untuk syarat & peraturan peraduan sila layari:  · contoh: 1 borang penyertaan layak bersama 1...

2
Untuk Syarat & Peraturan Peraduan sila layari: www.nestle.com.my

Upload: others

Post on 25-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Untuk Syarat & Peraturan Peraduan sila layari: www.nestle.com.my

Cara-cara Penyertaan:1.Beli sebarang 4 tin minuman NESCAFÉ® yang turut serta dalam satu

resit tunggal dari mana-mana kedai sepanjang Tempoh Peraduan. Dapatkan resit bercetak yang tertera dengan jelas pembelian 4 tin minuman NESCAFÉ® dan sertakan 4 penutup sentap ‘NES’ sebagai bukti pembelian. Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian.

2.Jawab 3 soalan dengan menandakan (√) pada jawapan yang betul di dalam kotak yang telah disediakan.

3.Lengkapkan borang penyertaan ini, sertakan 1 set bukti pembelian dalam 1 sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:

PERADUAN NESCAFÉ® OUTING SEMPENA GAWAI Nestlé Products Sdn. Bhd.

Peti Surat 8113, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46782 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

NESCAFÉ® Kopi Ais Tin 300ml

NESCAFÉ® Ipoh White Coffee Tin 240ml

NESCAFÉ® Creamy Roast Tin 240ml

NESCAFÉ® Kopi Original Tin 240ml

NESCAFÉ® Kopi Latte Tin 240ml

NESCAFÉ® Kopi Mocha Tin 240ml

NESCAFÉ® Kopi O Tin 240ml

Bil. Nombor Bersiri

1

Resit bercetak yang tertera dengan jelas pembelian 4 tin minuman NESCAFÉ®

dan 4 penutup sentap ‘NES’

x4+Resit

*Nombor bersiri akan dicapkan di atas setiap borang penyertaan layak yang diterima berdasarkan Bukti Pembelian yang disertakan.Contoh: 1 borang penyertaan layak bersama 1 resit rasmi dan 4 penutup sentap NES = 1 nombor bersiri = 1 peluang kemenangan.

Tandakan (√) pada jawapan yang betul kepada 3 soalan di bawah.

1. Peraduan ini dinamakan PERADUAN NESCAFÉ® OUTING SEMPENA GAWAI. Betul atau Salah?

2. Terdapat sebanyak 2 buah motosikal Kawasaki KLX250 untuk dimenangi dalam Peraduan ini. Betul atau Salah?

3. Tempoh peraduan ini dari 1 Mei hingga 30 Jun 2016. Betul atau Salah?

Betul Salah

Lengkapkan butir diri anda:

Bandar : , Sarawak.Poskod :

Telefon Rumah : Telefon Bimbit :

No MyKad:

Nama seperti dalam MyKad (En/Puan/Cik):

Alamat Kediaman :

Penganjur & Kelayakan 1 PERADUAN NESCAFE OUTING SEMPENA GAWAI [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka

kepada semua penduduk Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/05/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”].2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau [b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh 1 Peraduan akan diadakan dari 01/05/2016 hingga 30/06/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur pada bila-bila masa berhak secara mutlak untuk

mengubah, menangguh, menjadualkan semula, atau melanjutkan Tempoh Peraduan atau menamatkan Peraduan atas budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaaan 1 Untuk menyertai Peraduan, beli mana-mana empat [4] tin minuman NESCAFÉ yang turut serta dalam satu resit tunggal dari mana-mana kedai

sepanjang Tempoh Peraduan. Dapatkan resit bercetak yang tertera dengan jelas pembelian empat [4] tin minuman NESCAFÉ dan sertakan empat [4] penutup sentap ‘NES’ sebagai bukti pembelian [“BP”]. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] yang ditunjukkan dalam borang penyertaan untuk produk yang turut serta dan BP yang diperlukan untuk menyertai Peraduan [“BP”].

2 Peserta dikehendaki melengkapkan setiap borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab dengan betul tiga [3] soalan Betul atau Salah yang ditunjukkan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

3 Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan.

4 Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan, lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah1 Terdapat dua [2] Hadiah Utama, lima [5] Hadiah Ke-2 dan lima puluh [50] Hadiah Ke-3 untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. 2 Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk

memperoleh jumlah yang akan dibahagikan dengan:• dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama,• lima [5] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Ke-2,• lima puluh [50] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Ke-3.Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibulatkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut. Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi hari tersebut berjumlah 887, maka 887 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Lima [5] Peserta bagi hari yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan 885 akan menjadi pemenang Hadiah Harian. Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri jumlah Penyertaan Layak ialah 21689, 21689 akan dibahagikan dengan:• dua [2], yang bersamaan 10844.5 yang seterusnya dibundarkan kebawah kepada 10844. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 10844. Dua [2] Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 10844 iaitu 10844 dan 21688 akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama,• lima [5] yang bersamaan 4337.8 yang seterusnya dibundarkan kebawah kepada 4337. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 4337. Lima [5] Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 4337 iaitu 4337, 8674, 13011, 17348 dan 21685 akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Ke-2,• lima puluh [50] yang bersamaan 433.7 yang seterusnya dibundarkan kebawah kepada 433. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 433. Lima puluh [50] Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 433 iaitu 433, 866, 1299, 1732 dan seterusnya akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Ke-3.

3 Pemenang Hadiah Utama yang terpilih akan masing-masing memenangi sebuah motosikal Kawasaki KLX250 (Di Atas Jalan) bernilai Ringgit Malaysia Dua Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus dan Tiga Belas [RM29213]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Sarawak.

4 Pemenang Hadiah Ke-2 yang terpilih akan masing-masing memenangi sebuah GoPro Hero 4 Silver bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu Tujuh Ratus dan Sembilan Puluh Sembilan [RM1799].

5 Pemenang Hadiah Ke-3 yang terpilih akan masing-masing memenangi satu Kad Hadiah Petronas bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus [RM200].6 Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Jika seorang Peserta memenangi dua [2] atau lebih Hadiah dengan

nilai yang berlainan, bermakna Peserta secara automatik akan memenangi Hadiah dengan nilai lebih tinggi manakala Hadiah dengan nilai lebih rendah akan dimenangi oleh nombor bersiri selepas nombor bersiri Peserta berulang.

Liabiliti & Tanggungjawab1 Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima

atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2 Penggunaan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga. Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga. Penganjur selanjutnya tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap tindakan pihak ketiga atau kegagalannya untuk bertindak.

3 Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

4 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.Hak Penganjur

1 Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2 Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3 Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data1 Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam

borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju agar Penganjur memproses data peribadi Peserta yang dinyatakan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan Halaman Peminat dan Laman Web. Penganjur juga boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan menghantar kepada anda maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi, bahan dan/atau dokumen tentang produk dan/atau perkhidmatan Penganjur melainkan anda menyatakan sebaliknya dalam borang penyertaan Peraduan. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan data peribadi Peserta untuk memproses penyertaan Peserta dalam Peraduan, yang tanpanya Penganjur tidak akan dapat memproses permohonan Peserta.

2 Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3 Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: [a] hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di [email protected] dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan. [b] hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].[c] hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.

4 Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di [email protected].

5 Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

6 Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my/info/privacy_policy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my/info/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat1 Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

Harga yang ditunjukkan adalah betul pada masa percetakan.

Produk-produk NESTLÉ® Bukti Pembelian

Adakah anda berminat untuk menerima informasi pemasaran serta promosi dari pihak Penganjur mengenai produk, perkhidmatan dan acara yang akan datang? ( ) Ya ( ) Tidak

Syarat & Peraturan Peraduan

www.nestle.com.my