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua yangmembawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah.

    Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling nasihatmenasihati.

    Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.

    Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?Susah..

    Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat.

    Itu konsep nasihat yang salah.

    Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan futur,atau sebaliknya,akantetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya meninggalkan benda

    buruh,dan melakukan perkara baikdan di saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukannasihat.

    Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    4/11

    4

    Takaful : Bertanggungjawab membantu kesusahan Peringkat takaful:

    bina kasih sayang, mahabbah dan rahmah taawun untuk menyatu tenaga membantu yang dizalimi

    saling bahu membahu sesama ahli usrah

    Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia.

    Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam meringankan beban ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada kawan seusrah kita adalahlebih dari beritikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw :

    Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang saudaranya

    adalah lebih baik dari beritikaf di masjid aku sebulan

    Jadi konsep ini bertepatan denga n maani ruhi yang mendidik sentiasa menolong kawan seusrahyang lain dan meringakan beban.

    Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik danmentarbiyah diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah.

    Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu sistemusrah yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam sendiri danseterusnya memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul alam.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    5/11

    5

    Komponen UsrahDalam menjayakan Usrah terdapat beberapa komponen yang perlu ada :

    1. Naqib/Naqibah2. Ahli Usrah3. Topik Perbincangan atau silibus4. Aktiviti

    a) Naqib/ah

    Naqib/ah ialah pembimbing bagi sesuatu aktiviti Usrah yang dijalankan. Naqib/ah ialah orangyang secara sukarela menerima amanah menjaga dan membangunkan ahli-ahli Usrah daripadahari pertama diadakan hingga seterusnya . Dalam hal ini, Naqib/ah yang bijaksana tidak hanyamelihat Usrah sebagai amanah tahunan. Ia perlu dilihat sebagai amanah yang berterusan dalamkehidupan. Dalam memastikan amanah ini berjalan dengan baik, Naqib perlu mempersiapkandiri untuk menjadi pembimbing kepada ahli dengan melengkapkan diri dengan ilmu dankeperibadian yang baik.

    Jika menjadi seorang Naqib/ah usah bernostalgia dengan mengendali halqah sama seperti waktukita diusrahkan dulu. Naqib perlu menginsafi Zaman telah berubah; kita wajib menyesuaikan dan

    pelbagaikan pendekatan di dalam mengendalikan halaqah tetapi mengekalkan isi kandunganyang sama. Bagi memimpin ahli-ahli , Naqib/ah perlu memimpin mereka, melayan mereka danmemenuhi kehendak mereka. Ia bukan bermaksud anda perlu memberi wang kepada mereka,

    bahkan kita memberikan mereka sesuatu yang tidak ternilai iaitu ilmu, menanam aqidah yang benar kepada mereka, menjadikan mereka seronok beribadah, mengubah pandangan mereka agar selari dengan kerangka Islam. Sesuatu yang tidak ternilai. Tidak dapat dinilai dengan apa sahajayang lebih berharga. Jadikan diri kita sebagai contoh ikutan ( role model ) yang positif kepadaahli Usrah kita.

    b) Ahli Usrah

    Merupakan anggota Usrah yang melibatkan diri dalam aktiviti Usrah. Sebagai ahli Usrah kitaseharusnya mencuba sedaya upaya untuk memberi komitmen sekurang-kurangnya satu tahundengan sesebuah Usrah agar beroleh kesan yang maksimum.

    c) Isi Perbincangan

    Lazimnya Usrah yang baik mempunyai sukatan/silibus bagi memandu perbincangan pada setiapkali majlis Usrah diadakan. Ini akan memastikan objektif-objektif asal Usrah itu sendiri tercapaidalam memastikan ahli Usrah faham Islam dan sebagainya. Dengan adanya sukatan-sukatan inisecara tidak langsung dapat memastikan Naqib/ah dan ahli Usrah dapat menyiapkan diri untuk membentang dan membincangkan tajuk yang ditetapkan.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    6/11

    6

    Lazimnya Usrah yang baik mempunyai sukatan/silibus bagi memandu perbicangan pada setiapkali majlis yang diadakan. Sukatan ini perlu bagi menentukan hasil/output nanti. Antara tajuk yang boleh dibincangkan ialah :

    1. Dakwah dalam kehidupan2. Ibadah dalam Islam3. Akhlak Islamiyyah4. Fiqh Ibadah5. Sirah

    d) Aktiviti

    Aktiviti merupakan selain dari halaqah/bulatan yang diadakan. Ia boleh jadi permainan, berkelahdi tempat peranginan, bersiar-siar ke sesuatu destinasi yang dirancang atau ziarah ke rumah ahli-ahli Usrah. Pokoknya, setiap aktiviti yang dijalankan haruslah mempunyai matlamat yang jelasdan baik, bukannya hanya aktiviti kosong yang tidak berfaedah dan membuang masa.

    Aktiviti berkelah contohnya boleh jadi membuang masa jika ahli Usrah hanya bersembangkosong dan bergelak ketawa biarpun ia sebenarnya baik untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli.Walau bagaimanapun, disamping membina ukhuwah, adalah lebih baik jika ia diselitkan dengansesi perkongsian santai mengenai apa sahaja topik yang tidak berat, contohnya jika Usrah yangdianggotai ibu-ibu boleh berbincang soal keibu bapaan, penyusuan ibu, masalah ahli masing-masing dan sebagainya. Soalnya bagaimana kita memanfaatkan masa yang ada untuk mengutipsebanyak mana ilmu untuk memastikan matlamat asal Usrah sentiasa dititikberatkan.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    7/11

    7

    Teknik Usrah: Bagaimana Mengendali UsrahKali PertamaTeknik Usrah :Bagaimana Mengendali Usrah Kali Pertama

    Mengendalikan Usrah pada pertemuan pertama kali amat penting dan bermakna bagi kejayaansesi-sesi Usrah yang berikutnya. Persiapan rapi dan teknik usrah yang betul perlu dilakukan agar ahli Usrah mempunyai pandangan pertama terhadap sesi Usrah yang akan diadakan. Antaralangkah-langkah yang boleh digunakan ialah :

    1. Berikan Senyuman

    Senyuman amat penting bagi menggambarkan keceriaan kita dan Usrah yang bakal diadakan. Naqib/ah wajar memaniskan senyuman dan memberikan senyuman yang terbaik kepada ahliUsrah. Senyuman yang diberi menunjukkan penghargaan terhadap kedatangan ahli Usrah

    walaupun jumlah kehadiran hanya sedikit dan tidak seperti yang kita harapkan.

    2. Mencuba sedaya upaya mengingati nama ahli Usrah

    Dipanggil dengan nama yang baik dan dengan sebutan yang betul pasti menggembirakan sesiapasahaja terutama ahli Usrah. Naqib/ah seharusnya memanggil nama yang disukai oleh ahli Usrahdan mengulang-ngulang nama tersebut sebagai salah satu teknik usrah yang meningkatkanesteem diri ahli Usrah.

    3. Mencari titik persamaan dan topic-topik yang diminati

    Naqib/ah perlu cepat mencari persamaan dengan ahli Usrah sebagai langkah pemula bicara yang pertama dan mengelakkan kerengangan bahasa. Sebagai contoh negeri kelahiran yang sama akanmendorong ahli Usrah untuk cepat mesra dengan Naqib/ah.

    4. Menjadi pendengar yang baik

    Tugas seorang Naqib/ah yang baik ialah menjadi pendengar yang setiap kepada ahli Usrah. Naqib/ah seharusnya tidak mencelah dan membuat andaian-andian negative terhadap tutur kataahli Usrah. Apabila tiba ruang Naqib/ah bercakap maka gunakan peluang itu sebaiknya dan

    praktiskan teknik usrah yang betul.

    5.

    Merangka bersama masa depan Usrah Naqib/ah tidak seharusnya merangka masa depan dan gerak kerja Usrah bersendirian. Pandangansetiap ahli Usrah adalah perlu untuk memastikan proses Usrah berjalan lancar selari dengankemahuan dan kesediaan mereka juga. Pertama kali mengajak ahli Usrah berbincang mengenainya, tanyalah pendapat ahli Usrah tentang apa matlamat utama yang ingin dicapai di akhir Usrah

    juga bagaimana gerak kerja untuk menjayakan Usrah bersama.

  • 7/28/2019 USRAH 1

    8/11

  • 7/28/2019 USRAH 1

    9/11

  • 7/28/2019 USRAH 1

    10/11

    10

    Pengenalan UsrahPengenalan Usrah:

    Apabila menyebut kalimah Usrah, ia sering dinamakan dan dikaitkan dengan pelbagai nama lainantaranya halaqah , Circle , Quranic Group , Islamic Group dan pelbagai nama lagi. UmumnyaUsrah berasal daripada Bahasa Arab iaitu yang membawa maksud keluarga. Keluarga di sinitidak merujuk kepada hubungan darah tetapi hubungan persaudaraan yang lahir daripada aktivitiUsrah yang seolah-olah berfungsi sebagai sebuah keluarga.

    Usrah biasanya digunakan untuk menggambarkan sekelompok kecil orang yang secara berkalamengadakan pertemuan untuk memahami Islam dan berlitizam untuk beramal dengannya.Jumlah peserta lazimnya sekitar 2 hingga 10 orang yang dipimpin atau dipandu oleh seorang

    Naqib/ah bagi lelaki dan Naqib/ahah bagi perempuan.

    1. Manfaat

    Pasti ramai dikalangan pembaca yang tertanya-tanya apakah manfaat jika saya mengikuti Usrah?Berdasarkan pengalaman mengikuti dan mengendali Usrah, terdapat pelbagai manfaat apabilakita terlibat dalam Usrah sama ada sebagai seorang Naqib/ah mahupun ahli . Lazimnya, kitatidak perlu jadi baik untuk mengikut aktiviti ini tetapi kita ikut Usrah untuk jadi lebih baik.Berikut ialah manfaat apabila kita mengikutinya :

    a) Faham Islam

    Usrah secara umumnya difahami sebagai berkumpul dengan tujuan untuk mendekatkan diridengan Islam dan sekaligus mempraktiskannya. Setiap aktiviti yang dirancang dalam halqah

    biarpun dalam bentuk permainan atau sebagainya, adalah untuk mencapai matlamat akhir iaituahli lebih faham tentang Islam biar pun dalam sekecil-kecil ilmu. Matlamat hujung mengikutihalaqah ialah untuk faham Islam, justeru perjalanan halaqah akan terarah kepada matlamat itu.Faham Islam di sini bererti, ahli memahami dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sekaligusmelaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t yang menepatitujuan penciptaan iaitu sebagai hamba Allah s.w.t . sebagaimana firman Allah s.w.t :

    56. dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah danberibadat kepadaKu. (Surah Adz Dzariat 51:56)

    b) Sistem Sokongan dalam hidup

    Dalam menghadapi cabaran hidup kita seringkali tewas apabila keseorangan dan lazimnyamenjadi kuat apabila kita bersama-sama rakan-rakan yang saling menyokong antara satu samalain. Hal ini dapat diperhatikan dalam al-Quran :

    Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. danbertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi

    sesiapa Yang melanggar perintahNya). (Surah al-Maidah 5:2)

  • 7/28/2019 USRAH 1

    11/11