untuk rujukan sahaja - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in...

10

Click here to load reader

Upload: trinhxuyen

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA

OPSYEN UNTUK MEMBELI

Tarikh Opsyen : __________________________

Alamat Flat: _________________________________________________________(“Flat”)

1. Butir-butir

Harga Beli

$____________________________

(“Harga Beli”)

Yuran Opsyen (Hingga jumlah maksima $1,000)

$____________________________

(“Yuran Opsyen”)

Tarikh Tamat Opsyen dan Masa (Tarikh: Nyatakan hari kalendar ke15 bermula daripada Tarikh Opsyen)

pada _________________(hh/bb/tt)

pada 4:00 ptg.

(“Tamat Opsyen”)

Nama

NOMBOR K/P

(1)

(2)

(3)

Penjual

(4)

(1)

(2)

(3)

Pembeli

(4)

ROU/REGN/054 Page 1 of 10

Page 2: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA

2. Opsyen untuk membeli

2.1 Penjual telah menerima yuran Opsyen daripada Pembeli.

2.2 Dengan penerimaan Yuran Opsyen, Penjual memberi opsyen untuk membeli flat kepada Pembeli berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Opsyen untuk Membeli ini (“Opsyen”).

3. Pengesahan oleh Penjual

3.1 Penjual mengesahkan bahawa pada Tarikh Opsyen, ia samada telah -

(a) memenuhi tempoh minima mendiami flat yang ditentukan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (“HDB”); atau

(b) belum memenuhi tempoh minima mendiami flat, tetapi telah mendapatkan kebenaran bertulis daripada HDB terlebih dahulu bagi penjualan Flat tersebut.

3.2 Jika Penjual belum memenuhi syarat di dalam Fasa 3.1, Opsyen ini akan dibatalkan. Penjual akan memulangkan semula sebarang wang yang dibayar oleh Pembeli kepada Penjual, samada Pembeli telah melaksanakan Opsyen ini ataupun tidak. Pembeli boleh meneruskan dengan sebarang tuntutan lain yang mungkin dimilikinya terhadap Penjual.

4. Tamat Opsyen

4 Opsyen ini akan tamat pada Tamat Opsyen. Jika Pembeli tidak melaksanakan Opsyen ini dengan cara yang ditetapkan di bawah, Opsyen ini akan dibatal dan dimansuhkan.

5. Perlaksanaan Opsyen oleh Pembeli

5.1 Untuk melaksanakan Opsyen ini, Pembeli mesti melakukan semua yang berikut pada atau sebelum Tamat Opsyen.

(a) tandatangan “Penerimaan” di Opsyen ini; dan

(b) hantar Opsyen yang telah ditandatangan (salinan asal) kepada Penjual*; dan

(c) bayar Penjual $ ________________ (“Yuran Perlaksanaan Opsyen”).

Kedua-dua Yuran Opsyen dan Yuran Perlaksanaan Opsyen (“Cengkeram”) tidak boleh melebihi $5,000.

*Jika Penjual ingin membenarkan pihak lain untuk menerima Opsyen yang telah ditandatangan dan Yuran Perlaksanaan Opsyen, ia mesti melengkapkan Borang A di Opsyen ini.

5.2 Opsyen ini dan Penerimaan yang ditandatangan oleh Pembeli akan membentuk kontrak yang menjadi ikatan bagi penjualan dan pembelian Flat tersebut. Cengkeram akan menjadi sebahagian daripada Harga Beli untuk mengukuhkan perlaksanaan terma dan syarat di Opsyen ini dan penyelesaian penjualan dan pembelian.

6. Tidak Melaksanakan Opsyen

6 Jika Pembeli tidak ingin melaksanakan Opsyen ini dengan cara yang dinyatakan di Opsyen ini, dan dengan syarat Penjual telah memenuhi syarat di dalam Fasal 3.1

(a) Penjual berhak untuk menyimpan Yuran Opsyen; dan

(b) kedua-dua pihak tidak akan mempunyai sebarang tuntutan di antara satu sama lain.

7. Pembeli tidak harus menyerah Opsyen ini

7 Pembeli tidak harus menyerah hak atau tanggungjawabnya di bawah Opsyen ini kepada sesiapa.

ROU/REGN/054 Page 2 of 10

Page 3: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian

8. Umum

8.1 Di dalam Opsyen ini

“HDB” bermakna Lembaga Perumahan dan Pembangunan yang ditubuhkan di bawah Akta Perumahan dan Pembangunan (Bab 129);

“CPF” bermakna Dana Caruman Pekerja yang ditubuhkan di bawah Akta Dana Caruman Pekerja. (Bab 36);

“Syarat Persatuan Undang-undang” bermakna syarat jualan yang dikenali sebagai “Syarat Jualan Persatuan Undang-undang Singapura 1999”;

“Tarikh Selesai” bermakna tarikh di mana jualan dan belian Flat tersebut akan selesai dijalankan mengikut Fasal 12;

“Penjual” dan “Pembeli” termasuk wakil peribadi Penjual dan Pembeli, pewaris mengikut hak milik dan penyerahan; dan

“hari bekerja” bermakna sebarang hari dari Isnin hingga Sabtu yang bukan cuti umum.

8.2 Perkataan-perkataan yang bermakna mufrad juga termasuk jamak dan sebaliknya.

8.3 Perkataan-perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki juga termasuk jantina perempuan..

8.4 Jika terdapat lebih daripada seorang Penjual atau lebih daripada seorang Pembeli, tanggungjawab mereka di bawah Opsyen ini boleh dikuatkuasakan terhadap mereka secara bersama atau terhadap setiap seorang daripada mereka.

9. Persetujuan untuk menjual dan membeli

9.1 Penjual menjual kepada Pembeli, bebas daripada segala bebanan, baki faedah pajakan Flat tersebut pada Harga Jualan.

*9.2 Jualan termasuk barang-barang, perkakas dan benda-benda lain yang boleh dialihkan (“Harta Benda yang Boleh Dialihkan) di dalam Flat tersebut seperti yang disenaraikan di dalam Jadual yang dilampirkan kepada Opsyen ini dan ditandatangan oleh kedua pihak. Penjual menjamin bahawa Harta Benda yang Boleh Dialihkan adalah miliknya sendiri dan bebas daripada sebarang perjanjian sewa, perjanjian sewa beli atau kepentingan pihak ketiga yang lain.

* Potong di mana tidak diperlukan

9.3 Jualan flat tersebut tertakluk kepada

(a) Akta Perumahan dan Pembangunan (Bab 129) dan sebarang peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut;

(b) terma dan syarat jualan semula serta belian flat jualan semula HDB seperti yang ditentukan oleh HDB dari masa ke semasa;

(c) dasar-dasar HDB yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa;

(d) terma dan syarat Opsyen ini;

(e) syarat di dalam Syarat Persatuan Undang-undang yang (i) berkenaan dengan kontrak jualan privet; dan (ii) tidak berbeza atau tidak konsisten dengan terma dan syarat di Opsyen ini; dan

(f) terma, perjanjian dan syarat di dalam Perjanjian untuk Pajakan, Pajakan dan Memorandum Pajakan termasuk sebarang perbezaan atau tambahan dokumen sepertinya.

10. Tanggungan bagi kerja-kerja peningkatan

ROU/REGN/054 Page 3 of 10

Page 4: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA 10.1 Jualan flat tertakluk kepada program peningkatan HDB.

10.2 Kedua pihak harus sedar bahawa di bawah Seksyen 65F Akta Perumahan dan Pembangunan, pemilik Flat pada tarikh permintaan bertulis HDB, bertanggungjawab untuk membayar sumbangan peningkatan kepada HDB.

Sebaik saja penjualan dan pembelian Flat selesai, Pembeli dianggap sebagai pemilik Flat tersebut.

10.3 “Sumbangan Peningkatan” bermakna kos kerja-kerja peningkatan umum, kerja-kerja peningkatan yang ditentukan dan/atau kerja-kerja peningkatan khas yang harus dibayar kepada HDB di bawah Bahagian IVA Akta Perumahan dan Pembangunan.

11. Permohonan untuk kelulusan HDB

11 Penjual dan Pembeli akan mohon bersama kepada HDB untuk kelulusannya bagi penjualan dan pembelian Flat tersebut dalam masa _______________ hari kalendar daripada tarikh perlaksanaan Opsyen ini.

12. Tarikh Selesai

12 Kecuali jika dilanjutkan oleh HDB, Tarikh Selesai adalah dalam masa 8 minggu daripada tarikh temu janji HDB yang pertama dengan Penjual dan Pembeli bagi penjualan dan pembelian Flat tersebut.

13. Kewajipan Penjual

13.1 Penjual mesti, dalam masa 7 hari kerja, di atas permintaan HDB atau peguam Pembeli (a) tunjukkan dokumen sepertinya; (b) tandatangan dokumen sepertinya; (c) buat pengisytiharaan, atau (d) beri maklumat sepertinya,

kepada HDB atau peguam Pembeli, jika diperlukan untuk mendapatkan kelulusan HDB bagi penjualan Flat tersebut.

13.2 Penjual mesti membenarkan HDB, sebarang pegawai yang dibenarkannya atau panel penilainya untuk memasuki Flat tersebut pada bila-bila masa di siang hari

(a) untuk memeriksa sebarang kerja-kerja yang tidak dibenarkan; (b) untuk menilai nilai Flat tersebut; atau (c) untuk tujuan lain sepertinya jika diperlukan oleh HDB.

13.3 Penjual mesti melakukan perkara sepertinya dan menandatangan dokumen seperti yang diarah oleh HDB atau peguam Pembeli untuk melepaskan sebarang gadaian, caj, kaveat pihak ketiga atau bebanan lain berhubung dengan Flat tersebut pada atau sebelum diselesaikan.

13.4 Penjual mesti menanggung sendiri sebelum Tarikh Selesai (a) turunkan atau tanggalkan semua perkakas, pemasangan, struktur atau kerja-kerja yang

dilakukan di dalam Flat tersebut yang tidak diluluskan oleh HDB;

(b) baiki dan betulkan sebarang kerosakan di dalam Flat tersebut; dan

(c) buang dan hapuskan segala sampah sarap atau barang buangan dari Flat tersebut.

13.5 Penjual bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang diminta oleh Pembeli secara munasabah untuk membantu Pembeli mendapatkan kelulusan HDB bagi pembelian Flat tersebut.

ROU/REGN/054 Page 4 of 10

Page 5: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA

13.6 Jika keuntungan daripada penjualan tidak mencukupi untuk (a) pulangkan semula sebarang wang CPF yang digunakan oleh Penjual bagi Flat

tersebut bersama dengan faedah yang terkumpul; (b) bayar sepenuhnya sebarang pinjaman gadaian yang diberikan oleh HDB kepada

penjual; atau (c) bayar sebarang wang yang dihutang oleh Penjual kepada HDB,

Penjual mesti membuat bayaran berikut kepada HDB, jika HDB memerlukannya.

14. Kewajipan Pembeli

14.1 Pembeli mesti, dalam masa 7 hari kerja, atas permintaan HDB atau peguam Penjual (a) tunjukkan dokumen sepertinya; (b) tandatangan dokumen sepertinya; (c) buat pengisytiharaan, atau (d) beri maklumat sepertinya,

kepada HDB atau peguam Penjual, seperti yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan HDB bagi pembelian Flat tersebut.

14.2 Pembeli bersetuju untuk mengambil langkah-langkah sepertinya jika Penjual meminta secara munasabah, untuk membantu Penjual mendapatkan kelulusan HDB bagi penjualan Flat tersebut.

15. Penjualan dan Pembelian yang tidak diluluskan

15.1 Jika kelulusan HDB bagi penjualan atau pembelian Flat tersebut tidak diperolehi, ditolak atau dibatalkan sebelum Tarikh Selesai dan ia bukan disebabkan oleh kesalahan Penjualan atau Pembeli di dalam mematuhi terma atau syarat jualan semula HDB

(a) penjualan dan pembelian tersebut akan dibatalkan;

(b) Opsyen ini akan ditarik balik, menjadi tidak sah dan dimansuhkan;

(c) Penjual mesti dengan segera, tanpa diminta; memulangkan semula kepada Pembeli, Yuran Opsyen, Yuran Perlaksanaan Opsyen dan sebarang wang yang dibayar oleh Pembeli kepada Penjual, tanpa sebarang faedah atau pemotongan.

(d) setiap pihak akan menanggung kosnya sendiri di dalam hal ini; dan

(e) kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap satu sama lain.

15.2 Jika kelulusan HDB bagi penjualan dan pembelian Flat ditahan, ditolak, dibatal atau tidak diperolehi sebelum Tarikh Selesai dan ia adalah disebabkan oleh kesalahan Penjual atau Pembeli di dalam mematuhi terma dan syarat jualan semula HDB, pihak yang tidak bersalah berhak untuk menguatkuasakan terma Opsyen ini bagi perlaksanaan tertentu, gantirugi dan/sebarang penyelesaian lain.

15.3 Fasal 15.1 dan 15.2 tidak akan dipakai di mana Penjual tidak memenuhi syarat Fasal 3.1.

16. Permintaan jabatan Pemerintah, Majlis Bandaran atau badan berkanun

16.1 Sebarang notis atau perintah daripada sebarang jabatan Pemerintah, Majlis Bandaran atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun mesti dipatuhi oleh Penjual atas tanggungan sendiri pada atau sebelum penjualan diselesaikan.

16.2 Syarat 12 dalam Syarat Persatuan Undang-undang tidak akan dipakai.

17. Hak Milik

17.1 Hak milik kepada Flat tersebut mesti teratur.

ROU/REGN/054 Page 5 of 10

Page 6: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA 17.2 Pembeli tidak akan meminta sijil selesai berkanun untuk Flat tersebut. “Sijil selesai berkanun”

mempunyai maksud yang sama seperti di dalam Akta Kawalan Bangunan (Bab 29).

17.3 Syarat 3 dalam Syarat Persatuan Undang-undang akan digantikan dengan Fasal 17 Opsyen ini.

17.4 Di mana peguam Pembeli meminta untuk meminjam dokumen hak milik, Penjual mesti menunjukkan atas tanggungan Penjual kecuali Penjual mempunyi sebab yang kuat untuk menolak

(a) dokumen hak milik; atau

(b) salinan dokumen hak milik, yang disahkan sebagai salinan asal oleh peguam Penjual.

17.5 Pinjaman sebarang dokumen hak milik adalah di atas dasar janji daripada peguam Pembeli untuk memulangkan dokumen hak milik tersebut pada bila-bila masa jika diminta, tanpa sebarang ‘lien’ atau tuntutan.

17.6 Jualan flat tersebut juga tertakluk kepada

(a) sebarang kemudahan, dan perkara-perkara yang serupa;

(b) sebarang jalan, lorong belakang atau skim pembaikan lain yang menjejas tanah di mana ia dibina; dan

(c) sebarang cadangan lain yang terkandung di dalam Pelan Induk.

“Pelan Induk” mempunyai makna yang sama seperti di dalam Akta Perancangan (Bab 232).

18. Keadaan fizikal Flat

18 Pembeli dianggap membeli Flat dengan sepenuh pengetahuan dan kesedaran tentang keadaan Flat tersebut. Pembeli tidak akan membuat sebarang tuntutan atau bantahan berhubung dengan keadaan Flat tersebut.

19. Penyerahan pemilikan

19.1 Flat tersebut dijual dengan pemilikan yang telah dikosongkan pada waktu penyelesaian.

19.2 Penjual mesti membenarkan Pembeli untuk menjalankan pemeriksaan terakhir pada Flat tersebut pada atau sebelum Tarikh Selesai.

19.3 Pada Tarikh Selesai, Penjual mesti memberi kepada Pembeli

(a) pemilikan Flat yang telah dikosongkan; dan

(b) kunci kepada Flat tersebut.

19.4 Syarat 8.2.2 dalam Syarat Persatuan Undang-undang tidak akan dikenakan ke atas Opsyen ini.

20. Penyelesaian

20.1 Penyelesaian penjualan dan pembelian Flat tersebut akan berlaku pada Tarikh Selesai mengikut Fasa ini.

20.2 Jika diperlukan HDB penyelesaian, penjualan dan pembelian Flat akan diadakan di pejabat HDB dan pada masa yang ditetapkan oleh HDB.

20.3 Semasa penyelesaian, Penjual akan menandatangan dan menghantar kepada Pembeli, dokumen-dokumen berikut:

(a) di mana pajakan belum dikeluarkan untuk Flat tersebut

(i) penyerahan hak, hak milik dan kepentingan Penjual di bawah perjanjian untuk pajakan yang dibuat di antara Penjual dan HDB; dan

ROU/REGN/054 Page 6 of 10

Page 7: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA

(ii) surat kuasa oleh Penjual mengarahkan HDB untuk

(A) memasuki perjanjian baru bagi pajakan dengan Pembeli; dan

(B) menganggap semua wang yang dibayar kepada HDB oleh Penjual di bawah perjanjian untuk pajakan sebagai telah dibayar oleh Pembeli; atau

(b) di mana pajakan telah dikeluarkan untuk Flat tersebut, Dokumen Pindah Milik.

20.4 Dokumen-dokumen di dalam Fasal 20.3 akan disediakan oleh Pembeli atas tanggungannya sendiri.

21. Tanggungan untuk Perbelanjaan

21.1 Penjual mesti membayar segala Perbelanjaan bagi tempoh sehingga dan termasuk Tarikh Selesai. Penjual mesti, jika diminta oleh Pembeli, mengganti semula Pembeli sebarang Perbelanjaan sepertinya yang telah dibayar oleh Pembeli.

21.2 Pembeli mesti membayar semua Perbelanjaan bagi tempoh selepas Tarikh Selesai. Pembeli mesti, jika diminta oleh Penjual, mengganti semula Penjual bagi sebarang Perbelanjaan yang telah dibayar oleh Penjual.

“Perbelanjaan” termasuk cukai harta, yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan serta sebarang perbelanjaan yang lain.

22. Akta Pengecualian Kontrak (Hak Pihak Ketiga)

22. Sesiapa pun, firma, syarikat atau organisasi yang tidak menjadi pihak di dalam Opsyen ini tidak akan mendapat sebarang hak di bawah Opsyen ini berdasarkan Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 53B)

23. Undang-undang yang digunakan

23. Opsyen ini ditentukan oleh undang-undang Singapura. Jika pihak-pihak tersebut mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung dengan Opsyen ini, mereka mesti melakukannya di mahkamah Singapura.

24. Perantaraan

24.1 Sebelum merujuk sebarang pertikaian berhubung dengan Opsyen in kepada timbangtara atau dakwaan, Penjual dan Pembeli mesti menimbangkan untuk menyelesaikan pertikaian ini melalui perantaraan di Pusat Perantaraan Singapura (sebuah syarikat dengan jaminan terhad Akademi Undang-undang Singapura) .

24.2 Walau bagaimanapun, pihak-pihak tersebut tidak terikat dari segi undang-undang untuk menggunakan perantaraan sebagai jalan menyelesaikan pertikaian mereka.

Maklumat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu disediakan untuk memudahkan pemahaman anda. Bagaimanapun, jika terdapat kesamaran atau ketidaksejajaran dengan makna atau maksudnya di antara bahasa Inggeris dan bahasa yang diterjemahkan, maka makna atau maksud pada versi Inggeris akan digunakan.

ROU/REGN/054 Page 7 of 10

Page 8: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA

Tarikh Opsyen : _________________________

Alamat Flat: ___________________________________________________

Ditandatangan oleh Penjual pada Tarikh Opsyen yang dinyatakan di atas.

_________________________________ _______________________________ Ditandatangan oleh Penjual (1) Ditandatangan oleh Penjual (2)

_________________________________ ________________________________ Ditandatangan oleh Penjual (3) Ditandatangan oleh Penjual (4)

_________________________________ Ditandatangan oleh Saksi Nama: K/P: *Agensi Perumahan:

*Peguam kami adalah__________________________________________________________

PENERIMAAN

Ini merupakan Penerimaan yang dirujuk di dalam Fasal 5.1 Opsyen ini.

Kami Pembeli menerima tawaran Penjual mengikut syarat yang ditetapkan di dalam Opsyen ini.

Bertarikh _________________

_________________________________ ___________________________________ Ditandatangan oleh Pembeli (1) Ditandatangan oleh Pembeli (2)

_________________________________ ____________________________________ Ditandatangan oleh Pembeli (3) Ditandatangan oleh Pembeli (4)

_______________________________ Ditandatangan oleh Saksi Nama: K/P: *Agensi Perumahan:

*potong jika tidak diperlukan

ROU/REGN/054 Page 8 of 10

Page 9: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA JADUAL

Ini adalah Jadual yang dirujuk di dalam Fasal 9.2 Opsyen ini.

BARANG-BARANG, PERKAKAS DAN BENDA-BENDA LAIN YANG BOLEH DIALIHKAN

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

DITANDATANGAN oleh Penjual ) ) Di hadapan: ) )

__________________________________ Tandatangan Saksi Nama: K/P: *Agensi Perumahan:

DITANDATANGAN oleh Pembeli ) ) Di hadapan: ) )

__________________________________ Tandatangan Saksi Nama: K/P: *Agensi Perumahan:

*potong jika tidak diperlukan

BORANG A

PEMBERIAN KUASA

ROU/REGN/054 Page 9 of 10

Tarikh Opsyen : __________________________

Page 10: UNTUK RUJUKAN SAHAJA - esales.hdb.gov.sgesales.hdb.gov.sg/hdbvsf/eampuadp.nsf/0/rs_otp/$file/in Malay.pdf · UNTUK RUJUKAN SAHAJA Terma dan Syarat bagi Penjualan dan Pembelian 8

UNTUK RUJUKAN SAHAJA Alamat Flat: _______________________________________________________________

Ini adalah Borang A yang dirujuk di dalam Fasal 5.1 Opsyen ini.

Kami memberikan kuasa kepala orang atau firma guaman atau agensi perumahan yang berikut untuk menerima Opsyen ini dengan Penerimaan yang telah ditandatangan dan bayaran Yuran Perlaksanaan Opsyen.

Nama orang atau firma guaman penjual atau agensi perumahan yang diberikan kuasa:

_________________________________________________________________________________

Nombor K/P :__________________________________________ (jika berkenaan)

Alamat :____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Nombor untuk Dihubungi : ___________________________________________________________

_______________________________________ ____________________________________ Ditandatangan oleh Penjual (1) Ditandatangan oleh Penjual (2)

______________________________________ ____________________________________ Ditandatangan oleh Penjual (3) Ditandatangan oleh Penjual (4)

______________________________________ Ditandatangan oleh Saksi Nama : K/P: *Agensi Perumahan:

*potong jika tidak berkenaan

ROU/REGN/054 Page 10 of 10